Akta Parlimen di United Kingdom

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Rencana ini membincangkan jenis-jenis Akta dan proses penggubalan undang-undang di Parlimen United Kingdom. Untuk satu senarai lihat Senarai Akta Parlimen di United Kingdom
United Kingdom
Jata Kerajaan UK

Rencana ini sebahagian daripada siri:
Politik dan pemerintahan
United Kingdom



Negara-negara lain · Atlas
 Portal Politik

Suatu Akta Parliamen di United Kingdom disebut sebagai perundangan utama. Akta-akta ini diluluskan parlimen UK di Westminster. Satu rangka perundangan dipanggil suatu rang undang-undang, dan apabila ini diluluskan oleh parlimen, ia menjadi satu Akta dan sebahagian daripada undang-undang statut.

Jenis-jenis perundangan[sunting | sunting sumber]

Terdapat banyak jenis rang undang-undang dan akta. Meskipun awam, rang undang-undang persendirian dan hibrid tidak sama, dan banyak pengkategorian di bawah berbeza.

Akta umum[sunting | sunting sumber]

Akta umum adalah pengkategorian akta yang terbanyak, yang mempengaruhi undang-undang awam yang beraplikasi kepada semua orang di UK. Akta beraplikasi kepada keseluruhan UK atau kadangkalanya kepada negara-negaranya, iaitu England, Scotland, Wales dan Ireland Utara.[1]

Akta persendirian[sunting | sunting sumber]

Akta-akta persendirian bersifat tempatan dan peribadi dalam kuatkuasanya, dan beraplikasi kepada orang-orang spesifik (tulen atau berkeperundangan) berlainan dengan orang-orang lain. Rang undang-undang sebegini lazimnya dipromosikan oleh badan-badan, seperti kerajaan tempatan atau syarikat swasta untuk memberikan diri mereka kuasa yang lebih, atau bertentangan dengan undang-undang am. Rang undang-undang hanya mengubah undang-undang sepertimana yang beraplikasi kepada individu spesifik atau pertubuhan-pertubuhan, berbanding dengan rakyat awam. Kumpulan atau individu yang berpotensi mengena kesan daripada pertukaran ini boleh memetisyen Parlimen bertentangan rang undang-undang berkenaan dan menyuarakan bantahan-bantahan mereka kepada jawatankuasa ahli Dewan dan Lords."[2] Ini termasuk Akta yang memberi kuasa kepada beberapa kerajaan tempatan, contoh terbaru adalah Rang Undang-undang Majlis Bandaraya Canterbury yang membuat peruntukan mengenai perdangangan jalanan dan perlindungan pengguna dalam bandar berkenaan.[2] Rang undang-undang juga boleh mempengaruhi sesetengah syarikat; Rang undang-undang Northen Bank umpamanya membenarkan pengisuan nota bank untuk dipindah milik selepas diambil alih oleh Danske Bank.[3] Rang undang-undang persendirian boleh juga mempengaruhi syarikat-syarikat yang ditubuhkan oleh Akta Parlimen seperti TSB Bank dan Transas.

Projek-projek mega seperti perhubungan keretapi Channel Tunnel, yang memberikan sesetengah kuasa istimewa kepada syarikat yang membuat kerja (seperti pembelian tanah mandatori). Akta-akta peribadi adalah sub-kategori akta persendirian, yang memberikan beberapa hak dan tanggungjawab pada individu, seperti yang membenarkan dua orang berkahwin meskipun mereka adalah muhrim.

Rang undang-undang persendirian yang menjadi kebiasaan pada abad ke 19 kini jarang kerana pembentukan cara perundangan terancang yang baru pada 1960-an tidak memerlukan mereka.[perlu rujukan] Mereka juga tertahluk kepada prosidur yang berlainan berbanding Rang undang-undang awam, dan memerlukan jawatankuasa badan kehakiman separa tida ahli.[perlu rujukan]

Pihak berkuasa Parlimen mempunyai senarai semua rang undang-undang persendirian.

Akta hibrid[sunting | sunting sumber]

Akta hibrid menggabungkan elemen-elemen kedua-dua Akta Awam dan Akta Persendirian. Iaitu, perubahan kepada undang-undang umum bertambah kepada peruntukan-peruntukan yang beraplikasi kepada individu-individu atau badan-badan spesifik. Contoh terdiri daripada Rang Undang-Undang Rel Selang, satu rang undang-undang untuk membina jalan rel dari barat ke timur London.[4]. Pihak berkuasa Parlimen menyimpan satu senarai kesemua rang undang-undang hibrid di Parlimen.

Rang undang-undang persendirian ahli[sunting | sunting sumber]

Ia penting untuk tidak mengelirukan Rang Undang-Undang Persendirian dengan Rang Undang-Undang Persendirian Ahli, yang adalah Rang Undang-Undang Awam untuk membuat perubahan dalam undang-undang. Satu-satunya perbezaan daripada rang undang-undang awam adalah mereka didapati dari ahli persendirian berbanding dengan kerajaan.[5]

Rang undang-undang kewangan[sunting | sunting sumber]

Rang undang-undang kewangan megenakan cukai dan menyatakan mana letaknya perbelanjaan. Rang undang-undang yang paling dikenali adalah Rang Undang-Undang Kewangan yang dibentangkan oleh Chancellor of the Exchequer pada masa belanjawan. Ini termasuk semua perubahan yang dibuat berkenaan undang-undang cukai pada tahun itu. Keterangan rasminya adalah "Suatu Rang Undang-Undang untuk memperuntukkan tanggungjawab tertentu, untuk mengubah tanggungjawab lain, dan meminda undang-undang berkenaan Hutang Negara dan Hasilan Awam, dan membuat peruntukan seterusnya berkenaan kewangan.".[6] Rang Undang-Undang Penggabungan Dan Peruntukan Dana membenarkan perbelanjaan kerajaan.[7]

