Speed Racer

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Speed Racer
Speed Racer promotional image.jpg
Speed Racer (Gō Mifune)
マッハGoGoGo
(Mach GoGoGo)
Genre Aksi, Perlumbaan
Manga
マッハGoGoGo
Pengarang Tatsuo Yoshida
Penerbit Jepun Fusosha
Kanada Amerika Syarikat Digital Manga Publishing
Anime
マッハGoGoGo/ Speed Racer
Pengarah Hiroshi Sasagawa
Studio Tatsunoko Productions
Penyiaran Asal Jepun Fuji Television
Dikeluarkan pada 2 April 196731 Mac 1968
Anime
マッハGoGoGo/ Speed Racer X
Pengarah Hiroshi Sasagawa
Studio Tatsunoko Productions
Penyiaran Asal Jepun TV Tokyo
Dikeluarkan pada 9 Januari 199710 September 1997

Speed Racer atau Mach GoGoGo (マッハGoGoGo Mahha GōGōGō?) ialah sebuah siri anime Jepun yang bertemakan lumba kereta. Siri ini merupakan satu contoh anime terawal yang menjadi francais yang berjaya di Amerika Syarikat.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Watak dan jalan cerita animasi ini berasal dari Jepun dalam bentuk siri manga dan anime Mach GoGoGo, dari studio anime Tatsunoko Productions.

Mach GoGoGo mula-mulanya dicipta dan direka oleh pelopor anime Tatsuo Yoshida (19321977) dalam bentuk siri manga pada 1960-an lalu beralih ke kaca TV dalam bentuk siri anime pada tahun 1967. Watak utama dalam anime dan manga ini ialah seorang pelumba kereta muda bernama Gō Mifune. Yoshida memilih nama-nama dan lambang-lambang dalam ciptaannya dengan amat teliti. Huruf M merah besar pada hud Mach 5, yang disangka bermaksud "Mach 5" di Amerika, sebenarnya merupakan logo Mifune Motors, iaitu perniagaan keluarga. Itu juga asal huruf "M" pada topi keledar Gō. "Mifune" merupakan penghormatan kepada bintang filem Jepun Toshiro Mifune. Nama Gō pula merupakan homofon bahasa Jepun untuk nombor 5 (nombor kereta lumbanya). Ini juga ditunjukkan oleh huruf G kuning yang disulam pada baju birunya. Nama siri Mach GoGoGo sebenarnya merupakan kias seleweng: nombor 5, iaitu nama keretanya Mach 5; nama watak utama; dan perkataan Inggeris "go."

Yoshida diilhamkan untuk mereka Speed Racer setelah menonton dua buah filem yang amat popular di Jepun pada masa itu, iatu Viva Las Vegas dan Goldfinger. Dengan menggabungkan rupa imej Elvis Presley memandu kereta lumba, dilengkapi kain leher dan rambut pompadour hitam, dengan kereta Aston Martin James Bond yang berisi kelengkapan, maka Yoshida meraih ilhamnya.

Hak penerbitan bahasa Inggeris Mach GoGoGo segera diraih oleh syarikat sindiket Trans-Lux di AS. Watak utama Gō Mifune ditukar namanya menjadi "Speed Racer" bagi versi Inggeris. Usaha suntingan dan alih suara dijalankan oleh Peter Fernandez, yang juga menyumbangkan suara beliau kepada banyak watak, khususnya Racer X dan Speed Racer sendiri. Fernandez juga bertanggungjawab menyusun semula melodi lagu tema serta menulis lirik bahasa Inggerisnya.

Kereta Mach 5[sunting | sunting sumber]

Pusat Stereng Mach 5 (butang H tidak kelihatan)

Mach Go (Jepun)/Mach 5 (AS), iaitu kereta yang dipandu Speed Racer, ialah satu kemegahan teknologi yang mengandungi pelbagai kelengkapan berguna. Gō Mifune/Speed Racer mudah memasang kelengkapan ini dengan menekan butang "A" hingga "G" di pusat kemudinya. Terdapat juga satu lagi butang bertanda "H" yang terletak di konsol.

Berikut ialah fungsi butang-butang tersebut:

  • Butang A (Auto Jacks): “Mengeluarkan bicu berkuasa untuk merangsang kereta agar sesiapa boleh cepat melakukan apa-apa penyelenggaraan yang perlu.” Kelengkapan ini juga boleh digunakan untuk "melangkaui" jarak pendek dalam kelajuan tinggi. Kesan bunyi "chyock chyock" yang dimainkan apabila kereta melompat di udara mudah diingati peminat.
  • Butang B (Belt Tires): Memasang tayar cengakaman khas untuk tarikan melalui rupa bumi yang sukar (sama ada tanah yang kukuh, beku, atau rapuh, dasar lautan, sisi gunung mencancang dsb.). Pada masa yang sama, 5,000 kuasa kuda diagihkan sama-rata ke setiap rodah melalui enjin.
  • Butang C (Cutters): Untuk melalui rupa bumi yang banyak berhutan. Sepasang gergaji putar timbul dari hadapan Mach 5 untuk mencantas segala rintangan.
  • Butang D (Deflector): Mengeluarkan pelindung lutisnar berkuasa yang melitupi kokpit ke menjadi ruang kalis udara. Pelindung ini kalis peluru dan perlanggaran. Kokpit itu juga menjadi ruang kalis air yang membolehkan kereta menyelam dalam air.
  • Butang E ("Evening Eye"): Mengawal cahaya khas "yang boleh dikawal satu-satu atau bersama-sama," membolehkan pemandu melihat lebih jelas berbanding lampu puncak biasa. Apabila digunakan dengan “kaca mata malam” pada topi keledar Speed, penglihatannya dibantu dengan sinar inframerah.
    Butang E kemudian diubahsuai untuk menghidupkan sayap mini yang keluar dari bawah kereta untuk membantu membuat lompatan jauh.
  • Butang F (Frogger mode): Digunakan apabila Mach 5 menyelam. Sebuah kanister oksigen menyalurkan udara pernafasan ke dalam kopit. Sebatang periskop disediakan untuk memantau permukaan air. Pemandangan periskop itu dipancarkan dalam skrin video di dalam kokpit Mach 5. Bekalan oksigen bantuan 100 paun ini cukup untuk 30 minit.
  • Butang G (Gizmo Rocket): Mengeluarkan sebuah robot pandu tuju berbentuk burung camar yang terbang dari hud kereta, robot itu dihantar ke kereta Racer X (the Shooting Star) untuk bantuan, dan adakalanya digunakan sebagai senjata sementara yang menjatuhkan pistol dari tangan orang (terdapat sebatang kayu ria perak kecil di konsol yang mengawal penerbangannya).
    • Butang H (Home): Terletak di konsol tengah dengan kawalan-kawalan lain untuk kawalan robot pandu tuju, butang ini menghantar itu balik ke rumah Racer.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]