Rampasan kuasa di Thailand 2006

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Askar-askar Tentera diRaja Thai di jalan-jalan kotaBangkok pada hari selepas rampasan berkenaan (berdekatan Stesen keretapi Hualamphong)

Rampasan kuasa di Thailand 2006 terjadi pada 19 September 2006, apabila Tentera Diraja Thailand membuat satu rampasan kuasa terhadap kerajaan Perdana Menteri Thaksin Shinawatra. Kejadian itu yang merupakan rampasan kuasa buat pertama kali di Thailand dalam lima belas tahun, diikuti dengan krisis politik yang melibatkan Thaksin serta musuh politiknya, dan berlaku kurang daripada sebulan sebelum pilihan raya dijadualkan pada 15 Oktober. [1] Pihak tentera membatalkan pilihan raya yang akan berlangsung, menggantung perlembagaan, membubarkan Parlimen, menghalang bantahan politik, mengisytiharkan undang-undang tentera, dan menahan ahli-ahli kabinet. Rampasan kuasa berkenaan adalah merupakan rampasan yang tidak menumpahkan darah dan tiada jumlah korban dilaporkan.


Rentetan peristiwa[sunting | sunting sumber]

Hari pertama[sunting | sunting sumber]

Pada petang 19 September 2006, tentera dan polis Thai telah menjatuhkan kerajaan yang dipilih rakyat mantan perdana menteri Thaksin Shinawatra. Pada masa itu, beliau sedang berada di bandaraya New York untuk mesyuarat Perhimpunan Umum PBB. Pada 18:30, Gerak Khas Tentera diRaja Thai telah bergerak dari provinsi Lopburi ke Bangkok. Pada masa yang sama, Prem Tinsulanonda, Presiden Majlis Privi, sedang menghadap Raja Bhumibol Adulyadej, dilaporkan mengambil berat tentang upacara membuat merit bagi Bua Kitiyakara. Sehingga 21:00, unit-unit Gerak Khas telah sampai di Bangkok. Pada 21:30, Penyiaran television Channel 5 yang dipunyai tentera telah menghentikan siarannya dan mengudarakan lagu-lagu yang dibuat oleh Raja Bhumibol. Dalam masa ini, khabar-khabar angin mula tersebar bahawa tentera telah menangkap Timbalan Perdana Menteri atas alasan keselamatan kebangsaan Chitchai Wannasathit dan Menteri Pertahanan Thammarak Isaragura na Ayuthaya, dan juga anak lelaki Thaksin telah mennggalkan negara. Pada 21:40, komando polis telah sampai di kediaman Thaksin. Kereta-kereta kebal tentera mengambil tempat kedudukan-kedudukan sekitar Bangkok.


Jeneral Sonthi Boonyaratglin[sunting | sunting sumber]

Jeneral Sonthi Boonyaratglin telah lama merancang untuk melakukan kudeta di ibu negara Thailand iaitu di kediaman rasmi Perdana Menteri Thailand dan menguasai struktur ketenteraan dan penyiaran. Anehnya ketua kudeta ini adalah seorang Islam. Beliau merupakan Panglima Tentera Islam yang pertama di Thailand setelah dilantik pada September 2005 oleh Thaksin sendiri. Jelas sekali panglima tentera ini belot kepada Thaksin yang telah melantiknya ke kedudukan tertinggi dalam tentera.

Jeneral Sonthi Boonyaratglin dilantik bagi menampakkan barisan seimbang dan adil antara Buddha, Islam, Kristian dan lain-lain agama serta bangsa. Tiga jeneral sebelum ini merupakan adik beradik atau rakan sedarjah dengan Thaksin. Ternyata Jeneral Sonthi Boonyaratglin berpaling tadah dan enggan sekutu dengan Thaksin yang mengamalkan dasar keras dan zalim di selatan Thailand.

Sokongan Raja Bhumibol Adulyadej[sunting | sunting sumber]

Jeneral Sonthi Boonyaratglin menafikan khabar angin bahawa kudeta itu mendapat restu Raja Bhumipol. Pelbagai spekulasi bertiup kencang di dalam dan luar negeri.

