Ash & Aish

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Ash & Aish
Genre
Berdasarkan daripada
Adaptasi novel Ash & Aish karya Maya Adira
Ditulis olehNieza Nahar
PengarahHelmi Yusof
Dibintangi oleh
Lagu pembukaanHalusinasi - Fieya Julia
Lagu penutupHalusinasi - Fieya Julia
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod28
Penerbitan
Penerbit eksekutifJulia Juhasu
Penerbit
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Suhan Movies & Trading Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalAstro Ria (Slot MegaDrama)
Format audioDolby Digital
Siaran asal10 Ogos 2022 – Kini

Ash & Aish ialah sebuah siri drama televisyen melayu tahun 2022 arahan Helmi Yusof. Dibintangi oleh Meerqeen dan Siti Khadijah Halim. Siri drama ini memulakan tayangan perdana di Slot MegaDrama, Astro Ria bermula 10 Ogos 2022 menggantikan Jodohku Babysitter. [1]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan tentang seorang gadis kampung yang tabah bernama Aisha. Aisha atau Aish, kehilangan keluarganya dalam satu kemalangan. Oleh sebab itu, dia pernah hampir dicabul oleh bapa saudaranya sendiri kerana mahukan harta keluarga. Aish melarikan diri ke Kuala Lumpur untuk memulakan kehidupan baharu.

Ketika sedang bekerja di sebuah kedai serbaneka, Aish bertemu dengan Ashrafi (Ash), seorang lelaki misteri yang sering membeli lolipop dan makanan kucing di kedai tersebut. Selepas mengetahui tentang Aish yang menghadapi kesempitan hidup untuk menyara diri di kota raya, Ash mempelawa Aish untuk bekerja di kafe miliknya sendiri. Pekerja-pekerja di kafe Ash iaitu Sanctuary Café mempunyai kisah hitam masing-masing. Mereka diberi peluang oleh Ash untuk membina kehidupan yang baharu sebagai pekerja di kafenya. Aish yang turut mempunyai impian yang sama seperti pekerja-pekerja yang lain terus menerima tawaran Ash.

Ash sering membantu Aish untuk menyesuaikan diri di Kuala Lumpur. Pada suatu hari, Aish menawarkan diri untuk menjadi isteri Ash sebagai gurauan supaya dia tidak perlu membantunya lagi untuk mencari tempat tinggal. Namun guaraun itu diambil serius oleh Ash dan mereka akhirnya disatukan menjadi suami isteri. Perkahwinan mereka pada awalnya agak kekok namun bibit-bibit percintaan kian berputik apabila Ash sering mengambil berat tentang Aish. Malangnya Ash ditimpa kemalangan dan berada dalam keadaan koma.

Sewaktu berada di hospital, Aish terkejut apabila dia boleh melihat Ash bangun dan bercakap seperti biasa. Namun apa yang dilihat ternyata hanyalah roh Ash sahaja. Keupayaan istimewa Aish yang boleh melihat roh manusia kembali setelah beberapa tahun terhenti. Oleh sebab itu, Ash bertekad untuk meminta Aish menolongnya sedar daripada koma.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Watak Utama[sunting | sunting sumber]

Penampilan Khas[sunting | sunting sumber]

Watak Pembantu[sunting | sunting sumber]

Pelakon sampingan[sunting | sunting sumber]

