Zizan Razak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
"Zizan Raja Lawak" dilencongkan di sini.
Zizan Razak
Zizan Razak.jpg
Zizan pada 2013.
Kelahiran Mohd Razizan bin Abdul Razak
(1984-04-15) 15 April 1984 (umur 34)
Dungun, Terengganu, Malaysia
Kediaman Kuala Lumpur
Nama lain Zizan Raja Lawak
Pekerjaan pelawak, pelakon, pengacara, penyanyi, duta
Tahun aktif 2007–kini
Kerjaya lawak
Media Televisyen, filem, muzik
Genre Komedi, sketsa
Subjek Peristiwa semasa, budaya pop
Hasil kerja dan peranan Raja Lawak Astro
Jozan Show
Kapoww!!
KL Gangster
KL Gangster 2
Abang Long Fadil
Abang Long Fadil 2
Hantu Bonceng
Mael Lambong
Polis EVO
Ahli Jozan
Kerjaya muzik
Genre Pop, hip hop, R&B
Instrumen Vokal, rap
Kegiatan berkaitan
Dina Nadzir, Zain Hamid, Kaka Azraff, Altimet

Mohd Razizan Abdul Razak (Jawi: محمد رازيزن عبدالرازق lahir 15 April 1984) atau lebih dikenali sebagai Zizan Razak, ialah seorang pelawak, pengacara, pelakon, penyanyi dan duta Malaysia.[1] Beliau ialah naib juara Raja Lawak musim pertama, malahan ketika awal kemunculannya beliau dipanggil sebagai Zizan Raja Lawak. Beliau juga dikenali menerusi gandingan bersama Johan Raja Lawak membentuk kumpulan Jozan dan banyak menyertai pelbagai pertandingan lawak di Malaysia. Selain berbakat dalam bidang lakonan, beliau juga telah memperluaskan bidang kerjanya iaitu pengacaraan dan nyanyian.

Zizan terkenal dengan peranan lakonannya di layar lebar termasuk filem komedi adiwira Kapoww!!: Atoi The Ajaib Boy (2010), aksi jenayah KL Gangster (2011–13), komedi seram Hantu Bonceng (2011), Mael Lambong (2012), komedi pasca-apokaliptik KL Zombi (2013), Abang Long Fadil (2014–17) dan Polis EVO (2015). Beliau juga telah menerima pelbagai anugerah dan pencalonan dalam kerjayanya termasuk Artis Komedi Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010, Anugerah Hero Terhebat di Anugerah Blokbuster 2012 dan Pelakon Komedi Lelaki Terbaik (Filem) di Anugerah Lawak Warna 2013.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Zizan dilahirkan pada 15 April 1984 di Dungun, Terengganu dan merupakan anak bongsu daripada dua beradik, beliau mempunyai seorang abang. Zizan berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Beliau merupakan naib juara Raja Lawak Astro musim pertama bersama Johan. Melalui rancangan inilah beliau dikenali sebagai "Zizan Raja Lawak". Beliau juga mengambil bahagian dalam Maharaja Lawak, yang merupakan siri kedua pertandingan untuk finalis setiap musim Raja Lawak. Dalam rancangan itu, beliau digandingkan bersama Johan Raja Lawak. Mereka dikenali sebagai Jozan.[2][3] Mereka berdua mengacarakan rancangan bual bicara santai dengan menggunakan nama kumpulan ini, yang bertahan selama satu musim. Zizan juga menjuarai Super Spontan Superstar sebanyak dua kali.[4] Zizan juga pernah digandingkan bersama Sherry Ibrahim menerusi drama komedi Chapalrela yang bersiaran di Astro Warna.[5]

Zizan memegang watak sebagai Sunny, seorang bapa ayam yang bertanggungjawab memisahkan Kenji dan ibunya dalam telefilem Karlos Bolos yang bersiaran pada Hari Raya Aidilfitri 2013, dibintangi oleh Johan As'ari dan Syazwan Zulkifly.[6] Ini merupakan pertama kali Zizan menjayakan watak serius dalam kerjaya lakonannya. Beliau bersama Shaheizy Sam kembali bekerja di bawah arahan Ghaz Abu Bakar menerusi telefilem Baby Bro! yang turut menampilkan Izara Aishah dan Nur Qistina Raisah. Telefilem ini mengisahkan tentang kehidupan seharian dua orang pemuda, Joe dan Sham, yang mencari rezeki dengan cara tersendiri di kota Kuala Lumpur. Kehidupan mereka berubah serta-merta dengan kehadiran seorang bayi yang tidak diketahui dari mana asalnya, ia menemui penonton di Astro First Eksklusif pada 30 November 2017.[7][8][9]

