Hamid Gurkha

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Hamid Gurkha
KelahiranAbdul Hamid bin Abdul Rahman
(1933-08-22) 22 Ogos 1933 (umur 86)
Segambut, Kuala Lumpur,Selangor, Malaya British (kini Malaysia)
WarganegaraMalaysia
PekerjaanPelawak, pelakon
Tahun aktif1978 - kini
PasanganTimah Abdul Hamid

Abdul Hamid Bin Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Hamid Gurkha (lahir 22 Ogos 1933)[1] merupakan seorang pelawak yang terkenal di Malaysia. Pak Hamid pernah membawa pulang trofi Artis Komedi Terbaik di Festival Filem Malaysia (FFM) ketiga pada tahun 1982.

Askar zaman British[sunting | sunting sumber]

Kini usia Hamid Gurkha menjangkau 86 tahun. Dilahirkan pada 22 Ogos 1933, ketika negara masih lagi di bawah penjajah British, Pak Hamid menyertai pasukan tentera selama tujuh tahun (1950-1957) .

Semasa Peristiwa Bukit Kepong pada 23 Februari 1950 iaitu balai polis Bukit Kepong diserang oleh 180 penganas komunis, hati beliau melonjak untuk menghulurkan bantuan, tetapi segala perhubungan telah dipotong oleh komunis.[2] Peristiwa itu masih bermain di fikiran. Sebab itu apabila ada isu dicetuskan baru-baru ini mengenai Mat Indera diangkat sebagai pejuang, beliau rasa terkilan .

Hamid Gurkha Johan Bintang Radio RTM[sunting | sunting sumber]

Aktiviti seni bermula ketika menyertai Pertandingan Bintang Radio RTM pada 1965 dan merangkul tempat pertama.Kemudian Kementerian Kebudayaan dan Kesenian menawarkan beliau membuat persembahan pentas. Sejak itu beliau bergerak di bawah kementerian .Tidak lama kemudian, Datuk Jamali Shadat (pelawak) mengajak menyertainya sebagai pelawak pentas.

Pada era 80-an, filem Sikit Punya Gila (1982), Ragam Pemandu (1989), dan Main-Main Hantu (1989) memberi impak besar kerana filem itu memperkenalkan nama saya kepada masyarakat. Beliau juga pernah menjayakan filem Gila-Gila (1979), Aku Yang Berhormat (1983), Filem Talak (1984), Konstabel Mamat (1992), Impian (1996), Silat Lagenda (1998), Senario The Movie (1999), Kemarau Cinta (2005), Salah Bapak (2006), Zombi Kampung Pisang (2007) dan terbaru, Alamak Toyol (2011).[3]

Album Komedi[sunting | sunting sumber]

Hamid bersama Jamali pernah menghasilkan beberapa buah album komedi yang memuatkan sketsa lawak jenaka dan lagu-lagu komedi pada era 70an terbitan Life Records namun tidak meneruskan lagi minatnya itu. Segelintir syarikat rakaman yang masih gagal menilai harga artis veteran sepertinya.Beliau patah hati untuk merakamkan album kerana ditawarkan harga tidak berpadanan dengan bakat, kebolehan dan pengalamannya.Beliau ada terima tawaran merakamkan album sketsa lawak jenaka daripada beberapa syarikat rakaman, tetapi ditolak kerana bayaran ditawarkan langsung tidak berbaloi. Setelah lebih 30 tahun bergiat dalam industri ini, itu sahaja yang mampu mereka bayar dan ia sangat mengecewakan.

Ada juga di antara mereka yang memberi alasan, album sekarang sukar dijual berbanding album dahulu. Namun, pada tahun 2003, suara beliau pernah dikomersialkan sebagai nada dering telefon bimbit yang laris terjual ketika itu .

Petua sihat Pak Hamid[sunting | sunting sumber]

Walaupun usianya sudah lanjut, 86 tahun, Pak Hamid bersyukur kerana tidak mengidap penyakit merbahaya. Beliau selalu amalkan '3 Kul' setiap kali selepas solat. Setiap kali selepas solat, saya akan baca tiga surah tersebut dan selawat ke atas Nabi SAW tujuh Kali.

Saya turut amalkan bacaan selawat nabi setiap kali mandi di waktu pagi. Ketika jirus air ke badan, saya sertakan dengan doa agar ALLAH SWT menghindarkan penyakit. Beliau juga amalkan pengambilan beras merah untuk kekal sihat sejak lapan tahun lalu. Sejak 40 tahun lalu beliau tidak mengambil makanan laut dan jarang makan ayam dan daging. Minuman bergas dan berais juga dielakkan. Lebih baik berpantang dalam pemakanan kerana ingin mengelak daripada terkena penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan serangan jantung.

Pentas dan filem[sunting | sunting sumber]

Hamid Gurkha mula dikenali melalui filem Panglima Badol pada 1978 dan masih aktif dalam bidang seni. Sehingga kini, Pak Hamid masih tertanya-tanya, bagaimana dia boleh bergelar seorang pelawak kerana perkara itu tidak pernah dibayangkan sebelum ini. Sebelum menyertai pertandingan Bintang Radio RTM, Pak Hamid pernah menyertai pentas kampung untuk membuat persembahan sambutan hari raya dan sebagainya. Ketika itu, niatnya hanya sekadar untuk memenuhi masa lapang dan melampiaskan minat dalam dunia seni. Memang dari bangku sekolah lagi, saya sering buat lawak dengan kawan-kawan.

Beliau mengakui peminat biduan agung Tan Sri P. Ramlee dan selalu menyanyikan lagu-lagunya.P Ramlee banyak memberi tunjuk ajar. Pada tahun 2014, beliau telah menerima penghargaan khas atas sumbangan beliau dalam dunia lawak jenaka tanahair di Anugerah Lawak Warna ke-2. Beliau menerima anugerah tersebut bersama rakan karib, Datuk Jamali Shadat.


Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Catatan
1978 Panglima Badol Sengkuang Filem pertama
1979 Gila-Gila Hamid
1982 Sikit Punya Gila
1983 Aku Yang Berhormat
1984 Talak
1987 Jejaka Perasan Pak Wok
1988 Guru Badul Sameon
1989 Ragam Pemandu Hamid
1990 Main-main Hantu Atan
1992 Konstabel Mamat
1996 Impian
1998 Silat Lagenda Mo
1999 Senario The Movie Pak Hamid Pelakon sampingan
2005 Tak Ori Tapi Ok Kemunculan khas
Rock Pelakon undangan
Kemarau Cinta
2006 Salah Bapak Pak Joko
2007 Zombie Kampung Pisang Pak Mail
2011 Kembar Siang Wak Sengau
Alamak... Toyol! Pak Umar
2012 Sofazr The Movie - Jiwa Kacau Pak Abu
2014 Lu, Gua Bro! Pak Kulop
2015 Abang Lejen Pelakon undangan
2017 Kerja Kahwin

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
1988 Jenaka Hang Setia TV1
1990 Platform Episod: Lagak YB
1992 Hikayat Hang Setia TV1
1997 Kerana Ramli Jaafar RTM
2007 Bujang Antik TV1
2010 Bujang Sepah Lalalitamplom S2 Astro Prima
Halimah Jongang

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2000 Berlagak Dollah Terus ke VCD
2004 Gosok Terus ke VCD

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]