Bandar Kuala Pilah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kuala Pilah
Kolo Pilah
Bandar dan ibu daerah
Transkripsi lain-lain
 • Jawiكوالا ڤيله
 • Cina瓜拉庇勞
Jalan Besar (sebahagian daripada Laluan Persekutuan Malaysia 9 ) melalui pusat bandar
Jalan Besar (sebahagian daripada Laluan Persekutuan Malaysia 9 ) melalui pusat bandar
Lokasi Bandar Kuala Pilah di dalam Daerah Kuala Pilah
Lokasi Bandar Kuala Pilah di dalam Daerah Kuala Pilah
Negara Malaysia
Negeri Negeri Sembilan
DaerahKuala Pilah
Luak Ulu Muar
Pentadbiran
 • JenisPihak berkuasa tempatan
 • BadanMajlis Daerah Kuala Pilah
Zon waktuUTC+8 (MST)
Poskod
72xxx
Laman sesawangwww.mdkp.gov.my
Majlis Daerah Kuala Pilah
Akta Kerajaan Tempatan 1976
Jenis
Jenis
Sejarah
DiasaskanJun 1980
Kepimpinan
Presiden
Mohd Faizal Abdul Manap
Setiausaha Daerah
Amin Jamail Thamimul Ansary
Moto
Indah, Makmur
Tempat persidangan
72009 Kuala Pilah, Negeri Sembilan Darul Khusus
www.mdkp.gov.my
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Kuala Pilah (sebutan dalam loghat tempatan: Kolo Pilah; Jawi: كوالا ڤيله), juga diringkaskan sebagai Pilah sahaja, merupakan sebuah bandar yang terletak di daerah senama di tengah Negeri Sembilan, Malaysia, serta merupakan pusat pentadbiran bagi daerah berkenaan.

Bandar ini terkenal dengan seni bina rumah-rumah kedai berhias cantik cerminan kemewahan para pengusaha syarikat milik mereka yang berniaga di sini pada sekitar 1910-an dan 1920-an ketika ia menjadi tempat pertemuan jalan-jalan timur dan barat Semenanjung.[1]

Pusat bandar lama Kuala Pilah (2009)
Masjid Jamek Yamtuan Raden

Geografi[sunting | sunting sumber]

Banjaran Titiwangsa dilihat dari Melang, di barat pusat bandar Kuala Pilah.

Bandar Kuala Pilah terletak di bahagian hulu Sungai Muar, di lereng timur Banjaran Titiwangsa. Jaraknya ke ibu negeri, Seremban, adalah sekitar 39 km (22.3 bt) ke arah barat. Seri Menanti, iaitu bandar diraja bagi Negeri Sembilan, terletak 14 km (8.7 bt) ke arah barat daya.

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Bandar Kuala Pilah merangkumi mukim-mukim Pilah, Ulu Muar dan Melang di dalam Daerah Kuala Pilah, iaitu salah satu daripada tujuh daerah yang terdapat di Negeri Sembilan. Bandar ini juga merupakan ibu daerah bagi daerah berkenaan.

Dari segi pentadbiran adat pula, bandar ini adalah sebahagian daripada Luak Ulu Muar, iaitu salah satu daripada Luak Tanah Mengandung yang mengelilingi wilayah diraja Seri Menanti.

Pengangkutan[sunting | sunting sumber]

Laluan Persekutuan Malaysia 9 merupakan jalan raya utama yang melalui bandar Kuala Pilah, menghubungkannya dengan Tampin di selatan dan dengan Simpang Pelangai dan Karak, Pahang di utara. Laluan Persekutuan Malaysia 51 beserta dengan Laluan Negeri N3, menghubungkan bandar ini dengan Seremban, manakala Laluan Negeri N112 pula menghubungkan bandar ini dengan Kuala Jelai dan Bahau, Daerah Jempol di timur.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Speechley, Soon-Tzu (2023). Malayan Classicism: From the Architecture of Empire to Asian Vernacular. Bloomsbury. m/s. 111. ISBN 135036035X.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]