Dinar Iraq
| Tolong bantu menterjemahkan sebahagian rencana ini. Rencana ini memerlukan kemaskini dalam Bahasa Melayu piawai Dewan Bahasa dan Pustaka. Sila membantu, bahan-bahan boleh didapati di Dinar Iraq. Sumber-sumber bantuan: Pusat Rujukan Persuratan Melayu. |
| Dinar Iraq دينار عراقي (Arab) |
|||
|
|||
| Kod ISO 4217 | IQD | ||
|---|---|---|---|
| Pengguna | |||
| Kadar inflasi | 1.66% | ||
| Source | Bank Pusat Iraq, Jun 2010. | ||
| Subunit | |||
| 1/1,000 | Fil | ||
| Simbol | ع.د | ||
| Syiling | 25, 50, 100 dinar [1] | ||
| Kertas wang | 50, 250, 500, 1,000, 5,000, 10,000, 25,000 dinar | ||
| Pihak pengeluar | Bank Pusat Iraq | ||
| Laman web | www.cbi.iq | ||
Dinar (Sebutan Arab: [diːˈnɑːr]) (bahasa Arab: دينار, bahasa Kurdish: دینار) (lambang: د.ع; kod: IQD) merupakan matawang bagi Iraq. Ia dikeluarkan oleh Bank Pusat Iraq dan dibahagikan pada 1,000 fils (فلس), sungguhpun inflasi menjadikan fils lapuk.
Isi kandungan |
Sejarah [sunting]
Matawang dinar diperkenalkan dalamkitaran pada tahun 1932, bagi menggantikan rupee India, yang telah menjadi mata wang rasmi sejak pendudukan British ke atas Negara tersebut sejak Perang Dunia Kedua, pada kadar 1 dinar = 11 rupee. Matawang dinar diikat setara dengan Pound British sehingga 1959 apabila, tanpa mengubah nilainya, ikatan dialih pada dolar Amerika Syarikat pada kadar 1 dinar = 2.8 dollar. Nilai dinar tidak menyusut menurut nilai matawang U.S. pada tahun 1971 dan 1973, matawang dinar naik pada nilai US$3.3778, sebelum susut nilai 5 peratus mengurangkan nilai dinar pada US$3.2169, kadar yang kekal sehingga Perang Teluk, sungguhpun pada akhir 1989, kadar pasaran gelap dilaporkan lima hingga enam kali ganda lebih tinggi (3 dinar bagi US$1) berbanding kadar rasmi.[2]
Selepas Perang Teluk pada tahun 1991, akibat sekatan UN, percetakan Swiss yang digunakan sebelumnya tidak lagi boleh digunakan. Nota baru berkualiti rendah kemudiannya dihasilkan. Keluaran sebelumnya dikenali sebagai dinar Swiss dan kekal dalam kitaran di kawasan Kurdish di Iraq. Akibat sekatan yang dikenakan ke atas Iraq oleh Amerika Syarikat dan masyarakat dunia dan cekatan kerajaan melampau bagi keluaran not baru, matawang dinar susut nilai dengan pantas, dan pada akhir 1995, US$1 dinilai pada 3,000 dinar.
Berikutan dengan penggulingan Saddam Hussein pada penjajahan Iraq 2003, Majlis Pemerintah Iraq dan Pejabat bagi Bantuan Kemanusiaan dan Pembinaan Semula mula mencetak lebih banyak not dinar Saddam sebagai langkah sementara bagi mengekalkan bekalan kewangan sehingga matawang baru dapat diperkenalkan.
Antara 15 Oktober 2003 dan 15 Januari 2004, Pihak Berkuasa Provisi Perikatan mengeluarkan siling dinar dan not Iraq yang baru, dengan nota dicetak oleh De La Rue menggunakan teknik anti-pemalsuan yang moden, bagi "mencipta satu matawang bersatu yang digunakan dikeseluruhan Iraq dan akan menjadikan wang lebih mudah bagi kegunaan kehidupan harian."[3] Not kertas lama ditukar bagi not baru pada kadar pertukaran satu dengan satu, kecuali dinar Swiss, yang ditukar pada kadar 150 dinar baru bagi satu dinar Swiss.
Not kertas baru ini mendorong pada industry baru menjual dinar Iraq baru pada pelabur luar Negara yang berharap untuk mendapat keuntungan dari matawang baru Iraq apabila ekonomi Iraq pulih. Kerajaan peralihan Iraq menjadikan ia sah, tetapi not kertas ditukar pada kadar berbeza oleh syarikat yang ingin membuat keuntungan. Akibat kejayaan program ini, dinar Iraq dipalsukan secara meluas. Bagaimanapun terdapat enam cirri keselamatan berlainan yang boleh diperiksa bagi pengesahan ketulenan not 25,000 dinar Iraq.[4]
Sungguhpun nilai dinar meningkat selepas pengenalan not kertas baru dari 4,000 dinar setiap dollar U.S., pada permulaan pengenalan mereka, sehingga setinggi 980 dinar setiap dollar, ia kini ditetapkan pada kadar pertukaran, seperti yang ditetapkan oleh International Monetary Fund,[petikan diperlukan] pada 1170 dinar setiap dollar US di Bank Pusat Iraq. Bagaimanapun belum terdapat kadar pertukaran antarabangsa dan dengan itu bank antara bangsa masih belum menerima penukaran dinar Iraq. Kadar pertukaran di jalanan Iraq adalah sekitar 1,200 dinar setiap dollar US (2011).
