Tudung

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Tudung.
Tudung kepala
Tudung kepala

Dalam Islam, tudung atau kerudung merupakan pakaian yang digunakan untuk menutup bahagian kepala seorang wanita. Bertudung adalah perintah Allah kepada setiap wanita Islam. Setelah seseorang wanita memeluk Islam maka wajib baginya bertudung sebagai sebahagian dari menutup aurat. Sementara kerudung sendiri di dalam al-Qur'an disebut dengan istilah khumur, sebagaimana terdapat pada surah An-Nuur ayat 31: "Hendaklah mereka menutupkan khumur (kerudung-nya) ke dadanya."

Darjah pemakaian tudung berbeza-beza mengikut tempat.

  • Di sesetengah negara Arab, pemakaian tudung (atau salah satu keluarganya) diwajibkan. Di sesetengah negara lain pula, ia tidak diwajibkan, tetapi merupakan adat masyarakat.
  • Di sesetengah tempat seperti di rantau Asia Tenggara, tudung dilihat sebagai pilihan peribadi. Ia merupakan hak wanita itu sendiri untuk memakainya atau tidak.
  • Di Malaysia artis turut mempengaruhi gaya pemakaian tudung kerana semakin ramai artis Malaysia yang memakai tudung.
  • Di sesetengah tempat lain pula, terutamanya di Dunia Barat, terdapat larangan untuk memakai tudung di tempat-tempat tertentu.

Fesyen dan jenis tudung juga berbeza-beza mengikut adab setempat:

  • Burqa menutup seluruh badan manakala niqab menutup seluruh kepada.
  • Tudung labuh atau mini telekung.
  • Tudung bersegi seperti tudung bawal.
  • Tudung sarung atau tudung mini.
  • Selendang.
  • Skarf.

Wanita Kristian yang bertudung[sunting | sunting sumber]

Penutup kepala wanita Kristian yang bertudung wimple sewaktu Zaman Pertengahan Eropah, sertai dengan menutup auratnya.

Banyak para wanita Kristian pada Zaman Pertengahan Eropah memakai tudung serta berpakaian menutup aurat, yang sangat mirip dengan wanita Muslim kini yang memakai jilbab. 1 Corinthians 11:5, menjelaskan bahawa, “Setiap wanita yang bersembahyang atau beramalan dengan kepalanya tidak ditutup tidak memuliakan kepalanya, dan itulah dan adalah sama seperti jikalau rambutnya dicukur.” [1] Oleh itu, wanita Kristian pada zaman itu bertudung bukan hanya sewaktu sembahyang, tetapi banyak juga bertudung di tempat awam, oleh kerana wanita yang telah berkahwin diwajibkan memakai tudung. Terdapat juga banyak lukisan, patung dan gambar di tingkap menunjukkan [id:Maria] memakai jilbab, bercadangkan cara pemakaian umat Kristian pada zaman pertengahan Eropah. Sehingga zaman 1960an, perempuan Katolik memakai tudung ketika bersembahyang di gereja atau katedral. Sekarang, hanya kebanyakannya para biarawati gereja yang sering bertudung, demi mengkhidmati diri mereka kepada Tuhan. Tudung kepala serta menutupi leher pada Zaman Pertengahan Eropah ini dipanggil wimple dalam bahasa Inggeris. Kini, banyak Orang Barat mengatakan bahawa wanita yang memakai wimple, menindaskan wanita, walaupun tiada bukti yang diberikan dalam Bible yang mengatakan demikian, dan anggapan ini juga kelihatan bertentangan dengan kepercayaan biarawati.

Wanita Yahudi Ortodoks[sunting | sunting sumber]

Tichel.

Wanita Yahudi Ortodoks masih memakai tudung hingga ke hari ini. Tudungnya digelar tichel, dan alasan memakainya adalah berasaskan koda berpakaian menutup aurat yang dikenali sebagai Tzniut.

Isu tudung di Turki[sunting | sunting sumber]

Pada 28 Januari 2008, Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan mahu larangan memakai tudung di Turki dihapuskan melalui arahan Parlimen Turki. Larangan memakai tudung dilaksanakan sejak Presiden Mustafa Kamal Ataturk lagi. Larangan ini disokong oleh golongan badan kehakiman, pegawai tentera dan ahli akademik yang berfahaman sekular. Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) pimpinan Recep Tayyip Erdogan melihat isu peraturan melarang memakai tudung ini melanggar kebebasan dan hak untuk pendidikan.[2]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Bacaan lanjutan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. http://www.scrollpublishing.com/store/head-covering-history.html The Christian Woman’s Head Covering Through the Centuries
  2. [1] Larangan bertudung dihapus