Rang undang-undang penyelengaraan[sunting | sunting sumber]

Rang undang-undang sebegini adalah untuk menyelengarakan urusan kerajaan dan hal ehwal umum sahaja dan tidak berkontroversi dari segi politik. Rang undang-undang sebegini adalah seumpamanya rang undang-undang penyatuan, yang mengemaskini undang-undang kini dengan cara yang lebih terkini dan mudah difahami tanpa menukar undang-undang, dan rang undang-undang penulisan semula undang-undang cukai, yang melakukan yang sama untuk undang-undang percukaian.[7]

Perundangan bawahan[sunting | sunting sumber]

Termasuk di sini untuk kesudahan, perundangan bawahan bukannya Akta Parlimen tetapi dibuat oleh Menteri atau badan rasmi kerajaan dalam kuasa yang diperuntukkan dalam Akta Parlimen. Ini oleh dipanggil perintah, peraturan, regulasi, skim atau kanun tetapi secara bersama dikenali sebagai perundangan bawahan. Sejenis perintah khas yang dikenali sebagai Order in Council memerlukan persetujuan Ratu dalam Majlis Privi.[5]

Peringkat rang undang-undang[sunting | sunting sumber]

Rang undang-undang memulakan perjalannya di House of Commons atau House of Lords, meskipun rang undang-undang yang berbentuk kewangan akan bermula di Commons. Setiap rang undang-undang melalui peringkat-peringkat berikut:

Perundingan, pembentukan dan skrutini pra-perundangan[sunting | sunting sumber]

Meskipun tidak merupakan sebahagian daripada proses perundangan, satu tempoh berunding akan berlaku sebelum satu rang undang-undang ditulis. Dalam kerajaan, Perbendaharaan, dan jabatan-jabatan yang mempunyai kepentingan akan diberitahu bersamaan pentadbiran-pentadbiran devolusi Scotland, Wales dan Ireland Utara. Di luar kerajaan, pihak-pihak berkepentingan kesatuan pekerja, badan-badan industri dan badan-badan NGO akan diminta mengulas pendapat mereka. Kanun Amalan Jabatan Kabinet menggariskan tempoh rundingan yang berjumlah dua belas minggu. Dokumen perundingan disebarkan (lihatlah contoh perundingan Kementerian Dalam Negeri mengenai pornografi ekstrem Diarkibkan 2008-07-27 di Wayback Machine dan perundingan Kerajaan Scotland mengenai polisi pemakanan).

Sifat perundingan adalah dibentuk oleh keazaman kerajaan untuk terus maju dengan beberapa cadangan mereka. Kerajaan boleh menerbitkan Kertas Hijau yang menggariskan beberapa cadangan perundangan atau Kertas Putih yang merupakan suatu penyataan tujuan. [8] Baru-baru ini adalah lazim untuk melihat beberapa rang undang-undang Kerajaan diterbitkan dalam bentuk draf sebelum disidangkan di Parlimen. Rang-rang itu kemudian ditimbangkan oleh jawatankuasa khas Commons atau Jawatankuasa bersama kedua-dua Dewan. Rang undang-undang draf membenarkan skrutini perundangan berpotensi dan adalah tindak balas kepada kekurangan masa yang memungkinkan penggunaan perintah program untuk meletakkan jadual waktu yang ketat keatas kelulusan rang undang-undang dan apa yang dikenali sebagai drafting on the hoof, yang kerajaan memperkenalkan pindaan ke atas rang undang-undangnya sendiri. Dengan masa yang lebih untuk skrutini yang bertulangbelakangkan bukti, draf rang undang-undang boleh menggangu kebolehkan kerajaan memperkenalkannya.[9]

Jabatan kerajaan yang menaja akan kemudiannya menulis kepada jawatankuasa polisi yang relevan di Kabinet. Cadangan-cadangan yang dikemukakan hanya dibincangkan di perjumpaan sekiranya terdapat ketidaksetujuan. Cadangan yang tidak berkontroversi pun boleh terhindar akibat pentadbiran. Cadangan pindaan undang-undang mungkin terpaksa menunggu rang undang-undang yang lebih rapi dalam kawasan polisi yang berkenaan muncul baru dianggap layak untuk dibawa ke Parlimen. Cadangan kemudiannya akan dikumpulkan bersama tindakan-tindakan yang lebih substantif dalam rang undang-undang berkenaan. Jawatankuasa Menteri mengenai Program Perundangan (LP), termasuk Ketua dan Penguatkuasa di kedua-dua Dewan, bertanggungjawab untuk jadual waktu perundangan. Jawatankuasa ini akan memutuskan dewan yang manakah rang undang-undang akan dimulakan, mencadangkan kepada Kabinet apa yang akan termasuk dalam Ucapan Diraja, yang akan diterbitkan dalam bentuk draf dan berapa banyak masa parlimen akan diperlukan.[8]

Selepas proses perundungan, jabatan yang menaja akan menghantar arahan mendraf kepada majlis parlimen, iaitu peguam-peguam pakar yang bekerja untuk jabatan kerajaan yang bertanggungjawab menulis perundangan. Arahan-arahan ini akan menerangkan apa yang rang undang-undang harus lakukan tetapi tidak secara terperinci. Majlis parlimen mesti mendraf perundangan secara jelas untuk meminimakan potensi ia dicabar dan bersesuaian dengan undang-undang UK dan Eropah yang sedia ada. Rang undang-undang yang habis kemudiannya diskrutini dan dibenarkan jabatan dan menteri yang berkaitan.[10]