Filem[sunting | sunting sumber]

Zizan memulakan kerjaya filemnya menerusi filem Duhai Si Pari-Pari (2009) arahan Azmi Hatta lakonan Liyana Jasmay, yang mana beliau membuat penampilan khas. Beliau juga mempunyai peranan sama dalam filem Lu Pikirlah Sendiri The Movie (2010). Zizan menjayakan peranan utama sebagai Atoi dalam filem aksi komedi adiwira Kapoww!! arahan Azizi ‘Chunk’ Adnan yang turut dibintangi oleh Lisa Surihani sebagai Siti Nurhasnita.[10][11]

Pada 9 Jun 2011, Zizan menjadi tunjang utama filem aksi jenayah yang meraih kutipan pecah panggung KL Gangster arahan Syamsul Yusof lakonan Aaron Aziz, Ady Putra, Soffi Jikan dan Syamsul; Beliau menjayakan peranan Fadil, seorang samseng dan rakan karib Malek.[12] Beliau kembali menjayakan peranannya dalam prekuelnya yang ditayangkan pada 3 Oktober 2013.[13]

Zizan memegang watak sebagai Amran, seorang budak penghatar piza yang gemar berlumba motor drag secara haram dalam filem aksi komedi seram Hantu Bonceng yang menggandingkan beiau bersama Juliana Evans yang memegang dua watak—Ayu dan Maya. Filem ini ditayangkan pada 31 Ogos 2011, bersempena dengan sambutan ulang tahun kemerdekaan negara ke-54.[14][15] Persembahannya dalam filem ini melayakkan Zizan memenangi Anugerah Hero Terhebat di Anugerah Blokbuster 2012. Zizan meminjamkan suaranya bagi watak seekor kura-kura bernama Nico dalam filem komedi romantik Cinta Kura Kura arahan Nizam Zakaria lakonan Tiz Zaqyah dan Aeril Zafrel.[16] Zizan kembali meneruskan kerjasamanya bersama Syamsul menerusi filem Jalan Kembali: Bohsia 2 yang ditayangkan pada 7 Jun 2012; beliau memegang watak sebagai Ejan.[17]

Beliau menjadi bintang utama bersama Siti Saleha, Izara Aishah dan Usop Wilcha di dalam filem komedi pasca-apokalips adaptasi dari novel Zombijaya karya Adib Zaini terbitan Buku Fixi, KL Zombi arahan Woo Ming Jin yang ditayangkan pada 29 Ogos 2013[18] mengisahkan lima sekawan yang mempunyai impian dan cita-cita hidup yang tersendiri. Namun, segalanya menjadi porak peranda apabila sejenis wabak merbahaya yang menukarkan manusia menjadi zombi telah merebak di sekitar Kuala Lumpur.[19] Gandingan beliau bersama Siti telah melayakkan beliau menerima pencalonan di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-27 bagi Gandingan Serasi di Layar Lebar.[20]

Zizan kembali menjayakan peranannya sebagai Fadil dalam filem aksi komedi Abang Long Fadil arahan Syafiq Yusof.[21] Filem ini merupakan terbitan turunan daripada KL Gangster arahan Syamsul Yusof dan ia menjadi satu-satunya filem lakonan beliau bagi 2014.[22] Zizan melengkapkan portfolio kerjaya filemnya pada 2015 dengan menjayakan peranan utama sebagai Man dan Cicak-Man dalam filem Cicakman 3[23][24] arahan Yusry KRU dan arahan bersama oleh Ghaz Abu Bakar, yang menemui penonton di pawagam pada 12 Mac 2015, beliau menggantikan Saiful Apek yang berlakon dalam dua filem terdahulu, filem ini menggandingkan beliau bersama Lisa Surihani yang memegang watak sebagai Linda, isteri kepada Man/Cicakman.[25]

