William Slim, Viscount Slim Pertama

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Fil Marsyal Lord "Bill" Slim, 1950

Fil Marsyal William Joseph "Bill" Slim, Viscount Slim Pertama[1] KG, GCB, GCMG, GCVO, GBE, DSO, MC, (6 Ogos 1891 – 14 Disember 1970) ialah seorang panglima tentera British dan juga Gabenor Jeneral Australia ke-13.

Slim bertempur dalam kedua-dua Perang Dunia Pertama dan Kedua dan mengalami kecederaan ekoran pertempuran sebanyak tiga kali. Semasa Perang Dunia II, beliau mengetuai Tentera Darat Ke-14 (Inggeris: 14th Army), ketumbukan yang mendapat jolokan "the forgotten army" ("tentera yang dilupakan") dalam Kempen Burma. Dari tahun 1953 sehingga 1959, beliau menjawat jawatan Gabenor Jeneral Australia. Beliau dianggap sebagai wira perang tulen oleh ramai rakyat Australia yang bersama-sama dengan pasukan Anzac bertempur di Gallipoli.[2]

Zaman awal[sunting | sunting sumber]

Slim dilahirkan di Bishopston, berdekatan Bristol, anak kepada John dan Charlotte (née Tucker) Slim. Kegagalan perniagaan bapanya bermaksud yang Slim tidak dapat memasuki universiti,[3] jadi beliau bkerja sebagai guru sekolah rendah dan juga bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat pembuat tiub logam, Stewarts & Lloyds, antara tahun 1910 dan 1914.

Mahupun tidak mempunyai kaitan dengan universiti,[3] William menyertai Kor Latihan Pegawai Universiti Birmingham dalam tahun 1912, lantas dapat ditauliahkan sebagai leftenan muda sementara dalam Rejimen Royal Warwickshire pada 22 Ogos 1914, sebaik sahaja tercetusnya Perang Dunia Pertama; dalam kehidupannya kemudia, disebabkan asal-usulnya dan pembawaannya yang sederhana, beliau disalah anggap sebagai seorang yang berasal sebagai askar biasa. Beliau mengalami kecederaan yang teruk di Gallipoli. Sebaik sahaja pulang ke England, beliau dikurnaia pentauliah tetap sebagai leftenan muda dalam Rejimen West India. Pada bulan Oktober 1916, beliau pulang ke Rejimen Royal Warwickshire di Mesopotamia. Pada 4 Mac 1917, beliau dinaikkan pangkat ke Leftenan.[4] Beliau tercedera buat kali kedua dalam tahun 1917. Sebelum kejadian ini, belaiau telah dinaikkan ke pangkat Kapten dan beliau dikurniakan pingat Military Cross (MC) pada 17 Februari 1918 kerana aksi-aksinya di Mesopotamia.[5]

Slim dipindahkan ke India berikutan kecederaannya dan diberikan pangkat Mejar sementara dalam rejimen Raifel Gurkha Ke-6 (6th Gurkha Rifles]] pada 2 November 1918.[6] Beliau dinaikkan ke pangkat kapten secara formal dan dipindahkan kepada Tentera Darat India British pada 22 Mei 1919.[7] Slim menjadi ajutan batalionnya dalam tahun 1921.

Perang Dunia Kedua[sunting | sunting sumber]

Kempen Burma[sunting | sunting sumber]

Potret Jeneral Slim sebagai panglima Tentera Darat Keempat Belas, pesanan khas oleh Kementerian Penerangan United Kingdom
Lihat Kancah Asia Tenggara semasa Perang Dunia II dan Kempen Burma

Dalam bulan Mac 1942, Slim diberikan pemerintahan Kor Burma, juga dikenali sebagai "BurCorps", yang terdiri daripada 17 Divisyen Infantri India dan 1 Divisyen Infantri Burma. Slim dinaikkan ke pangkat pemangku Leftenan Jeneral pada 8 Mei 1942.[8] Kor beliau sedang menghadapi serangan oleh tentera Jepun dan beliau terpaksa derundur ke India kerana pasukannya tidak dapat menandingi tentera Jepun yang lebih fleksibel dan lebih mudah bergerak. Beliau dikurniakan pingat Commander Order of the British Empire (CBE) pada 28 Oktober 1942.[9]

