Sheqel Baru Israel

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sheqel Baru Israel
שקל חדש (Bahasa Ibrani)
شيقل جديد (Arab)
duit syiling 1 sheqel
duit syiling 1 sheqel
Kod ISO 4217 ILS
Pengguna Israel, Tebing Barat, Semenanjung Gaza
Kadar inflasi -0.1%
Source The World Factbook, 2006
Subunit
1/100 agora
Simbol
Jamak sheqalim atau shekalim
agora agorot
Syiling 5, 10 agorot, ½, 1, 2, 5, 10 sheqalim baru
Kertas wang 20, 50, 100, 200 sheqalim baru
Pihak pengeluar Bank Israel
Laman web www.bankisrael.gov.il

Sheqel Baru - (Bahasa Ibrani: שקל חדש, shekel hadash, singkatan NIS; simbol: ₪; juga dieja sebagai shekel; kata majmuk shqalim atau shkalim - שקלים) merupakan mata wang Israel. Mata wang ini menggantikan shekel pada tahun 1985 pada kadar 1000 sheqel = 1 sheqel baru. Kod ISO 4217 ialah ILS. Sheqel baru ini dibahagikan kepada 100 agorot (אגורות) (kata tunggal agora, אגורה)

Dalam Bahasa Ibrani Sheqel baru ini biasanya disingkatkan kepada ש"ח (disebut shaḥ). Simbol Sheqel baru , merupakan gabungan huruf pertama perkataan sheqel (ש) dan ḥadash (ח). Namun simbol ini terbukti tidak popular, dan singkatan dua huruf adalah lebih banyak digunakan.


Duit syiling[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1985, duit syiling 1, 5, dan 10 agorot, ½ dan 1 sheqel baru telah diperkenalkan. Pada tahun 1990, duit syiling 5 sheqalim baru diperkenalkan, diikuti oleh 10 sheqalim baru pada tahun 1995. Pengeluaran 1 agora berhenti pada tahun 1991. Pada Ogos 2006, duit syiling 2 sheqalim baru telah diumumkan, akan diperkenalkan pada suku akhir tahun 2007.[1][2]

Wang kertas[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1985, wang kertas 1, 5, 10, 20, dan 50 NIS dikeluarkan. Wang kertas 1, 5, dan 10 NIS menggunakan rekaan dasar yang sama dengan wang kertas 1000, 5000, dan 10,000 sheqalim lama tetapi dengan nilai ditukarkan.

Pada tahun 1986, wang kertas 100 diperkenalkan, diikuti oleh wang kertas 200 NIS pada tahun 1991. Wang kertas 1, 5, dan 10 NIS digantikan dengan duit syiling selepas itu. Rancangan untuk mengeluarkan wang kertas 500 NIS, dengan gambar Yitzhak Rabin, diumumkan tidak lama selepas kematian Rabin pada tahun 1995. Namun disebabkan oleh kadar inflasi yang rendah, buat masa kini wang kertas sebegini tidak diperlukan.

Kadar pertukaran ILS semasa
Lihat Yahoo! Finance: AUD CAD CHF EUR GBP HKD JPY USD
Lihat XE.com: AUD CAD CHF EUR GBP HKD JPY USD
Lihat OANDA.com: AUD CAD CHF EUR GBP HKD JPY USD

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Soon: Coin of 2 shekels Yedioth Ahronoth, 8 August 2006 (in Hebrew)
  2. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan HA tidak disediakan

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Standard numismatics external links

Templat:Historical currencies of Israel