Zizan membintangi filem aksi komedi Polis EVO arahan Ghaz Abu Bakar dengan melakonkan watak sebagai Inspektor Sani, filem ini turut dibintangi oleh Shaheizy Sam dan Nora Danish. Filem ini merupakan kejayaan komersial dan mendapat sambutan daripada penonton sekaligus meraih kutipan kasar RM 18 juta,[26] malah turut menjadi antara 10 carian terbanyak[27] serta filem dengan carian terbanyak di Google Malaysia untuk bulan September 2015.[28][29]

Beliau sekali lagi menjayakan peranan utamanya dalam filem Abang Long Fadil 2 yang ditayangkan pada 24 Ogos 2017.[30] Beliau mengakui kejayaan Abang Long Fadil 2 bukan hanya beliau seorang sahaja, tetapi semua wargakerja termasuk pengarahnya, Syafiq Yusof.[31]

Zizan merupakan antara pelakon yang menjayakan filem animasi Wheely arahan Yusry Abdul Halim yang ditayangkan pada 16 Ogos 2018; Zizan menyumbangkan suaranya untuk watak Wheely.[32] Zizan dan Sam kembali menjayakan semula watak utama mereka dalam kesinambungan filem Polis Evo yang ditayangkan pada 22 November 2018,[33][34] dan Abang Long Fadil 3 yang kini menjalani pos-produksi.[35][36][37]

Muzik[sunting | sunting sumber]

Selain menjadi pelakon dan pelawak, Zizan juga berbakat dalam bidang muzik. Pada 2011, beliau merakamkan single solo sulungnya bertajuk "Selamat Tinggal" yang menampilkan Dina Nadzir yang dirakam dan digunakan untuk lagu latar semasa sesi penyingkiran dalam rancangan Raja Lawak Astro.[38] Zizan memulakan kolaborasi sulungnya bersama penyanyi Kaka Azraff dan seterusnya muncul bersama lagu "Bawaku Pergi" hasil nukilan Malique, bekas penyanyi kumpulan Too Phat. Lagu ini menjadi kontroversi kerana ia mengandungi lirik yang berbaur hasutan yang menggalakkan remaja keluar dari rumah, sehingga isu ini dibangkitkan di Parlimen.[39][40][41]

Beliau kembali meneruskan kerjasama bersama Kaka menerusi lagu "Infiniti Cinta" yang dicipta oleh Audi Mok dan Omar K serta lirik ditulis oleh Zizan sendiri.[42] Muzik videonya dilancarkan pada 25 September 2013 dan diarahkan oleh Ghaz Abu Bakar.[43][44] "Infiniti Cinta" berjaya mara ke saingan Separuh Akhir dalam rancangan Muzik-Muzik yang berlangsung pada 21 November 2014.[45] Selain itu, Zizan turut menyumbangkan suaranya untuk muzik dan runut bunyi Abang Long Fadil 2 menerusi lagu "Kaki Licik".[46] Pada 16 Mac 2018, Zizan muncul dengan single terbarunya "Kita OK" di bawah syarikat Rocketfuel Entertainment.[47][48] Zizan melancarkan single terbarunya, "Kau Takkan Tahu" pada Ogos 2018[49][50][51] dengan duet bersama Melda Ahmad.[52][53]

Cabang lain[sunting | sunting sumber]

Dengan kejayaannya dalam bidang seni hiburan, Zizan menempatkan dirinya dalam bidang perniagaan. Pada 26 Oktober 2013, beliau bersama rakan kongsinya, Rostam Affendy Abd Rahim membuka sebuah restoran burger yang diberi nama Burgerbyte yang telah memiliki tiga cawangan yang beroperasi di Sentul, Senawang dan Damansara.[54][55][56] Zizan berkata dalam temuramah bersama wartawan: "Saya merupakan antara penggemar burger dan apabila melihat konsep hidangan pelbagai jenis yang disediakan, membuatkan hati saya terbuka untuk membuka restoran ini secara francais."[57] Di bawah syarikat miliknya, Zizan Group Sdn. Bhd, Zizan telah menubuhkan kedai serbaneka miliknya, Zizan Mart dengan cawangan pertamanya dibuka di Kota Bharu, Kelantan pada 18 Ogos 2015.[58][59] Majlis perasmian Zizan Mart disempurnakan oleh Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Abdul Fatah Mahmood.[60]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Zizan merupakan seorang yang bujang.[61][62] Beliau sebelum ini pernah dihebohkan menjalin hubungan dengan pelakon Emma Maembong sekitar 2011.[63] Media Hiburan melaporkan melalui sebuah portal hiburan, ibu kepada Zizan telah mendedahkan bahawa hubungan rapat antara anaknya dengan Emma telah terjalin dan mengakui sebelum ini Emma pernah berkunjung ke rumahnya.[63] Mereka berdua memutuskan hubungan cinta pada awal 2015.[64][65] Zizan mengakui banyak melakukan kesilapan sepanjang percintaannya dengan Emma sehingga menyebabkan perpisahan mereka. Tidak lama kemudian, Zizan telah memuat naik sekeping gambar yang menunjukkan mereka berdua kembali berdamai di laman Instagram miliknya.[66]