Peringkat terakhir adalah penghantaran rang undang-undang kepada pihak berkuasa dewan dimana ia akan mulakan perjalanannya di Parlimen. Di Commons ia adalah Kakitangan Perundangan tetapi di Lords ia adalah Pejabat Rang Undang-Undang Umum. Mereka akan memeriksa untuk perkara-perkara berikut:[11]

  • Bahawa rang undang-undang menepati peraturan dewan
  • Bahawa kesemua yang hendak dilakukan rang undang-undang telah dinyatakan dalam 'tajuk panjang' (teks yang menggambarkan tujuan rang undang-undang)
  • Dalam Commons, bahawa setiap peruntukan yang memerlukan perbelanjaan atau mengenakan cukai dikenalpasti dan dicetak dalam cara italik
  • Sama ada Pengehadan Diraja terlibat
  • Sama ada ia melanggar atau sama dengan rang undang-undang yang telah diperkenalkan

After this process, the bill is then ready for introduction.

Bacaan pertama[sunting | sunting sumber]

Bacaan pertama adalah formaliti dan tiada debat atau undian yang dijalankan. Notis bahawa suatu rang undang-undang diperkenalkan untuk bacaan pertama adalah dalam Kertas Urusan pada hari itu. Rang Undang-Undang Kesatuan Eropah (Pindaan) muncul pada Kertas Urusan pada 17 Disember 2007 seperti berikut:

Notis Persembahan Rang Undang-Undang

1 KESATUAN EROPAH (PINDAAN) [Tiada debat]

Setiausaha David Miliband

Rang undang-undang untuk membuat peruntukan mengenai Perjanjian Lisbon yang meminda Perjanjian Kesatuan Eropah dan Perjanjian Tubuh Komuniti Eropah, yang ditandatangani di Lisbon pada 13hb Disember 2007.

Bacaan pertama rasmi: tiada debat atau keputusan.[12]

Seperti yang boleh dilihat dalam tayangan video bacaan pertama ini, ahli dewan dipanggil oleh Speaker pada permulaan urusan awam dan membawa rang undang-undang boneka, satu kertas yang mempunyai tajuk pendek dan panjang dan nama sehingga dua belas penyokong kepada Kakitangan Dewan di Meja. Kakitangan membaca tajuk pendek dan Speaker bertanya "Hari apakah bacaan kedua?" dan untuk rang udang-undang kerajaan jawapan lazim adalah "esok" (atau hari persidangan seterusnya). Tarikh juga ditetapkan untuk rang undang-undang persendirian ahli; keputusan untuk menjadualkan debat rang undang-undang sedemikian penting kerana mereka tidak diberi 'masa kerajaan' untuk didebatkan. Rang undang-undang begini direkodkan sebagai telah melepasi bacaan pertama, dan diperintahkan supaya dicetak dan dibaca buat kali kedua pada tarikh yang tertentu. [13] Dalam kes rang undang-undang kerajaan, nota keterangan yang cuba menerangkan apa yang digariskan oleh rang undang-undang dalam bahasa yang lebih mudah difahami juga diperintahkan untuk dicetak. Sekali lagi, dalam kes Rang undang-undang Kesatuan Eropah (Pindaan) ini muncul dalam Hansard seperti berikut:

Setiausaha David Miliband, disokong oleh Perdana Menteri, Menteri Kewangan En. Setiausaha Straw, Setiausaha Jacqui Smith, Setiausaha Des Browne, Setiausaha Alan Johnson, En. Setiausaha Alexander, En. Setiausaha Hutton dan En. Jim Murphy, memperkenalkan rang undang-undang untuk membuat peruntukan mengenai Perjanjian Lisbon yang meminda Perjanjian Kesatuan Eropah dan Perjanjian Tubuh Komuniti Eropah, ditandatangani di Lisbon pada 13hb Disember 2007: Dan yang sama dibaca buat kali pertama dan diperintahkan dibaca buat kali kedua pada keesokan hari, dan dicetak. Nota keterangan perlu dicetak. [Rang undang-undang No. 48].

Rang undang-undang yang diperkenalkan dengan cara ini adalah perkenalan rang undang-undang. Rang undang-undang juga boleh diperkenalkan di Commons dengan dibawa masuk dari Lords, dengan resolusi (seperti Rang Undang-Undang Kewangan) atau bila ahli mendapat kebenaran membawa masuk satu rang undang-undang peraturan sepuluh minit.

Rang undang-undang kerajaan boleh diperkenalkan dalam mana-mana Dewan. Rang undang-undang yang bermula di Lords punyai '[Lords]' diletakkan pada tajuknya apabila dalam dewan Lords dan '[HL]' apabila di Commons.[5] Rang undang-undang yang didasarkan cukai atau perbelanjaan umum bermula di Commons, disebabkan hak istimewa Dewan berkenaan mengenai urusal kewangan (lihat Akta-akta Parlimen 1911 dan 1949). Rang undang-undang yang berkait dengan kehakiman, Suruhanjaya Pembaharuan Undang-Undang dan rang undang-undang penyelengaraan pula lazimnya bermula di Lords.

Bacaan kedua[sunting | sunting sumber]

Dalam peringkat Bacaan Kedua, dalam pada teorinya sepatutnya lebih kurang dua minggu selepas Bacaan Pertama, debat mengenai prinsip-prinsip am rang undang-undang berkenaan menyusul diikuti oleh pengundian. Pada masa inilah peluang utama untuk mendebatkan prinsip rang undang-undang berbanding klausa-klausa individu. Satu pembahagian pada peringkat ini menandakan cabaran langsung pada prinsip rang undang-undang. Sekiranya rang undang-undang dibacakan buat kali kedua, ia terus ke peringkat jawatankuasa.

