Ugo Cavallero

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Ugo Cavallero
Fail:Ugo Cavallero.jpg
Kesetiaan  Itali
Perkhidmatan Bendera Tentera Darat Itali Tentera Darat Itali
Tahun perkhidmatan 1900–1943
Pangkat Marsyal Itali
Arahan Ketua Turus Pertahanan
Pertempuran Perang Itali-Turki
Perang Dunia I
Perang Dunia II
Anugerah Knight Cross of the Iron Cross

Ugo Cavallero (20 September 1880 – 13 September 1943) ialah seorang komander kanan tentera Itali sebelum dan semasa Perang Dunia II. Dia juga merupakan penerima Knight Cross of the Iron Cross (Bahasa Jerman: Ritterkreuz des Eisernen Kreuzes). Pingat Knight Cross of the Iron Cross telah dikurniakan oleh Reich Ketiga bagi mengiktiraf keberanian tentera luar biasa atau kepimpinan perang yang berjaya.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Dilahirkan di Casale Monferrato, Piedmont, Cavallero mempunyai kehidupan yang mewah sebagai ahli golongan bangsawan Itali.

Selepas belajar di sekolah tentera, Cavallero telah ditauliahkan sebagai Leftenan Muda pada tahun 1900.

Cavallero kemudian memasuki maktab dan lulus pada tahun 1911, memperolehi ijazah dalam matematik.

Ketika masih bertugas dengan tentera darat, Cavallero berperang di Libya pada tahun 1913, semasa Perang Itali-Turki, dan telah dikurniakan Pingat Gangsa bagi Keberanian Tentera ("Military Valor").

Perang Dunia I[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1915, Cavallero telah ditukarkan ke Markas Tertinggi Itali. Seorang penganjur yang bijak dan pakar taktik, Cavallero menjadi Brigedier Jeneral dan Ketua Pejabat Operasi Markas Tertinggi Itali pada tahun 1918. Di jawatan ini, Cavallero memainkan peranan penting dalam merangka rancangan yang menyebabkan kemenangan Itali dalam Pertempuran Piave River dan Pertempuran Vittorio Veneto ketika Perang Dunia I. Dalam tempoh sebagai ketua rancangan Staf Am Itali, beliau mewujudkan perasaan benci dengan Pietro Badoglio, iaitu Sottocapo di Stato Maggiore ( timbalan ketua turus ) tentera darat.

Tempoh antara perang[sunting | sunting sumber]

Cavallero bersara dari tentera darat pada 1919 tetapi kemudian menyertai semula pada 1925, yang mana pada masa itu beliau menjadi Setiausaha Rendah Perang kepada Benito Mussolini. Seorang fasis yang komited, Cavallero telah dilantik Senator pada 1926 dan pada 1927 menjadi Mejar Jeneral. Selepas meninggalkan tentera buat kali kedua, Cavallero terlibat dalam syarikat-syarikat perniagaan dan diplomatik pada penghujung tahun 1920an dan awal 1930an.

Cavallero menyertai semula tentera buat kali ketiga dan buat kali terakhir pada 1937. Dinaikkan pangkat ke Leftenan Jeneral, beliau menjadi Panglima Angkatan Tentera Itali di Afrika Timur Itali pada 1938 dan dijadikan Jeneral penuh pada 1940.

Perang Dunia II[sunting | sunting sumber]

Cavallero bersama Erwin Rommel.

Selepas Itali menyertai Perang Dunia II, pada 6 Disember 1940 Cavallero menggantikan Pietro Badoglio sebagai Capo di Stato Maggiore Generale ; tidak lama selepas itu, beliau telah dihantar untuk memerintah tentera Itali yang terlibat dalam Perang Greece-Itali yang gagal sehingga musim bunga tahun 1941. Walaupun beliau berjaya menghentikan kemaraan Greece, Cavallero tidak dapat memecahkan kebuntuan sehinggalah campur tangan Jerman. Dalam pada itu, peranan beliau sebagai Ketua Staf telah diisi oleh Jeneral Alfredo Guzzoni.

