Armando Diaz

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Yang Berhormat Duke Kemenangan
Armando Diaz
OSSA, OSML, OMS, OCI
Portrait of General Armando Diaz.jpg

Tempoh jawatan
9 November 1917 – 13 Ogos 1919
Didahului oleh Luigi Cadorna
Diganti oleh Pietro Badoglio

Tempoh jawatan
30 Oktober 1922 – 30 April 1924
Perdana Menteri Benito Mussolini
Didahului oleh Marcello Soleri
Diganti oleh Antonino Di Giorgio

Lahir (1861-12-05)5 Disember 1861
Naples, Itali
Meninggal dunia 28 Februari 1928(1928-02-28) (umur 66)
Rom, Kerajaan Itali
Bangsa Itali
Parti politik Bebas
Profesion Pegawai tentera, Ahli politik
Khidmat ketenteraan
Menyertai  Itali
Khidmat/cawangan Bendera Tentera Darat Itali Tentera Darat Itali
Tempoh berkhidmat aktif: 1884–1924
Pangkat Marsyal Itali
Unit Divisyen Ke-49 Kor XXIII
Pertempuran/perang Perang Itali-Turki
Perang Dunia I

Armando Diaz, 1st Duke of the Victory (5 Disember 1861 – 28 Februari 1928) adalah seorang panglima perang tersohor Itali semasa Perang Dunia Pertama dan merupakan seorang Marsyal Itali.

Dilahirkan di Naples kepada bapa yang berketurunan Sepanyol, dan ibu berketurunan Itali (Irene Cecconi), Diaz memulakan kerjaya tentera sebagai pelajar di Akademi Tentera Turin, di mana beliau menjadi seorang pegawai artileri. Beliau adalah seorang kolonel memerintah Infantri ke-93 semasa Perang Itali-Turki, dan menjadi Mejar Jeneral pada tahun 1914. Ketika Perang Dunia Pertama meletus, beliau telah ditugaskan ke markas besar sebagai ketua operasi unit tersebut di bawah Jeneral Luigi Cadorna. Beliau telah dinaikkan pangkat ke Jeneral 2-bintang pada bulan Jun, 1916, dan mengambil alih pemerintahan Divisyen ke-49 dan kemudian Kor ke-23.

Pertempuran Caporetto, pada bulan Oktober 1917, adalah bencana kepada tentera, dan pada 8 November 1917, beliau telah dipanggil untuk menggantikan Cadorna sebagai ketua staf am. Setelah tentera kembali pulih, beliau mengatur tentangan pada tahun 1917 di bongkah Monte Grappa dan di sepanjang Sungai Piave, dimana berjaya menghentikan serangan Austria. Pada musim panas tahun 1918 beliau menyelia kemenangan dalam Pertempuran Sungai Piave dan kemudiannya pada tahun mengetuai tentera Itali dalam Pertempuran Vittorio Veneto, yang mengakhiri perang di perbatasan Itali. Dengan kata-kata terkenalnya Bollettino della Vittoria (Ucapan Kemenangan), beliau menyampaikan ucapan kekalahan tentera Austria dan kemenangan orang Itali dalam peperangan.

Pada November 1, 1921 Diaz berada di Kansas City bagi menghadiri majlis pecah tanah untuk tugu Memorial Liberty yang sedang dibina di sana. Turut hadir pada hari itu adalah Leftenan Jeneral Baron Jacques dari Belgium, Laksamana David Beatty dari Great Britain, Marsyal Ferdinand Foch dari Perancis, dan Jeneral John J. Pershing dari Amerika Syarikat. Salah seorang penceramah utama ialah Naib Presiden Calvin Coolidge dari Amerika Syarikat. Pada tahun 1935 ukiran-ukiran Jacques, Foch, Diaz, dan Pershing oleh pemahat Walker Hancock telah ditambah pada tugu memorial.

Selepas perang Armando Diaz telah dilantik sebagai senator. Pada tahun 1921 beliau telah dijadikan ahli bangsawan oleh Raja Victor Emmanuel III dan diberi gelaran Duca della Vittoria Pertama ("Duke of Victory"). Benito Mussolini menamakan beliau Menteri Perang, dan beliau telah dinaikkan pangkat ke Fil Marsyal. Selepas bersara, pada 4 November 1924, beliau telah diberi penghormatan sebagai Marsyal Itali (Maresciallo d'Italia). Diaz meninggal dunia di Rom pada tahun 1928; beliau telah dikebumikan didalam gereja Santa Maria degli Angeli e dei Martiri, bersebelahan dengan Laksamana Besar Paolo Thaon di Revel yang mati 20 tahun kemudian.

Anugerah kebesaran[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Providence College Alembic". Providence College. m/s. 83. Dicapai pada 2012-06-17. 
Wikisource