Lazimnya Bacaan Kedua Rang Undang-Undang Kerajaan diluluskan. Kekalahan untuk Rang Undang-Undang Kerajaan pada masa ini menandakan satu tamparan hebat. Kali terakhir perkara ini berlaku adalah pada Bacaan Kedua Rang Undang-Undang Kedai untuk kerajaan Margaret Thatcher pada tahun 1986. Rang undang-undang yang bercadang meliberalisasikan sekatan terhadap urusan perniagaan pada hari Ahad dikalahkan dalam Dewan House of Commons dengan kekurangan 14 undi.[14] Kekalahan terakhir buat satu kerajaan adalah mengenai penahanan 90 hari tanpa perbicaraan Akta Pencegahan Keganasan 2005. Akan tetapi kekalahan ini berbentuk pindaan yang dicadangkan (untuk tempoh penahanan 28 hari berbanding 90 hari) berbanding tentangan terhadap keseluruhan rang undang-undang pada masa Bacaan Kedua.[15] Sekiranya rang undang-undang telah dikalahkan, ia semestinya tidak akan menjadi Akta.

Bacaan Kedua debat mengenai rang undang-undang kerajaan lazimnya mengambil masa sehari, dalam kebiasaannya enam jam. Rang-rang yang lebih kecil dan kurang berkontroversi akan mendapat Bacaan Kedua 'dipersetujui' tanpa perlunya sebarang perdebatan.[16] Rang Undang-Undang Sumbangan Insurans Nasional muncul dalam Kertas Urusan seperti berikut:

Urusan Utama

3 RANG UNDANG-UNDANG SUMBANGAN INSURANS NASIONAL: Bacaan Kedua. [Sehingga 10.00 malam]

Debat boleh berlangsung sehinggalah 10.00 malam

Sepertimana yang boleh dilihat dari tayangan video debat rang undang-undang ini, bacaan kedua rang undang-undang kerajaan diusulkan (untuk rang undang-undang kerajaan) oleh menteri dalam jabatan yang bertanggungjawab "bahawa rang undang-undang demikian dibaca buat kali kedua". Menteri menggariskan tujuan rang undang-undang ini dan memperlihatkan bahagian-bahagian rang undang-undang yang difikirkan paling penting. Jurucakap pembangkang menjawab dengan pandangan dia mengenai rang undang-undang tersebut. Debat terus berlangsung sehingga parti-parti Pembangkang dan ahli-ahli Dewan dari parti Pemerintah memberi pendapat mereka mengenai rang undang-undang itu.[17] Menteri berkenaan akhirnya akan mengakhiri debat dengan menyatakan mengenai rang undang-undang "Dipersembahkan kepada Dewan". Speaker akan kemudian mengutarakan soalan dengan mengatakan, sebagai contoh, "Soalnya adalah, bahawa Rang Undang-Undang ini akan kini dibaca buat kali kedua". Speaker kemudiannya akan menjemput penyokong Rang Undang-Undang untuk mengatakan "aye (ya)" dan penentang kata "noe (tidak)": "Kesemua ahli yang berpendapat 'aye (ya)' [penyokong mengatakan 'aye'], kontra 'noe (tidak)' [penentang mengatakan 'noe']". Dalam apa yang dikenali sebagai pengumpulan undi Speaker membuat kata mengenai pihak mana yang paling kuat menyatakan pendirian mereka. Majoriti jelas mana-mana belah akan menyebabkan dia berkata "Saya rasa yang Aye/Noe punyainya". (ini boleh dipaksa untuk pembahagian sekiranya masih terdapat bantahan). Sekiranya masih tidak jelas Speaker akan berkata "Pembahagian. Kosongkan kaki lima." Ini merujuk kepada kaki lima di luar kamar yang dikosongkan oleh penjaga-penjaga. Pada masa ini, locong pembahagian akan berbunyi di seluruh istana dan juga di tempat tinggal, pub dan restoran berhampiran yang pemiliknya membayar untuk disambungkan kepada sistem. Ini membenarkan ahli-ahli yang tidak berada pada waktu debat untuk datang mengundi pada isu yang berkenaan.

Selepas dua minit, Speaker akan meletakkan Soalan sekali lagi untuk menimbangkan sama ada terdapatnya ketidaksetujuan. Dia kemudiannya akan menamakan pemberitahu, yang bertuguas mengira undi. Ini lazimnya wakil dari Kerajaan dan Pembangkang. Dalam contoh yang dilihat: "Pemberitahun untuk Aye adalah En. Dave Watts dan En. Steve McCabe; memberitahu untuk Noe adalah En. Nick Hurd dan En. John Barron". Sekiranya tiada pemberitahu atau hanya satu pemberitahu, Speaker akan mengumumkan keputusan undi bagi pihak yang satu lagi.

Satu pemberitahu dari setiap belah pergi ke penghujung lobi pembahagian dan mengira ahli dewan apabila mereka muncul. Penguatkuasa dari setiap parti juga ada untuk memastikan kesemua ahli mereka mengundi mengikut kehendak parti. Nama-nama diambil dari kakitangan dewan dan diterbitkan dalam Hansard pada kemudian hari (lihat contoh dari Hansard atau untuk yang lebih jelas dari penguatkuasa). Selepas lapan minit dari panggilan pertama speaker akan berkata "kuncikan pintu", penjaga pintu kemudiannya mengunci pintu menuju masuk dan tiada lagi ahli dewan yang boleh masuk untuk mengundi. Apabila setiap ahli melepasi kakitangan dewan dan pemberitahu, satu slip pembahagian ditunjukkan oleh kakitangan di meja dan diperika kepada setiap daripada pemberitahu dari pihak yang menang. Pemberitahu kemudiannya berkumpul di meja di depan Mace yang menghadap speaker dan kemudian pemberitahu memberitahu keputusan kepada seluruh Dewan, sebagai contoh: "Aye yang ke kanan, 291. Noe yang di kiri, 161". Kakitangan kemudian memberikan slip pada Speaker yang mengulangi keputusan dan menambah "Bahawasanya Aye mempunyainya, Aye mempunyainya. Buka pintu". Penjaga pintu kemudiannya membuka pintu kamar.[18] Satu proses itu, dari pengakhiran ucapan akhir dari menteri sehingga pembahagian dilihat dalam tayangan video dari Rang Undang-Undang Sumbangan Insurans Nasional. Bahagian yang dari Harvard adalah seperti yang berikut:

