Yahya Ayash

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Yahya Ayyash

Yahya Ayyash (Bahasa Arab: يحيى عياش‎, lahir di Rafah, Nablus, Palestin, 6 Mac 1966 – meninggal 5 Januari 1996 pada umur 29 tahun) adalah seorang anggota Hamas dan pemimpin Briged Izzudin al-Qassam cawangan Tebing Barat sebelum kematiannya.

Yahya menyelesaikan pendidikan sekolahnya di Rafah yang membolehkannya memenuhi syarat belajar keahlian kejuruteraan di Universiti Bir Zeit. Ayyash menerima ijazah Sarjana Muda Sains dalam kejuruteraan elektrik pada 1988. Dia mula aktif dalam barisan Briged Izzudin al-Qassam pada awal 1992, di mana dia mengkhususkan pada pembuatan bahan peledak dari bahan mentah yang tersedia di daerah Palestin. Dia terkenal dengan sebagai pemaju teknik bom bunuh diri dalam konflik Israel-Palestin. Ayyash menjadi salah satu ketua pembuat bom di Hamas. Dalam kapasiti itu, ia menerima gelar “Sang Jurutera” (Bahasa Arab: المهندس‎, trans. Al-Muhandis). Pengeboman yang dirancangnya menyebabkan kematian sekitar 90 orang Israel.[1]

Yahya dibunuh oleh Shin Beit Israel menyusul pemburuan besar-besaran para pemimpin Hamas.[2] Ejen Israel berjaya berkompromi dengan salah satu anggota Hamas anak buah Ayyash, yang memberinya telefon berbahan peledak. Saat mereka pasti Ayyash sedang menggunakannya, Shin Bet meledakkannya, membunuhnya dengan cepat.

Yahya Ayyash dianggap sebagai seorang wira kepada rakyat Palestin[2], yang menamakan jalan dan tempat peristiwa lain bersempenanya.

[sunting] Rujukan

  1. Katz, 256
  2. 2.0 2.1 Katz, ix
Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain