Giovanni Messe

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Giovanni Messe
Giovanni Messe
Kelahiran10 December 1883
Mesagne, Province of Brindisi
Meninggal dunia18 Disember 1968(1968-12-18) (umur 85)
Kesetiaan Itali
PerkhidmatanBendera Tentera Darat Itali Tentera Darat Itali
Tahun perkhidmatan1901–46
PangkatMaresciallo d'Italia
PertempuranPerang Itali-Turki
Perang Dunia I
Perang Itali-Habsyah Kedua
Perang Dunia II

Giovanni Messe (10 Disember 1883 – 18 Disember 1968) adalah seorang pegawai kanan tentera Itali, ahli politik, dan merupakan Marsyal Itali (Maresciallo d'Italia) yang terakhir dilantik oleh Benito Mussolini. Beliau dianggap kebanyakkan orang sebagai panglima perang terbaik Itali semasa Perang Dunia II.

Kehidupan awal dan kerjaya[sunting | sunting sumber]

Giovanni telah dilahirkan di Mesagne, dalam Wilayah Brindisi di wilayah Apulia Itali pada 10 Disember 1883. Giovanni Messe memasuki tentera pada tahun 1901. Beliau berjuang didalam penaklukan Itali keatas Libya dan dalam Perang Dunia Pertama. Semasa konflik ini, beliau memberikan satu sumbangan penting dalam penubuhan dan latihan "Arditi", unit infantri elit, dan dengan pangkat Mejar Maggiore beliau menjadi pegawai memerintah IX Nono Reparto Arditi yang berjuang didalam zon Monte Grappa. Sebagai pegawai yang meningkat naik, beliau menjadi aide-de-camp kepada Raja Victor Emmanuel III, memegang jawatan ini dari tahun 1923 hingga 1927. Dari tarikh ini hingga tahun 1935, Messe memerintah sebuah unit Bersaglieri dan menyandang pangkat Kolonel.

Habsyah[sunting | sunting sumber]

Pada bulan September 1935, Messe mengambil alih pemerintahan sebuah briged motorise di Verona, dengan pangkat Brigedier Jeneral. Selepas tempoh perkhidmatan yang berjaya dengan unit ini dalam Perang Itali-Habsyah Kedua, Messe telah dinaikkan pangkat ke Mejar Jeneral dan beliau menjadi panglima sebuah divisyen armor Itali.

Perang Dunia II[sunting | sunting sumber]

Pada April 1939, selepas serangan Itali ke atas Albania, Messe telah dilantik untuk berkhidmat di bawah Gabenor Albania, Jeneral Ubaldo Soddu.

Greece[sunting | sunting sumber]

Messe memerintah sebuah kor dalam Perang Greece-Itali pada hujung tahun 1940 dan awal tahun 1941 dan mencapai beberapa kejayaan terhadap tentera Greek yang diperintah oleh Alexandros Papagos. Bagaimanapun sebelum musim sejuk bermula, tentera Itali terpaksa bertahan, kerana tentera Greek melancarkan serangan balas dan berpindah ke wilayah Albania yang dikawal Itali.

Pada bulan April 1941, dengan bantuan Angkatan Tentera Jerman (Wehrmacht), Pertempuran Greece berakhir dengan kemenangan Kuasa Paksi.

Rusia[sunting | sunting sumber]

Dalam situasi lain, pengalaman perang armor yang dimiliki Messe mungkin telah menyebabkan beliau diberi satu jawatan pemerintahan bersama Erwin Rommel di Afrika Utara. Tetapi, sebaliknya, beliau telah dipilih untuk menjadi Panglima "Kor Ekspedisi Itali di Rusia" (Corpo di Spedizione Italiano in Russia, atau CSIR). CSIR adalah infantri mudah alih dan unit kavalri tentera Itali yang mengambil bahagian dalam Operasi Barbarossa, iaitu serangan Paksi keatas Kesatuan Soviet.

Pada mulanya, bilangan tentera Itali di selatan Rusia berjumlah sekitar 60,000 askar. Messe tidak pernah terfikir bahawa ketumbukan ini telah dilengkapi atau dibekalkan dengan baik untuk menghadapi cuaca melampau "Barisan Rusia." Menjelang Julai 1942, "Tentera Darat Itali di Rusia" (Armata Italiana in Russia, atau ARMIR) yang lebih besar mengantikan CSIR dan Jeneral Italo Gariboldi menggantikan Messe. Pada 1 November 1942, Messe meninggalkan Rusia.