Slim kemudiannya mengambil alih XV Kor yang berada di bawah perintah Tentera Darat Timur (Eastern Army). Pemerintahannya merangkumi laluan-laluan pantai dari Burma ke India, pada sebelah timur bandar Chittagong. Beliau sering bertelingkah dengan pegawai atasannya Noel Irwin, panglima Tentera Timur, dan, hasilan daripada itu, Irwin (walaupun seorang panglima ketumbukan yang lebih besar, yakni Tentera Darat atau "Army", berbanding Kor, sebuah ketumbukan di bawah tahap Army) mengambil alih kawalan operasi secara peribadi. Irwin mengawal kemaraan awal XV Kor yang mara ke dalam Semenanjung Arakan. Operasi berkesudahan dengan bencana, dan semasa pelaksanaan operasi, Slim diberikan semula jawatan tampuk pimpinan XV Kor; akan tetapi pemulihannya ke jawatan tersebut terlambat dan beliau tidak dapat mencegah kekalahan Kornya. Jeneral-jeneral Irwin dan Slim saling menyalahkan satu sama lain tapi pada akhirnya Irwin dipindahkan daripada jawatan pemerintahannya dan Slim dinaikkan pangkat sebagai pemerintah Tentera Ke-14 yang baru ditubuhkan – dibentuk daripada IV Kor (Imphal), XV Kor (Arakan) dan XXXIII Kor (simpanan) – kemudiannya disertai oleh XXXIV Kor. Pada 14 Januari 1943, Slim dianugerahkan pingat Distinguished Service Order (DSO) ("Anugerah Perkhidmatan Cemerlang") buat tindakan-tindakannya di Timur Tengah dalam tahun 1941.[10]

Slim dengan pantas melatih tentera barunya untuk mengambil mengambil inisiatif dan mengambil tindakan agresif terhadap musuh. Premis asas adalah bahawa pergerakan di luar jalan raya adalah paling utama: peralatan lebih berat telah ditukar dengan keldai atau peralatan diangkut udara dan pengangkutan motor dikekalkan pada tahap minimum dan terhad pada kenderaan yang mampu menangani beberapa kawasan pertempuran yang paling teruk di Bumi. Doktrin baru menentukan bahawa sekiranya pihak Jepun telah memotong talian komunikasi, maka mereka juga turut dikelilingi. Semua unit hendaklah membentuk "kotak" pertahanan, yang dibekalkan semula melalui udara dan dibantu dengan sokongan udara rapat dan perisai bersepadu. Kotak pertahanan tersebut telah direka sebagai tindak balas yang berkesan bagi mengatasi taktik penyusupan oleh pihak Jepun semasa pertempuran. Slim juga menyokong peningkatan rondaan serangan dan latihan malam, untuk menggalakkan tenteranya agar kehilangan rasa takut mereka terhadap hutan dan kepercayaan mereka bahawa tentera Jepun adalah pejuang hutan yang lebih baik.

Pada permulaan tahun 1944, Slim memegang pangkat hakiki kolonel dengan pangkat waktu perang setara mejar jeneral dan pangkat sementara leftenan jeneral.[11] Pada bulan Januari 1944, apabila Serangan Arakan Kedua berhadapan dengan serangan balas tentera Jepun, sebahagian Infantri Ke-7 India dengan cepat dikepung bersama-sama dengan sebahagian Divisen Infantri Ke-5 India dan Division Ke-81 (Afrika Barat). Pertahanan Divisen Ke-7 India adalah sebahagian besarnya berdasarkan pada "Peti Tadbir" dibentuk pada mulanya daripada anggota pemandu, tukang masak, pembekal dan lain-lain. Mereka dibekalkan melalui udara, dan dengan itu menidakkan kepentingan saluran bekalan mereka terputus. Tentera Jepun berjaya menghentikan serangan ke Arakan, tetapi mereka tidak dapat kemenangan mutlak untuk mengalahkan kuasa-kuasa bersekutu atau mara melampaui formasi yang dikepung.

