Pergi ke kandungan

Anna Jobling

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

{{Infobox person | name = Anna Jobling | native_name = آنا جوبلينج | image = | image_size = | caption = | birth_name = Anna Ellisa Gustin Jobling binti Abdul Rahman | birth_date = (2000-08-14) 14 Ogos 2000 (umur 25) | birth_place = Kuala Lumpur, Malaysia | death_date = | death_place = | restingplace = | restingplacecoordinates = | other_names = | occupation = Model, pelakon, pengacara | years_active = 2017–kini | works = [[Filemografi Anna Jobling| | known_for = Melur Untuk Firdaus | domesticpartner = | mother = Ariz Arop | father = Allahyarham Abdul Rahman }}

Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman (lahir 14 Ogos 2000) ialah seorang model, pelakon dan pengacara wanita Malaysia. Beliau merupakan bekas peserta Dewi Remaja 2018/2019, di mana beliau ialah pemenang tempat keempat.[1][2] Beliau telah membintangi beberapa drama TV seperti Shah Alam 40000 dan Keluarga Baha Don, namun lebih dikenali menerusi lakonannya dalam drama Melur Untuk Firdaus.[3][4][5]

Kehidupan awal

[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan pada 14 Ogos 2000 di Kuala Lumpur sebagai anak tunggal kepada bapanya yang berbangsa Inggeris yang berasal dari United Kingdom dan ibunya yang berbangsa Melayu dari Melaka.[6] Bapanya bekerja sebagai jurutera di syarikat minyak dan gas manakala ibunya bekerja sebagai pengurus.[7] Dibesarkan dalam kepercayaan agama Islam, Anna mendapat pendidikan di sebuah sekolah antarabangsa.

Sebelum menyertai Dewi Remaja, Beliau memulakan kerjaya peragaan dengan menyertai beberapa pertandingan ratu cantik termasuk Miss Melaka dan Miss Pahang. Pada usia 15 tahun, ibunya menghantarnya ke akademi peragaan yang dikendalikan oleh Amber Chia dan sejak itu, beliau mula bergiat aktif dalam bidang peragaan dengan membintangi iklan televisyen dan sebagai penghias muka depan majalah.[7]

Beliau dipilih menjadi salah seorang daripada 12 peserta Dewi Remaja 2018/19 yang turut disertai oleh Haneesya Hanee, Zeera Azizi, Aween Ismail dan Arena Wan. Beliau dinobatkan sebagai pemenang tempat keempat.[8]

Kerjaya lakonan beliau bermula apabila beliau ditawarkan berlakon dalam filem pertamanya Pasal Kau! arahan Adrian Teh lakonan bersama Hairul Azreen dan Janna Nick. Beliau melakonkan watak sebagai Emelia.[9] Drama pertama lakonan beliau ialah Keluarga Baha Don musim pertama yang disiarkan di platform penstriman Viu, diikuti dengan drama One Two Hantu yang bersiaran di Awesome TV.

Beliau mula mendapat perhatian meluas menerusi drama Shah Alam 40000 yang bersiaran di Slot Akasia TV3 dengan memegang watak sebagai Shafinaz Mckenzie. Untuk lakonannya dalam drama ini, beliau berlatih bertutur dalam bahasa Melayu ketika di lokasi penggambaran. Beliau kemudiannya membintangi filem keduanya Penunggang Agama 2 dengan melakonkan watak Intan dan bekerja di bawah arahan Syafiq Yusof.

Pada tahun 2022, beliau digandingkan bersama Meerqeen dalam drama Melur Untuk Firdaus dengan melakonkan watak Melur. Drama ini menjadi sohor kini di media sosial dengan nama beliau menjadi tular sehingga ke luar negara. Beliau kini semakin dikenali ramai dan banyak diundang dalam program-program televisyen.[10]

Pada Julai 2022, namanya tersenarai sebagai 100 Wajah Tercantik 2022 (100 Most Beautiful Faces of 2022) oleh TC Candler sekali gus menjadi calon tunggal dari Malaysia untuk kempen tahunan tersebut.[11][12][13][14]

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Bapa beliau, Abdul Rahman Gustin Jobling Abdullah meninggal dunia pada 8 September 2023 akibat serangan jantung di United Kingdom.

