Pergi ke kandungan

Bullenbeißer

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Bullenbeisser)
Bullenbeißer
Negara asalJerman
Pengelasan dan piawaian
Pupus
Anjing (Canis lupus familiaris)

Bullenbeißer,[a] yang juga dikenali sebagai buldog Jerman, ialah satu baka anjing pupus yang terkenal kerana kekuatan dan ketangkasannya.[1] Ia merupakan leluhur kepada kedua-dua bokser dan buldog Inggeris moden.[2] Bullenbeißer ialah anjing mirip mastif dan dianggap telah dibiakbakakan sebagai anjing pemburu.[3] Pada Zaman Pertengahan, jenis bullenbeißer terdapat di banyak negara Eropah dan digunakan sebagai anjing babi hutan.[4] Kemudian dalam sejarah bullenbeißer, ia dianggap menahan lembu di pasar lembu atau semasa penyembelihan dengan menggigit hidung haiwan tersebut.[5] Di Jerman, terdapat dua jenis bullenbeißer: bullenbeißer Danzig yang lebih besar dan bullenbeißer Brabant yang kecil,[6] yang kerap dianggap sebagai pendahulu kepada bokser.

Kedua-dua keragaman bullenbeißer: keragaman Danzig yang lebih besar dan keragaman Brabant yang lebih kecil
  1. ^ Jawi: بولنبايسر
  1. ^ "Bullenbeisser" [Bullenbeißer] (dalam bahasa Inggeris). Europetnet. Dicapai pada 24 Mei 2025.
  2. ^ van Rooyen, Liesl Julie; Hooijberg, Emma Henriette; Reyers, Fred (8 Mac 2018). "Breed prevalence of canine lymphoma in South Africa" [Prevalens baka bagi limfoma anjing di Afrika Selatan]. Journal of the South African Veterinary Association (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Veterinar Afrika Selatan. 89 (0): a1530. doi:10.4102/jsava.v89i0.1530. hdl:2263/66577. ISSN 2224-9435. PMC 6138093. PMID 29781671. S2CID 29158357.
  3. ^ "History of the Breed" [Sejarah Baka] (dalam bahasa Inggeris). United States Boxer Association. Dicapai pada 24 Mei 2025.
  4. ^ Beckmann, Ludwig (1895). Geschichte und Beschreibung der Rassen des Hundes [Sejarah dan Perihal Baka Anjing] (dalam bahasa Jerman). 2. Braunschweig, Jerman: Bieweg & Sohn. m/s. 5. OCLC 20621908.
  5. ^ Friedrich, Otto (1889). Des edlen Hundes Aufzucht, Pflege, Dressur und Behandlung seiner Krankheiten [Pembiakbakaan, Penjagaan, Pelatihan, dan Perawatan Penyakit Anjing yang Mulia] (dalam bahasa Jerman) (ed. ke-7). Zahna, Jerman: Selbstverlag des Verfassers. m/s. 44. OCLC 30445738.
  6. ^ von Flemming, Johann Friedrich (1749). Der vollkommene teutsche Jäger [Pemburu Jerman Lengkap] (dalam bahasa Jerman) (ed. ke-2). m/s. 171.