Pada awal tahun 1944, Slim dilantik Companion Order of the Bath (CB).[12] Kemudian, dalam tahun 1944 pihak Jepun melancarkan serangan terhadap India yang menyasarkan Imphal, beratus batu di arah utara. Slim mengangkut dua divisyen veteran (India Ke-5 dan Ke-7) daripada pertempuran di Arakan, terus kepada pertempuran diutara, dengan menggunakan pesawat udara. Aksi-aksi pertahanan yang getir berlaku di tempat-tempat seperti Imphal, Sangshak dan Kohima, sementara Tentera Udara Diraja British (RAF) dan Angkatan Udara Tentera Darat Amerika Syarikat (United States Army Air Forces, USAAF) membantu memastikan angkatan Slim terus dibekalkan dengan bekalan keperluan perang. Jepun berjaya mara dan mengepung formasi-formasi Tentera Ke-14, akan tetapi mereka tidak dapat menewaskan formasi-formasi tersebut ataupun melaksanakan serbuan keluar dari hutan di sepanjang sempadan India. Kemaraan Jepun terhenti. Pihak Jepun yang memandang rendah tentera British dan India ekoran prestasi tetera-tentera ini pada tahun 1942–42, enggan mengalah mahupun musim monsun sudah bermula dan sebahagian tentera mereka ranap akibat pelaksanaan operasi dalam keadaan yang amat teruk. Pelan asal Jepun ialah untuk menawan simpanan makanan, ubatan dan minyak Bersekutu bagi menampung keperluan buat kemaraan mereka. Akan tetapi mereka gagal menawan sebarang simpanan; akibatnya unit-unit mereka mengalami bilangan terkorban dan tercedera yang tidak dapat ditampung dan mereka terpaksa berundur dalam keadaan kucar-kacir dalam bulan Julai 1944, dan meninggalkan anggota-anggota mereka yang terkorban akibat kecederaan dan penyakit, dan juga anggota yang tercedera.

Pada 8 Ogos 1944, Slim dilantik sebagai leftenan jeneral,[13] dan, pada 28 September 1944, dia dilantik sebagai Knight Commander ("Komander Kesateria") Order of the Bath (KCB).[14] Pada Disember 1944, semasa upacara di Imphal di hadapan regimen Scottish, Gurkha dan Punjabi, Slim dan tiga komander kor (Christison, Scoones dan Stopford) di anugerah pangkat Kesateria (Knight) oleh Wizurai India, Fil Marsyal Wavell dan dianugerahkan penghormatan: Slim diberikan jata sebagai KCB, sementara yang lain dengan Anugerah Empayar British KBE. Slim turut menerima kepujian dalam Perutusan.[15]

Pada tahun 1945, Slim melancarkan serangan terhadap Burma, dengan garis bekalan regangan sehingga hampir ke titik gagal merentasi beratus-ratus batu melalui hutan tanpa jalan. Beliau menghadapi masalah yang sama yang dihadapi oleh pihak Jepun semasa serangan 1944 yang gagal pada arah bertentangan. Beliau menjadikan perbekalan tenteranya isu utama dalam pelan kempen. Sungai Chindwin direntasi oleh jambatan Bailey terpanjang di dunia pada masa itu. Selepas menyeberangi sungai Irrawaddy dia menawan bandar Meiktila, diikuti dengan bandar kedua Myanmar, Mandalay . Pelan Slim merupakan adalah satu seni operasi, dan penawanan Meiktila meninggalkan kebanyakan tentera Jepun di Burma tanpa bekalan. Pihak Berikat telah sampai ke dataran terbuka di pusat Burma, meluru keluar dan memecahkan angkatan penyerang Jepun menjadi terasing, mengekalkan inisiatif pada setiap masa, dengan disokong oleh kerjasama udara-darat termasuk pembekalan semula melalui udara dan sokongan udara dekat, yang dilakukan oleh kedua-dua RAF dan unit USAAF.

Melalui gabungan serangan ini, Pasukan 136 ("Force 136") telah membantu memulakan pemberontakan di seluruh negara daripada orang Burma menentang Jepun. Selain menentang kemaraan pihak Bersekutu di selatan, pihak Jepun telah berhadapan dengan serangan hebat di belakang garisan mereka sendiri. Pada tempoh akhir kempen, tentera Slim berlumba ke arah selatan untuk menawan Rangoon sebelum bermulanya musim tengkujuh. Ia dianggap perlu untuk menawan kembali pelabuhan laluan bekalan darat yang jauh dari India dan mustahil bagi bekalan melalui udara atau darat semasa musim tengkujuh. Rangoon akhirnya diambil semula melalui gabungan serangan darat (tentera Slim), udara (operasi payung terjun di selatan bandar) dan serangan melalui laut. Juga turut membantu dalam penawanan semula Rangoon adalah Liga Kebebasan Rakyat Anti-Fasis ("Anti-Fascist People's Freedom League") yang diketuai oleh Thakin Soe dengan Aung San (bakal Perdana Menteri Burma dan bapa kepada Aung San Suu Kyi) sebagai salah seorang komander tentera.

