Bikers Kental

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Rencana ini ialah mengenai filem Bikers Kental. Untuk kesinambungannya, sila lihat Bikers Kental 2.
Bikers Kental
PengarahHelmi Yusof
PenerbitGayatri Su-Lin Pillai
Dibintangi olehZizan Razak
Awie
Bront Palarae
Zul Ariffin
Harun Salim Bachik
Syarikat
penerbitan
Mula ditayangkan
23 Mei 2013
Tempoh tayangan
90 minit
NegaraMalaysia
BahasaBahasa Malaysia

Bikers Kental ialah sebuah filem Malaysia arahan Helmi Yusof. Filem ini di pawagam pada 23 Mei 2013.[1]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Filem Bikers Kental mengisahkan Bidin Al Zaifa cukup meminati motosikal berkuasa tinggi. Dia bekerja di garaj motosikal milik sepupunya, Aidil. Meskipun sengkek, Bidin berangan-angan memiliki motosikal berkuasa tinggi dan menjelajah ke negara jiran.

Keinginan itu semakin memuncak apabila bergaul dengan pelanggan setia garaj sepupunya. Dia ingin menyertai geng motosikal yang diketuai Eddie (Awie) namun kehadirannya kurang disenangi orang kanan Eddi, Arbi (Zul).

Impian Bidin menjadi kenyataan apabila dia terjumpa sebuah beg berisi wang yang banyak. Dengan duit itu dia membeli motosikal Aprilia RSV4 Factory dan menawarkan diri untuk berkonvoi ke Krabi bersama geng Eddie.

Sepanjang kembara itu Bidin berdepan dengan pelbagai insiden dan konflik. Dia juga jatuh cinta pandang pertama dengan Saiya yang bekerja di sebuah gerai makan. Lebih mencemaskan beberapa lelaki misteri mengekorinya.

Parodi[sunting | sunting sumber]

Bikers Kental telah diparodikan dalam rancangan meleTOP sebagai Bikers Sental.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

  • Zizan Razak sebagai Bidin Al Zaifa
  • Awie sebagai Eddie Cuardo
  • Harun Salim Bachik sebagai Aidil
  • Zul Ariffin sebagai Arbi
  • Bront Palarae sebagai Ponthaliwat
  • Amerul Affendi sebagai Albuqueque
  • Julangtip Sukkasem sebagai Cherry Pontitt
  • Sharul Mohd Safuan Arith sebagai Ali
  • Abdul Based Dain sebagai Lelaki Misteri
  • Sufian Mohamed sebagai Boy
  • Tuty sebagai Anak Eddie
  • Pornwipa Watcharakaroon sebagai Saiya Sukhapon
  • Harris Faidzal Yusof sebagai Abu

Kesinambungan[sunting | sunting sumber]

Helmi Yusof Akan Mengarahkan Filem Bikers Kental 2 dan pengambaraannya bermula pada Febuari 2016. Filen ini ditayangkan pada Mac 2019.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Feride Hikmet Atak (24 Disember 2012). Masalah Bahasa Ganggu Penggambaran 'Bikers Kental' Di Thailand The Star Online. Diperoleh pada 15 Mac 2014.
  2. ^ Budiey (7 Februari 2019). Yang Menarik Tentang Filem BIKERS KENTAL 2 Sensasi Selebriti. Dicapai pada 6 Mac 2019.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]