Anjing Havana

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Anjing Havana
A Havanese judging.jpg
Anjing Havana
Nama lainBichon Cuba Havana
Bichon Havana
Negara asalCuba[1] (AKC)/Rantau Mediterranean Barat[2] (FCI)
NaunganF.C.I. [2]
Trait
Berat 7–14 lb (3–6 kg)
Tinggi 23–27 cm (9–11 in)
Bulu Bulu dua lapis sangat lembut
Warna Semua warna
Jangka hayat 12–14 tahun
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing Havana (bahasa Inggeris: Havanese dog; Belanda: Havanezer hond; Jerman: Havaneser Hund; Sepanyol: perro habanés), bichon Cuba Havana (bahasa Inggeris: Havanese Cuban bichon), bichon Havana (Perancis: bichon havanais; Portugis: bichon havanês; [bichón habanero, bichón de la Habana] Error: {{Lang-xx}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan)), atau bichon Cuba (Sepanyol: bichón cubano) ialah satu baka jenis bichon, anjing kebangsaan Cuba, dikembangkan daripada "anjing putih kecil Havana" yang kini pupus. "Anjing putih kecil" ini diturunkan daripada bichon Tenerife yang kini juga pupus. Anjing putih kecil ini dipercayai akhirnya membiak silang dengan jenis bichon lain, termasuk pudel, untuk mencipta yang kini dikenali sebagai anjing Havana. Kadang-kadang dirujuk sebagai "anjing sutera Havana", ini pada asalnya merupakan nama lain untuk "anjing putih kecil Havana".

Anjing Havana bersaiz kecil dan berstruktur tegap dengan ekor di bawa ke atas belakangnya dan telinga menurun dan terlipat. Bulunya banuak, panjang, dan kesuteraan dan terdapat dalam semua warna.[3] Anjing Havana mempunyai keperibadian bersemangat dan perangai ingin tahun, dan ketara kerana lenggok kepegasannya, ciri yang membezakan baka daripada yang lain.[4] Anjing Havana dianggap sebagai haiwan peliharaan keluarga unggul dan anjing teman sejati. Ia sangat mudah menyesuaikan diri terhadap hampir apa-apa persekitaran.[3] Kerana keperluan sosialnya yang kuat, anjing Havana tidak akan bangkit di persekitaran yang melibatkan pengasingan selama berjam-jam setiap hari.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ American Kennel Club Havanese, dicapai pada 2 Mei 2014 (Inggeris)
  2. ^ a b Fédération Cynologique Internationale Standard No. 250 of November 4, 2008, dicapai pada 5 Ogos 2011 (Inggeris)
  3. ^ a b "Get to Know the Havanese", 'The American Kennel Club', dicapai pada 14 Mei 2014
  4. ^ "American Kennel Club standard, from The Havanese Club of America, the AKC Parent Club of the Havanese Breed". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-07-14. Dicapai pada 2013-08-03.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]