Azizan Osman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Azizan bin Osman adalah seorang mentor, jurulatih perniagaan dan pakar pemasaran di Malaysia.

Azizan dilahirkan di Kota Bharu, Kelantan di sebabkan ayahnya merupakan kakitangan kerajaan di Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) yang perlu bekerja di pelbagai negeri. Namun Azizan dibesarkan di Pontian, Johor sebelum berpindah ke kampung halaman ibunya di Melaka. Ayahnya berasal dari Jeram, Selangor.

Datuk Wira Hj
Azizan bin Osman
Lahir (1974-11-14) 14 November 1974 (umur 49)
Kota Bharu, Kelantan
StatusBerkahwin
PekerjaanPengasas, Pengerusi, Ahli Lembaga Pengarah Richworks International

Pemegang Saham Terbesar ManagePay Berhad (MPay) tersenarai di Bursa Malaysia

Pakar Strategi Pengembangan Bisnes dan Pemasaran

Usahawan, Mentor & Jurulatih Kejayaan
PertubuhanRichworks International
Website
https://richworks.com/dao/

Kehidupan Awal[sunting | sunting sumber]

Azizan telah bergiat dengan pelbagai aktiviti keusahawanan sepanjang hidup beliau. Sejak dari usia remaja, beliau telah mula berniaga dengan apa sahaja yang ada di tangan dari sekolah rendah hingga ke bilik asrama kolej beliau. Beliau melalui pendidikan asas di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Pontian, Johor dan juga di Sekolah Agama Johor. Keduanya menjadi teras kepada pembentukan asas perjalanan bisnes Azizan dan menjadi teras hidup beliau sebelum menyambung pendidikan sekolah menengah di Sekolah Menengah Cina (Swasta) Pay Fong, Melaka.

Pendidikan/ Alma Mater / Alumni[sunting | sunting sumber]

Beliau kemudiannya menyambung pembelajaran di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Johor dalam Diploma Analisis Pelaburan. Sebagai seorang yang cintakan ilmu, beliau terus menyambung pelajaran di sepanjang kerjaya beliau dengan meneruskan pembelajaran di dalam ijazah sarjana dan kedoktoran dan mendapatkan kelayakan professional Chartered in Management Accountant (CIMA, UK)[1] dan merupakan ahli Fellowship Chartered in Marketing (FCIM, UK).

Azizan mendaftar untuk beberapa program ijazah sarjana dan kedoktoran tahun demi tahun untuk mengikuti perkembangan teknologi dan dunia perniagaan yang berkembang yang membantunya memperoleh maklumat yang luas, meningkatkan kerjaya, pengetahuan dan pengalaman profesionalnya. Beliau telah melanjutkan pelajarannya di

·        Salford Business School, University of Salford, Manchester, UK

·        Kellogg School of Management, Northwestern University, USA

·        Columbia Business School, Columbia University, New York, USA

·        Southwestern State University, Kursk, Russia

·        Asia e University, Malaysia

Hari ini, Azizan telah berjaya mendapatkan beberapa sijil bertaraf antarabangsa dan dikenali dalam bidang sains manusia, neuro-semantic dan pemograman neuro-linguistic, hypnotherapy, pakar dalam latihan, pengurusan kepimpinan, pemasaran geruila, kejurulatihan motivasi dan kehidupan yang diiktiraf.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Sebagai pengasas dan pengerusi kepada Richworks International, beliau telah mewujudkan dan mencipta pelbagai program peningkatan diri dan latihan keusahawanan yang telah membantu jutaan peserta dari pelbagai peringkat umur sejak dari tahun 2008.

Misi dan semangat beliau untuk membantu rakyat Malaysia lahir daripada pengalaman beliau dalam mencari Mentor lebih 20 tahun dahulu semasa beliau dilanda krisis kewangan dan mempunyai jumlah hutang yang sangat besar.

Sejak penubuhan Richworks International, Azizan telah menghabiskan kebanyakan masa beliau melatih dan menjadi mentor kepada usahawan di setiap seminar beliau. Sehingga hari ini, beliau telah membina ramai usahawan jutawan, di mana mereka telah berjaya menguasai ilmu untuk mencapai jualan 1 juta yang pertama dan menjadikan langkah pertama untuk mereka mencapai status bebas kewangan.

Pengalaman pertama Azizan  di dalam dunia korporat adalah di sebuah firma broker saham. Dari situ, beliau telah jatuh cinta dengan pelaburan stok semasa beliau masih di universiti. Setahun kemudian, beliau telah memulakan karier dalam bidang jualan.

Dalam usaha beliau membina semula kehidupan pada tahun 2001, beliau telah bekerja sebagai seorang Eksekutif di Appco Group (UK), salah sebuah syarikat jualan dan pemasaran terbesar dan terluas di dunia. Rekodnya dalam bidang pemasaran yang memberangsangkan dan luar biasa telah membantu beliau mencapai pelbagai kejayaan di syarikat tersebut. Oleh kerana itu, beliau ditawarkan untuk menubuhkan syarikat beliau sendiri yang ditaja oleh pengurusan atasan beliau pada masa itu. Beliau telah membentuk kumpulan yang pakar dalam pemasaran dipimpin oleh beliau sendiri sebagai Pengarah Urusan & Ketua Organisasi untuk Malaysia.

