Pergi ke kandungan

Hairi Safwan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hairi Safwan
صفوان سعيد
Kelahiran
Muhammad Hairi Safwan bin Aznan

(1988-01-16) 16 Januari 1988 (umur 38)
PekerjaanPelakon
Tahun aktif2009–kini
Karya
Filemografi
PasanganFara Afiza Azman (k. 2014)
Anak-anak3
KeluargaChef Fikree Aznan (adik)

Muhammad Hairi Safwan Aznan (lahir 16 Januari 1988) ialah seorang pelakon lelaki Malaysia. Beliau mula terkenal sewaktu menjadi Juara Program realiti pencarian bakat baru Anak Wayang Musim Pertama pada 2009. Beliau memulakan kerjaya lakonan menerusi drama Kecuali Cintamu menerusi watak pembantu iaitu Pengurus acara. Nama beliau semakin dikenali menerusi lakonan drama dan telefilem dan beliau merupakan pelakon yang kerap berlakon di bawah Produksi Zeel Production.

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Hairi merupakan pemegang Diploma Teater di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara).[1] Pada 22 Mac 2014 beliau telah berkahwin dengan pasangan pilihan yang merupakan seorang guru Fara Afiza Azman dan hasil perkahwinannya, beliau telah dikurniakan dua orang anak.[2][3] Beliau juga merupakan abang kepada Chef Selebriti, Chef Fikree Aznan.

Beliau memulakan kerjaya lakonan selepas menjuarai Program Realiti Anak Wayang musim pertama pada tahun 2009 ketika beliau baru berusia 21 Tahun. Program tersebut turut disertai oleh Hafiz Halim, Amar Baharin, Afzan A. Rahman, Lan Siro, Alex Yanz, Dayana Roza, dan Sura Sojangi. Dalam pertandingan tersebut beliau berjaya menewaskan pencabar terdekat Hafiz Halim yang juga merupakan seorang pelakon. Hairi juga merupakan pelakon teater. Nama beliau semakin dikenali menerusi lakonan drama dan telefilem dan beliau merupakan pelakon yang kerap berlakon di bawah Produksi Zeel Production. Beliau juga merupakan seorang pelakon yang mampu membawa pelbagai watak sama ada protagonis lawak atau antagonis dengan begitu baik.

Filemografi

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Hairi anak Wayang selesa tua sebelum usia Mstar.com (12 Mei 2010) dicapai pada 9 Januari 2021.
  2. ^ Hairi teruja bakal bergelar bapa Sinar Harian (12 Februari 2015). Dicapai pada 23 Ogos 2018.
  3. ^ Garret Dawum (3 April 2014). Cinta sejati Hairi, Fara Diarkibkan 2018-08-23 di Wayback Machine Utusan Malaysia. Dicapai pada 23 Ogos 2018.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]