Filemografi

[sunting | sunting sumber]

Videografi

[sunting | sunting sumber]
Muzik Video
Tahun Tajuk lagu Penyanyi Pengarah Catatan
2019 "Hello" Ismail Izzani & Andi Bernadee Bersama artis-artis World Peace Entertaiment & Warner Music Malaysia
2023 "Bertengkar Manis" Rossa feat Barsena Bestandhi Prialangga Bersama Omar Daniel

Anugerah dan pencalonan

[sunting | sunting sumber]
Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2019 Dewi Remaja 2018/19 Tempat ke-4
2022 Anugerah Stail EH! Selebriti Wanita Paling Seksi Menang
2023 Anugerah Drama Sangat 2023 Pelakon Wanita Popular Menang
Pasangan Drama Terbaik Menang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 BBNU Wanita Popular Menang
Aktres TV Popular Menang
Couple TV Popular Menang
TikTok Awards Malaysia Celebrity of The Year Tercalon
Anugerah Telenovela ke-9 Pelakon Wanita Popular Tercalon
2024 Gempak Most Wanted Awards 2023 Selebriti Digital Tergempak Menang
Anugerah Drama #RambutTetapBoom Menang
Gempak Most Wanted Menang (1,549,083 undian)
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-36 Aktres TV Popular Menang
Couple Drama Popular Menang
2025 Anugerah Melodi Terhangat 2025 Anugerah Selebriti Feminin Terhangat Tercalon
Anugerah Selebriti Couple Goals Terhangat (bersama Nabil Mahir) Tercalon
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-37 Aktres TV Popular Tercalon
Gandingan Serasi Drama Popular (bersama Shukri Yahaya) Menang
  1. ^ Sudirman Mohd Tahir (21 Februari 2019). Tekad melangkah jauh Harian Metro. Dicapai pada 25 Februari 2019.
  2. ^ Najiy Jefri (16 Ogos 2021). "Muka cantik bukan jaminan". Harian Metro. Dicapai pada 25 Disember 2021.
  3. ^ Zaara Talita (13 Julai 2022). "Anna Jobling tak mahu tamak". Harian Metro. Dicapai pada 14 Julai 2022.
  4. ^ Nur Emira Saizali (12 Jun 2022). "Anna Jobling tak 'jual' wajah cantik". Kosmo!. Dicapai pada 14 Julai 2022.
  5. ^ Ermi Shuzila Mohammad (8 Jun 2022). "Pesona Anna Jobling, Gadis Kacukan Melayu-Inggeris Dalam 'Melur Untuk Firdaus'". NONA. Dicapai pada 14 Julai 2022.
  6. ^ Zaara Talita (24 Januari 2022). "'Saya orang Melaka lah'". Harian Metro. Dicapai pada 5 Ogos 2022.
  7. ^ a b Bissme S (23 Julai 2019). "A model life" (dalam bahasa Inggeris). The Sun. Dicapai pada 24 Disember 2019.
  8. ^ Sudirman Mohd Tahir (15 Oktober 2020). "Anna baiki kelemahan". Harian Metro. Dicapai pada 24 Disember 2020.
  9. ^ Noor Ain Norman (16 Oktober 2020). "Anna Jobling jadi jahat dalam filem 'Pasal Kau', seronok jalani latihan menembak". Remaja. Dicapai pada 24 Disember 2020.
  10. ^ Najiy Jefri (10 Jun 2022). "Sekadar bukti keserasian". Harian Metro. Dicapai pada 10 Jun 2022.
  11. ^ Georgie Joseph (22 Julai 2022). "Anna Jobling antara 100 tercantik di dunia". Harian Metro. Dicapai pada 5 Ogos 2022.
  12. ^ Mohammad Shahemy Azmi (23 Julai 2022). "Anna Jobling tersenarai 100 wanita tercantik dunia". Kosmo!. Dicapai pada 25 Julai 2022.
  13. ^ Sudirman Mohd Tahir (5 Ogos 2022). "Tya Ariffin pilih Anna Jobling". Harian Metro. Dicapai pada 5 Ogos 2022.
  14. ^ Sairul Zamri Misrani (5 Ogos 2022). "Anna Jobling terharu 'dilamar' Tya Arifin". Kosmo!. Dicapai pada 5 Ogos 2022.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]