Ketika kempen Burma berakhir Slim dimaklumkan pada bulan Mei oleh Oliver Leese, komander Tentera Darat Bersekutu Asia Tenggara ("Allied Land Forces, South East Asia", ALFSEA) bahawa beliau tidak lagi akan menguasai Tentera Keempat Belas dalam serangan yang akan datang yang dirancang untuk Malaya tetapi akan mengambil alih Tentera Kedua Belas yang baharu dibentuk bagi mengukuhkan kedudukan di Burma.[16] Slim menolak pelantikan itu, dan berkata beliau lebih suka untuk bersara. Ketika berita tersebar Tentera Keempat Belas menjadi kucar-kacir dan Alan Brooke, Ketua Staf Am Imperial ("Chief of the Imperial General Staff", CIGS) marah kerana tidak dirujuk oleh Leese; dan Claude Auchinleck, Panglima Tertinggi India ("C-in-C India") yang pada masa itu berada di London, memberi tekanan.[17] Komander Agung Bersekutu di Kancah Asia Tenggara, ("South East Asia Command" SEAC) Louis Mountbatten terpaksa memerintahkan Leese untuk memulihkan keadaan. Pada 1 Julai 1945, Slim telah dinaikkan pangkat kepada Jeneral[18] dan dia telah dimaklumkan bahawa beliau adalah pengganti Leese sebagai C-in-C ALFSEA. Walau bagaimanapun, ketika dia mengambil jawatan itu, selepas mengambil cuti, perang telah berakhir.[16]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "Tiada siapa yang memanggilnya William." Max Hastings, Retribution (2008, Knopf) p. 68
  2. Biography Digger History Australia
  3. 3.0 3.1 Heathcote (1999), p.259
  4. The London Gazette: (Tambahan) no. 30183. m/s. 7076. 14 July 1917. Dicapai 31 December 2007.
  5. The London Gazette: (Tambahan) no. 30514. m/s. 1800–1802. 7 February 1918. Dicapai 31 December 2007.
  6. The London Gazette: (Tambahan) no. 31993. m/s. 7835. 26 July 1920. Dicapai 31 December 2007.
  7. The London Gazette: no. 31574. m/s. 12035. 30 September 1919. Dicapai 31 December 2007.
  8. The London Gazette: (Tambahan) no. 35550. m/s. 2021. 5 May 1942. Dicapai 31 December 2007.
  9. The London Gazette: (Tambahan) no. 35763. m/s. 4687. 28 October 1942. Dicapai 31 December 2007.
  10. The London Gazette: (Tambahan) no. 35862. m/s. 321. 14 January 1943. Dicapai 31 December 2007.
  11. The London Gazette: no. 36331. m/s. 319. 14 January 1944. Dicapai 31 December 2007.
  12. The CB was awarded prior to 31 March 1944 when Slim is recorded with this honour in the London Gazette, but the record of the award appears to be unpublished.
  13. The London Gazette: (Tambahan) no. 36642. m/s. 3659. 8 August 1944. Dicapai 31 December 2007.
  14. The London Gazette: (Tambahan) no. 36720. m/s. 4473. 28 September 1944. Dicapai 31 December 2007.
  15. The London Gazette: (Tambahan) no. 36753. m/s. 4794. 17 October 1944. Dicapai 31 December 2007.
  16. 16.0 16.1 Mead (2007), p. 425
  17. Alanbrook in his diary entry of 17 May wrote "...(met) with Auk about appointment of Slim to Burma Command. Leese is going quite wild and doing mad things, prepared a fair rap on the knuckles for him!"
  18. The London Gazette: (Tambahan) no. 37239. m/s. 4319. 28 August 1945. Dicapai 31 December 2007.