Sonthi Boonyaratglin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Jeneral Sonthi Boonyaratglin (Thai: สนธิ บุญยรัตกลิน; nama pertama juga dieja sebagai, Sondhi; nama keluarga juga dieja sebagai Boonyaratkalin )

Kini beliau dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Thailand dalam kerajaan sementara Thailand. Raja Bhumibol Adulyadej telah berkenan dengan perlantikan itu setelah bersara dari Panglima Tentera Diraja Thailand.

Sebelum ini beliau adalah Panglima Besar Tentera Diraja Thai. Beliau juga seorang Muslim pertama yang menjawat jawatan tertinggi di dalam sebuah angkatan bersenjata yang majoriti menganut agama Buddha. Pada 19 September 2006, beliau telah dilantik oleh tenteranya sebagai Perdana Menteri sementara Thailand, selepas satu rampasan kuasa yang mengguling kerajaan Thaksin Shinawatra.

Pendidikan dan penghidupan awal[sunting | sunting sumber]

Sonthi Boonyaratglin lulus daripada Akademi Tentera Diraja Chulachomklao pada 1969 dan ditugaskan ke dalam Pasukan Infantri Diraja. Beliau kemudiannya memimpin beberapa unit tertinggi termasuk pasukan elit, Unit Khas Peperangan.

Pada Ogos 2004, Sonthi telah dilantik sebagai Timbalan Komander Tentera. Bertentangan dengan jangkaan awam, beliau kemudiannya dilantik sebagai Komander Tentera pada Oktober 2005. Perlantikan Sonthi telah disokong oleh Komander Jeneral Tertinggi (Bersara), Jeneral Surayud Chulanont dan presiden Majlis Privi, Prem Tinsulanonda. Kedua-dua mereka berkhidmat sebagai penasihat untuk Raja Bhumibol Adulyadej.

Timbalan Perdana Menteri Thailand[sunting | sunting sumber]

Pada 2 Oktober 2007, Jeneral Sonthi Boonyaratglin telah mendapat perkenan daripada Raja Bhumibol Adulyadej menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri Thailand dala kerajaan sementara Thailand. Perdana Menteri Surayud Chulanont akan memberi tanggung keselamatan dalam negeri. Inilah kali pertama Timbalan Perdana Menteri Thailand disandang oleh pegawai berugama Islam di sebuah negara majoriti penduduknya Buddha.

Sebelum ini beliau adalah pengerusi Majlis Keselamatan Kebangsaan Thailand , sebuah badan tentera yang dibentuk selepas 19 September 2006. Sonthi telah yang menjadi ketua angkatan tentera diraja Thailand telah melakukan rampasan kuasa dengan menggulingkan Perdana Menteri Thaksin Shinawatra pada 19 September 2006.

Spekulasi bertiup kencang di Thailand bahawa Sonthi akan menjadi Perdana Menteri jika Surayud meletak jawatan ekoran perletakan jawatan 5 menteri kabinetnya yang memiliki saham lebih 5 % :

  1. Menteri Kewangan Pridiyathorn Devakula
  2. Yongyuth Maiyalarp meletak jawatan kerana memiliki saham 5 % dalam syarikat media.
  3. Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Kasem Danidwon Ayudhaya
  4. Timbalan Menteri Luar Saowanit Kongsiri
  5. Menteri Dalam Negeri Aree Wongariya
  6. Menteri Penerangan dan Teknoloji Komunikasi Sitthichai Pookaiyaudom
  7. Timbalan Menteri Perdagangan Oranuj Osathananda

Sementara 3 menteri lagi enggan meletak jawatan walaupun memiliki saham lebih 5 % :

Pilihan raya Thailand 2007 dijangka diadakan pada 23 Disember 2007 dan Perdana Menteri baru dilantik pada 10 Februari 2008.