Murut

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Kaum Murut menetap di pedalaman dan kawasan tenggara Sabah serta wilayah perbatasan antara Kalimantan dan Sarawak. Suku kaum Murut adalah suku kaum ketiga terbesar di Sabah.

Tempat tinggal mereka termasuk Tenom, Kemabong, Pensiangan dan Keningau. Dahulu mereka tinggal di dalam rumah panjang dan hidup harmoni dalam keluarga besar. Kebanyakan mereka adalah petani berpindah, pemburu dan penangkap ikan sungai. Mereka juga mejalankan pemungutan hasil hutan(damar, rotan dan madu lebah).Pada masa kini kaum murut sudah ada yang berkhidmat dalam sektor awam dalam bidang pendidikan, kesihatan dan pertahanan.

Perkataan ‘Murut’ merujuk kepada kumpulan penduduk yang tinggal di lereng bukit atau tanah tinggi di Pedalaman Sabah. Murut terdapat di beberapa kawasan seperti Keningau, Tenom, Pensiangan, Sipitang, Kalabakan dan Kinabatangan. Kaum Murut terbahagi kepada Murut Tahol atau Tagal, Tidung, Timugon, Sembakung, Paluan, Bookan, Kalabakan, Murut Serundung dan Murut Lundayeh[1]/ Lun Bawang. Dimana kaum Murut mewakili sebanyak 2.9% daripada penduduk di Sabah iaitu lebih kurang 50,000 orang. Suku kaum Murut juga terdapat di Brunei, Sarawak dan sempadan Kalimantan. Kaum Murut mempunyai bahasa tersendiri yang berbeza dengan suku kaum Murut yang lain seperti Lun Bawang/Lun Dayeh. Ini disebabkan faktor geografi sebagai penghalang dalam komunikasi bahasa mereka.

Secara uniknya, kaum Murut tinggal di rumah panjang yang berhampiran dengan kawasan sungai atau membuat penempatan sepanjang sungai. Mereka tinggal di dalam rumah panjang yang menempatkan 10 hingga 20 keluarga. Tetapi terdapat juga kaum Murut yang tinggal dan membina penempatan secara individu di sepanjang sungai. Suku kaum Murut pakar dalam membuat perahu dan menurunkan kepakaran mereka kepada generasi seterusnya. Selain itu kaum Murut pakar dalam berburu dan masih mengamalkan tradisi bertatu seperti kaum Iban di Sarawak tetapi tradisi ini semakin kurang di lakukan oleh generasi muda suku kaum ini.

Kaum Murut juga menyambut perayaan seperti Hari Raya, Hari Krismas, Tahun Baru, Majlis harijadi, pengembumian dan Pesta Kalimaran dan lain-lain. Pesta Kalimaran ialah pesta sama seperti kaum kadazan-Dusun yang menyambut pesta Kaamatan. Ia di sambut selepas mereka menuai padi. Kaum Murut masa kini, telah mengalami proses kemodenan dan ramai yang berkerja sebagai kakitangan kerajaan dan bukan kerajaan. Mereka juga tinggal di bandar-bandar besar dan mempunyai pekerjaan profsional. Namun demikian, Kaum Murut ini masih lagi mengamalkan adat istiadat yang diamalkan oleh nenek moyang mereka sebagai adat turun temurun yang mempunyai nilai estetika tinggi dalam kehidupan.

Adat istiadat[sunting | sunting sumber]

Terdapat adat istiadat kaum Murut yang masih kekal sehingga kini iaitu adat istiadat semasa upacara perkahwinan. Upacara perkahwinan orang Murut terutamanya Murut Tahol atau Tagal adalah sangat unik kerana upacara perkahwinan yang diamalkan penuh dengan adat dan berlangsung di rumah panjang dalam masa yang lama. Adat seperti tina’uh atau Bului dan ‘barian sampai mati’ masih diamalkan hingga kini. Adat ‘tina’uh’ adalah adat yang paling tertinggi dalam adat istiadat perkahwinan kaum Murut Tahol atau Tagal. Adat tina’uh adalah adat hantaran mas kahwin atau barangan perkahwinan yang terakhir oleh pengantin lelaki kepada pengantin perempuan. [2] Adat Tina’uh ini boleh dilakukan selepas 20 atau 30 tahun selepas perkahwinan mereka. Adat ini boleh juga dilakukan semasa perkahwinan berlangsung dan mengikut kemahuan serta kemampuan pihak pengantin lelaki. Semasa membuat adat tina’uh terdapat beberapa upacara yang perlu dilakukan. Adat ‘barian sampai mati’ juga adalah adat kaum Murut yang sangat unik dan menjadi adat turun-temurun dalam perkahwinan.Hanya murut dari etnik Tahol saja pernah mengamalkan barian sampai mati, tetapi pada masa ini adat tersebut sudah tidak diamalkan oleh kerana arus pemodenan yang berlaku kepada kaum Murut.[3]

Kepercayaan[sunting | sunting sumber]

Dahulu mereka mempercayai amalan animisme iaitu setiap batu, pokok, sungai, dan bukit mempunyai roh tersendiri. Menurut kepercayaan mereka, Aki Kopuno adalah kuasa ghaib yang mencipta segala-galanya yang berada di bumi, termasuk orang.[4] Kini,kebanyakan suku kaum Murut majoritinya beragama kristian.

