Kumpulan Mainan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Anjing Chihuahua merupakan anjing mainan terkecil.

Kumpulan Mainan (Bahasa Inggeris: Toy Group) ialah nama kumpulan baka bagi jenis anjing paling kecil, digunakan oleh kelab kenel untuk mengelaskan satu koleksi tertakrif baka anjing. Kumpulan Anjing tidak semestinya merujuk satu jenis anjing tertentu. Kebanyakan kelab kenel berbahasa Inggeris utama menyertakan Kumpulan Mainan tetapi kelab kenel berlainan mungkin tidak menyertakan baka sama dalam Kumpulan Mainan-nya. Persatuan kelab kenel antarabangsa, Persekutuan Kinologi Antarabangsa, menyertakan anjing mainan dalam Kumpulan 9 Anjing Teman dan Mainan, yang kemudian dikecilkan selanjutnya kepada sebelas Seskyen berdasarkan jenis anjing dan sejarah baka.[1]

Anjing mainan[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Anjing mainan

Penggunaan istilah mainan untuk merujuk anjing berdasarkan tradisi, dan bukan pengelasan persis. Anjing yang dirujuk secara tradisional sebagai anjing mainan biasanya merupakan anjing paling kecil. Anjing mainan boleh tergolong sebagai salah satu daripada beberapa jenis anjing. Sesetengah adalah daripada jenis anjing riba purba, dan sesetengah ialah versi kecil bagi jenis anjing pemburu, spits, atau terier, dibiakbakakan menjadi kecil untuk jenis kerja tertentu atau untuk mencipta haiwan peliharaan yang bersaiz mudah. Anjing yang sangat kecil kadang-kadang dipanggil teacup (Bahasa Melayu: cangkir teh), tetapi tiada pejabat pendaftaran anjing utama mengiktiraf istilah itu.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]