Anak Wayang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Anak Wayang
GenreRealiti
FormatPertandingan undian
PengacaraRusdi Ramli
Nur Fazura Sharifuddin
Negara asal Malaysia
BahasaBahasa Malaysia
Bilangan musim1
Penyiaran
Saluran asalAstro Ria
Astro Prima
Siaran asal22 Mei 2009

Anak Wayang ialah satu rancangan televisyen realiti Malaysia yang mencari bakat lakonan terbaik dengan melalui cabaran drama TV. Rancangan realiti Anak Wayang disiarkan di Astro Ria manakala rancangan drama Anak Wayang pula disiarkan di Astro Prima.

Am[sunting | sunting sumber]

Anak Wayang diperkenalkan kepada orang ramai sebuah sidang akhbar yang berlangsung di KLPac, Sentul, pada 23 Mac 2009. Ketika itu, rancangan ini dihebohkan sebagai "antara yang termahal" di kalangan projek-projek terbitan Astro.[1] Formatnya memperlihatkan para peserta bersaing untuk merebut peranan yang dilakonkan dalam drama yang dianjurkan sempena rancangan realiti ini, kemudian prestasi mereka dinilai oleh panel juri yang menentukan nasib siapa yang harus dipertaruhkan dalam tangan pengundi SMS berdasarkan prestasi siapa yang paling memuaskan.

Rancangan Anak Wayang terdiri daripada Sesi Anak Wayang (diari dan perkembangan peserta) yang disiarkan pada malam hari biasa; Pentas Anak Wayang (pertandingan) yang bersiaran pada hujung minggu, kedua-dunya di Astro Ria; dan Drama Anak Wayang ditayangkan di Astro Prima setiap Isnin-Jumaat lakonan peserta Anak Wayang yang berjaya setiap minggu bersama pelakon terkenal.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Finalis Anak Wayang
Musim 1: "Kecuali Cintamu"
5 Teratas
Hairi JUARA
Hafiz Naib Juara
Dayana Tempat ke-3
Afzan Tempat ke-4
Ruby
A. JURURAWAT
Nur Dayana Kamsun Baharin (DAYANA) Pemenang kumpulan
Nor Shafiza Iskandar Azizan (FEEYA) Tempat ke-2 kumpulan
Norria 'Adelina Abdullah (DELINA)
Juwieta Haniem Rahmat (JUWITA)
Widya Irani Mohd Nasir (WIDYA)
B. MEKANIK
Afzan A Rahman (AFZAN) Pemenang kumpulan
Mazlan Mokhtar (LAN) Tempat ke-2 kumpulan
Amar Mohd Baharin (AMAR)
Syed Hasan Nabil Al-Habshi (BIEL)
Lokman Sokran (LOKMAN)
C. PENGURUS ACARA
Mohd Hairi Safwan Aznan (HAIRI) Pemenang kumpulan
Maisarah Sojangi (MAI) Tempat ke-2 kumpulan
Faizatul Akmal Abdullah (EIZ)
Mohd Hafiz Firdaus Md Noor (FIZZ)
Meoki Tong May Lan (MEOKI)
D. KONCO SAMSENG
Hafiz Halim (HAFIZ) Pemenang kumpulan
Afian Giman (YANZ) Tempat ke-2 kumpulan
Mohd Shah Rezza Abdul Rahman (MSREZA)
Rosli Mohd Nor (MURSHED)
Yufazli Yusof (YUZZ)
E. PEMBANTU PERIBADI
Ooi Nor Wen (RUBY) Pemenang kumpulan
Fyzreen Damira Ahmad Farid (REEN) Tempat ke-2 kumpulan
Noor Arlinda Lajis (ALYNN)
Nur Amirah Mohd Kamil (MIA)
Nurin Aziyana Jamali (NURIN)

Musim pertama[sunting | sunting sumber]

Pencarian bermula dengan sesi ujibakat di Grand Paragon Hotel, Johor Bahru (4 & 5 April 2009), Bayview Hotel, Pulau Pinang (11 & 12 April 2009) dan Shah Alam City Centre Mall, Shah Alam (18 & 19 April 2009)[1] Pada bulan Mei, diadakannya sebuah sidang media yang mengumumkan kesemya 25 orang peserta yang layak untuk bertanding dalam Anak Wayang selama sepuluh minggu,[2] dengan bimbingan tenaga pengajar Anak Wayang yang terdiri daripada Marlia Musa, Fauziah Nawi, Mohd Kamaruzaman Taib (Che' Kem) dan Hamzah Tahir.[3]

Sesi Anak Wayang dihoskan oleh Fazura di Astro Ria setiap Isnin-Rabu jam 9.30 malam; Pentas Anak Wayang yang dihoskan Rusdi Ramli pula ke udara setiap Jumaat jam 9.30 malam bermula 5 Jun 2009 hingga peringkat akhir. Siri Kecuali Cintamu ditayangkan di Astro Prima setiap Isnin - Jumaat lakonan peserta Anak Wayang yang berjaya setiap minggu bersama pelakon terkenal.