Semasa beliau masih dalam bidang korporat, beliau telah memimpin lebih 1,500 orang pekerja dengan kepakaran beliau dalam pemasaran dan pengiklanan untuk mengurus kempen pemasaran berskala besar di seluruh negara dari perusahaan kecil dan sederhana (PKS) sehingga ke syarikat korporat gergasi.

Sepanjang tahun beliau berkhidmat dengan syarikat yang berpusat di London tersebut, beliau telah menerima 14 anugerah kerana prestasi yang luar biasa dan kejayaan dalam bidang kepimpinan, pengurusan, pengurusan sumber manusia, pengiklanan dan pemasaran yang mana beliau amat cintai.

Beliau kemudian dianugerahkan dengan anugerah yang tertinggi di syarikat itu iaitu ‘Chairman’s International Platinum Award’ hanya selepas 2 tahun beliau berkhidmat. Sebagai pakar pemasaran bertaraf antarabangsa, Azizan merupakan pakar pemasaran gerila beriktiraf yang dimentor oleh Jay Conrad Levinson dan 2 lagi pakar jurulatih kehidupan dan bisnes, Robin Sharma dan Tony Robbins.

Richworks[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2008, Azizan mengambil langkah berani untuk mencapai cita-cita beliau untuk menubuhkan syarikatnya sendiri iaitu Richworks International. Dengan berbekalkan pengalaman beliau yang luas dalam bidang pemasaran, beliau ingin berkongsi ilmu tersebut dengan lebih ramai orang. Pengalaman beliau sendiri dalam jatuh bangun sesebuah bisnes dan menghadapi kegagalan menjadikan Azizan seorang yang kental menghadapi cabaran. Beliau mula mengenalpasti apa faktor-faktor yang menentukan jatuh bangun sesebuah syarikat. Teori dan pengalaman beliau menjadikan batu loncatan kepada bisnes juta-juta beliau yang seterusnya membawa beliau kejayaan dari segi kewangan dan kehidupan.

MPay[sunting | sunting sumber]

Sejak 2021, Azizan merupakan pemegang saham utama dalam syarikat ManagePay Systems Bhd (MPay). Beliau memperolehi saham tersebut pada 18 Jun 2021 dengan 5.762 peratus kepentingan[1] dan menambah lagi pegangan beliau sebanyak 5.35 peratus menerusi RichWorks International Capital Holdings Sdn Bhd (RiCH)[2].

Pada 22 September 2022, Azizan telah menerima perlantikan sebagai Pengarah Bukan Bebas ManagePay Systems Berhad (MPay).[3]

Asia e-University[sunting | sunting sumber]

Pada 28 April 2022, Azizan telah menjalinkan kerjasama dengan Asia e-University [4]yang bertujuan untuk menyediakan program pembelajaran eksekutif dan memberi peluang kepada usahawan-usahawan menyambung pelajaran ke tahap yang lebih tinggi dengan memperolehi sijil akademik secara pendidikan formal.  

Usaha ini juga untuk membantu usahawan mengembangkan ilmu yang dapat membantu mereka membangunkan bisnes.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Hari ini, sebagai jurulatih dan penulis buku (bestseller), Azizan telah melatih lebih 700,000 peserta sepanjang program bersemuka (live event) dan lebih 800,000 peserta melalui program secara online sepanjang 2 tahun pandemik (2020-2021) yang membantu peserta beliau untuk meneruskan kelangsungan hidup dan bisnes dengan ilmu yang diajar oleh beliau. Beliau telah membantu banyak perniagaan kecil dan sederhana mencapai jualan jutaan Ringgit Malaysia. Secara umum, Azizan dikenali sebagai Jurulatih Kejayaan dan Pakar Pemasaran No.1 Asia.

Sebagai penganjur program terbesar di Asia untuk seminar dan program latihan dalam pembinaan sumber manusia dan keusahawanan, pada tahun 2012, The Malaysia Book of Records telah menganugerahkan Azizan dan pasukan beliau pengiktirafan sebagai penganjur program dan seminar terbesar di Malaysia dalam bidang pembinaan usahawan, pemasaran dan motivasi. Pada tahun 2014, lebih dari 140,000 peserta telah menghadiri seminar roadshow keusahawanan. Pada tahun 2020, lebih 11,000 peserta telah hadir ke program Nak Ubah Hidup di mana program ini telah disantuni dengan kehadiran Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, menjadikan ianya rekod terbesar untuk jumlah peserta paling ramai dalam satu program pada satu masa.

Azizan meneruskan usahanya untuk memberi inspirasi dan mewujudkan fenomena luar biasa di Malaysia dengan meneruskan misi pembelajaran seumur hidup untuk mencapai kejayaan, kekayaan, kebahagiaan, kasih sayang, ketenangan dan kesihatan dengan mengenali potensi diri dan keusahawanan. Kita telah lihat beberapa tahun ini, peningkatan minat rakyat Malaysia dalam menceburi bidang bisnes, pembinaan kekayaan dan peluang pelaburan yang berada di pasaran dalam dan luar negara.

