Maharaja Lawak Mega

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Maharaja Lawak Mega
Maharaja Lawak Mega Rasmi.jpeg
Superhero Lawak
Genre Komedi
Format Rancangan realiti
Pengacara Dato' AC Mizal
Negara asal  Malaysia
Bahasa Bahasa Melayu
Bilangan musim 4
Penyiaran
Saluran asal Astro Warna
Astro Mustika HD

Maharaja Lawak Mega merupakan sebuah program realiti bersiri terbitan Astro, arahan APSB/Homegrown yang menggabungkan pelawak-pelawak dan pelakon komedi profesional terbaik dari Malaysia, Singapura dan Indonesia untuk melahirkan seorang pelawak serba boleh dalam mencetuskan sebuah komedi pentas terunggul serta platform memperkembangkan jenaka mereka ke tahap yang lebih tinggi. Ia juga merupakan kesinambungan rancangan Maharaja Lawak setelah menabalkan seorang pelawak terunggul daripada semua finalis Raja Lawak yang berlangsung pada tahun 2011[1]. Rancangan ini mengekalkan Dato' AC Mizal sebagai pengacara. Pelawak diberi kebebasan membentuk kumpulan sendiri atau beraksi secara solo[2]. Pemilihan pelawak adalah berdasarkan kepada penyertaan yang akan dipilih oleh pihak Astro dan juga melalui undian Hot Seat daripada penonton. Mereka akan diadili oleh 4 orang juri tetap yang berlainan negara pada setiap minggu. 70% undian mereka disalurkan melalui juri tetap tersebut manakala 30% lagi adalah daripada undian penonton. Siapakah pelawak yang bakal menjadi paling terbaik di mata penonton?. Rancangan ini telah memulakan musim pertamanya pada 28 Oktober 2011, hari Jumaat menerusi saluran Astro Warna (saluran 132) dan Astro Mustika HD (saluran 134) sekaligus menjadikan hari Jumaat sebagai hari rasmi penyiaran rancangan ini.

Edisi 2011[sunting | sunting sumber]

Buat julung kalinya, pelawak-pelawak terkenal dari Malaysia, Singapura dan Indonesia yang sudah menempa nama di bidang seni bergabung diatas pentas sebagai peserta dalam Maharaja Lawak Mega. Gabungan pelawak veteran dan pelawak masa kini menjadikan program ini sebagai platform terbaik dalam menghasilkan sesuatu pementasan dan karya lawak yang baru, segar dan berinovatif. Bagi edisi 2011, pelapis pelawak yang sudah menyertai pertandingan lawak tidak dibenarkan bertanding dalam Maharaja Lawak Mega 2011 sebagai penghargaan dan memberi peluang kepada pelawak sedia ada untuk mencipta semula nama dalam industri ini. Seramai 17 peserta yang mewakili negara masing-masing iaitu 12 pelawak dari Malaysia, 3 pelawak dari Indonesia dan 2 pelawak dari Singapura menyertai Maharaja Lawak Mega dan dihakimi oleh 4 pengkritik yang bukan berlatarbelakangkan lawak. Maharaja Lawak Mega mengadaptasikan tema pementasan pahlawan Rom di Coliseum bersesuaian dengan penyertaan pelawak 3 buah negara menawan sebuah takhta atau lagenda. Ia diserikan lagi dengan kehadiran Dato' AC Mizal sebagai pengacara tetap. Maharaja Lawak Mega menyaksikan pelawak dari Malaysia, Osbon (Mr Os dan Abon) menjuarai takhta kemenangan dengan mengalahkan 3 peserta lain di peringkat akhir. Juara Osbon membawa pulang hadiah wang tunai RM350,000 berserta trofi bersama-sama peserta lain iaitu Boboi, Saehu dan Syok yang masing-masing memenangi tempat Naib Juara, Ketiga dan Keempat.

Pemenang Maharaja Lawak Mega[sunting | sunting sumber]

Rank Pelawak Musim Ganjaran
Juara Osbon (Mr Os dan Abon)[3] 2011 RM350,000
Jozan (Johan dan Zizan)[4] 2012 RM500,000
Sepahtu (Jep, Rahim dan Shuib) 2013
Naib Juara Boboi (Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik) 2011 RM250,000
Jambu (Yus dan Tauke) 2012
Shiro (Shahrol dan Ajak) 2013
Ketiga Saehu (Eko, Bocil dan Vicha) 2011 RM150,000
Shiro (Shahrol dan Ajak) 2012
Bocey (Fard, Acey dan Abam) 2013
Keempat Syok (Suhaimi, Ifa Raziah dan Arif Sudin) 2011 RM50,000
Boboi (Afdlin Shauki, Harun Salim Bachik dan Nabil) 2012
Jambu (Yus dan Tauke) 2013
Kelima SayWho (Eko, Bocil dan Vicha) 2012 RM15,000
Nabil (Nabil) 2013

Peserta Maharaja Lawak Mega[sunting | sunting sumber]