Bilangan tentera Itali di Rusia telah berkembang kepada 200,000 anggota. Walaupun tentera tersebut berjuang dengan baik, selepas kekalahan Jerman di Stalingrad kempen di Kesatuan Soviet berpaling menentang kuasa Paksi. Tentera Itali telah teruk dikalahkan semasa Operasi Saturn di bahagian pinggir Stalingrad ketika cuba untuk menahan tentera Soviet.

Tunisia[sunting | sunting sumber]

Pada akhir bulan Februari 1943, Messe telah dilantik sebagai panglima baru "Tentera Kereta Kebal Itali-Jerman" (Deutsch-Italienische Panzerarme) yang sebelum ini diketuai oleh Erwin Rommel . Nama itu ditukar kepada Tentera Darat Pertama Itali sebagai menunjukkan hakikat bahawa ketumbukan ini terdiri daripada satu kor Jerman dan tiga kor Itali. Rommel telah dinaikkan pangkat dengan memerintah Kumpulan Tentera Darat Afrika (Heeresgruppe Afrika) yang baru.

Messe berperang secara defensif menentang kemaraan tentera Amerika dan British dan telah dikalahkan di Garis Mareth. Taktik beliau yang melambat-lambatkan serangan dari pihak bersekutu tidak dapat menghalang kekalahan terakhir Paksi di Afrika Utara.

Pada 12 Mei 1943, Messe telah dinaikkan pangkat ke Marsyal Itali (Maresciallo d'Italia). Pada 13 Mei, selepas kekalahan Tentera Darat Ke-5 Panzer Jerman, kejatuhan Tunis dan Tentera Darat Pertama Itali di sekelilingnya, yang masih memegang garis di Enfidaville, beliau secara rasmi menyerah kalah kepada Pihak Berikat.

Pasca peletakan senjata[sunting | sunting sumber]

Sebagai penyokong setia Royalis, seperti ramai pegawai Itali Messe tidak lama lagi mendapati dirinya bertugas semula, apabila selepas gencatan senjata Itali pada September 1943, beliau dilantik sebagai Ketua Turus "Tentera Darat Rakan Perang Itali" (Esercito Cobelligerante Italiano), yang terdiri daripada unit-unit yang setia kepada Raja Victor Emmanuel, banyak yang telah disusun semula dari tawanan perang Itali dan dilatih oleh pihak Berikat. Beliau berkhidmat dalam jawatan ini dengan cemerlang sehingga akhir perang dan kemudian bersara daripada tentera pada tahun 1947 selepas 46 tahun berkhidmat.

Kehidupan selepas tentera[sunting | sunting sumber]

Kehidupan beliau kemudian tidak beberapa lancar. Selepas tamatnya perang, beliau menulis sebuah buku mengenai pengalamannya yang bertajuk Come Fini la guerra in Afrika. La "Prima Armata" italiana in Tunisia (Bagaimana perang di Afrika berakhir. "Tentera Darat Pertama" Itali di Tunisia). Populariti tentera kekal bersamanya di dalam kehidupan awam dan dari tahun 1953 hingga 1955, Messe adalah seorang wakil yang dipilih secara demokratik di Senat Itali. Beliau juga adalah Presiden Persatuan Veteran Itali, jawatan yang disandangnya sehingga mati. Hidupnya telah dipaparkan di dalam biografi yang ditulis oleh Luigi Argentieri bertajuk Messe-soggetto in un'altra storia (Messe-subjek sejarah yang lain) yang diterbitkan pada tahun 1997.

Giovanni Messe meninggal dunia pada 18 Disember 1968, sewaktu berusia lapan puluh lima tahun.

Pegawai tentera
Didahului oleh
Ettore Bastico
Panglima Tertinggi Afrika Utara Itali
2 Februari 1943—13 Mei 1943
Diikuti oleh:
Tiada pengganti
Pejabat-pejabat kerajaan
Didahului oleh
Ettore Bastico
Gabenor Jeneral Libya Itali
2 Februari 1943—4 Februari 1943
Diikuti oleh:
Tiada pengganti