Keningau
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lokasi bandar dan daerah Keningau
Keningau adalah sebuah daerah yang terletak di kawasan pedalaman Sabah, Malaysia dan terbesar di Bahagian Pedalaman. Daerah Keningau boleh dihubungi menggunakan jalan darat dari Ibu Negeri Kota Kinabalu melalui Tambunan atau melalui Kimanis di mana masing-masing mempunyai jarak sekitar 128 kilometer yang mengambil masa kira-kira 2.5 jam perjalanan. Selain pengangkutan darat, terdapat juga perkhidmatan pengangkutan udara di Bandar Keningau. Bagaimanapun lapangan terbang keningau hanya sesuai untuk kegunaan kapal terbang jenis foker sahaja.
[sunting] Sejarah Asal-usul Keningau
Berdasarkan kepada sejarah silam, terdapat sebuah kawasan perkampungan yang banyak ditumbuhi dengan kayu manis iaitu sejenis rempah untuk memasak. Dalam bahasa masyarakat tempatan di kawasan tersebut iaitu kaum Murut, mereka memanggilnya sebagai kayu keningau. Ketibaan orang Inggeris di kawasan tersebut menjadikan kulit kayu keningau menjadi salah satu bahan eksport mereka. Secara tidak langsung kawasan pedalaman menjadi pengeluar kulit kayu Keningau yang penting pada ketika itu. Akhirnya, kawasan tersebut dipanggil keningau dan daripada sebuah perkampungan seterusnya membangun menjadi sebuah bandar yang tidak ketinggalan dengan kemajuan dan menjadi pusat pentadbiran di kawasan pedalaman Sabah.
[sunting] Gunung-gunung di daerah Keningau
- Gunung Pisagan
- Gunung Paling-paling
- Gunung Sigapon
- Gunung Lingan
- Gunung Rinangisan
- Gunung Kauran
- Gunung Tinutudan
[sunting] Senarai Kampung di Daerah Keningau
- Kampung Kepayan Baru
- Kampung Pantai Baru
- Kampung Ambual
- Kampung Dongiluang
- Kampung Bunga Raya
- Kampung Tonobon Baru
- Kampung Bayangan
- Kampung Tudan Baru
- Kampung Baginda
- Kampung Merapok
- Kampung Panui
- Kampung Merasak
- Kampung Sodomon
- Kampung Luanti
- Kampung Magatang
- Kampung Penagatan
- Kampung Menawo
- Kampung Bomboy
- A. Hadi R. (2006). Asal Usul Keningau. Keningau: KB Publication Sdn. Bhd.
Sabah |
|
| Bahagian |
|
|
| Bandar raya |
|
|
| Bandar |
|
|
| Pulau |
|
|