Kereta kebal dan senjata tentera menggunakan reben kuning , warna diraja Thailand. Orang ramai keluar melihat -keretakereta kebal bagaikan pesta.

Ramai yang tahu Raja Bhumipol tidak begitu senang dengan tindak tanduk Thaksin akhir-akhir ini yang cenderung kepada dasar Bush di Amerika Syarikat. Raja Bhumipol tidak senang dengan perbalahan antara agama yang semakin meluas di Thailand . Selatan Thailand akan terus merana jika pertembungan antara Islam-Buddha terus berlaku.

Raja Bhumipol merupakan raja berpelembagaan yang memainkan peranan di sebalik tabir. Tidak mungkin kudeta akan berlaku tanpa restu daripada istana.

Thaksin Shinawatra digulingkan[sunting | sunting sumber]

Thaksin Shinawatra berada di New York menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) sesi ke-61 ketika rampasan kuasa oleh tentera Thailand. Thaksin Shinawatra terpaksa membatalkan ucapannya setelah berita rampasan kuasa di sampaikan oleh pihak media.

Thaksin Shinawatra yang menjadi Perdana Menteri Thailand sejak 2001 dengan dokongan parti Thai Rak Thai. Apabila pilihan raya diadakan semula pada 2 April 2006, sekali lagi dia berjaya menewaskan pembangkang dengan mudah. parti Thai Rak Thai merupakan parti tunggal yang pertama berjaya memenangi pilihan raya Thailand. Oleh itu permbangunan berjaya dilaksanakan dengan lancar.

Thaksin berusia 57 tahun.Kiranya Thaksin kembali ke Thailand , kemungkinan beliau akan ditangkap , di tahan dalam rumah dan dibicarakan sebagaimana Suharto di Indonesia.

Thaksin berlepas ke London dan bertemu dengan ahli keluarganya. Apartmen mewa di Maple Lodge milik Thaksin dianggarkan bernilai RM31 juta dan merupakan satu daripada hartanah pensendirian miliknya di luar negara, Semalam Thaksin bersiar-siar bersama dengan anak perempuannya Pinthonta di Hyde Park , London. Anak gadisnya itu dihantar belajar di London, tidak di negaranya sendiri.

Thaksin Shinawatra membina empayar perniagaan dan empayar politik yang kukuh di Thailand. Beliau merupakan jutawan telekomunikasi . Saham firma terlekomunikasi Shincorp telah dijual kepada Singapura dan Thailand dipersalahkan kerana mengorbankan maruah Thailand demi wang ringgit.

Thaksin mengamalkan pentadbiran 'ala CEO' di mana banyak keputusan diputuskan oleh keuntungan wang ringgit, tanpa memperdulikan maruah negara dan nyawa.

Pada 2003, Thaksin menjadikan Thailand sebagai hos terbaik bagi Forum Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Bangkok.Ketika itu pihak media memuji Thaksin dan menyamakan beliau dengan Dr Mahathir Mohamad sebagai 'suara Asean'.

'Thaksinomics' tercipta kerana Thaksin berjaya mebawa keluar Thailand dari Krisis Kewangan Asia 1997. Thailand bebas daripada cengkaman hutang Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) .

Thaksin dilihat mengamalkan kroni . Ramai sanak saudara dan rakan sekolahan dilantik dalam pasukan tentera, polis dan perniagaan. Rakyat di kota dan bandar Bangkok hilang kepercayaan kepadanya. Sebaliknya penduduk luar bandar menyukai beliau kerana banyak menabur wang dan pembangunan.

Demokrasi sebenar tidak wujud dalamn tempoh lima tahun pemerintahan Thaksin. Mulut pembangkang ditutup. Begitu juga dengan media. Contohnya akhbar Thai Rat , Mathichon dan Bangkok Post.

