Susan Lankester

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Susan Lankester
Nama lain Sue
Pekerjaan Pelakon, penulis skrip
Tahun aktif 1983–kini

Susan Lankester ialah seorang pelakon Malaysia kacukan Inggeris dan Cina[1] yang mula dikenali menerusi filem tahun 1983 berjudul Mekanik arahan Othman Hafsham di mana menerusi lakonan debutnya itu beliau dicalonkan untuk kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-4. Menerusi filem tersebut Susan cukup dikenali menerusi dialog "Orang putih ke, orang biru ke, kita orang Malaysia kan?" yang menjadi sebahagian daripada dialog filem popular. Beliau sekali lagi dicalonkan dan memenangi anugerah tersebut pada 1994 menerusi lakonan hebatnya sebagai ketua editor majalah wanita dalam filem Femina.

Watak komedinya dalam siri komedi 2+1 bersama Imuda pernah melayakkan beliau bertanding dalam kategori Artis Komedi Wanita Popular (ABPBH) pada tahun 1993.[perlu rujukan]. Namun selepas kejayaan sitkom tersebut, Susan mengambil keputusan untuk berehat seketika daripada TV dan filem ekoran sering mendapat watak-watak yang klise. Beliau menumpukan kepada projek-projek teater dan perniagaan sendiri selama lebih 12 tahun. Pada tahun 2010, beliau membuat kemunculan membawakan watak Adeline Hunter Bertorgh dalam pementasan teater Natrah arahan Erma Fatima. Beliau juga muncul dalam sitkom bertemakan mokumentari berjudul Keluarga Iskandar memegang watak sebagai Kamariah Abdullah di mana beliau dicalonkan untuk kategori Pelakon Komedi Wanita Terbaik di Anugerah Lawak Warna 2013. Disamping itu Susan juga pernah bergelar menyanyi, dan cukup popular menerusi kolaborasinya bersama SM Salim menerusi lagu "Antara Dua Zaman".

Beliau kini masih bergiat aktif dalam bidang seni, khususnya dalam menulis skrip untuk teater dan filem. Di samping itu, beliau juga memiliki perusaan dalam bidang hiasan dalaman dan lanskap.[2] Beliau juga berkebolehan bertutur dalam Bahasa Tamil dan Mandarin. [3]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

  • 1983 – Mekanik
  • 1989 – Ujang
  • 1992 – Nadia
  • 1993 – Femina
  • 1996 – Sutera Putih
  • 2008 – Susuk
  • 2014 – Take Me To Dinner

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album Studio[sunting | sunting sumber]

Pelbagai[sunting | sunting sumber]

  • Indah Kasorrga I (lagu tema drama Ringgit Kasorrga)[4]
  • Cerita Hitam Putih (lagu dalam drama Ringgit Kasorrga)[4]

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Labour of love theStar online
  2. ^ Mizi (29 November 2010). "Syarat Susan kembali berlakon". N9Kini.com. Diambil pada 29 Januari 2011.
  3. ^ Labour of love
  4. ^ a b Kamal. "Filem Malaysia - Ringgit Kasorrga". Dicapai pada 14 Januari 2013. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]