Sungai Gangga

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Sungai Ganges)
Lompat ke: pandu arah, cari
Ganges (Ganga)
River
Varanasiganga.jpg
Sungai Ganges di Varanasi
Negara-negara India, Nepal, Bangladesh
Cawang-cawang
 - kiri Mahakhali, Karnali, Koshi, Gandak, Ghaghra
 - kanan Yamuna, Son, Mahananda
Bandar-bandar Haridwar, Kanpur, Allahabad, Varanasi, Ghazipur, Patna, Kolkata
Sumber Glasier Gangotri
 - lokasi Uttarakhand, India
 - ketinggian Templat:Unit tinggi
Muara Delta Ganges
 - lokasi Teluk Benggala, Bangladesh
 - ketinggian Templat:Unit tinggi
Panjang
1 {{{nama}}} =
Unit antarabangsa
{{{m}}} m {{{sm}}} sm
{{{km}}} km {{{mm}}} mm
{{{ang}}} Å {{{au}}} AU
{{{parsec}}} pc {{{ly}}} LY
Unit Inggeris
{{{inci}}} inci {{{kaki}}} kaki
{{{ela}}} ela {{{batu}}} batu
{{{n-mi}}} NM {{{s-mi}}} mi
{{{fatom}}} fatom {{{furlong}}} fur
Basin 907,000 km2 (350,195 sq mi)
Pelepasan for kuala
 - purata Templat:Unit pelepasan

Sungai Ganges (Bahasa Hindi: गंगा Gaṅgā) ialah salah sebuah sungai utama di Asia Selatan yang mengalir ke arah timur melalui Dataran Ganges di India Utara hingga ke Bangladesh. Panjang sungai ini 2,525 km (1,569 bt) mengalir dari barat banjaran Himalaya di negeri Uttarakhand di India, lalu mengalir ke arah delta sungai Sundarban di Teluk Benggala. Sumber lain menyatakan panjang sungai ini ialah 2620 km.

Sungai Ganges ini merupakan sungai suci kepada penganut agama Hindu yang memujanya sebagai dewi Ganga, di samping juga kaya dengan kepentingan sejarah: banyak sekali bekas ibu kota wilayah atau diraja (seperti Patliputra, Kannauj, Kara, Allahabad, Murshidabad, dan Calcutta) yang terletak sepanjang tebingnya. Pada awal Zaman Veda hingga Zaman Rigveda , Sungai Indus dan Sungai Sarasvati adalah sungai suci yang utama, bukan Sungai Ganges. Tetapi sejak Veda ke-3, Sungai Ganges lebih diutamakan. Dataran Ganges menjadi lokasi pelbagai tamadun dari Empayar Maurya hingga ke Empayar Mughal .

Lembangan Ganges menyalirkan air sebanyak 1,000,000 km persegi untuk menampung salah sebuah kawasan yang paling besar ketumpatan kependudukan manusianya di dunia. Kedalaman purata sungai ini adalah 52 kaki (16 m), dan kedalaman maksimumnya 100 kaki (30 m).

Sungai ini ke-20 panjang di dunia. Sekitar 400 juta penduduk tinggal di kiri kanan tebing sungai dengan kepadatan penduduk 390 / km 2.

Dalam buku Discovery of India (1946), Jawaharlal Nehru menyanjungi kebesaran Sungai Ganges seperti berikut:

Sungai Ganges ialah sungai yang terpenting sekali di India, yang menawan sanubari India dan menarik berjuta-juta orang ke tebingnya semenjak bermulanya sejarah. Kisah Sungai Ganges, dari puncanya hingga ke laut, dari zaman dahulu hingga kini, ialah kisah tamadun dan kebudayaan India, kisah kebangkitan dan kejatuhan empayar, kisah kota-kota agung dan megah, kisah pengembaraan manusia…

Tercemar[sunting | sunting sumber]

Sungai Ganges antara sungai ke-5 paling tercemar di dunia terutama di Varanasi. Hampir 2 juta penganut akan mandi setiap hari di sungai ini. Airnya dikatakan dari kaki lotus Wisnu dan mengalir ke rambut Siva. Sungai ini mnejadi tempat buangan najis manusia malah tempat membuang mayat manusia. Akibatnya pelbagai penyakit merebak seperti jangkitan penyakit Schistosomiasis, kolera dan lain-lain wabak penyakit.

Pelan Tindakan Ganges telah dilaksanakan untuk membersihkan sungai ini tetapi kurangan sokongan dari pihak berkuasa agama. Pada April 1985 Shree Rajiv Gandhi telah merasmikan program ini .

Hulu sungai[sunting | sunting sumber]

Hulu sungai ini ialah sungai Bhagirathi dan Alaknanda yang dianggap sebagai sumber budaya dan mitos Hindu. Salji mencair dari puncak Nanda Devi , Trisul , dan Kamet. Glasier Gangotri di Gaumukh terletak pada ketinggian 3.892 m .

Pertikaian[sunting | sunting sumber]

Pada 1951, berlaku perselisihan pembahagian air antara India dan Bangladesh (kemudian Pakistan Timur ), selepas India hendak membina Empangan Farakka . Tujuan pembinaan untuk mengembalikan lestari Pelabuhan Kolkata . Selama musim kemarau ,aliran Gangga air sungai hanya 1,600 m 3 / s. Pada 1996 perjanjian 30-tahun itu ditandatangani.

Sungai suci[sunting | sunting sumber]

Sungai ini amatlah sudi bagi Hinduisme.Jika mereka tidak pergi ke sungai ini seolah-olah mereka tidak dapat masuk syurga .Penganut Hindu akan menampung air di tangan dan membasuh tubuh bagi menyucikan diri daripada dosa-dosa lampau. Ketika pulang mereka akan membawa balik sebotol air sungai ini. Jika sesiapa meninggal dunia, abu mayat akan ditabut ke dalam sungai. Ramai yang mandi dan berenang di Gangotri , Haridwar , Prayag , atau Varanasi.

Setiap Mei dan Jun, penganut Hindu akan merayakan avatarana . Mereka akan berendam di dalam sungai untuk menyucikan diri.Biji bijan dan beras akan ditaburkan.

Perayaan Kumbh Mela disambut setiap 3 tahun sekali terutama di Haridwar dan Prayag. Mereka akan ziarah, berkumpul, mandi, berbincang dan menyanyi lagu-lagu agama. Pada Januari 207, seramai 70 juta penganut Hindu berkumpul di Prayag. Pada 206, seramai 60 juta sempena Kumbh Mela - Maha. Tarikh perayaan ini ditentukan oleh planet Bṛhaspati ( Jupiter ) dan matahari.

Rujukan[sunting | sunting sumber]


Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Koordinat: 30°54′N 79°07′E / 30.900°U 79.117°T / 30.900; 79.117