Beliau campur tangan dalam rombakan tentera . Tiga pemimpin tentera sebelum ini adalah kroni beliau. Perlantikan Jeneral Sonthi Boonyaratglin sebagai Ketua Tentera Thailand diharap dapat menutup isu kronisme beliau.

Selatan Thailand yang meliputi Yala, Narathiwat dan Pattani bermandi darah sepanjang lima tahun Thaksin berkuasa. Tentera dari utara dikerah ke selatan bagi menangani cubaan memerdekakan selatan Thailand. Tindakan keras terhdap orang Islam di selatan adalah senada dengan dasar Amerika Syarikat di seluruh dunia. Kuasa Barat dan media Barat menyokong Thaksin dan tidak mengutuk tindakan Thailand di selatan.

Pada peringkat awal , Thaksin disenangi di selatan kerana melantik beberapa pemimpin Islam sebagai Menteri atau orang kanannya. Parti Thai Rak Thai mendapat sokongan majoriti di selatan. Tetapi dalam pilihan raya 2 April 2006 ....

Thaksin setuju pasukan tentera Thailand dihantar ke Iraq pada 2003 dan ini amat melukakan penduduk Islam di Asia Tenggara.

Pada 20 September 2006 pesawat jet Thai Airways yang membawa Thaksin ke New York dipaksa mendarat di lapangan tentera Bangkok sebelum diperiksa oleh 10 anggota komando tentera. Tidak ada Thaksin di dalam pesawat tersebut. Cuma 20 wartawan dari kor Media dan beberapa pegawai rendah.

Punca rampasan kuasa[sunting | sunting sumber]

Jeneral Sonthi Boonyaratglin mulanya enggan melakukan kudeta walaupun beberapa kali didesak pelbagai pihal. Banyak pihak menuding kepada tentera bagi menyelesaikan masalah politik yang kian tidak menentu di bawah parti Thai Rak Thai pimpinan Thaksin Shinawatra.

Jika darurat diisytiharkan pastinya ekonomi dan politik Thailand yang hendak stabil akan kembali kepada era 1970-an.

Namun pilihan raya umum pada 2 April 2006 dibatalkan keputusannya menyebabkan tentera semakin dipersalahkan. Tentera sepatutnya bertanggungjawab menstabilkan kembali politik rakyat marhaen. Parti-parti pembangkang memboikot pilihan raya ini.

Tambahan pula Thaksin telah memalukan istana iaitu Raja Bhumibol Adulyadej. Dalam beberapa majlis , Thaksin tidak mengutamakan Raja Bhumipol. Sebaliknya Thaksin mengutamakan ketua-ketua negara asing. Thaksin juga tidak menghadiri majlis yang dihadiri oleh Raja Bhumipol.

Raja Bhumipol cuba meredakan hubungan yang runcing di selatan antara penduduk Islam dengan penganut Buddha. Namun Thaksin semakin keras dengan penganut Islam dan mengecap mereka sebagai pengganas. Guru-guru beragama Buddha yang mengajar di selatan Thailand dibekalkan dengan senjata api. Ketua-ketua kampung turut diberi latihan menembak dan mengunakan senjata api. Tindakan ini seakan-akan mahu melaga-lagakan sesama penduduk. Daerah Yala, Narathiwat dan Pattani banyak mempunyai sekolah rendah aliran agama yang dikatakan melahirkan golongan pelampau yang mahu merdeka dari Thailand.

Raja Bhumipol yang disanjung oleh orang Islam tidak lagi berfungsi sebagai pelindung sebaliknya sebagai ketua agama Buddha yang harus dimusuhi. Faktor inilah yang amat memalukan dan menyulitkan pihak istana. Raja Bhumipol dan Puteri Sirikit tidak lagi dapat melawat selatan Thailand dengan selamat dan bebas sebagaimana situasi terdahulu.

Perlembagaan baru[sunting | sunting sumber]

Perlembagaan Thailand yang baru yang lebih adil dan seimbang antara kaum., agama dan keturunan akan digubal semula dan dikemukakan kepada kabinet Thailand pada Oktober 2006. Beberapa pakar Perlembagaan di kalangan menteri dan profesor universiti akan dilantik menggubal perlembagaan baru ini.