Soalan ditujukan, Bahawasanya Rang Undang-Undang dibaca buat kali kedua:—

Dewan dibahagikan: Ayes 291, Noes 161.

Pembahagian No. 033

7.56 petang

AYES [diikuti senarai ahli yang menandakan Aye (Setuju)]

NOES [diikuti senarai ahli yang menandakan Noe (Tidak setuju)]

Soalan dibenarkan.

Rang Undang-Undang dibaca buat kali kedua.[19]

Pembahagian pada bacaan kedua boleh pada bangkangan terus atau undi mengenai 'pindaan sewajarnya', menerangkan kenapa pembangkang tidak mahukania dibaca buat kali kedua, yang boleh dipilih oleh Speaker. Rang Undang-Undang yang tewas pada bacaan kedua tidak boleh maju lagi atau diperkenalkan semula dengan kata-kata yang sama pada sesi yang sama.

Perintah prosidur dan Resolusi[sunting | sunting sumber]

Dalam kes Rang Undang-Undang Kerajaan, Dewan biasanya meluluskan secara terus (iaitu tanpa debat tetapi selalu dengan undian) satu Perintah Program dalam bentuk usulan program, dengan meletakkan jadual waktu untuk jawatankuasa dan peringkat seterusnya rang undang-undang. Ini berlaku sejurus selepas bacaan kedua.[14] Contoh yang telah diterjemah:

Rang Undang-undang Pemberian Insurens Nasional (Program)

Usul dibuat, dan Soalan-soalan diperlakukan menurut Perintah Berdiri No. 83A (Usulan program),

Bahawasanya peruntukan-peruntukan berikut beraplikasi pada Rang Undang-undang Pemberian Insurens Nasional:
Kerja
1. Rang undang-undang ini akan dihadapkan kepada Jawatankuasa Rang Undang-Undang Awam.
Prosiding di Jawatankuasa Rang Undang-Undang Awam.
2. Prosiding di dalam Jawatankuasa Rang Undang-Undang Awam akan diselesaikan (setakat mana yang belum sesesai) pada 22 Januari 2008
3. Jawatankuasa Rang Undang-Undang Awam akan mendapat kebenaran untuk bersidang dua kali pada hari pertama.
Penimbangan dan Bacaan Ketiga
4. Prosiding mengenai penimbangan akan (sejauh mana belum diselesaikan) diselesaikan pada masa satu jam sebelum waktu pencelahan pada hari di mana prosiding dimulakan.
5. Prosiding mengenai Bacaan Ketiga akan (sejauh mana belum diselesaikan) diselesaikan pada waktu pencelahan pada hari itu.
6. Perintah Berdiri No. 83B (Jawatankuasa program) tidak akan beraplikasi pada prosiding mengenai penimbangan dan Bacaan Ketiga.
Prosiding lain-prosiding.
7. Prosiding-prosiding lain mengenai rang undang-undang (termasuk sebarang prosiding mengenai penimbangan Pindaan yang dibuat Lords atau mana-mana mesej selanjutnya dari Lords) boleh diprogramkan.—[Tony Cunningham.]
Soalan dipersetujui.[20]

Dewan juga boleh meluluskan resolusi kewangan berasingan yang membenarkan perbelanjaan wang berkenaan dengan Rang undang-undang; dan/atau satu resolusi cara dan perlakuan, membenarkan mana-mana cukai atau caj baru yang diwujudkan Rang undang-undang. Rang undang-undang tidak diprogramkan di House of Lords.[14]

Peringkat jawatankuasa[sunting | sunting sumber]

Ini lazimnya berlaku dalam jawatankuasa khas Commons dan pada lantai dewan Lords. Di United Kingdom, Dewan Commons mengunapakai jawatankuasa-jawatankuasa berikut untuk rang undang-undang:

  • Jawatankuasa Khas: Jawatankuasa ini adalah jawatankuasa yang tertubuh untuk rang undang-undang tertentu. Ahlinya mencerminkan kekuatan parti-parti. Ia kini dikenali sebagai Jawatankuasa Rang Undang-undang Awam
  • Jawatankuasa Khas Istimewa: Jawatankuasa memeriksa isu-isu dan prinsip-prinsip rang undang-undang sebelum menghantarnya ke Jawatankuasa Khas biasa. Prosidur ini jarang digunakan dalam tahun-tahun kebelakangan ini (Rang undang-undang Pengambilan Anak Angkat dan Kanak-kanak 2001-2 adalah penggunaan terakhir); skrutini pra-perundangan kini lebih disukai (lihat diatas). Kini juga dikenali sebagai Jawatankuasa Istimewa Rang Udang-undang Awam.
  • Jawatankuasa Pilikan: Jawatankuasa terpilih yang lazimnya mengadakan perbicaraan khas untuk Jabatan-jabatan kerajaan berkepentingan menimbangkan rang undang-undang. Prosidur ini tidak digunakan baru-baru ini, dengan pengecualikan Rang undang-undang Pasukan Ketenteraan yang berlaku setiap empat tahun.
  • Jawatankuasa Keseluruhan Dewan: Seluruh dewan duduk sebagai jawatankuasa di Commons untuk menimbangkan rang undang-undang. Rang yang ditimbangkan dengan cara ini lazimya adalah prinsip-prinsip Rang undang-undang kewangan setiap tahun rang undang-undang yang penting seperti Akta Scotland 1998 dan rang undang-undang tidak berkontroversi yang boleh dihabiskan halnya secara pantas, tanpanya perlu cadangkan jawatankuasa (sesetengah rang undang-undang persendirian ahli dilakukan secara begini setiap tahun). Ini juga prosidurnya di dewan atasan.
  • Jawatankuasa Besar (Dewan Lords): Ini adalah prosidur baru yang digunakan untuk sesetengah rang undang-undang untuk mempercepatkan perihal dewan. Meskipun ia dilakukan di bilik yang lain, ia secara teknikalnya masih jawatankuasa seluruh Dewan di mana semua ahli boleh hadir dan terlibat. Prosidurnya sama seperti Jawatankuasa di Kamar utama, tetapi tiada pengundian.