Kesemua 25 peserta tersebut dibahagi kepada lima kumpulan, setiap kumpulannya merebut satu peranan dalam drama Kecuali Cintamu yang dipersembahkan dalam Pentas Anak Wayang secara bergilir-gilir pada 5 Jun (Jururawat), 12 Jun (Mekanik), 19 Jun (Pengurus Acara), 26 Jun (Konco Samseng), dan 3 Julai (Pembantu Peribadi). Selain melakonkan peranan yang dikejar, mereka juga diberi tugasan secara spontan selama dua babak di Pentas Anak Wayang, iaitu babak pilihan sendiri bersama gandingan pelakon berpengalaman, dan juga lakonan di hadapan skrin hijau bersama seorang lagi pelakon. Setiap minggu, panel juri tetap yang terdiri daripada juri tetap Rashid Sibir, Nasha Aziz dan seorang juri jemputan mingguan, mengumumkan dua peserta terbaik dari setiap kumpulan untuk diserahkan kepada penonton di rumah untuk menentukan pemenangnya melalui SMS selama dua hari.

Peranan jururawat, mekanik, pengurus acara, konco samseng dan pembantu peribadi masing-masing jatuh ke tangan Nur Dayana Kamsun Baharin[4], Afzan Rahman[5], Mohd Hairi Safwan Aznan[6], Hafiz Halim[7], dan Ruby Ooi Nor Wen[8]. Kelima-lima mereka layak ke peringkat seterusnya yang mana mereka berentap sesama sendiri untuk merebut gelaran juara keseluruhan, di mana setiap daripada mereka menggalas tiga tugasan setiap minggu (10 dan 17 Julai) iaitu aksi spontan, skrin hijau dan berlakon dalam drama. Walaupun masih dinilai oleh pemarkahan juri, namun nasib mereka terletak sepenuhnya di tangan penonton. Penyingkiran dimulakan selepas minggu kedua sehingga tinggal dua orang untuk berentap di finale.

Acara kemuncak Anak Wayang dilangsungkan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada 31 Julai. Hairi menewaskan Hafiz dengan beza undian 16% untuk menjadi juara keseluruhan pertama Anak Wayang.[9]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Thani Hasbullah (1 April 2009). "Astro Mula Mencari Anak Wayang". murai.com.my. Dicapai 8 Januari 2010. 
  2. ^ Roslen Fadzil (25 Mei 2009). "Jom Kenali 25 Calon Anak Wayang". murai.com.my. Dicapai 8 Januari 2010. 
  3. ^ Thani Hasbullah (22 April 2009). "Anak Wayang Perkenal Tenaga Pengajar". murai.com.my. Dicapai 8 Januari 2010. 
  4. ^ Haswari Ali (8 Jun 2009). "Dayana Diundi Pemenang Pertama!". murai.com.my. Dicapai 8 Januari 2010. 
  5. ^ Haswari Ali (15 Jun 2009). "Majoriti Penonton AW Pilih Afzan". murai.com.my. Dicapai 8 Januari 2010. 
  6. ^ Razif Rosdi (22 Jun 2009). "Anak Wayang: Hairi Tewaskan Mai". murai.com.my. Dicapai 8 Januari 2010. 
  7. ^ Thani Hasbullah (29 Jun 2009). "AW: Hafiz Terkejut Tewaskan Yanz". murai.com.my. Dicapai 8 Januari 2010. 
  8. ^ Thani Hasbullah (7 Julai 2009). "Ruby Peserta Cina Pertama Yang Berjaya". murai.com.my. Dicapai 8 Januari 2010. 
  9. ^ Razif Rosdi (1 Ogos 2009). "Hairi Juara Pertama Anak Wayang!". murai.com.my. Dicapai 8 Januari 2010. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]