Beliau sebelum ini pernah menjalin hubungan dengan pelakon Juliana Evans yang dikenalinya ketika sama-sama membintangi filem Hantu Bonceng pada 2012.[67][68] Pada 17 Mac 2015, Zizan terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Putrajaya dan berada dalam keadaan selamat.[69]

Pada 2017, Zizan dilaporkan menjalin hubungan cinta dengan pelakon-pengacara Mira Filzah, ketika sama-sama mengacarakan malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-29 pada 2016. Namun kedua-dua mereka menafikan mempunyai hubungan istimewa, malah Zizan menegaskan beliau tiada hubungan istimewa dengan Mira.[70][71][72][73][74]

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Dialog menghina Islam[sunting | sunting sumber]

Zizan memohon maaf berikutan dialog beliau yang menghina Islam dalam filem komedi Hantu Bonceng pada September 2011. Dewan Pemuda PAS Malaysia mengecam Zizan yang jelas menghina Rasulullah saw dengan menyebut “Ashaduanna Muhammadar ... syaitan” yang membawa maksud “Aku naik saksi bahawa Muhammad itu ... syaitan”. Ustaz Azhar Idrus memintanya bertaubat kepada Allah, berhubung isu azan, memakai baju yang mempunyai palang salib ke masjid dan beberapa isu tahyul seperti bogel depan hantu.[75]

Kes saman oleh pengurus peribadi[sunting | sunting sumber]

Pada 30 September 2014, Zizan berdepan dengan isu ketetapan perundangan apabila pembantu peribadinya, Marina Juki memfailkan kes saman terhadapnya di pejabat pendaftaran Mahkamah Tinggi Sivil berhubung pembekuan dua akaun syarikat Wire Fame Entertainment Sdn Bhd untuk satu tempoh yang lama. Marina mendakwa menanggung kerugian besar kerana artis-artis di bawah naungan syarikat Wire Fame termasuk Zizan tidak berminat lagi menyambung kontrak kerana pembekuan akaun syarikat itu menunjukkan syarikat itu berdepan dengan masalah. Dalam saman itu beliau menamakan Maybank Islamic Berhad, Zizan dan Wire Fame sebagai defendan pertama hingga ketiga.[76] Pada 5 November, Marina memfailkan saman kedua di pejabat pendaftaran Mahkamah Sesyen Sivil terhadap Zizan atas dakwaan melanggar kontrak perjanjian yang ditandatangani antara Zizan, Wire Fame dan plaintif (Marina) pada 3 Mei 2011 iaitu Zizan telah bersetuju melantiknya sebagai pengurus peribadi dan perjanjian itu untuk tempoh empat tahun dan akan tamat pada 2 Mei 2015. Pada Januari 2015, Zizan dan bekas pengurusnya gagal menyelesaikan saman itu di luar mahkamah.[77][78] Kes saman terhadap beliau ditolak oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 10 Februari 2015.[79] Perbicaraan kes saman beliau difailkan pada 10 Ogos.[80]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Kunci
Filem dan drama yang belum dikeluarkan Menunjukkan filem/drama yang belum dikeluarkan