Tarian tradisional[sunting | sunting sumber]

  • Tarian Magunatip merupakan tarian tradisi suku kaum Murut Timugon dari daerah Tenom. [5] Magunatip berasal dari perkataan ‘apit’ yang bermakna jepit (ketika menari kaki penari terjepit atau terapit oleh 2 buluh jikalau tidak cekap mengelakkannya).

Magunatip ditarikan dalam majlis Hari Magavau yang memuja semangat padi. Biasanya tarian ini tidak memerlukan iringan muzik kerana bunyi buluh yang dilagakan akan berbunyi kuat serta rentak dan irama menarik. Ini ditarikan oleh sepasang penari yang berpakaian tradisi. Dua orang akan melagakan alu dan dua orang lagi memegang pangkal alu supaya tidak berganjak dari kedudukannya. Tarian Magunatip bertujuan untuk memeriahkan sesuatu upacara yang diadakan.[6]

Pakaian tradisional[sunting | sunting sumber]

[7]

Pakaian wanita[sunting | sunting sumber]

Pinongkolo

Pakaian tradisi bagi wanita yang terdiri daripada baju dan gaun yang panjang berwarna hitam, dan dihiasi dengan manik-manik. Baju yang dihiasi itu dipanggil babaru linantian dan gaun tersebut pula tapi’ linantian.[8]

Pipirot

Tali pinggang yang berbentuk syiling perak iaitu pipirot linggit dihiasi dengan pelbagai manik-manik yang terkenal seperti aki-aki, nampalur, kotos, bungkas, aki’ dan olod.

Salupai

Hiasan kepala yang dihiasi dengan manik-manik.

Sinikot

Tiga set pin rambut yang dihiasi dengan sinikot tataun di bahagian tengah dan dua sinikot surai di kedua-dua bahagian sanggul. Sinikot tataun mempunyai tali yang panjang dan dihiasi dengan manik-manik.

Rarangkol

Rantai yang terdiri daripada beberapa jenis manik seperti bungkas, kotos, aki’ pangungupu’, bulul, olod dan sebagainya.

Holong

Beberapa pasang gelang yang diperbuat daripada kulit kerang yang besar dipanggil holong sulou.

Pakaian lelaki[sunting | sunting sumber]

Babaru puputul [9]

Kulit kayu. Kulit kayu tersebut didapati daripada pokok puputul (Artocarpus Kunstleri). Ia dipotong mengikut kepanjangan yang sesuai dengan fesyen jaket tanpa lengan dan cawat. Sabut daripada daun nenas juga digunakan dan dihiasi dengan motif manik-manik buatan tangan yang sederhana.

Aba puputul

Cawat sekurang-kurangnya sepanjang dua meter yang dibuat daripada isi kulit kayu dari pokok puputul. Kain yang melepasi antara kedua-dua kaki dan dililit di sekeliling pinggang.[10]

Tupi'sinulatan

Perhiasan kepala yang diperbuat daripada kulit pokok kayu yang dihiasi dengan bulu-bulu sebaik-baiknya daripada tuwou (Argus Pheasant) atau sepasang sinikot.[11]

Motif[sunting | sunting sumber]

Sebahagian daripada bentuk motif yang terdapat pada pakaian tradisional Murut:[7]

  • Sinusu'
    Bulu burung merak.
  • Inimburu
    Corak berbentuk lintah.
  • Inakaang
    Daun daripada pokok puputul yang disusun bersilang-silang dalam satu barisan.
  • Sinuli
    Beberapa bilah buluh yang disusun secara bertingkat.
  • Kalayam manuk
    Corak berbentuk kaki ayam.
  • Sinusulou
    Corak berbentuk sulou (sulou= kerang yang besar).
  • Mato nu orou
    Corak berbentuk matahari.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Dunia unik Lundayeh
  2. Adat Tinauh Murut Tagul
  3. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan marinamikat tidak disediakan
  4. Master Dengan Komik, Pelangi Publishing Group Bhd .
  5. Tarian Magunatip
  6. Pelangi Publishing Group Bhd Amazon.com MPH, Sejarah murut memuja semangat padi, By Nadira Yusop & Azizah Abu Chik
  7. 7.0 7.1 An Introduction To The Traditional Costumes of Sabah, disunting oleh Rita Lasimbang & Stella Moo-Tan, terbitan Natural History Publications (Borneo) Sdn. Bhd dengan kerjasama Jabatan Muzium Sabah, 1997
  8. Ethnics Profile: The Murut - Costume of Women
  9. PAKAIAN TRADISIONAL KAUM MURUT
  10. Murut
  11. BUSANA SABAH</ref]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]