Asma Ismail

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Profesor Datuk Dr

Asma Ismail

P.J.N., D.S.D.K., D.P.M.P.
Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi ke-5
Dalam jawatan
1 Jun 2014 – 3 Oktober 2016
RajaAbdul Halim
Perdana MenteriNajib Razak
MenteriIdris Jusoh
Didahului olehMorshidi Sirat
Digantikan olehSiti Hamisah Tapsir
Naib Canselor Universiti Sains Malaysia
Dalam jawatan
4 Oktober 2016 – 3 Oktober 2019
CanselorTuanku Syed Sirajuddin Jamalullail
Didahului olehOmar Osman
Digantikan olehFaisal Rafiq Mahamd Adikan
Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia
Dalam jawatan
1 Disember 2012 – 31 Mei 2014
CanselorTuanku Aishah Rohani
Didahului olehMuhamad Muda
Digantikan olehMusa Ahmad
Butiran peribadi
LahirAsma binti Ismail
(1958-06-15) 15 Jun 1958 (umur 65)
Jitra, Kedah, Malaysia
Alma materUniversit Nevada (BSc)
Universiti Indiana (MSc)
Universiti Nevada (PhD)

Prof. Datuk Dr. Asma binti Ismail ialah ahli biologi molekul dan akademik Malaysia. Beliau ialah Naib Canselor wanita pertama Universiti Sains Malaysia (USM) dilantik pada 2016. Beliau juga ialah wanita pertama yang dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Ketua Pengarah Pengajian Tinggi.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Asma memperoleh sarjana muda sains (BSc) dalam Biologi dari Universiti Nevada, Reno. Beliau kemudiannya menerima sarjana sains (MSc) dalam Mikrobiologi dari Universiti Indiana, Bloomington dan doktor falsafah (Ph.D) pengkhususan dalam biologi sel dan molekul dari Universiti Nevada, Reno.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Universiti Sains Malaysia[sunting | sunting sumber]

Asma memulakan kerjayanya sebagai pensyarah di Jabatan Mikrobiologi Perubatan dan Parasitologi, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia pada 1986. Pada 1989, beliau telah dilantik sebagai saintis tamu di Universiti Tokyo dan felow pelawat di Kolej Perubatan, Hospital St Bartholomew di London pada 1992.

Pada tahun 1993, beliau dinaikkan pangkat sebagai profesor madya dan berkhidmat sebagai Timbalan Dekan Pentadbiran pada 1994. Beliau telah dinaikkan pangkat sebagai profesor penuh pada 2000 dan dilantik sebagai Timbalan Dekan Penyelidikan.

Semasa berkhidmat di USM, beliau memegang pelbagai jawatan termasuk Pengarah Pusat Inovasi dan Pembangunan Teknologi, USM (2001); Pengarah Pengasas, Institut Penyelidikan Perubatan Molekul (INFORM) (2003) dan menjadi wanita pertama di USM memegang jawatan sebagai Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi).

Kementerian Pengajian Tinggi[sunting | sunting sumber]

Asma dilantik sebagai Ketua Pengarah Pengajian Tinggi di Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Beliau kini merupakan Presiden wanita pertama Akademi Sains Malaysia, berkhidmat dari 2016 hingga 2019. Pelantikan terbaru beliau adalah sebagai Pengerusi Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) bermula dari 1 Januari 2019 hingga 31 Disember 2021. [1]

Penyelidikan[sunting | sunting sumber]

Asma telah menjalankan ujian diagnostik pantas untuk kepialu yang dipanggil TYPHIDOT, yang dianjurkan oleh WHO. Beliau telah menerbitkan lebih 130 kertas kerja dalam dan luar negara.

Asma dipilih ke Akademi Sains Malaysia pada 2003. Beliau juga telah dipilih sebagai ahli di Akademi Sains bagi Membangunkan Dunia pada 2010 dan Akademi Sains Dunia Islam pada 2016. Beliau telah dipilih sebagai Ahli Kehormat Akademi Sains Perubatan Iran pada 2017, dan sebagai Ahli Felow Kolej, Universiti Keele pada 2018. Beliau telah dijemput untuk menjadi ahli kehormat Lembaga Penasihat Antarabangsa, Universiti Chandigarh, India dan sebagai Ahli Lembaga Penasihat Tadbir Universiti Asia Pasifik Ritsumeikan, Jepun.

Anugerah dan pengiktirafan[sunting | sunting sumber]

Darjah kebesaran Malaysia[sunting | sunting sumber]

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Asma dianugerahkan ijazah doktor sains kehormat dari Universiti Glasgow pada 2013. Kemudian, beliau menerima anugerah Medallion Mural Thomas Hart Benton Universiti Indiana pada 2015. Beliau menerima ijazah doktor kehormat dari Universiti Keele dan LLD Kehormat dari Universiti Pengajian Asing Kyoto pada 2017. Pada 2018, beliau telah dianugerahkan Anugerah Tokoh Srikandi Negara atas sumbangan cemerlangnya dalam bidang pendidikan di Malaysia dan antarabangsa.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Prof Asma is new MQA chairman". www.thestar.com.my.
  2. ^ "Sultan Kedah dahului senarai penerima darjah Raja Perlis". Berita Harian. 17 July 2018. Dicapai pada 16 July 2021.