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Pengarah Catatan
2009 Duhai Si Pari-Pari Penyamun Azmi Mohd Hatta Filem pertama, penampilan khas
2010 Lu Pikirlah Sendiri The Movie Dirinya sendiri Aminah Rhapor Penampilan khas
Kapoww Atoi Azizi Chunk Adnan
2011 KL Gangster Fadil Syamsul Yusof
Hantu Bonceng Amran Ahmad Idham
2012 Cinta Kura Kura Nico Nizam Zakaria Suara latar
Jangan Pandang-Pandang Ajis Ahmad Idham
Uncle Usin Spy 13 Husin Hj. Husain
Ghost Buddies Dirinya sendiri Simon Sek
Jalan Kembali: Bohsia 2 Ejan Syamsul Yusof
Mael Lambong Mael Lambong Ahmad Idham
Baik Giler Afiq Mansor Akob
Untuk Tiga Hari Dirinya sendiri Dato' Afdlin Shauki Penampilan kameo
Hantu Kapcai Ajib Ghaz Abu Bakar
2013 Bikers Kental Bidin Al-Zaifa Helmi Yusof
KL Zombi Nipis Woo Ming Jin
KL Gangster 2 Fadil Syamsul Yusof
Tokan Mat Lobe Ghaz Abu Bakar
2014 Abang Long Fadil Fadil Syafiq Yusof
2015 Werewolf Dari Bangladesh Pilun Mamat Khalid
Cicakman 3 Man/Cicak Man Yusry Abdul Halim,
Ghaz Abu Bakar
Polis EVO Inspektor Sani Ghaz Abu Bakar
Rembat Mr Baby Shamyl Othman
2017 Abang Long Fadil 2 Fadil Syafiq Yusof
2018 Wheely Wheely Yusry Abdul Halim Suara latar
Kesempatan Kedua Awi Suryadi Filem Indonesia
Polis EVO 2 Inspektor Sani Joel Soh
Andrew Chiew
2019 Abang Long Fadil 3 Filem dan drama yang belum dikeluarkan Fadil Syafiq Yusof Pos-produksi
TBA Bulan & Pria Filem dan drama yang belum dikeluarkan Haris Ghaz Abu Bakar Dalam pengambaran

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2008-09 Bolos Pengacara Astro Ria
2009-11 Jozan Show Pengacara bersama Johan Raja Lawak Astro Prima
2009 Funniest Pets & Peoples Pengacara Astro Ceria
2010-14 Melodi Pengacara bersama Dira Abu Zahar (2010 - 2012)
Awal Ashaari (2012 - 2017)
TV3
2011 Zizan Show Pengacara Astro Warna
Konsert Lawak Tetamu bersama Johan Astro Warna
2013 Akademi Fantasia 2013 Pengacara bersama Hanis Zalikha Astro Ria
2014 Akademi Fantasia 2014 Pengacara bersama Faizal Ismail Astro Ria
2015 Akademi Fantasia 2015 Pengacara bersama Faizal Ismail Astro Ria
Anugerah Industri Muzik ke-21 Astro Ria
2016 Akademi Fantasia 2016 Pengacara bersama Alif Satar Astro Ria
2017 Festival Filem Malaysia ke-29 Pengacara bersama Siti Elizad Astro Ria
2018 Jozan Live Pengacara bersama Johan Astro Warna
Lawak Bos-Bos Pengacara Astro Warna

TV realiti[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Saluran TV
2007-13 Raja Lawak Astro Astro Ria
2010 Spontan Astro Warna
2009-10 Redah Kasi Pecah Astro Warna
2010 Jangan Lupa Lirik: Raya Raya Raya!! Astro Ria
Anda Ada 60 Saat Astro Warna
2011 Maharaja Lawak Astro Warna
Mega Raya Astro Ria
2012 Super Spontan Astro Warna
Clever! Edisi Malaysia Astro TVIQ
Maharaja Lawak Mega 2012 Astro Warna
Lawak Ke Der? Astro Warna
2013 Lawak Ke Der? 2 Astro Warna
Aaron & Zizan: Raya Sampai Pengsan Astro Ria
2014 Maharaja Lawak Mega 2014 Astro Warna
Aaron & Zizan: Raya Seram Sejuk Astro Ria
2017 Lawak Ke Der Tak Cover Line EP01 Astro Warna

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2008 Gaia Gaia Astro Ria
2010 Chapalrela Anjang Merah Astro Warna

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2008 Joe & Farida Astro Ria
2009 Geng Raya Zizan Dirinya sendiri Astro Ria
2010 Nak Balik Raya
Odisi Raya MJ
2011 Drogba & Rooney Rooney Astro Prima
2012 Usin Bunga
2013 Karlos Bolos Sunny TV3
Nama Aku Beng Beng Astro Ria
Oh My English!: Oh My Ganu! Zizang Astro TVIQ
2014 Hantu Selfie Saleh Astro Ria
2015 Hantu Wefie Saleh Astro Ria
Strawberi & Karipap Hello Gold Coast Astro First Eksklusif
2016 Oh My English!: Oh My Ganu! 2 Zizang Astro TVIQ
Angin Cinta KK Astro First Eksklusif
2017 Jula Juli Bintang Cinta Dani Astro Mustika HD
Jula Juli Bintang Putus Cinta Dani Astro Mustika HD
Baby Bro Sham Astro First Eksklusif
2018 Misteri Maria Ilham ntv7