Musim Peserta Musim Peserta
2011 2013

Kerusi Panas MLM 2013

  • Zero (Shaiful, Shariff, Atu)
  • Gerak (Pak Cu, Che Mat dan Anu)
  • Mamu (Abu & Ajo)
2012

Kerusi Panas MLM2012

  • Balas (Fendi, Shuk dan One)
  • Kecik (Wan & Achoe)
  • Mamu (Abu & Ajo)
2014
  • Virus (Yus,Tauke, dan Zizan Razak)
  • Sepahtu (Jep, Ilya dan Shuib)
  • Bocey (Fad , Abam dan Achey)
  • Shiro (Shahrol dan Ajak)
  • Nabil (Ahmad Nabil Ahmad)
  • Kepoh (Izu, Pian, dan Kamal)
  • Jalor (Joey Daud, Along (Cham) dan Rahim R2)
  • Sayot (Zam Jr, One dan Filzah)
  • SYJ (Shuk Balas, Yassin Yahya dan Jihan)
  • Comey (Suhaimi dan Ropie)

Kerusi Panas MLM 2014

  • Ekzos (Jon LNJ, Raja Azrey & Lie (Cuit))
  • Samurai (Arin, Man Raja Lawak & Acong)
  • Shake (Amir Raja Lawak, Bell Ngasri & Mie Raja Lawak)
  • Wala (Lopz & Wan)
  • Zero (Atu, Syaiful & Sharif)

Pengkritik Tetap Maharaja Lawak Mega[sunting | sunting sumber]

Musim Juri Tetap 1 Juri Tetap 2 Juri Tetap 3 Juri Tetap 4
2011 Datuk Chef Wan Zainal Abidin Hassan Dato' Siti Nurhaliza Juri Jemputan
2012 Awie Wulan Guritno Najib Ali Lisa Surihani
2013 Datuk Yusof Haslam Luna Maya Sheikh Haikel Nora Danish
2014 Datuk Jalaluddin Hassan Farah Quinn Taufik Batisah Nur Fazura

Man of the Match[sunting | sunting sumber]

Musim Minggu 1 Minggu 2 Minggu 3 Minggu 4 Minggu 5 Minggu 6 Minggu 7 Minggu 8 Minggu 9 Minggu 10 Minggu 11 Minggu 12 Minggu 13
2013 Shahrol (Shiro) Dato' Ac Mizal Jep (Sepahtu)[7][8] Rahim (Sepahtu) Nabil Shuib (Sepahtu) Ajak (Shiro) Fard,Abam,Acey (Bocey)
2014 Zizan Razak (Virus)[9] Jep (Sepahtu) Shuib (Sepahtu)

Anugerah dan Pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2012 Anugerah Skrin 2012[10] Rancangan Hiburan Terbaik Maharaja Lawak Mega Dicalonkan
2013 Anugerah Skrin 2013[11] Rancangan Realiti Terbaik Menang
Anugerah Lawak Warna[12][13] Rancangan Komedi Hiburan Terbaik (bersiri) Maharaja Lawak Mega 2012 Menang
2014 Anugerah Lawak Warna[14] Rancangan Komedi Hiburan Terbaik (bersiri) Maharaja Lawak Mega 2013 Menang

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 12 Peserta Maharaja Lawak 2011. Ezany-kun.com. 1 April 2011
  2. Bebas bentuk kumpulan sendiri, Kekal format terdahulu. astrogempak. 29 Oktober 2013
  3. Kumpulan Osbon Juara Maharaja Lawak Mega 2011. ohartis.com. 31 Disember 2011.
  4. Maharaja Lawak Mega 2012 Juara Milik Jozan. astrogempak. 19 Januari 2013.
  5. Kumpulan Sepah berpecah, Sepahtu ditubuhkan.www.manggaonline.my. 5 Oktober 2011.
  6. Mamat boleh jangka lawak Sepahtu Maharaja Lawak Mega. www.kosmo.com.my. 15 November 2013.
  7. Jep Sepahtu Juara Super Spontan. beautifulnara. 2 November 2013
  8. Artis Lawak Lelaki Paling Popular dimenangi oleh Jep Sepahtu. fuh.my. 16 Ogos 2013
  9. Zizan Razak, Yus dan Tauke bergabung menjadi Virus. www.astroawani.com. 22 Oktober 2014
  10. [1]. Wikipedia. 19 April 2013.
  11. [2]. Wikipedia. 1 Disember 2013.
  12. Keputusan Senarai Pemenang Anugerah Lawak Warna 2013. www.mysumber.com. 16 Ogos 2013.
  13. Gambar Selebriti Anugerah Lawak Warna 2013. www.rotikaya.com. 19 Ogos 2013.
  14. [3]. www.murai.com.my. 28 September 2014.


Penyandang Terdahulu Juara Maharaja Lawak Mega Penyandang Kemudian
Jozan
(2012)
Sepahtu
(2013)

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]