Not kertas [sunting]
Pada tahun 1931, not kertas dikeluarkan oleh kerajaan dalam denominasi ¼, ½, 1, 5, 10 dan 100 dinar. Not ini dicetak di United Kingdom oleh Bradbury, Wilkinson & Co.[5] Dari tahun 1931 hingga 1947, not kertas dikeluarkan oleh badan matawang Iraq bagi kerajaan Iraq dan not kertas boleh ditukar bagi pound sterling. Dari 1947, not kertas dikeluarkan oleh Bank Kebangsaan Iraq, kemudian selepas tahun 1954 oleh Bank Pusat Iraq.
Not kertas 100 dinar tamat pengeluarannya pada tahun 1940-an tetapi, denominasi yang sama dikeluarkan sehingga 1978, apabila not 25 dinar diperkenalkan. Pada tahun 1991, 50 dan 100 dinar diperkenalkan, diikuti oleh not 250 dinar pada tahun 1995 dan not 10,000 dinar pada tahun 2002.
Wang kertas yang dikeluarkan antara 1990 dan Oktober 2003, bersama dengan not 25-dinar yang dikeluarkan pada tahun 1986, mempunyai ukiran ideal bekas Presiden Iraq Saddam Hussein. Berikutan dengan Perang Teluk 1991, matawang Iraq dicetak tempatan dan di China, menggunakan pulp kayu bergred rendah (berbanding kapas atau linen) dan lithografi berkualiti lebih rendah(sesetengah wang kertas dikatakan dicetak di mesin cetak yang direka bagi mencetak surat khabar).
Sungguhpun dengan kejatuhan nilai dinar Iraqi, nilai tertinggi dicetak sehingga 2002 adalah 250 dinar. Pada 2002, Bank Pusat Iraq mengeluarkan wang kertas 10,000-dinar untuk digunakan bagi "transaksi lebih besar dan antara bank". Not ini jarang digunakan secara umum disebabkan bimbang rompakan dan wang palsu. Ini memaksa orang membawa bekarung not 250-dinar bagikegunaan harian. Not lain yang lebih kecil amat tidak bernilai sehinggakan ia tidak lagi dugunakan. Keadaan ini bererti bahawa Iraq, bagi kebanyakan tempat, hanya memiliki satu nilai wang kertas dalam kitaran luas.
Matawang yang dicetak sebelum Perang Teluk seringkali digelar dinar Swiss Iraq. Ia mendapat namanya dari teknologi cetakan Swiss yang menghasilkan wang kertas berkualiti jauh lebih tinggi berbanding yang dikeluarkan kemudiannya di bawah sekatan ekonomi yang dikenakan selepas Perang Teluk pertama. Selepas tempoh pertukaran, mata wang ini dinyahakuan oleh kerajaan Iraq. Bagaimanapun, matawang lama ini masih digunakan di kawasan Kurdish Iraq sehingga ia digantikan dengan dinar baru selepas Perang Teluk Kedua. Pada masa ini dinar Swiss mengekalkan nilainya, sementara mata wang baru susut nilai secara berterusan sehingga 30 peratus setahun.
pada tahun 2003, matawang baru diterbitkan terdiri dari enam nilai: 50, 250, 1,000, 5,000, 10,000, dan 25,000 dinar. Not ini memiliki rekabentuk sama seperti yang dikeluarkan oleh Bank Pusat Iraq pada 1970-an dan 1980-an. Not 500 dinar diterbitkan setahun berikutnya, pada Oktober 2004. Di wilayah Kurdish Iraq, not 50 dinar tidak diedarkan.
