Bahagian Serian

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian

Serian ialah sebuah bandar pekan berkeluasan kira-kira sekitar, (2,039.9 kilometer persegi) yang dipisahkan pada 11 April 2015 dari Bahagian Samarahan, Sarawak, Malaysia. Ia terletak kira-kira 40 batu (64 km) dari Kuching. Dan terdapat dua daerah iaitu Daerah Serian dan Daerah Siburan.Terdapat Pekan kecil di dalam Bahagian Serian iaitu pekan balai Ringin dan pekan Tebedu.

Diisytiharkan secara rasmi sebagai bahagian ke-12 di Sarawak oleh Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Patinggi Hj Adenan bin Hj Satem pada 11 April 2015[1][2].

Pekan ini terkenal dengan duriannya, yang popular dipercayai sebagai yang terbaik di Sarawak. Ini telah mendorong Majlis Daerah Serian untuk mendirikan sebuah monumen gergasi kepada "raja buah-buahan" ini betul-betul di tengah-tengah dataran pasar. Bagaimanapun, monumen lain seperti patung harimau dan kerbau kelihatan tidak bertempat kerana tiada harimau atau kerbau di daerah ini. Pekan ini mempunyai hubungan yang baik dengan kawasan pedalamannya yang kaya melalui jalan darat dan air dan oleh itu seseorang boleh menemui pelbagai jenis hasil hutan yang terdapat di pasaran hasil hutan tetapi akhir-akhir ini, kebanyakan hasil ini dibawa masuk dari Kalimantan, Indonesia kerana harganya lebih murah . Penduduk daerah (bancian tahun 2010) ialah 90,763. Kira-kira 65% penduduk adalah Bidayuh. Kumpulan etnik utama lain ialah Iban, Cina, dan Melayu.

Geografi[sunting | sunting sumber]

Pembentukan batu kapur dan sawah padi boleh dilihat sepanjang perjalanan ke Tebedu. Tempat tarikan lain di Serian ialah Gua Tiab Bilanting yang terletak di Kampung Pichin dan juga Bukit Parang yang terletak di sempadan Sarawak-Kalimantan. Terdapat banyak air terjun yang terdapat di Daerah Serian Sarawak. Air Terjun Ranchan adalah yang paling terkenal, terletak kira-kira 5 kilometer (3.1 mi) dari bandar Serian dan boleh diakses dengan mudah melalui jalan raya. Air Terjun Simuja merupakan satu lagi air terjun yang boleh ditemui di Serian tetapi telah rosak teruk akibat aktiviti pembalakan. Ia terletak kira-kira 7 kilometer (4.3 mi) dari bandar. Tiada jalan yang betul ke air terjun dan pelawat perlu mendaki 1–2 kilometer (0.62–1.24 mi) dari jalan utama Serian-Sri Aman untuk ke sana.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

  • Pejabat Pendidikan Daerah Serian (PPD Serian)
  • Pusat Kegiatan Guru Serian (PKG Serian)

Sekolah Rendah

  • SK Balai Ringin
  • SK Bedup
  • SK Daha
  • SK Engkeroh
  • SK Entayan
  • SK Entubuh
  • SK Gahat Mawang
  • SK Gemang
  • SK Koran
  • SK Krait
  • SK Krangan
  • SK Krusen
  • SK Kujang Mawang
  • SK Kujang Sain
  • SK Lebur/Remun
  • SK Lobang Batu
  • SK Lubok Antu Reban
  • SK Mapu
  • SK Mawang Taup
  • SK Melansai
  • SK Mentu Tapu
  • SK Merakai
  • SK Merbau
  • SK Mubok Berawan
  • SK Parun Suan
  • SK Pangkalan Sorah
  • SK Pati
  • SK Payau
  • SK Plaman Baki/Menaul
  • SK Pridan
  • SK Rayang
  • SK Reteh
  • SK Riih Daso
  • SK Rituh
  • SK Samarahan Estate
  • SK Sangai
  • SK Sebanban
  • SK Semada
  • SK Semukoi
  • SK Sejijag
  • SK Serian
  • SK Sumpas
  • SK Sungai Kenyah
  • SK Sungai Rimu
  • SK Sungai Sameran
  • SK Sungan
  • SK Tanah Merah
  • SK Tanah Puteh
  • SK Tarat
  • SK Tebakang
  • SK Tebedu
  • SK Tema
  • SK Temong
  • SK Tepoi
  • SK Tesu
  • SK Tian Murud
  • SK Triang
  • SK All Saints Plaman Nyabet
  • SK ST Alban Ampungan
  • SK ST Ambrose Panchor
  • SK ST Anthony Kawan
  • SK ST Barnabas Baru
  • SK ST Dominic Pichin
  • SK ST Henry Slabi
  • SK ST John Mantung
  • SK ST John Taee
  • SK ST Jude Bunan
  • SK ST Matthew Lanchang
  • SK ST Michael Mongkos
  • SK ST Norbert Paon Gahat
  • SK ST Patrick Tangga
  • SK ST Philip Bugu
  • SK ST Raymond Mujat
  • SK ST Teresa Serian
  • SJK Chung Hua Serian
  • SJK Chung Hua Bt. 29
  • SJK Chung Hua Bt. 35
  • SJK Chung Hua Bt. 32
  • SJK Sungai Menyan
  • SJK Pangkalan Bedup
  • Sekolah Ayer Manis

Sekolah Menengah

  • SMK Tebakang
  • SMK Tarat
  • SMK Taee
  • SMK Serian
  • SMK Tebedu
  • SMK Balai Ringin

Pusat membeli-belah[sunting | sunting sumber]

  • H&L Supermarket
  • Everrise (Ditutup pada 2019)
  • Everwin Supermarket
  • UNACO Supermarket
  • Jun Rong
  • Pasar Raya Sin Joon Miaw
  • Le Papa Hypermarket

Maklumat Lain[sunting | sunting sumber]

Pekan Serian merupakan antara bandar yang paling sibuk terutama pada musim perayaan. Kedai-kedai dan pusat membeli belah di pekan ini akan dipenuhi oleh kebanyakan orang Bidayuh yang pulang dari Semenanjung Malaysia, luar negara atau bandar utama pada cuti Gawai dan Krismas.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]