Valéry Giscard d'Estaing
Valéry Giscard d'Estaing | |
---|---|
![]() | |
Presiden Perancis | |
Dalam jawatan 27 Mei 1974 – 21 Mei 1981 | |
Perdana Menteri | Jacques Chirac Raymond Barre |
Didahului oleh | Georges Pompidou |
Digantikan oleh | François Mitterrand |
Presiden Majlis Daerah of Auvergne | |
Dalam jawatan 21 Mac 1986 – 2 April 2004 | |
Didahului oleh | Maurice Pourchon |
Digantikan oleh | Pierre-Joël Bonté |
Menteri Ekonomi dan Kewangan | |
Dalam jawatan 20 Jun 1969 – 27 Mei 1974 | |
Perdana Menteri | Jacques Chaban-Delmas Pierre Messmer |
Didahului oleh | François-Xavier Ortoli |
Digantikan oleh | Jean-Pierre Fourcade |
Dalam jawatan 18 Januari 1962 – 8 Januari 1966 | |
Perdana Menteri | Michel Debré Georges Pompidou |
Didahului oleh | Wilfrid Baumgartner |
Digantikan oleh | Michel Debré |
Butiran peribadi | |
Lahir | Valéry Marie René Georges Giscard d'Estaing 2 Februari 1926 Koblenz, Jerman yang diduduki Perancis |
Parti politik | CNIP (1956–1962) FNRI (1966–1977) PR (1977–1995) UDF (1978–2002) PPDF (1995–1997) DL (1997–1998) UMP (2002–2004) |
Pasangan | Anne-Aymone Sauvage de Brantes (k. 1952) |
Anak-anak | 4, termasuk Henri dan Louis |
Alma mater | École Polytechnique École nationale d'administration |
Tandatangan | ![]() |
Valéry Marie René Georges Giscard d'Estaing [valeʁi ʒiskaʁ destɛ̃,va-lé-ri jis-kar dés-taeng] (lahir 2 Februari 1926) adalah seorang negarawan negarawan Perancis yang berkhidmat sebagai Presiden Republik Perancis dari 1974 hingga 1981.[1]
Sebagai Menteri Kewangan di bawah Perdana Menteri Jacques Chaban-Delmas dan Pierre Messmer, beliau memenangi pilihan raya presiden 1974 dengan 50.8% undi terhadap François Mitterrand daripada Parti Sosialis. Tempohnya ditandakan dengan sikap yang lebih liberal terhadap isu-isu sosial seperti perceraian, kontrasepsi dan pengguguran-dan percubaan untuk memodenkan negara dan pejabat presiden, terutamanya melancarkan projek-projek infrastruktur yang luas seperti sistem kereta api TGV dan peralihan penggunaan kuasa nuklear sebagai sumber tenaga utama Perancis. Walau bagaimanapun, kemasyhurannya merosot berikutan ekonomi yang menyusul krisis tenaga 1973 lalu menandakan berakhirnya zamaan yang dikatakan sebagai kemakmuran hebat negara Perancis setelah redanya Perang Dunia Kedua iaitu "tiga puluh tahun yang gemilang" (Trente Glorieuses).
Giscard d'Estaing menghadapi penentangan politik dari kedua-dua belah spektrum politik - haluan kiri diketuai François Mitterrand serta haluan kanan yang membangkang polisi beliau diketuai Jacques Chirac yang memberi nafas baharu kepada fahaman Gaullisme. Pada tahun 1981, walaupun beliau mendapat undia popular yang tinggi, beliau kalah dalam pilihan raya semula menentang Mitterrand, dengan 48.2% undian diraih.[2]
Isi kandungan
Awal hidup dan pendidikan[sunting | sunting sumber]
Kerjaya politik awal[sunting | sunting sumber]
Pemerintahan[sunting | sunting sumber]
Persaraan[sunting | sunting sumber]
Beliau dimasukkan sebagai anggota Académie française - akademi persuratan dan pelanngsungan bahasa Perancis tahun 2003.[3]
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ "Giscard hints at affair with Diana". Connexion. 21 September 2009. Diarkibkan daripada asal pada 5 October 2009. Dicapai 3 Jun 2011.
- ^ "Giscard: I made up Diana love story". Connexion. 24 September 2009. Diarkibkan daripada asal pada 5 October 2009. Dicapai 3 June 2011.
- ^ "VGE devient Immortel". Le Nouvel Observateur (dalam bahasa Perancis). 17 Disember 2003. Dicapai 20 November 2016.
==Pautanluar