Jawatankuasa-jawatankuasa ini akan menimbangkan setiap daripada klausa rang undang-undang, dan barangkali memindanya. Pindaan-pindaan signifikan boleh dibuat di peringkat jawatankuasa. Dalam sesetengah hal, keseluruhan kumpulan klausa akan dimasukkan atau dikeluarkan. Akan tetapi, hampir semua pindaan yang dipersetujui dalam peringkat jawatankuasa akan diperkenalkan oleh Kerajaan untuk membetulkan kekurangan yang wujud dalam rang undang-undang, atau membuat pertukaran pada polisi yang dibuat ketika pengenalkan rang undang-undang (atau, dalam sesetengah kes, mengimport perihal yang tidak siap pada ketika rang undang-undang mula-mula diperkenalkan), atau untuk menunjukkan konsesi yang diberikan sebab debat terdahulu.

Peringkat perundingan atau peringkat laporan[sunting | sunting sumber]

Ini berlaku di lantai dewan, dan merupakan satu lagi peluang untuk meminda rang undang-undang. Tidak seperti peringkat jawatankuasa, dewan tidak perlu menimbang setiap klausa rang undang-undang, tetapi hanya mereka yang telah dipinda.

Bacaan ketiga[sunting | sunting sumber]

Pada peringkat bacaan ketiga satu debat mengenai teks akhir rang undang-undang diadakan. Di Lords, pindaan masih boleh dilakukan di peringkat ini, tetapi tidak di Commons, di mana debat dilakukan dan pindaan tidak dilakukan.

Kelulusan[sunting | sunting sumber]

Rang undang-undang kemudian dihantar ke dewan yang satu lagi (ke Lords sekiranya berasal dari Commons, dan ke Commons sekiranya berasal dari Lords) yang boleh memindanya. Commons boleh menolak satu rang undang-undang dari Lords, tetapi sekiranya lords menolak rang undang-undang dari Commons, Commons boleh memaksanya dengan menggunakan kaedah-kaedah sepertimana yang diterangkan di bawah. Tambahnya, Lords tidak boleh memulakan mahupun meminda rang undang-undang kewangan, iaitu rang undang-undang yang berkait dengan belanjawan atau hasilwan. Sekiranya dewan yang satu lagi itu meminda rang undang-undang berkenaan, ia akan dihantar balik ke dewan asal untuk debat baru.

Perundingan di Dewan Pertuanan/Pindaan semula di Dewan Rakyat[sunting | sunting sumber]

Dewan di mana rang undang-undang mula diperkenalkan akan mempertimbangkan pindaan-pindaan yang dibuat oleh dewan yang satu lagi. Ia boleh sama ada bersetuju dengannya, memindanya, mencadangkan pindaan yang lain atau menolaknya. Rang undang-undang boleh ke depan belakang beberapa kali pada peringkat ini, pada ketika kedua-dua dewan meminda atau menolak perubahan yang dicadangkan. Sekiranya setiap dewan nekad dengan versi rang undang-undang yang dikehendakinya, rang undang-undang ini akan hilang kerana peraturan 'dua nekad'[21], melainkan hanya jika Akta-akta Parlimen digunakan.

Akta-akta Parlimen: Dibawah Akta-akta Parlimen 1911 dan 1949, yang tidak terpakai sekiranya rang undang-undangwhic hendak melanjutkan usia Parlimen sehingga lebih lima tahun, sekiranya pihak Lords menolak satu rang undang-undang yang berasal daripada Dewan Commons, maka Commons boleh meluluskan rang undang-undang berkenaan dalam sesi akan datang. Rang undang-undang berkenaan tetap akan dihantar untuk perkenan Diraja meskipun Lords tidak meluluskannya. Juga, sekiranya Lords tidak menyetujui rang undang-undang kewangan dalam jangka masa 30 hari selepas diluluskan oleh Commons, rang undang-undang berkenaan tetap akan dihantar untuk Perkenan Diraja.

Lihat juga Tindakan Dewan Diraja England, yang mempunyai kuatkuasa dan kesan yang sama macam suatu Akta Parlimen, tertahluk kepada beberapa syarat.

