Anjing Chongqing China

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Anjing Chongqing China
Sichuan-chongqing, han orientali, molosso, II sec, 02.JPG
Patung anjing Chongqing China
Nama lain Anjing Chongqing
Negara asal China
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing Chongqing China (Bahasa Cina: 中国重庆犬, Zhōngguó Chóngqìng quǎn, 中国重庆狗, Zhōngguó Chóngqìng gǒu; Bahasa Inggeris: Chinese Chongqing dog) atau anjing Chongqing (Bahasa Cina: 重庆犬, Chóngqìng quǎn, 重庆狗, Chóngqìng gǒu; Bahasa Inggeris: Chongqing dog) ialah satu baka anjing asli jarang dari bandar raya Chongqing di China, kelihatan mungkin seperti kacukan buldog-anjing belakang permatang Thai (sebenarnya tidak diturunkan daripada satu atau kedua-dua ini) tetapi dengan ekor, warna, dan bulu tersendiri. Pada asalnya, ia digunakan untuk pemburuan babi hutan dan arnab, tetapi kini ia digunakan di China untuk melindungi keluarga dan harta milik. Ia merupakan baka purba dan semula jadi yang dikatakan telah wujud selama 2,000 tahun sejak zaman Dinasti Han di China Purba. Selepas penubuhan Republik Rakyat China pada 1949, bilangan baka ini menurun dengan mendadak, dan hanya orang dalam komuniti pedalaman masih memeliharanya; baka ini masih jarang, di China juga.

Nota[sunting | sunting sumber]