Sultan Hussain Shah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sultan Hussain Shah
Sultan Johor ke-XVIII
Pemerintahan 1819 – 1835
Pendahulu Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah
Pengganti Sultan Ali Iskandar Shah
Keputeraan 1776
Kemangkatan 5 September 1835
Tengkera
Dimakamkan September 1835
Masjid Tengkera, Melaka

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Sultan Hussain Muazzam Shah ibni almarhum Sultan Mahmud III Shah Alam[1] (1776 – 5 September 1835)[2] adalah Sultan Johor ke-18.[3]. Sultan Hussain Shah dilantik sebagai sultan pada 6 Februari 1819.

Sebelum Sultan Hussain Shah dilantik sebagai Sultan Johor, Stamford Raffles telah tiba di Singapura dan membuat perhubungan dengan Temenggung Abdul Rahman untuk mendapat kebenaran membina loji dan meletakkan satu kompeni askarnya di Singapura dengan menandatangani Perjanjian 30 Januari 1819.

Dalam kajian kes ini, Raffles yang mengetahui mengenai krisis perebutan takhta Kesultanan Johor pada ketika itu telah mengambil peluang untuk melantik Tengku Hussain @ Tengku Long menjadi Sultan Johor bagi mengukukuhkan kedudukan Inggeris di Singapura.

Perebutan takhta[sunting | sunting sumber]

Sultan Johor-Riau, Sultan Mahmud Shah III mangkat pada 1812 setelah memerintah selama lebih 50 tahun, tanpa melantik pewaris takhta. Baginda meninggalkan dua orang putera berlainan bonda, kedua-duanya berketurunan Bugis. Sebagai putera yang sulong, Tengku Hussain, pada kebiasannya akan menggantikan Sultan Mahmud berbanding adinda tirinya, Tengku Abdul Rahman yang lebih muda[4] Walaubagaimanapun, Tengku Hussain, sedang berada di Pahang semasa ayahndanya mangkat.

Tengku Abdul Rahman dengan sokongan orang Bugis yang diketuai oleh Yang Dipertuan Muda Raja Jaafar telah dilantik menjadi Sultan Johor sebelum Tengku Hussain sempat kembali. Sebagai balasan sokongan yang diberikan oleh Raja Jaafar, beliau telah dilantik sebagai raja muda dan diberi kuasa pentadbiran penuh.[5] Tengku Hussain tinggal di Pahang dan menunggu angin monsoon tiba, dan tidak mengetahui perlantikan adindanya sebagai Sultan. Dalam pada itu, Raja Jaafar telah menulis surat kepada Tengku Hussain untuk memaklumkan kemangkatan Sultan Mahmud, kerana isi surat tidak menerangkan perlantikan adindanya sebagai Sultan. Surat jawapan telah dihantar dari Pahang ke Lingga memaklumkan perlantikan Tengku Hussain sebagai Sultan oleh Bendahara Tun Ali di Pahang. Akhirnya Tengku Hussain belayar balik ke Lingga bila tibanya angin monsoon, dan telah disambut oleh Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah yang telah menawarkan untuk menyerahkan takhta kepada Tengku Hussain. Walaubagaimanapun, baginda Tengku Hussain dengan cepat menarik balik tawaran tersebut kerana diancam oleh Raja Jaafar.[6]

Kesahihan pemerintahan Sultan Abdul Rahman dipersoalkan kerana alat kebesaran diraja berada di dalam tangan Raja Hamidah, parmaisuri terkanan Sultan Mahmud Shah III yang telah menyatakan pilihannya bahawa Tengku Hussain layak untuk menaiki takhta. Tambahan pula, Tengku Hussain mendapat sokongan Temenggung dan pembesar Melayu. Ini menyebabkan soal peralihan kuasa bertambah rumit.[7]

Kesan perlantikan Sultan Hussain[sunting | sunting sumber]

