Shukery Hashim
Shukery Hashim (55) merupakan pelakon filem dan drama di Malaysia.
Isi kandungan |
Biodata [sunting]
Shukery dilahirkan pada tahun 1954 di Pulau Langkawi,Kedah. Beliau mendapat pendidikan di merata tempat termasuk Sekolah St Michael, Alor Setar dan Sekolah Jalan Raja Muda yang dulunya dikenali dengan Princess Road School.
Keluarga [sunting]
Isterinya Faridah Md. Desa dan mempunyai 5 orang anak.
Drama dan filem [sunting]
Shukery mula berlakon pada 1984. Dia terbabit dalam drama radio sejak 1975 di RTM. Drama lakonannya ialah Di Mana Kasihmu, Cinta Gila dan 3T. Antara anugerah yang diterimanya ialah :
-
- Pelakon Terbaik di Anugerah Sri Angkasa pada 1990;
- Pelakon Drama TV Terbaik di Anugerah Sri Angkasa (1994) dan
- Pelakon TV Lelaki Popular (ABPBH) 1994 (1995).
Meninggal dunia [sunting]
Shukery Hashim meninggal dunia pada 10 Jun 2009, 1.15 petang di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras,Selangor akibat kanser pankreas yang dialaminya sejak tiga bulan lalu. Jenazah akan dimandikan dan disembahyangkan di kediamannya di Taman Fairuza, Ampang Selangor.[1]