Jeneral Sonthi Boonyaratglin berjanji Pilihan raya Thailand akan diadakan pada Oktober 2007.

Mahkamah Perlembagaan Thailand juga mengisytiharkan pilihan raya 2 April 2006 sebagai tidak sah dan pilihan raya baru akan dilaksanakan pada November 2006 sekiranya Perlembagaan baru siap dan diterima oleh semua pihak.

Calon Perdana Menteri sementara[sunting | sunting sumber]

Perlantikan perdana menteri sementara menggantikan Thaksin Shinawatra akan dibuat dalam masa terdekat. Ada beberapa calon yang difikirkan layak sebagai Perdana Menteri sementara. Calon ini mestilah bukan menteri era Thaksin. Ini kerana menteri era Thaksin mengamalkan sistem kroni , terutama di kalangan adik- beradik, saudara-mara dan rakan sekolahan Thaksin.

  • Pridayadhorn Devakula ialah [[Gabenor Bank Thailand]. Beliau berada di Singapura menghadiri mesyuarat Tabung Matawang Antarabangsa dan Bank Dunia semasa rampasan kuasa. Beliau dilihat calon terbaik yang dekat dengan golongan korporat. lebih demokratik, perhubungan antarabangsa yang luas dan lebih penting mendapat kepercayaan Raja Bhumipol. Beliau dilantik oleh Thaksin menjadi Gabenor Bank Pusat sejak 2001. Mendapat pendidikan di Amerika Syarikat dalam bidang ekonomi dan dihormati oleh pemimpin kanan Amerika Syarikat. Tahun 2007 umurnya mencapai 60 tahun yang akan bersara wajib.
  • Prof Dr Ackaratorn Chularat ialah Presiden Mahkamah Pentadbiran Agung. Beliau ialah profesor undang-undang awam. Beliau pernah dipanggil oleh Raja Bhumipol pada April 2006 bagi menyelesaikan krisis yahng berpunca dari pilihan raya yang dibatakan kemudiannya.
  • Jeneral Surayud Chulanont ialah Anggota Majlis Privi . Beliau ialah bekas Panglima Tentera Darat dan penasihat kanan kepada Raja Bhumipol. Sering mengiringi Permaisuri Sirikit atau Putera Mahkota Vajiralongkorn semasa melawat selatan Thai. Beliau dihormati sebagai pegawai tentera yang bijak dan profesional.
  • Sumet Tantivejakul ialah ketua agensi perancangan ekonomi dan sosial . Sumet kini menjadi Presiden Yayasan Chaipattanz yang banyak terlibat dalam projek pembangunan.Beliau pernah menyelar dasar 'kapitalis tamak' yang diamalkan oleh Thaksin.
  • Chanchai Likhitjitta ialah antara hakim yang ditugaskan oleh Raja Bhumipol untuk menyelesaikan krisis pilihan raya 2 april 2006. Beliau akan bersara sebagai Presiden Mahkamah Agung pada September 2006.
  • Anand Panyarachun ialah bekas Perdana Menteri Thailand pada 1991 .Beliau dilantik sebagai Perdana Menteri Thailand selepas jeneral menggulingkan kerajaan awam pimpinan Chatchai Choonhavan. Beliau merupakan ahli prniagaan dan bekas diplomat. Berumur 70-an , Beliau kembali memegang jawatan kuasa Perdana Menteri pada 1992 selepas proksi tentera memenangi pilihan raya . Namun Anand Panyarachun dijatuhkan oleh kuasa rakyat.

Menteri masih di luar negara[sunting | sunting sumber]

Beberapa menteri kanan Thaksin tidak kembali ke Thailand.

Menteri Luar Thailand , Kantathi Supamongkhon dari Paris terbang ke London untuk menemui Thaksin di London.

Menteri Perdagangan Thailand Somkid Jatusripitak terbang ke Perancis. Beliau pernah diramal menggantikan Thaksin .