British telah berjaya mengetepikan pengaruh politik Belanda dengan perlantikan Sultan Hussain sebagai Sultan Johor dan Singapura. Ini membolehkan British mengukuhkan pengaruhnya di Singapura dan Semenanjung Malaysia. Walaubagaimanapun, kesahihan perlantikan Sultan Hussain sebagai Sultan Johor dan Singapura, tidak diiktiraf oleh Raja-raja Melayu dan jawatan Baginda hanya sekadar nama. Sebaliknya kedudukan Temenggung Abdul Rahman menjadi bertambah kukuh akibat perjanjian yang ditandatangi dengan British membolehkan beliau memutuskan pengaruh Raja Jaafar ke atas beliau.[8]

Belanda pula mengambil langkah berani untuk merampas alat kebesaran diraja daripada Raja Hamidah apabila mendengar khabar angin Sultan Hussain meminta bantuan British untuk merampas alat tersebut.[9] Pada November 1822, Sultan Abdul Rahman telah dimahkotakan sebagai Sultan Lingga oleh Belanda dengan penuh alat kebesaran diraja.[10]

Sultan Abdul Rahman, yang lebih mengabdikan diri kepada agama, menghadkan pengaruh politiknya di Lingga, dimana keluarga Baginda tinggal dibawah pentadbiran[11] Raja Jaafar yang memerintah dibawah pengaruh Belanda.[12] Walaubagaimanapun, persoalan kekaburan kesahihan kepimpinan tempatan, seperti status Johor dan Pahang, yang merupakan de jure hakmilik Sultan Abdul Rahman dan penggantinya, tetapi Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 tidak membolehkan beliau berkuasa di Johor dan Pahang.[13] Memandangkan hal ini, Temenggung dan Bendahara mula menjadi lebih berkuasa. Tambahan pula, peningkatan pengaruh British di Semenanjung Tanah Melayu dan perubahan politik semasa perlahan-lahan mengurangkan pertelingkahan tersebut. (Pada tahun 1857, Sultan Lingga, Sultan Mahmud IV, yang merupakan de jure ketua Kesultanan Johor, Pahang dan Lingga, telah menuntut haknya sebagai pemerintah negeri-negeri tersebut dan menyebabkan perang saudara di Pahang.[14])

Manakala bagi sebelah Sultan Hussain pula, baginda tidak meneruskan sebarang tuntutan secara aktif terhadap hak kedaulatannya keatas Johor, walaupun Temenggong Abdul Rahman meninggal dunia pada tahun 1825, dan pewarisnya, Temenggong Ibrahim pula masih mentah dan remaja ketika Temenggong Abdul Rahman meinggal dunia.[15] Sultan Hussain akhirya dilihat lebih banyak mengahabiskan masanya di kediaman rasminya di Singapura yakni Istana Kampong Glam sehingga tahun 1834, kemudian berpindah ke Melaka. menurut sumber laporan, Sultan Hussain ialah seorang yang lemah, sifat dan perwatakannya cukup meunjukkan baginda kekurangan kuasa dan pemerintahan yang tidak setanding dengan gelaran Sultannya.[16]

Pemerintahan[sunting | sunting sumber]

Sultan Hussain dikenali sebagai Sultan yang menandatangani dua perjanjian dengan Syarikat Hindia Timur Inggeris yang membolehkan penubuhan Singapura moden; dimana beliau telah diiktiraf sebagai Sultan Johor dan Singapura pada 1819, dan Sultan Johor pada 1824.[17] Kuasa Sultan Hussain ke atas Singapura hilang setelah menandatangani Perjanjian 2 Ogos 1824 dengan British (John Crawford) untuk menyerahkan Singapura dan pulau sekitarnya.

Peranan Sultan Hussain lebih sebagai pemerintah boneka dibawah telunjuk Inggeris. Perlantikan beliau tidak mendapat pengiktirafan raja-raja Melayu terutama di tahun awal pemerintahannya. Pada akhir pemerintahannya dan diawal pemerintahan anaknya, Sultan Ali sebagai Sultan Johor, pengiktirafan terhad telah diberikan oleh sebahagian raja-raja Melayu[18] dan pihak Inggeris memperoleh kepentingan ekonomi dan politik.[19][20]


Mangkat[sunting | sunting sumber]

Sultan Hussain Shah berpindah ke Melaka pada 1834 dan mangkat di Tengkera, Melaka setahun kemudian pada September 1835, dan dimakamkan di Masjid Tengkera.[21]


Penyandang Terdahulu Sultan Johor ke-18
1819 – 1835
Penyandang Kemudian
Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah Sultan Ali

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Carl A. Trcocki (2007). Prince of Pirates : The Temenggongs and the Developments of Johor and Singapore. NUS Press. ISBN 9789971693763. 
  • R.O. Winstedt (1992). A History of Johore. The Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society (MBRAS). ISBN 9839961462. 

