Terier Biewer

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Terier Biewer
Terier Biewer
Trait
Berat 4–8 paun (1.8–3.6 kg)
Tinggi 7–11 inci (18–28 cm)
Bulu Bulu panjang
Warna Biru, hitam, emas, sawo matang, dan putih
Saiz perinduk 3–4 ekor
Jangka hayat 14–16 tahun
Anjing (Canis lupus familiaris)

Terier Biewer[a] ialah satu baka anjing mainan daripada keturunan Jerman yang merupakan hasil pembiakbakaan dua ekor terier Yorkshire dengan satu gen piebald resesif . Ia biasanya dibela sebagai haiwan pendamping atau anjing pertunjukan. Terier Biewer diiktiraf oleh AKC pada tahun 2021.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Terier Biewer pertama kali dibiakbakakan di Jerman pada tahun 1984 oleh pembiak baka Werner dan Gertrude Biewer selepas dua ekor anaka anjing triwarna lahir di kenel mereka. Seorang sahabat yang merupakan doktor haiwan mencadangkan agar baka baharu ini dipanggil "Biewer Yorkshire terrier" ("terier Yorkshire Biewer").[1][2] Sepasang anak anjing bernama "Schneeflockchen von Friedheck" dan "Schneeman" kedua-duanya dijual kepada penyanyi Margot Eskens, yang mencadangkan tambahan "a la Pom Pon" kepada nama penuh baka ini yang menghasilkan nama penuh "Biewer Yorkshire terrier a la Pom Pon".[1][3]

Seekor terier Biewer dengan lapis bulu terpangkas

Para penggemar anjing Amerika mula mengimport baka ini dari Jerman ke Amerika Syarikat pada tahun 2002. Terier Biewer menjadi semakin popular dan Biewer Terrier Club of America (BTCA) dibentuk pada tahun 2006 untuk mempromosikan baka ini.[1] Para anggota BTCA menghubungi Mars Veterinary untuk menentusahkan bahawa terier Biewer ialah baka terpisah daripada terier Yorkshire. Selepas menganalisis sepuluh sampel darah daripada terier Biewer, kesimpulan dibuat bahawa baka ini terpisah daripada terier Yorkshire.[1][4] Baka ini dimasukkan ke dalam Khidmat Ternakan Asasi AKC pada tahun 2014 dan menjadi baka ke-197 yang diiktiraf oleh American Kennel Club pada tahun 2021.[1][5][6][7]

Ciri[sunting | sunting sumber]

Penampilan[sunting | sunting sumber]

Seekor terier Biewer hitam, emas, dan putih

Terier Biewer ialah anjing kecil yang hampir-hampir menyerupai baka induknya, terier Yorkshire, dengan lapis bulu halus, lurus, bak sutera yang dianggap hipoalergenik. Tidak seperti terier Yorkshire, ekor terier Biewer secara tradisional tidak terpotong dan terier Biewer terdapat dengan dua gabungan daripada tiga warna, sama ada putih, biru, dan hitam atau putih, hitam, dan emas/sawo matang.[6][8] Pewarnaannya ialah hasil daripada gen piebald resesif yang sedia wujud.[9][10] Terier pada umumnya setinggi 4–8 paun (1.8–3.6 kg) dan seberat 7–11 inci (18–28 cm)[8]

Perangai[sunting | sunting sumber]

Terier Biewer merupakan pendamping penyayang dan cergas. Anjing ini mudah bergaul dan menjalin ikatan kukuh dengan pemiliknya dan memaparkan perilaku ramah terhadap orang asing. Pembawaan suka bermain dan bertenaga menjadikannya sesuai untuk pelbagai kegiatan dan ia bertahan dengan interaksi dan penglibatan dengan manusianya.[8][11]

Kesihatan[sunting | sunting sumber]

Terier Biewer dapat menderitai berbilang isu kesihatan termasuk keruntuhan tenggorokan, batu pundi kencing, kehelan tempurung lutut, pirau portosistemik kongenital, dan hipoglisemia.[12]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jawi: تيريئر بيۏر; bahasa Inggeris: Biewer terrier, en

Bacaan tambahan[sunting | sunting sumber]

  • Hoppendale, George (2018). Biewer Terrier. Biewer Terrier Complete Owners Manual. Biewer Terrier book for care, costs, feeding, grooming, health and training (dalam bahasa Inggeris). Pesa Publishing. ISBN 9781910861868.
  • Jones, Athena (2021). The Complete Guide for Biewer Terrier: The essential guide to being a perfect owner and having an obedient, healthy, and happy Biewer Terrier (dalam bahasa Inggeris). Terbitan persendirian. ISBN 979-8467673851.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e "Biewer Terrier History | From Germany to America" (dalam bahasa Inggeris). 9 November 2020. Dicapai pada 19 Mac 2024.
  2. ^ "AKC Biewer Terrier History". www.windsongbiewers.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 19 Mac 2024.
  3. ^ Day®, National Purebred Dog (23 Ogos 2019). "The Biewer a' la Pom Pon". National Purebred Dog Day® (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 19 Mac 2024.
  4. ^ Radko, Anna; Podbielska, Angelika (2021). "Microsatellite DNA Analysis of Genetic Diversity and Parentage Testing in the Popular Dog Breeds in Poland". Genes (dalam bahasa Inggeris). 12 (4) – melalui Pubmed Central.
  5. ^ Green, Ranny (27 April 2021). "Meet the Biewer Terrier: Newest 2021 AKC-Recognized Breed". American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 19 Mac 2024.
  6. ^ a b McReynolds, Tony (4 Januari 2021). "American Kennel Club decrees the Biewer terrier an official breed". American Animal Hospital Association (dalam bahasa Inggeris).
  7. ^ "Meet the Biewer", DogWatch, DogWorld (dalam bahasa Inggeris), 96 (3)
  8. ^ a b c "STANDARD OF THE BIEWER TERRIER" (PDF). American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). 3 Julai 2019.
  9. ^ Kraemer, Eva-Marie (2017). Der Kosmos-Hundeführer: Hunderassen kennenlernen [Panduan anjing Kosmos: Mengenali baka anjing] (PDF) (dalam bahasa Jerman) (ed. ke-6). Franckh Kosmos Verlag. m/s. 23. ISBN 978-3440149461.
  10. ^ "Biewer Yorkshire Terrier | Informational Center". www.yorkieinfocenter.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 19 Mac 2024.
  11. ^ Slater, Georgia (5 Januari 2021). "American Kennel Club Recognizes New Toy Dog Breed — Meet the Biewer Terrier!". People.com (dalam bahasa Inggeris).
  12. ^ Vasquez, Erica (22 November 2023). "Biewer Terrier". PetMD (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 19 Mac 2023.