Jawaharlal Nehru

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pt. Jawaharlal Nehru
Perdana Menteri India pertama
Dalam jawatan
15 Ogos 1947 – 27 Mei 1964
PresidenRajendra Prasad dan Sarvepalli Radhakrishnan
Didahului olehJawatan diasaskan
Digantikan olehGulzarilal Nanda (Interim)
1st Menteri Hal Ehwal Luar Negara India
Dalam jawatan
15 Ogos 1947 – 27 Mei 1964
Didahului olehJawatan diasaskan
Digantikan olehGulzarilal Nanda
Menteri Kewangan India
Dalam jawatan
8 Oktober 1958 – 17 November 1959
Didahului olehT. T. Krishnamachari
Digantikan olehMorarji Desai
Butiran peribadi
Lahir(1889-11-14)14 November 1889
Allahabad, United Provinces, British India
Meninggal dunia27 Mei 1964(1964-05-27) (umur 74)
New Delhi, India
Parti politikKongres Kebangsaan India
PasanganKamala Nehru
ProfesionBarrister

Jawaharlal Motilal Nehru (Hindi: जवाहरलाल नेहरू, IPA: [dʒəvaːhərlaːl nehruː], dari bahasa Parsi Javâher-e La'al yang bermaksud "Permata Merah") (14 November 188927 Mei 1964) ialah seorang pemimpin politik Kongres Kebangsaan India, seorang tokoh yang penting dalam gerakan kemerdekaan India dan Perdana Menteri pertama India yang merdeka. Beliau juga merupakan tokoh penting dalam politik antarabangsa pada zaman selepas perang dunia, dan merupakan salah seorang tokoh pengasas Pergerakan Berkecuali. Nehru yang juga digelar Panditji (Sarjana) ini juga merupakan penulis, sarjana dan ahli sejarah amatur, dan bapa kepada keluarga Nehru-Gandhi, salah satu kuasa paling berpengaruh dalam politik India.

Anak kepada barrister dan ahli politik India terkenal Motilal Nehru ini pernah menjadi salah seorang pemimpin termuda Kongres Kebangsaan India. Nehru bangkit di bawah bimbingan Mahatma Gandhi, Nehru menjadi seorang pemimpin berkarisma dan radikal yang mendukung kemerdekaan penuh daripada Empayar British. Sebagai seorang ikon untuk belia India, Nehru juga mendukung sosialisme sebagai salah satu cara menangani cabaran negara yang lama. Ketika berkhidmat sebagai Presiden Kongres, Nehru mengibarkan bendera India merdeka di New Delhi pada 15 Ogos dan memegang jawatan perdana menteri, begitu juga anak perempuan beliau Indira dan cucu-cucu beliau Rajiv dan Sanjay.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Nota dan rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Dalam autobiografi Jawaharlal Nehru, An Autobiography (1936), serta dalam Wasiat Jawaharlal Nehru, dalam Selected Works of Jawaharlal Nehru, siri ke-2, vol. 26, ms. 612, Nehru berkata bahawa beliau tidak mempercayai mana-mana bentuk tuhan.
Didahului oleh
Post created
Menteri Hal Ehwal Luar Negara India
1947–1964
Diikuti oleh:
Gulzari Lal Nanda
Didahului oleh
T. T. Krishnamachari
Menteri Kewangan India
1958–1959
Diikuti oleh:
Morarji Desai