Piala AFC

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Piala AFC
Ditubuhkan 2004
Kawasan Asia (AFC)
Jumlah pasukan 20
Juara semasa Uzbekistan Nasaf Qarshi (Gelaran Pertama)
Kelab paling berjaya Jordan Al-Faisaly
(2 Gelaran)
Piala AFC 2012

Piala AFC merupakan pertandingan bola sepak tahunan yang melibatkan kelab-kelab bola sepak tempatan di benua Asia. Pertandingan ini dianjurkan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia. Pasukan yang bertanding dalam kejohanan ini berada dalam kategori 'negara membangun' seperti yang tertera dalam document Visi Asia.[1] Negara-negara yang mana adalah negara-negara 'matang' dimasukkan ke dalam Liga Juara-Juara AFC, dan negara-negara yang mana adalah negara-negara yang 'baru muncul' dimasukkan ke dalam Piala Presiden AFC.

'Negara-negara membangun' adalah negara-negara empat belas 'terbaik-seterusnya' yang terletak di luar negara-negara 14 teratas di dalam rantau AFC yang menghantar pasukan-pasukan kelab mereka ke Liga Juara-Juara AFC yang lebih berprestij. Sebelum pembaharuan dalam format pertandingan yang berlaku pada tahun 2009, kedua-dua pertandingan tidak saling berkaitan seperti Liga Juara-Juara UEFA dan Liga Europa UEFA di Eropah dan pasukan-pasukan tewas Liga Juara-Juara AFC tidak bersaing dalam Piala tersebut. Berikutan pembaharuan pada tahun 2009, finalis-finalis Piala AFC yang memenuhi kriteria AFC dan lain-lain pasukan tertentu yang layak dibenarkan untuk bersaing dalam pusingan kelayakan Liga Juara-Juara AFC dengan pasukan-pasukan tewas dalam pusingan tersebut diturunkan untuk bermain dalam Piala AFC.

Kelab Al-Faisaly kini adalah kelab yang paling berjaya di dalam sejarah pertandingan ini, setelah memenangi gelaran kedua mereka pada tahun 2006. Kelab-kelab dari Jordan telah memenangi 3 gelaran dan adalah negara yang paling berjaya dalam pertandingan tersebut. Semenjak perasmian pertandingan tersebut pada tahun 2004, finalis-finalis di setiap edisi telah didominasi oleh kelab-kelab dari Asia Barat.

Isi kandungan

Negera Bertanding [sunting]

West Asia

   

South Asia

 

East Asia

 

Southeast Asia

Keputusan [sunting]

Musim Akhir Separuh Akhir (Tiada perlawanan tempat ke-3)
Juara Jaringan Naib Juara
2011
Perincian
Nasaf Qarshi
Uzbekistan
2 – 1 Al-Kuwait
Kuwait
Al-Wehdat
Jordan
Arbil
Iraq
2010
Perincian
Al-Ittihad
Syria
1 – 1 (s.m.t.)
(4–2 p)
Al-Qadsia
Kuwait
Muangthong United
Thailand
Al-Riffa
Bahrain
2009
Perincian
Al-Kuwait
Kuwait
2–1 Al-Karamah
Syria
Binh Duong
Vietnam
South China
Hong Kong
2008
Perincian
Al-Muharraq
Bahrain
P1: 5-1
P2: 5-4
Safa
Lubnan
Al-Nahda
Oman
Dempo
India
2007
Perincian
Shabab Al Ordon Al Qadisiya
Jordan
P1: 1-0
P2: 1-1
Al-Faisaly Amman
Jordan
Al Wihdat Amman
Jordan
Al-Nejmeh Beirut
Lubnan
2006
Perincian
Al-Faisaly Amman
Jordan
P1: 3-0
P2: 2-4
Al-Muharraq
Bahrain
Al Wihdat Amman
Jordan
Al-Nejmeh Beirut
Lubnan
2005
Perincian
Al-Faisaly Amman
Jordan
P1: 1-0
P2: 3-2
Al-Nejmeh Beirut
Lubnan
New Radiant
Maldives
Xiangxue Sun Hei
Hong Kong
2004
Perincian
Al-Jaish Damascus
Syria
P1: 2-3
P2: 1-0
(gol di tempat lawan)
Al-Wahda Damascus
Syria
Geylang United
Singapura
Home United
Singapura

Rujukan [sunting]

Pautan luar [sunting]