Swiss Dinar Series (? - 1990) [sunting]
| Swiss Dinar | |||||
|---|---|---|---|---|---|
| Image | Value | Main Color | Description | ||
| Obverse | Reverse | Obverse | Reverse | ||
| 1/4 dinar | ungu | Bangunan | Pokok Kurma | ||
| 1/2 dinar | Biru | Astrolab | Kubah berpilin Masjid Jamek Samarra | ||
| 1 dinar | Hijai kebiruan | Siling emas dinar | Sekolah Mustansiriya, Baghdad | ||
| 5 dinar | Merah jambu | Gelî Ali Beg dan air terjunnya | Kubu gurun di Al-Ukhether | ||
| 10 dinar | Biru gelap | Abu Ali Hasan Ibn al-Haitham | Al-manara al-hadba fi al-Mawsil (menara bongkok masjid Jamek Nurid di Mosul) | ||
| 25 dinar | Hijau | Kuda | Istana Abbasid | ||
| 25 dinar (1986) | Saddam Hussein berlatar belakang pertempuran al-Qādisiyyah | Peringatan Al-Shaheed | |||
Siri 1990-2003 [sunting]
| 1990-2002 Series | |||||
|---|---|---|---|---|---|
| Image | Value | Main Color | Description | ||
| Obverse | Reverse | Obverse | Reverse | ||
| 1/4 Dinar (1993) | Hijau | Pokok Palma | Al-Bab al-wastaniy li-sur Baghdad (Pintu pagar tengah benteng bandar Baghdad) | ||
| 1/2 Dinar (1993) | Ungu | Astrolab | Masjid Jamek Samarra | ||
| 1 Dinar (1992) | Merah jambu dan hijau | Siling dinar emas | madrasah Mustansiriya | ||
| 5 Dinar (1992) | Red | Saddam Hussein | Peringatan bagi tentera yang tidak dikenali, Raja Hammurabi dengan dewa matahari Shamash | ||
| 10 Dinar (1992) | hijau kebiruan | Saddam Hussein dan pintu pagar Ishtar | Lamassu | ||
| 25 Dinar (1990) | Hijau | Kuda | Istana Abbasid | ||
| 25 Dinar (1986) | Hijau keperangan | Saddam Hussein & Kuda | Peringatan Al-Shaheed | ||
| 25 Dinar (2001) | Hijau | Saddam Hussein | Pinti Ishtar | ||
| 50 Dinar (1991) | Merah jambu dan Hijau | Saddam Hussein | Masjid Jamek Samarra | ||
| 50 Dinar (1994) | Perang dan Biru | Saddam Hussein dan Peringatan Al-Shaheed | Jambatan Saddam | ||
| 100 Dinar (1991) | Hijau dan Ungu | Saddam Hussein | Gerbang Kemenangan (Pedang Qādisīyah)]] | ||
| 100 Dinar (1994) | Biru | Saddam Hussein | Jam Baghdad | ||
| 100 Dinar (2002) | Biru | Saddam Hussein | Rumah Lama | ||
| 250 Dinar (1995) | Violet | Saddam Hussein | Liberty Monument friese | ||
| 250 Dinar (2002) | Violet | Saddam Hussein | Dome of the Rock | ||
| 10,000 Dinar (2002) | Pink / Violet | Saddam Hussein, The Monument to the Unknown Soldier | Mustansiriya Madrasah, astrolab Arab | ||
2003 - Present [sunting]
| 2003 Series | |||||
|---|---|---|---|---|---|
| Image | Value | Main Color | Description | ||
| Obverse | Reverse | Obverse | Reverse | ||
| 50 dinars | Purple | Grain silos at Basra | Date palms | ||
| 250 dinars | Blue | An astrolabe | Spiral minaret of the Great Mosque of Samarra | ||
| 500 dinars | Bluish-Green | Dûkan Dam on the Al Zab river | Assyrian carving of a winged bull | ||
| 1,000 dinars | Perang | Siling dinar emas | Sekolah Mustansiriya, Baghdad | ||
| 5,000 dinars | Dark blue | Gelî Ali Beg and its waterfall | Desert fortress at Al-Ukhether | ||
| 10,000 dinars | Green | Abu Ali Hasan Ibn al-Haitham | Al-manara al-hadba fi al-Mawsil (the hunchbacked tower of the Great Nurid mosque in Mosul) | ||
| 25,000 dinars | Red | A Kurdish farmer holding a sheaf of wheat, a tractor, a gold dinar coin | Carving of the Code of King Hammurabi | ||
Rujukan [sunting]
- ↑ Siling Bank Pusat Iraq
- ↑ Wheeler, Tony. West Asia on a Shoestring. 2nd. Hawthorn, Australia: Lonely Planet, 1990.
- ↑ Coalition Provisional Authority. "Iraq Currency Exchange". Diarkibkan dari yang asal on 2007-05-15. http://web.archive.org/web/20070515093736/http://www.cpa-iraq.org/budget/IraqCurrencyExchange.html. Capaian 2007-05-28.
- ↑ Iraqi Dinar Security Features
- ↑ Linzmayer, Owen (2012). "Iraq". The Banknote Book. San Francisco, CA: www.BanknoteNews.com. http://www.banknotebook.com.
Pautan luar [sunting]
- Coalition Provisional Authority and the Iraqi dinar
- Council on Foreign Relations: benefits of the new Iraqi dinar
- Iraqi news benefits of the new Iraqi dinar
|
||||||||||||||
|
||||||||||||||||||||