Muzik video[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk lagu Artis Ruj.
2012 "Aku Maafkan Kamu" Malique (menampilkan Dato' Jamal Abdillah) [81]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Single
Tahun Tajuk Penyanyi undangan Rujukan
2012
"Selamat Tinggal"
Dina Nadzir
2013
"Anggun"
Altimet dan Zain Hamid
"Bawaku Pergi"
Kaka Azraff
2014
"Infiniti Cinta"
Kaka Azraff
"Adiwiraku"
KRU
2017
"Chentaku"
SonaOne
"Kaki Licik"
[82]
"Baby Bro"
Hannah Delisha [83]
2018
"Kita OK"
"Kau Takkan Tahu"
Melda Ahmad

Kejayaan[sunting | sunting sumber]

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2009 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 Artis Komedi Lelaki Popular Zizan Razak Dicalonkan
2010 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 Artis Komedi Lelaki Popular Zizan Razak Dicalonkan
Anugerah Shout! 2010 Favourite TV Personality Award Zizan Razak Menang
2011 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 Artis Komedi Lelaki Popular Zizan Razak Menang
2012 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 Pengacara TV Lelaki Popular Zizan Razak Menang
Anugerah Shout! 2012 Best On Screen Chemistry Award Zizan & Johan Menang
Favourite TV Personality Award Zizan Razak Menang
Anugerah Blokbuster Anugerah Hero Terhebat Zizan Razak (Hantu Bonceng) Menang
2013 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 Artis Komedi Lelaki Popular Zizan Razak Menang
Pengacara TV Lelaki Popular Zizan Razak Dicalonkan
Pelakon Filem Lelaki Popular Zizan Razak Dicalonkan
Gandigan Di Layar Serasi (bersama "Johan Raja Lawak") Zizan & Johan Menang
Artis Asia Paling Popular Zizan Razak Menang
Artis Lelaki Paling Stailo Zizan Razak Menang
Artis Berpengaruh Di Laman Media Sosial Zizan Razak Menang
Anugerah Shout! 2013 Best On Screen Chemistry Award Zizan & Johan Menang
Favourite TV Personality Award Zizan Razak Menang
Anugerah Blokbuster 2 Anugerah Hero Terhebat Zizan Razak (Hantu Kapcai) Menang
Anugerah Lawak Warna 2013 Pelakon Komedi Lelaki Terbaik (Filem) Zizan Razak Menang
Artis Lawak Lelaki Paling Popular Zizan Razak Dicalonkan
2014 Anugerah MeleTOP Era 2014 Pemenang Artis Top Top MeleTOP Zizan Razak Menang
Anugerah Khas Meletop Wechat Zizan Razak Menang
Lagu Meletop Infiniti Cinta (Zizan Razak & Kaka) Dicalonkan
Kumpulan/Duo Meletop Zizan Razak & Kaka Dicalonkan
Bintang Siber Meletop Zizan Razak Menang
Fesyen Meletop Zizan Razak Menang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 Artis Filem Lelaki Popular Zizan Razak Dicalonkan
Artis Komedi Lelaki Popular Zizan Razak Dicalonkan
Anugerah Lawak Warna 2014 Pelakon Komedi Lelaki Terbaik (Filem) Zizan Razak (Bikers Kental) Dicalonkan
Artis Lawak Lelaki Paling Popular Zizan Razak Dicalonkan
2015 Anugerah MeleTOP Era 2015 Bintang Filem Meletop Zizan Razak (Abang Long Fadil) Dicalonkan
Artis Lawak Meletop Zizan Razak Dicalonkan
Drama TV Meletop Hantu Selfie Dicalonkan
Pelakon TV Meletop Zizan Razak (Hantu Selfie) Dicalonkan
Grup/Duo Meletop Infiniti Cinta (Zizan Razak & Kaka) Dicalonkan
Hos TV Meletop Zizan Razak (Konsert Akhir Akademi Fantasia 2014) Dicalonkan
