Acong Sweetchild

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Acong Sweetchild
Kelahiran
Ahmad Fauzi bin Manat

(1973-09-08) 8 September 1973 (umur 50)
PekerjaanPenyanyi, pelakon, pelawak, pengacara
Tahun aktif1992–kini
PasanganMarya Zuraida Zahari (k. 2012)
Kerjaya muzik
GenreRock
InstrumenVokal
Pengkarya berkait
Sweet Child

Ahmad Fauzi Manat, juga dikenali sebagai Acong Sweetchild (lahir 8 September 1973) ialah seorang penyanyi dan pelakon lelaki Malaysia. Beliau terkenal sebagai vokalis kumpulan Sweet Child; Selain itu, beliau turut berkecimpung dalam bidang lakonan. Acong merupakan salah seorang peserta Gegar Vaganza musim kedua, memenangi tempat kelima pada 2015.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Acong ialah pengasas bersama dan vokalis kumpulan rock, Sweet Child sewaktu penubuhannya pada 1992. Sweet Child telah menikmati kejayaan dalam industri muzik dengan menerbitkan sebanyak 3 album studio yang semuanya mendapat sambutan yang menggalakkan di pasaran.[1]

Beliau juga berkecimpung dalam bidang lakonan, dengan membintangi beberapa siri drama TV termasuk Gerak Khas dan Jangan Ikut Aku serta filem termasuk Lelaki Harapan Dunia. Acong juga pernah menubuhkan syarikat Big Star Act Production bersama Cico Harahap dan Joey Daud.[2]

Gegar Vaganza 2015[sunting | sunting sumber]

Acong merupakan salah seorang peserta Gegar Vaganza musim kedua yang turut disertai oleh Ezad Lazim, Farahdhiya dan Siti Nordiana. Beliau dinobatkan sebagai pemenang tempat kelima sekaligus memenangi wang tunai sebanyak RM50,000. Berikut ialah senarai persembahan beliau:

Persembahan dan keputusan Gegar Vaganza (musim 2)
Konsert Tema Lagu tugasan Penyanyi asal Kedudukan Keputusan
Minggu 1 Kembali Menyengat "Tinggal Sayang Tinggallah Pujaan" Sweetchild Ke-6 SELAMAT
Minggu 2 Aku dan Lagu "Dalam Gerimis" Visa Ke-7 SELAMAT
Minggu 3 Ada Bran? "Pilihlah Aku" Latif Ibrahim Ke-9 SELAMAT
Minggu 4 Duet "Baldu Biru" (duet bersama Misha Omar) Ella & Awie Pertama SELAMAT
Minggu 5 Hits Vaganza "Memburu Rindu" Hattan Ke-3 SELAMAT
Minggu 6 Kenangan Terindah "Benci Tapi Rindu" Diana Nasution Ke-2 SELAMAT
Minggu 7 Rockdut (Rock + Dangdut) "Hilang Naluri" Once Mekel Ke-5 SELAMAT
Minggu 8 Karok Tarik "Biasan" To'ki Ke-2 SELAMAT
Minggu 9 Akhir Tugasan Pertama: "Seruan"
Tugasan Kedua (Battle vs Siti Nordiana): "#AwakKatMane"
Lefthanded
Taufik Batisah
Pertama
Ke-3
TEMPAT KELIMA

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Acong berkahwin dengan Marya Zuraida Zahari pada 15 Disember 2012. Perkahwinan ini merupakan kali kedua buat Acong selepas menduda selama 10 tahun. Isterinya, Marya Zuraida mempunyai seorang anak dari perkahwinan terdahulu. Pasangan ini mula berkenalan ketika Sweet Child membuat sesi promosi album pada 1998.[3] Pasangan ini belum dikurniakan cahaya mata.[4]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
2007 Cinta Yang Satu Encik Man Filem pertama
2014 Lelaki Harapan Dunia Apam
2017 Kolestrol vs Cinta Lelaki Hensem
2021 Hantu Bonceng 2.0 Daniel
Kampung Latah Kena Kuarantin Opera Cina Penampilan khas
2022 Dato' Ai La Beau Pengurus Coffee House
Jaga-Jaga Senariounion Acong Penampilan khas
2022 Kampung Latah The Mummy Opera Cina
Seratus Penampilan khas
2023 Mat Tudung Begins Khalid

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2001 Kisah Benar (Musim 20) Izwan TV3 Episod: "Amuk"
2007 Suasana TV1 Sitkom
2008 Bilik No. 13 TV2 Episod: "Hotel"
2009 Gerak Khas (Musim 11) Konco Bronco Episod: "Sasaran"
2010 Isteriku Bukan Queen Control Nordin TV3
2013 Mak Lang, Datang Kompang Bergendang Ehsan
2014 Lagenda Langkawi TV2
2015 Zahira Musa TV3
2017 Jangan Ikut Aku Tahir
2019 Sang Pewaris Pak Kadir
2020 One Two Hantu Awesome TV
2021 Hatimu Sedingin Salju Hisham TV3
Sitik Tok Chuchox
Budak Intern Encik Said TV9
2022 Republic Gombak Kadaq TV3
Gangster Ke? Fathullah Johari Awesome TV
2023 Misteri Flat Kirana Tam Ikan TV3
Misi Seramedi Jibon TV Okey
2024 Boleh Saya Bantu Ismaili TV3

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2003 The Sangam Boys Mat Jidin Astro Ria
2012 Cinta Si Tukang Kasut Ray Sengau
2016 Isteri-Isteriku TV9
2017 Cinta Kucing Parsi Doktor Veterinar
2023 Zaki & Nughul TV2

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
1998 Salam Aidilfitri '98 Dirinya sendiri/Penyanyi undangan Radio Televisyen Malaysia (RTM)
Radio Televisyen Brunei (RTB)
2011 Maharaja Lawak Mega 2011 Dirinya sendiri/Peserta Astro Warna
2014 Maharaja Lawak Mega 2014
2015 Gegar Vaganza (musim 2) Dirinya sendiri/Peserta Astro Ria Pemenang tempat ke-5
2016 Maharaja Lawak Mega 2016 Dirinya sendiri/Peserta Astro Warna
2018 Teka Tekan Dirinya sendiri/Pengacara Hypp Sensasi Pengacara bersama Shamsul Ghau Ghau, Anas Ridzuan dan Shuib Sepahtu[5]
2019 Maharaja Lawak Mega 2019 Dirinya sendiri/Peserta Astro Warna
2021 All Together Now Malaysia Dirinya sendiri/Juri tetap Astro Ria Salah seorang daripada 50 juri
Maharaja Lawak Mega 2021 Dirinya sendiri/Peserta Astro Warna

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Acong akui Sweet Child semakin dikenali selepas sertai Gegar Vaganza". Astro Gempak. 29 April 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-07-24. Dicapai pada 18 Julai 2018.
  2. ^ Wanda Idris (10 Januari 2007). "Big Star Act Production lambang keakraban tiga sahabat". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-01-11. Dicapai pada 18 Julai 2018.
  3. ^ "Acong kini bergelar suami selepas 10 tahun menduda". Oh Bulan. 18 Disember 2012. Dicapai pada 18 Julai 2018.
  4. ^ Fiza Kamarudin (11 Oktober 2018). ""Belum rezeki dan tak terfikir pun nak ambil anak angkat" - Acong". Astro Gempak. Dicapai pada 18 Julai 2019.
  5. ^ Ridzuan Abdul Rahman (17 Januari 2018). "Rezeki tahun baru". Harian Metro. Dicapai pada 18 Julai 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]