Sebagai penulis yang diiktiraf, beliau telah menulis 10 buku terlaris iaitu

  • Magnet Kekayaan dan Kejayaan
  • Kuasai Pemasaran Rahsia Menarik Pelanggan
  • Kuasai Pemasaran Facebook
  • 25 Formula Hidup Luar Biasa
  • Kenapa Saya Mahu Anda Berjaya
  • Mudahnya Berniaga
  • Zero Kos Marketing
  • 100 Usahawan Jutawan – Satu Misi Bantu The Nation dan
  • Bangkit Bisnes Dari Krisis – Solusi Bisnes dan Pemasaran Digital

Azizan juga telah menulis buku bersama Brian Tracy, seorang speaker bertaraf antarabangsa, penulis dengan rekod jualan terbaik, usahawan dan pakar kejayaan. Mereka menulis buku “Beat The Curve” yang telah dilancarkan pada 21 Januari 2016[5] di Amazon.com.

Azizan juga telah menghasilkan sendiri formula konsep pemasaran dan strategi bisnes yang dinamakan “M.E.S.T.I” di mana beliau berkongsi secara terperinci dengan peserta seminar.

RichWorks bersama Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dalam satu kerjasama pada 21 September 2022 ingin melahirkan usahawan jutawan desa melalui Kelab Usahawan 1 Juta (KU1J@KPLB)[6].

Seramai 25 orang usahawan telah dipilih melalui usahasama ini dan bakal dibimbing untuk menjadi Usahawan Jutawan Desa.

Sumbangan/ Kerja Amal[sunting | sunting sumber]

Sumbangan beliau dalam kerja amal sama banyak dengan tugas beliau mendidik masyarakat. Azizan sebagai pengasas RICHWELL, sebuah pertubuhan kebajikan yang mengumpul sumbangan untuk membantu masyarakat yang mengalami masalah kemiskinan, kurang bernasib baik, orang kelainan upaya, wanita dan kanak-kanak dan pelbagai lagi masalah sosial yang memberi kesan kepada masyarakat dalam dan luar negara termasuk banjir dan mangsa peperangan.

Kejayaan Azizan telah didokumentasikan oleh media tempatan oleh kerana kehendak dan usaha beliau untuk membantu masyarakat dan usahawan untuk mencapai potensi sepenuhnya dalam kehidupan dan dalam industri bisnes mereka. Bantuan beliau ada dalam bentuk ceramah, ucapan, seminar, latihan individu, latihan online, blog, buku dan video, interaksi harian di media sosial dan segmen artikel yang kerap di dalam akhbar terkenal di Malaysia di samping kemunculan di televisyen dan radio.

Anugerah & Pengiktirafan[sunting | sunting sumber]

Pada Oktober 2020, sempena Hari Keputeraan Ke-71 Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia Dr Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Datuk Wira Dr Azizan Osman telah menerima anugerah Darjah Cemerlang Seri Melaka (D.C.S.M) yang membawa gelaran 'Datuk Wira'.

Pada tahun 2017, Azizan mendapat pengiktirafan Master Coach Bertaraf Dunia dan berprestij oleh International Coach Guild (ICG) Australia atas pengalaman dan kerja beliau dalam latihan dan bimbingan selain kejayaannya untuk mengubah individu dan perniagaan melalui strategi hasil yang berkesan dan metodologi kejurulatihan yang inovatif.

Beliau juga menerima pengiktirafan berikut sepanjang kerjaya beliau:

• Nona Superhero Award – Nona Men’s Business Mentor Award 2021[7]

• The Brand Laureate e-Branding Brand Leadership Awards 2020[8]

• Top 50 Marketing & Advertising Leaders Award by MADCon Marketing and Advertising Conference 2019[9]

• Entrepreneur Influencer of the Year by Malaysia SME & Entrepreneurs Business Awards 2019[10]

• Master Entrepreneur Creators by Malaysia SME & Entrepreneurship Business Award 2017-2018 Premier Edition

• The 100 Most Influential Young Entrepreneur Award by Entrepreneur Insight 2017[11]

• Best Business Mentorship Provider for Regional Brands by Asia Halal Brand Awards 2017

Pautan Media[sunting | sunting sumber]

Business Growth for SMEs: Azizan Osman Discusses Three Acquisition Strategies For ERP And Cloud Platforms

Why Attitude Affects Everything (Especially When Looking To Improve Your Bottom-Line)

RichWorks Mentoring Programme Participants Generate More than $533 Million in Sales

RichWorks International: Impacting the Landscape of Businesses and SMEs Across Asia

Usahawan bimbingan RichWorks raih jualan RM3.7 bilion

Strategi berkesan bisnes kencang

332 usahawan jutawan RichWorks sertai ICM

KPLB | Lahir Usahawan Desa Jadi Jutawan

Ekonomi dunia makin mencabar, persediaan usahawan menghadapinya

Rujukan[sunting | sunting sumber]