Sebagai Ketua Markas Tertinggi Itali, Cavallero bekerja rapat dengan Fil Marsyal Jerman Albert Kesselring, beliau mempunyai hubungan yang agak bercanggah dengan Fil Marsyal Erwin Rommel, yang mara ke dalam Mesir selepas kejayaannya dalam Pertempuran Gazala yang beliau tentang, sebaliknya menyokong pencerobohan Malta yang dirancang; pendapatnya bagaimanapun tidak dihargai. Di bawah kepimpinan Cavallero, angkatan tentera Itali terus menunjukkan prestasi yang tidak baik semasa perang; Namun begitu, beliau telah dinaikkan pangkat ke Marsyal Itali ( Maresciallo d'Italia ) pada tahun 1942 selepas kenaikan pangkat Rommel ke Fil Marsyal (sebabnya untuk mengelakkan Rommel mendapat pangkat terdahulu daripadanya). Walaupun mempunyai pemahaman yang baik mengenai masalah yang wujud bagi peperangan di Mediterranean bahawa Itali terpaksa terus berjuang, kepatuhan pada pandangan Mussolini (contohnya desakan untuk menambah kontinjen tempur Itali di Barisan Timur) membawa kepada kerugian teruk sumber tidak seberapa Itali.   Pada bulan Januari 1943, selepas kekalahan muktamad kempen Afrika dan kemunduran yang dialami oleh tentera Itali di Rusia, Cavallero telah dipecat dan digantikan oleh Jeneral Vittorio Ambrosio. Sebagai tindak balas kepada pemecatan Cavallero, ahli kepimpinan Fasis seperti Galeazzo Ciano, secara terbuka memusuhi beliau, secara terbuka menyatakan ketidakkepuasan mereka.

Selepas kerajaan Mussolini digulingkan oleh Raja, Perdana Menteri Pietro Badoglio yang baru dilantik, mengarahkan penangkapan Cavallero. Dalam dokumen yang ditulis bagi mempertahankan diri sendiri, Cavallero dakwa terlibat menentang Mussolini dan rejimnya. Selepas Itali menyerah kalah pada bulan September 1943, beliau dibebaskan oleh Jerman, dan telah ditawarkan oleh Kesselring memerintah pembentukan angkatan tentera Repubblica Sociale Italiana, tetapi penemuan dokumen itu membawa kepada beberapa syak wasangka.

Pada pagi 14 September 1943, beliau telah ditemui mati dengan kesan tembakan di taman sebuah hotel di Frascati, selepas makan dan berbual bersama dengan Kesselring pada malam sebelumnya; ia masih dibahaskan samada beliau membunuh diri atau dibunuh orang Jerman. Ia seolah-olah yang beliau melahirkan perasaan teguh untuk menolak kerjasama dengan Jerman.

Anugerah kebesaran[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Scherzer 2007, p. 258.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Ceva, Lucio. "Cavallero, Ugo". Dizionario Biografico degli Italiani (dalam bahasa Italian). Dicapai pada 24 June 2015. 
  • Scherzer, Veit (2007). Die Ritterkreuzträger 1939–1945 Die Inhaber des Ritterkreuzes des Eisernen Kreuzes 1939 von Heer, Luftwaffe, Kriegsmarine, Waffen-SS, Volkssturm sowie mit Deutschland verbündeter Streitkräfte nach den Unterlagen des Bundesarchives [The Knight's Cross Bearers 1939–1945 The Holders of the Knight's Cross of the Iron Cross 1939 by Army, Air Force, Navy, Waffen-SS, Volkssturm and Allied Forces with Germany According to the Documents of the Federal Archives] (dalam bahasa German). Jena, Germany: Scherzers Miltaer-Verlag. ISBN 978-3-938845-17-2.