Menteri Kewangan Thailand Thanong Bidaya masih di Singapura selepas menghadiri mesyuarat Tabung Matawang Antarabangsa dan Bank Dunia di Singapura.

Menteri Pendidikan Thailand Chaturon Chaisang serta Menteri Pembangunan Sosial dan Keselamatan Manusia Watana Muangsooksaid menafikan mereka di tahan di Bangkok.

Tahanan tentera[sunting | sunting sumber]

Chidchai Vanasatidya dilaporkan berada dalam tahanan tentera.

Bekas Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Newin Chidchob dan Menteri Sumber Asli Yongyuth Tiyapairat ditahan oleh pihak DRC . DRC merupakan Majlis Reformasi Demokratik (DRC), yang ditubuhkan selepas undang-undang tentera diisytiharkan.

Timbalan Perdana Menteri Wissanu Krea-ngam dan bekas setiausaha agung kabinet Borwornsak Uwanno berada di DRC tetapi nasibnya tidak diketahui.

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Perusahaan Somkid Jatusripitak kembali ke Bangkok selepas berada di Perancis. Beliau pulang melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Don Muang .

Perikatan Rakyat untuk Demokrasi (PAD) yang menjadi penganjur utama demontrasi menentang Thaksin di Lumpini Park ternyata gembira apabila Thaksin telah digulingkan. Penyelaras PAD ialah Suriyasai Katasila .

Tiada perubahan besar[sunting | sunting sumber]

Jeneral Sonthi Boonyaratglin menegaskan bahawa kerajaan tentera akan meneruskan dasar luar negara tanpa ada perubahan.

Usaha Timbalan Perdana Menteri Thailand , Dr Surakiart Sathirathai untuk merebut jawatan Setiausaha Agung PBB pada Disember 2006 ini akan disokong 100 peratus.

Lapangan terbang Suvarnabhumi yang baru siap, akan dirasmikan pada 28 September 2006 ini tanpa banyak masalah. Perasmian akan dilakukan oleh Raja Bhumipol sendiri.Lapangan terbang baru Bangkok itu, terletak kira-kira 25 kilometer ke timur ibu kota di Nong Ngu Hao merupakan lapangan terbesar di Asia Tenggara dan lebih besar daripada KLIA.

Kesan politik[sunting | sunting sumber]

Rampasan kuasa oleh tentera bukanlah satu fenomena yang baik bagi kerajaan Thailand atau mana-mana negara dunia ketiga. Jarang berlaku rampasan kuasa tentera di negara maju. Rampasan kuasa di Thailand sepatutnya tidak berlaku lagi kerana sudah 56 kali terjadi rampasan di sana. Sepatutnya tentera Thailand serik untuk melakukan rampasan kuasa.

Gesaaan agar demokrasi dikembalikan segera haruslah didengar. Namun pengajaran dari sejarah di Indonesia, Pakistan dan Myanmar, tentera enggan melepaskan kuasa selepas berkuasa. Ada-ada sahaja alasan diberikan. Contohnya , rakyat masih belum bersedia menghadapi dan menerima sistem demokrasi.

Cara orang awam dan tentera mentadbitr sesebuah negara memang berbeza sama sekali. Dalam sistem ketenteraan . semua perkara adalah 'perintah'. Pada akhirnya sistem pentadbiran ala tentera ini menjurus kepada amalan rasuah yang lebih besar sebagaimana era Suharto di Indonesia. Jeneral Musharraf di Pakistan sentiasa tunduk kepada sekutu Amerikanya agar terus kekal di sana.

Sebagai sebuah negara yang menjunjung demokrasi sebelum ini , Thailand seharusnya tidak membenarkan kudeta. Perbezaan politik antara mereka harus dijelaskan dan diselesaikan secara aman dan mengikut prinsip demokrasi dan undang-undang.

Sekali lagi agama Islam akan dipersalahkan. Ini kerana Panglima Tentera Thailand tersebut beragama Islam. Islam selalu menjadi kambing hitam dalam kebanyakan situasi.