Formula enakmen[sunting | sunting sumber]

Setiap Akta bermula dengan salah satu daripada berikut:

Piawai

Inilah undang-undang yang diperbuat oleh Ratu [Raja] yang Teramat Mulia, oleh dan dengan nasihat dan persetujuan Lords Spiritual dan Temporal, dan Commons, di dalam Parlimen ini bersidang, dan dengan kuasa daripadanya, seperti berikut:- (Bahasa Inggeris: Be it enacted by the Queen's [King's] most Excellent Majesty, by and with the advice and consent of the Lords Spiritual and Temporal, and Commons, in this present Parliament assembled, and by the authority of the same, as follows:-

Untuk rang undang-undang kewangan

Kami, rakyat Tuanku yang teramat bertanggungjawab dan setia, Commons United Kingdom dalam Parlimen ini bersidang, bagi menaikkan hasil-hasil yang perlu untuk perbelanjaan awam Tuanku, serta mengadakan pertambahan kepada hasil awam, dengan ini telah berazam secara bebas dan sukarela untuk memberi dan menyediakan kepada Tuanku beberapa tugas yang dalam ini tersebut; dan dengan ini memohon pengampunan Tuanku untuk membuat, dan maka inilah undang-undang yang diperbuat oleh Ratu [Raja] yang Teramat Mulia, oleh dan dengan nasihat dan persetujuan Lords Spiritual dan Temporal, dan Commons, di dalam Parlimen ini bersidang, dan dengan kuasa daripadanya, seperti berikut:- (Bahasa Inggeris: We, Your Majesty's most dutiful and loyal subjects, the Commons of the United Kingdom in Parliament assembled, towards raising the necessary supplies to defray Your Majesty's public expenses, and making an addition to the public revenue, have freely and voluntarily resolved to give and grant unto Your Majesty the several duties hereinafter mentioned; and do therefore most humbly beseech Your Majesty that it may be enacted, and be it enacted by the Queen's [King's] most Excellent Majesty, by and with the advice and consent of the Lords Spiritual and Temporal, and Commons, in this present Parliament assembled, and by the authority of the same, as follows:-)

Dibawah Akta-akta Parlimen:

Inilah undang-undang yang diperbuat oleh Ratu [Raja] yang Teramat Mulia, oleh dan dengan nasihat dan persetujuan Commons dalam Parlimen ini bersidang, sepertimana yang telah diperuntukkan dalam Akta-akta Parlimen 1911 dan 1949, dan dengan kuasa daripadanya, seperti berikut:- (Bahasa Inggeris: Be it enacted by The Queen's [King's] most Excellent Majesty, by and with the advice and consent of the Commons in this present Parliament assembled, in accordance with the provisions of the Parliament Acts 1911 and 1949, and by the authority of the same, as follows:-)

Parlimen Scotland[sunting | sunting sumber]

Dalam Parlimen Scotland, rang undang-undang melepasi peringkat-peringkat yang berikut:

  1. Pengenalan: Rang undang undang diperkenakan di dalam Parlimen bersama dengan dokumen-dokumen relevan - Nota Penerangan, Memorandum Polisi yang menerangkan polisi latar belakang rang undang-undang dan Memorandum Kewangan yang menyenaraikan kos dan anggaran jimat yang berkaitan. Kenyataan-kenyataan Pegawai Prosiding juga diambil dan ahli dewan yang mengetuai rang undang-undang demikian juga diberikan, untuk mengetahui sama ada rang undang-undang yang dicadangkan berada dalam bidang kuasa Parlimen.
  2. Peringkat pertama: Rang undang-undang dinilai oleh satu atau lebih daripada komiti-komiti Parlimen, yang lazimnya mengambil bukti daripada yang mempromosikan rang undang-undang tersebut, dan pihak-pihak lain yang berkepentingan mengenai prinsip-prinsip rang undang-undang. Jawatankuasa lainnya seperti Jawatankuasa Kewangan dan Jawatankuasa Perundangan Bawahan, juga boleh menyuarakan kebimbangan pada peringkat ini. Laporan komiti-komiti ini diikuti debat dalam Parlimen.
  3. Peringkat kedua: Rang undang-undang kembali ke komiti yang berkaitan dan kemudian dianalisa untuk dipinda. Ini serupa dengan Peringkat Jawatankuasa di Parlimen UK.
  4. Peringkat ketiga: Rang undang-undang yang kini selesai dipinda kembali ke Parlimen penuh. Terdapat peluang untuk pindaan lagi, dan diikuti oleh debat mengenai seluruh rang undang-undang, pada akhirnya di mana Parlimen memilih sama ada mahu atau tidak meluluskan rang undang-undang itu.
  5. Perkenanan Diraja: Selepas rang undang-undang diluluskan, Pegawai Prosiding akan menghantarnya ke Ratu untuk Perkenanan Diraja. Akan tetapi dia tidak boleh berbuat demikian sehinggalah tempoh empat minggu selesai pada masanya Pegawai Undang-Undang dari cabang eksekutif kerajaan Scotland atau kerajaan UK boleh merujuk rang undang-undang itu kepada Majlis Privi untuk satu jawapan kepada persoalan sama ada rang undang-undang itu terdapat dalam bidang kuasa Parlimen.

Terdapat prosedur yang istimewa untuk rang undang-undang kecemasan, rang undang-undang ahli (serupa dangan rang undang-undang ahli persendirian di Parlimen UK), rang undang-undang jawatankuasa dan rang undang-undang persendirian.

Kedaulatan[sunting | sunting sumber]

Dalam UK, parlimen adalah berdaulat. Oleh sebab demikian, Akta Parlimen secara amnya tiada penghadan bidang kuasanya. Meskipun pada zaman moden kini, undang-undang Eropah mampu mengatasi sesetengah Akta, ini hanyalah disebabkan kewujudan satu lagi Akta, iaitu Akta Komuniti Eropah 1972 yang telah memasukkan satu penilaian di mana undang-undang UK tidak ingin berkonflik dengan undang-undang Eropah. Juga, walaupun Parlimen telah memberikan kuasa bawahan kepada Parlimen Scotland, Dewan Ireland Utara dan Dewan Kebangsaan Wales, ia bebas untuk menghalang ataupun menghampuskan terus institusi-institusi ini, walaupun ini tidak mungkin menjadi realiti.