  • Rosli Madzin sebagai Pak Jais
  • Samsulfais Ahmad sebagai Abang Zul
  • Mardhiah Nasir sebagai Jiran Aish
  • Adibah Yunus sebagai Kak Iza
  • Nur Arissa Safiyah Mohd Helmy, Nur Affrina Mardiha Mohd Helmy, Nur Mia Adawiyah Mohd Helmy, Muhammad Hasif Omar, Emir Khayr Hashim Khairul sebagai Kanak-kanak Mengaji
  • Siti Maizua Salleh, Muhammad Haikal Ismail, Zulfakar Sharudin, Mohd Helmy Harun, Muhd Nur Fitri Lot, Masdura Selamat, Putri Eva Wirdani Wilizanto, Mohd Noorhazreen Abd Jalil, Rabiatul Adawiyah Sulaiman, Siti Marlia Salleh, Haidir Rahmat Wilizanto, Faris Haziq Kamarudin, Muhammad Edham Ibrahim, Ahmad Muslim Ahmad Azmi, Na'im Akmal Abd Halim, Fatin Nurjannah Wahid, Paisal bin Saleh, Mohd Amin, Muhammad Norhalim Abd Halim, Hussin Othman, Mawar Putih, Ab Rahim Ab Rauf & Mohd Fadzil Abdullah sebagai Orang Kampung
  • Kamsani Ismail sebagai Ayah Aish
  • Syarifah Aiesyah Al Boharie sebagai Ibu Aish
  • Khairil Fadzly Rosli sebagai Amar / Abang Aish
  • Nur Syamiera Anuar sebagai Gadis Remaja
  • Masdura Selamat sebagai Hajah Noor
  • Amirul Ashraff Mohd Hatta, Mohd Khairul Musa, Ab Aziz Ab Salam & Khairuldin Ruslan sebagai Ah Long
  • Anwar Jaafar sebagai Tokey Warung
  • Muhamad Aizat Haiqal Don Shahidan sebagai Pelanggan Hotel
  • Aishah Sudin sebagai Tok Mek
  • Hku Mohd Firdaus sebagai Abang Zul
  • Syafiq Ahmad & Mohd Nizam Idrus sebagai Roh
  • Yasmine Kimberly, Zuraini Salleh, Noraini Muhammad, Emellia Mohd Zaini & Neny Suria sebagai Nurse
  • Muhammad Iqbal Rusli sebagai Roh Pemuda
  • Mohammad Rafdie Sahari sebagai Roh Ash
  • Siti Latifah, Mohammed Iskhandar Mokhtar & Aaina Damirah sebagai Doktor
  • Nizam Kahar sebagai Shah
  • Azizan Azaman sebagai Joe
  • Adil Qayyum Rosli sebagai Solah
  • Shamielia Shamsul sebagai Munirah
  • Emerlia Feronica sebagai Mimi
  • Anis Atikah Zakaria sebagai Nina
  • Putera Muhamad Ameerullah sebagai Fuad
  • Nashhafizi Wan Chik sebagai Ajis
  • Syamiera Sapri & Nadia Abd Rahim sebagai Gadis
  • Siti Mili Supina sebagai Ibu Izhan
  • Nur Shahidah Ahmad, Suraya Kaderi, Chock Kam Fui, Nur Atherah Sargawi, Nurul Nur Shafikah Rahim, Nur Shahida Gini, Syarifah Rizq Ulya, Wan Nuha Wan Mohd Dom, Nur Hidayah Amut, Azreen Jamal, Nurul Nahdirah Mohd Nor, Nurul Huda Abdullah, Aallan Chock, Mohd Jefri Mansoe, Felicia Bhaskran sebagai Pelanggan Kafe
  • Muhammad Zahin Naufal & Nik Mohamad Shafiq sebagai Budak
  • Rashimah Bee sebagai Ibu
  • Badrul Sham Harun sebagai Benjy
  • Amer Hassan & Rafique Maradona Romaini sebagai Kuncu Benjy
  • Muhammad Hakim Azlan sebagai Peragut
  • Jamil Abd Manap sebagai Tauke Warung
  • Nur Aqilah Nadiah Ahmad Kamal Arifin sebagai Pekerja Kedai Handphone
  • Noor Aznilawati Azman & Natashaa Masnon sebagai Polis
  • Azaharuddin Hashim sebagai Kadi
  • Nor Amin Mohd Isa & Tuan Mohd Syafiq sebagai Saksi
  • Wan Mohd Fardlullah, Nik Ahmad Syafiq, Muhammad Hafiz A. Aziz & Mohamed Fauzi Idris sebagai Pencari
  • Mustari Munawar, Muhammad Afif Fakhri, Nurkhairunnisa Abd Rahaman, Nur An-Nisa Idris & Ahmad Kamal Arifin sebagai Orang Awam


Runut Bunyi[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Drama Ash & Aish. MyInfoTaip. Dicapai 10 Ogos 2022