Nota kaki[sunting | sunting sumber]

  1. Bastin, Winks, Malaysia: Selected Historical Readings, pg 130
  2. Marcus Scott-Ross, See Historical Malacca in One Day, pg 22
  3. Sejarah Kesultanan Negeri Johor, Laman Web Rasmi Pejabat Daerah Kota Tinggi, retrieved 12 March 2009
  4. Turnbull, A Short History of Malaysia, Singapore and Brunei, pg 97
  5. Trocki, Prince of Pirates: The Temenggongs and the Development of Johor and Singapore, 1784-1885, pg 36
  6. Winstedt, A History of Johore (1365–1941), pg 77
  7. Trocki, Singapore: Wealth, Power and the Culture of Control, pg 82
  8. Ministry of Culture (Publicity Division), Singapore; Ministry of Communications and Information, Singapore., Singapore: A Ministry of Culture Publication, pg 24
  9. Winstedt, A History of Johore (1365–1941), pg 84
  10. Trocki, Prince of Pirates: The Temenggongs and the Development of Johor and Singapore, 1784-1885, pg 108
  11. Bastin, Winks, Malaysia: Selected Historical Readings, pg 132 Though in 1818 Major Farquhar had signed a treaty with the Underking of Riau by virtue of powers granted him by 'Abdu'r- Rahman Sultan of Johor, Pahang and dependencies, and though in his letter suggesting the Carimons (Karimun) for a port he had again referred to 'Abdu'r-Rahman as emperor, he now conveniently remembered that the potentate had deprecated being called ruler of the Johor empire and had declared that he was Sultan of Lingga only. So aware that under Dutch surveillance neither Sultan 'Abdu'r-Rahman of Lingga nor the Underking at Riau would be able to convey any rights at Singapore to the British,...
  12. Royal Asiatic Society of Great Britain and Ireland, Journal of the Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society, pg 57
  13. Winstedt, A History of Johore (1365–1941), pg 112
  14. Winstedt, A History of Johore (1365–1941), pg 116
  15. Winstedt, A History of Johore (1365–1941), pg 106
  16. David Brazil, Street Smart Singapore, pg 231
  17. British-American Claims Arbitral Tribunal, American and British Claims Arbitration, pg 6 Sultan Ali adalah keturunan Sultans Johor. Ayahndanya, Sultan Hussain, telah diiktiraf oleh Inggeris sebagai Sultan Johor pada 1824,...
  18. Aruna Gopinath, Pahang, 1880-1933: A Political History, pg 23 Bendahara Ali adalah salah sorang daripada raja-raja Melayu yang menyesuaikan diri dengan situasi baru dan memberikan pengiktirafan kepada Sultan Hussain Singapura...
  19. Winstedt, A History of Johore (1365–1941), pg 110-1
  20. Tate, The Making of Modern South-East Asia, pg 134 .....Timmerman Thyssen, expressing his amazement at a fate which separated father from son, brother from brother, and friend from friend. He also declared that he continued to recognize Sultan Abdul Rahamn of Riau as his overlord, and his seal diplomatically styled him as the representative of the late Sultan Mahmud! In the same year he refused to allow the British flag to be flown in Pahang. Later, as the situation became clearer, Bendahara Ali modified his attitude and apparently accorded his recognition to Sultan Husain as well, and in 1841 Husain's son and heir asked to come to Pahang to be installed as the new sultan by the Bendahara. In 1853 the Bendahara felt sufficiently sure of his position to have himself proclaimed as an independent ruler, although the fiction of Johore's sovereignty was allowed to continue up till 1864.
  21. Reports Service, by American Universities Field Staff, published by American Universities Field Studies, 1965, pg 20

Lihat juga[sunting | sunting sumber]