Undang-undang Britain juga diperbuat melalui instrumen statut (SI). Ini merupakan undang-undang yang diberbuat dalam nama satu Menteri Kerajaan, yang mengunapakai kuasanya yang diberikan kepadanya oleh satu Akta Parlimen. Sesetengah daripada undang-undang bawahan ini mesti diluluskan oleh Parlimen sebelum ianya boleh berkuat kuasa, dan lainnya pula hanya perlu dipersembahkan buat beberapa hari sahaja (biasanya 40) sebelum penguatkuasaannya. Mereka digunakan disebabkan mereka lebih cepat dan mudah diperlakukan daripada menunggu suatu Akta Parlimen diluluskan, yang lazimnya mengambil masa lama. Tindakan ini juga memudahkan pindaan untuk berkait dengan situatsi semasa. SI seringkali disebutkan sebagai "perundangan kedua" atau "perundangan bawahan" bukannya "perundangan kelas bawahan"[perlu rujukan]. Mereka punyai kuat kuasa yang serupa dengan Akta Parlimen, dan kebanyakan undang-undang UK diperbuat sebegini. Terdapat beribu-ribu SI setiap tahun berbanding dengan hanya sekadar 50 Akta. Instrumen Statut juga digunakan untuk menguat kuasakan Akta. Kebanyakan Akta mempunyai peruntukan yang berkuat kuasa sebaik sahaja Perkenanan Diraja diberikan, atau menetapkan satu tarikh permulaan kuat kuasa. Tetapi, sesetengah peruntukan diperkuatkuasakan dengan menggunakan SI yang bertajuk Perintah (Penguatkuasaan) [Nama Akta] No. # ([Act Name] (Commencement) No. # Order). Dimana kebanyakan perundangan punyai maksima sedozen Perintah Penguatkuasaan, ini bukannya satu penghadan yang jelas kerana sesetengah Akta pernah punyai sebanyak lebih dari 10.

Perjanjuan-perjanjian atau triti-triti antarabangsa tidak boleh diperkuasakan di dalam UK sehinggalah diberikan kuasanya daripada satu Akta Parlimen (sebagai contoh Akta Komuniti Eropah, yang menyertakan UK ke dalam Kesatuan Eropah, Akta Eropah Yang Satu yang membenarkan penubuhan satu pasaran untuk seluruh Eropah atau Akta Angkasa Lepas yang berkait perjanjian antarabangsa berkenaan angkasa lepas.

Rekod-rekod sejarah[sunting | sunting sumber]

Kesemua Akta Parlimen UK semenjak tahun 1497 disimpan di Pejabat perekodan House of Lords, termasuk Akta terlama, Akta "Pengambilan Tenaga Pelajar untuk Worsteads dalam Daerah Norfolk" 1497, yang merujuk kepada pengilangan worsted di Worstead, di Norfolk, England.

Akta-akta sebelum tahun 1962 dirujuk menggunakan 'Tahun pemerintahan', Pemerintah, c., 'Nombor bab' — cth. 16 Charles II c. 2 — untuk mendefinasikan satu bab buku statut. Semenjak 1962, tahun pemerintahan digantikan dengan tahun kalendar. Kesemua Akta terkini punyai tajuk pendek atau petikan. (cth. Akta Kerajaan Tempatan 2003, Akta Servis Nasional 1974).

Akta dalam penguatkuasaan[sunting | sunting sumber]

Kementerian Keadilan lazimnya menerbitkan kebanyakan Akta Parlimen secara on-line. Laman web rasmi digunakan sebagai tempat menyimpan edisi-edisi perundangan utama yang dikemas kini di United Kingdom. Laman ini juga menunjukkan Akta yang telah dipinda oleh perundangan susulan dan adalah buku statut perundangan UK.

Akta-akta yang punyai kepentingan dari sudut perlembagaan[sunting | sunting sumber]

Akta-akta yang mempunyai kesignifikannya dari sudut perlembagaan United Kingdom termasuk:

Lihat juga: Senarai Akta Parlimen di United Kingdom

Akta topikal[sunting | sunting sumber]

Akta Parlimen yang penting kini:

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ p. 190, How Parliament Works, 6th edition, Robert Rogers and Rhodri Walters, Pearson Longman, 2006
  2. ^ a b Canterbury City Council Bill, UK Parliament Bill Tracker
  3. ^ Northern Bank Bill, UK Parliament Bill Tracker
  4. ^ Crossrail (Hybrid Bill) Bill Diarkibkan 2008-06-03 di Wayback Machine, UK Parliament Bill Tracker
  5. ^ a b c Rogers p. 191
  6. ^ Finance Bill 2007-08, UK Parliament Bill Tracker
  7. ^ a b Rogers p. 193
  8. ^ a b Rogers p. 194
  9. ^ Rogers p. 199-202
  10. ^ Rogers p. 195
  11. ^ Rogers p. 195-196
  12. ^ Urusan hari Isnin, 17 Disember 2007, Parliamen UK
  13. ^ Rogers p.208
  14. ^ a b c Rogers p.210
  15. ^ Blair defeated on terror bill, Matthew Tempest, The Guardian, 9 November 2005
  16. ^ Rogers p.209
  17. ^ Second reading, How Parliament Works, UK Parliament
  18. ^ Rogers p.172
  19. ^ Rang Undang-Undang Sumbangan Insurans Nasional, Commons Hansard, 17 Dec 2007 : Column 668
  20. ^ National Insurance Contributions Bill (Programme), UK Parliament Hansard, 17 Dec 2007 : Column 672
  21. ^ Conventions of the UK Parliament