Ahmad Busu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ahmad Busu
Kelahiran1952
Meninggal dunia10 November 2013 (berumur 60–61)
Tahun aktif1978–2008
PasanganSeri Mohamad (k. 1983; m. 2013)
Anak-anak4

Ahmad Busu (1952–10 November 2013) merupakan seorang pelakon dan pelawak Malaysia yang cukup popular di era 1990an. Popularitinya memuncak ketika beliau muncul serentak dalam 3 buah sitkom popular iaitu Pi Mai Pi Mai Tang Tu (PMPMTT), 2+1 dan Camni Camtu.

Permulaan kerjaya[sunting | sunting sumber]

Biarpun memulakan kerjaya seni menerusi pementasan teater pada tahun 1978, namun jiwa komedi yang mengalir dalam dirinya tetap utuh.Pernah mencuba untuk berlakon serius namun, lama kelamaan watak yang dipegangnya masih menjurus ke arah komedi. Ketika itu Ahmad Busu masih bekerja di Lembaga Pelabuhan Klang dan lakonan pentas dijadikan sebagai minat dan kerjaya sambilan sehinggalah pementasan teater komedi Kampung Sri Wangi pada tahun 1983 membawa tuah kepadanya. Teater tersebut menarik minat stesen TV3 untuk dijadikan sitkom TV berjudul Pi Mai Pi Mai Tang Tu[1] pada 1985. Sitkom ini bertahan selama 18 tahun sehingga 2004 dan menjadi sitkom paling lama bertahan di Malaysia.

Puncak populariti[sunting | sunting sumber]

Karekter Mat Deris yang dibawanya dalam siri PMPMTT begitu melekat di hati peminat sepanjang dekad 1990an. Beliau pernah 5 kali dicalonkan di Anugerah Bintang Popular Berita Harian untuk kategori Artis Komedi Lelaki Popular (ABPBH) iaitu pada 1993, 1994, 1995, 1996/97 dan 1998/99. Sering digandingkan dengan pelawak Imuda, mereka berdua adalah gandingan pelawak yang cukup serasi pada era itu. Beliau pernah dicalonkan sebagai Artis Komedi Lelaki Popular dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 1999.

Beliau juga pernah melibatkan diri dalam aktiviti merakamkan lagu-lagu komedi antaranya Kisah Seorang Bujang yang menampilkan rakan pelawak Sabri Yunus. Di dalam budaya pop Malaysia sendiri Ahmad Busu adalah individu yang mempopularkan frasa "Mengancam!" yang cukup popular di era 1990an hingga kini bagi menggambarkan kecantikan dan keseksian wanita. Frasa itu sering digunakan dalam sitkom PMPMTT. [2]. Dia juga popular menerusi tagline "Salaaaaammm....This is my card" dalam siri komedi 2+1. Selepas era 90an, beliau beralih dari lakonan sitkom di kaca TV ke layar perak dan membintangi beberapa drama seiring dengan perubahan usianya.

Diskogafi[sunting | sunting sumber]

Album studio[sunting | sunting sumber]

Ahmad Busu dan Sabri Yunus bergandingan pada tahun 1993 merakamkan album istimewa sempena perayaan Aidilfitri yang serentak dengan sambutan Tahun Baharu Cina. Album yang diberi judul Jangan Mercun! Kongsi, Kongsi, Kongsilah menampilkan 10 lagu baru dan duo ini popular dengan lagu Kisah Seorang Bujang.
Runut

  • Kongsi, Kongsi, Kongsilah (2:40)
  • Jangan Main Mercun (4:00)
  • Dikir Raya (4:14)
  • Kisah Seorang Bujang (4:30)
  • Sketsa Malam Raya (2:00)
  • Raya Sakan (4:25)
  • Jom-jom Balik (1:50)
  • Selamat Hari Raya (4:14)
  • Halalkan (4:30)
  • Anak Bulan (3:00)

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
1990 Mat Som Filem pertama
1993 Imigran Jimmy
2003 Aku Kaya The Movie Tok Ketua Alalatok
2006 Kayangan Pak Jam
2008 Dunia Baru The Movie Mat Deris
2012 Shh...Dia Datang Mat Filem terakhir

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
1980 Drama Minggu Ini: Penari TV1
1980 Pak Tua TV1
1985–2004 Pi Mai Pi Mai Tang Tu Mat Deris TV3
1984 2+1 Ram TV1
1990 Camni Camtu

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2002 Bukan Pi Mai Pi Mai VCD

2002 aku kaya vcd

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2002 Pendidikan Moral: Rasuah Dihina, Maruah Dibina Pelakon TV Pendidikan

Persaraan[sunting | sunting sumber]

Namun kini, di dalam usia senja Ahmad Busu kini menderita pelbagai penyakit seperti diabetes, membuatkan dia lebih selesa menghabiskan kebanyakan masa senggangnya di rumah bersama keluarga di Taman Sri Andalas, Kelang.

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Meninggal dunia[sunting | sunting sumber]

Pada September 2009, beliau telah diserang angin ahmar dan dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) .[4] Ahmad Busu yang telah pun meninggal dunia pada 10 November 2013. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir selepas Maghrib di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor.[5] [6] Beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang, selepas di sembahyangkan di Surau An-Na'im di Taman Seri Andalas di sini pada pukul 9.50 pagi. Selain ahli keluarga, turut hadir memberikan penghormatan terakhir ialah rakan Allahyarham seperti Datuk Jamali Shadat, Dato' Nash, Datuk Baharuddin Omar, Datuk DJ Dave, Hamid Gurkha dan Imuda.[7]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Ahmad Busu meninggal dunia". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-11-11. Dicapai pada 2013-11-11.
  2. ^ Pelakon Ahmad Busu Kena Strok
  3. ^ Pelakon, pelawak Ahmad Busu meninggal dunia.
  4. ^ Pelawak Ahmad Busu kena serangan strok, kini di PPUM.
  5. ^ "Pelakon Ahmad Busu Meninggal Dunia Akibat Strok". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-02-16. Dicapai pada 2021-09-22.
  6. ^ Pelakon Ahmad Busu meninggal dunia. Diarkibkan 2013-11-11 di Wayback Machine.
  7. ^ "Jenazah Allahyarham Ahmad Busu selamat dikebumi". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-11-14. Dicapai pada 2014-02-23.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]