Kesan ekonomi[sunting | sunting sumber]

Mungkinkah Krisis kewangan Asia 1997 akan berulang semula selepas rampasan kuasa oleh pihak tentera di Thailand. Jika konflik itu berlarutan, ia boleh menjejaskan negara itu dan rantau Asia Tenggara secara keseluruhannya.

Beberapa pasaran Asia merosot . Kestabilan di Thailand amat bergantung kepada pihak yang berkuasa sekarang. Kiranya pihak tentera mahu 'membetulkan' kesilapan perancangan ekonomi era Thaksin, keadaan ekonomi mungkin berkocak.

Pelancong pasti tidak gemar kepada situasi yang tidak menentu ini. Bilangan pelancong merudum selepas tsunami 2004 di pulau Phuket dan lain-lain di selatan Thailand.

Bangkok yang menjadi pilihan terbaik kepada para pelabur selepas China dan Vietnam tentu berfikir dua kali . Dasar memiliknegara sesebuah industri besar kemungkinan berlaku. Beberapa syarikat yang dimonopoli oleh mantan Perdana Menteri Thailand , Thaksin Shinawatra mungkin akan berlaku, walaupun dinafikan.

Tabung Matawang Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang mengadakan mesyuarat tahunan di Singapura , pertama selepas krisis kewangan Asia 1997-98. Menteri Kewangan Thailand , Thanong Bidaya tidak jadi berucap di mesyuarat tersebut.

Pengarah Urusan IMF, Rodrigo de Rato sedang memantau krisis kepimpinan di Thailand. Semasa krisis ekonomi 1997, Tabung Matawang Antarabangsa meminjam sejumlah wang kepada Thailand. Sebaliknya Dr Mahathir Mohamad menambat nilai ringgit kepada RM3.80 bagi setiap 1 dolar Amerika.

Prestasi ekonomi Thailand dikatakan berkembang teguh sebanyak 4-4.5 peratus tahun 2007 dan 5-5.5 tahun berikutnya walaupun wujud ketidakpastian politik, kadar faedah yang tinggi serta kenaikan harga minyak.

IMF dikritik kerana memberi ubat yang kuat tetapi tidak berkesan kepada ekonomi-ekonomi yang `sakit' dengan meminta negara-negara terbabit mengurangkan perbelanjaan kerajaan dan menaikkan kadar faedah.

Thailand dan semua negara Asia kembali pulih kerana tadbir urus yang jauh lebih baik dan seharusnya dapat bertahan dalam menghadapi kejutan seperti krisis di Thailand.

Risiko kenaikan harga minyak mentah yang juga boleh menjejaskan pertumbuhan dan inflasi negara Asia Tenggara.

Parti Thai Rak Thai masih cerah[sunting | sunting sumber]

Parti pembangkang seperti Demokrat tidak berpeluang menggantikan Parti Thai Rak Thai (TRT) walaupun Thaksin telah digulingkan.

Parti Thai Rak Thai tetap membolot sokongan 50 % undi jika kerajaan tentera mengadakan pilihanraya dalam waktu terdekat ini.

Jika 30 juta penduduk keluar mengundi, sekurang-kurangnya 15 juta akan mengundi TRT walaupun tanpa Thaksin Shinawatra bertanding dalam pilihan raya itu. TRT mempunyai banyak sokongan yang tidak dimiliki parti lain.

Daripada 400 kerusi di Parlimen, terdapat kira-kira 140 kerusi di kawasan utara dan timur laut di mana TRT dengan mudah boleh memenangi kira-kira 120 kerusi.

Populariti Thaksin dan TRT tidak mungkin terhapus. Contohnya di Chiang Mai dan di kawasan timur laut yang merupakan kawasan penduduk miskin . Bilionaire seperti Thaksin disukai oleh penduduk luar bandar. Di Bangkok Thaksin dibenci kerana banyak kontroversi dan rasuah tetapi tidak di luar bandar. Thaksin menabur wang dan projek pembangunan ke kawasan luar bandar.

Thaksin satu-satunya perdana menteri yang mendekati penduduk miskin dan cuba membasmi kemiskinan. Amat sukar untuk melenyapkan kuasanya. Parti lain akan mendapati sukar untuk meraih sokongan rakyat di kawasan luar bandar.

Kiranya TRT dibubarkan atau berpecah akibat pertikaian dalaman, sesetengah pemimpinnya seperti bekas Menteri Perdagangan Thailand Somkid Jatusripitak dan Menteri Pendidikan Thailand Chaturon Chaisang mempunyai kewibawaan dan dengan mudah boleh meraih semula sokongan daripada bekas penyokong TRT sekiranya mereka membentuk parti baru.

Demokrat atau parti pembangkang lain sukar untuk menang dan membentuk sebuah kerajaan baru, kecuali mereka mendapat sokongan tentera atau pasukan keselamatan lain.

Parti Demokrat yang berusia 60 tahun adalah kuat di selatan tetapi 40 hingga 50 kerusi di sana tidak cukup untuk memenangi pilihan raya itu kerana kawasan tengah di mana terletaknya Bangkok mempunyai pembahagian sama banyak.

Santiparp Thai merupakan parti Islam tunggal di negara Thailand. Mukta Kila menjadi setiausaha agung parti Santiparp Thai. Parti ini tidak memihak kepada mana-mana parti. Tumpuan utama ialah membangunkan ekonomi penduduk Islam di selatan Thailand.

Selatan Thailand tenang[sunting | sunting sumber]

Lebih 1400 terkorban di selatan Thaland sejak 2003.

Ramai penduduk Islam di Pekan Siam, Betong, Danok, Pengkalan Hulu, Sungai Golok dan Padang Besar di sempadan Malaysia-Thailand kelihatan gembira bercampur sinis. Mereka tidak pasti adakah kudeta yang berlaku akan membawa perubahan baik kepada mereka.

Tragedi Kampung Padi, Tak Bai , Narathiwat yang mengorban ratusan pemuda Islam pada bulan puasa tersebut masih jelas kelihatan di hadapan mata. Pihak tenteralah yang telah menembak pemuda yang melarikan diri ke dalam sungai. Mereka yang hidup dicampakkan bertindih-tindih di dalam trak tentera. Akhirnya mereka dikembumikan secara beramai-ramai. Ketika itu penunjuk perasaan ini berhimpun di hadapan balai polis agar pemimpin mereka dibebaskan.

Namun aktiviti membeli-belah atau berhibur kelihatan lengang.Tentera Thailand bertugas di pintu masuk negara itu di Padang Besar . Biasanya pintu masuk dikawal oleh pihak imigresen dan kastam sahaja.

Pekan Siam hanya 2 kilometer dari Padang Besar lesu menjelang bulan Ramadan pada 24 September 2006 dan Hari Raya Puasa pada 24 Oktober 2006.

Jika dahulu mereka bimbangkan bom tapi kini mereka bimbangkan tembakan dari tentera yang sedang berkuasa. Sebenarnya tembakan menjadi perkara biasa di selatan Thailand sejak 2003 hingga 2006 ini.

Amaran jangan ke Thailand[sunting | sunting sumber]

Kerajaan Malaysia tidak merestui pemergian rakyat Malaysia ke selatan Thailand kerana sering kali berlaku tembakan curi. Banyak pihak mempunyai senjata haram dan bersedia menembak orang-orang yang tidak dikehendaki. Contoh terbaru ialah pegawai perikanan Terengganu yang ditembak di dalam sebuah kereta bersama seorang Penghulu warga Thailand.

Pengkalan Hulu merupakan pintu sempadan tunggal di Perak yang menjadi laluan ke Betong, Thailand.Kira-kira 700-800 pengunjung Malaysia ke sana setiap hujung minggu. Kira-kira 300 kenderaan berulang alik setiap hari.

Jambatan Muhibah di Rantau Panjang , Kelantan yang menjadi pintu masuk ke Thailand masih penuh sesak.