Bintang Online Meletop Zizan Razak Dicalonkan
Fesyen Meletop Zizan Razak Dicalonkan
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 Artis Komedi Lelaki Popular Zizan Razak Dicalonkan
Pelakon Filem Lelaki Popular Zizan Razak Dicalonkan
Pengacara TV Lelaki Popular Zizan Razak Dicalonkan
Artis Lelaki Stailo Zizan Razak Dicalonkan
Anugerah Lawak Warna 2015 Pengacara Lawak TV Paling Popular Zizan Razak Dicalonkan
2016 Anugerah MeleTOP Era 2016 Bintang Filem MeleTOP Zizan Razak (Polis EVO) Menang
Hos MeleTOP Zizan Razak (Konsert Akhir Akademi Fantasia 2015) Dicalonkan
Bintang Online MeleTOP Zizan Razak Dicalonkan
Festival Filem Malaysia ke-28 Pelakon Lelaki Terbaik Polis EVO Dicalonkan
Anugerah Melodi Personaliti Filem Melodi Zizan Razak Menang
Personaliti Sosial Media Dicalonkan
Personaliti Sensasi Melodi Dicalonkan
2017 Anugerah Bintang Popular BH Artis Komedi Popular Menang[84]
2018 Anugerah MeleTOP Era 2018 Artis Lawak Meletop Menang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 Artis Versatil Popular N/A Dicalonkan
Pelakon Filem Lelaki Popular N/A Dicalonkan
Artis Komedi Popular N/A Menang
Pasangan Serasi Filem (bersama Tania Hudson) N/A Dicalonkan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Dennis Chua (4 Disember 2017). Seriously Zizan! New Straits Times. Dicapai pada 10 Jun 2018.
  2. ^ Marina Sahabudin (21 Januari 2013). "Jozan bukan sebarang 'duo'". Sinar Harian. Dicapai 18 Julai 2013. 
  3. ^ "Zizan Razak denies Jozan is no more". Malay Mail. 2015-11-05. Dicapai 2017-05-05. 
  4. ^ Taib, Shuib (August 5, 2016). "Laugh with Julia Ziegler". NCT Online. New Straits Times. Dicapai December 4, 2017. 
  5. ^ Zaidi Mohamad (27 Ogos 2017). "Saya memang mahu jadi bintang filem - Zizan". Berita Harian. Dicapai 4 Disember 2017. 
  6. ^ Budiey (1 Ogos 2013). "Telemovie Karlos Bolos Lakonan Zizan Razak". Sensasi Selebriti. Dicapai 4 Disember 2017. 
  7. ^ Budiey (19 November 2017). "Filem BABY BRO Lakonan Zizan Razak & Shaheizy Sam Sebelum POLIS EVO 2 Keluar Panggung". Sensasi Selebriti. Dicapai 4 Disember 2017. 
  8. ^ Badrul Hisham (23 November 2017). "Zizan Razak, Shaheizy Sam Dan Izara Aishah Bakal Mencuit Hati Dalam Baby Bro". Rojak Daily. Dicapai 4 Disember 2017. 
  9. ^ Ramlah Zainal (5 Disember 2017). "Komedi aksi bayi comel". Harian Metro. Dicapai 5 Disember 2017. 
  10. ^ "Kapoww!!! Lagenda Astromen Mula Takluk Dunia". mStar Online. 1 Mei 2010. Dicapai 19 Mei 2017. 
  11. ^ Siti Azira Abd Aziz (18 Februari 2009). "Zizan gapai impian jadi Superhero dalam 'Kapoww'!". mStar Online. Dicapai 19 Mei 2017. 
  12. ^ Siti Azira Abdul Aziz (26 Mei 2011). 'KL Gangster' Papar 80 Peratus Kisah Benar mSTAR Online. Dicapai pada 16 Mac 2013.
  13. ^ Abd. Aziz Itar (12 Disember 2011). "KL Gangster 2 filem termahal Skop". Utusan Malaysia. Dicapai 18 Oktober 2013. 
  14. ^ "Filem Hantu Bonceng Kutip RM1.78 Juta". Sensasi Selebriti. 2 September 2011. Dicapai 16 September 2011. 
  15. ^ "'Hantu Bonceng' Kutip RM1.78j Dalam 2 Hari!". gua.com.my. 7 September 2011. Dicapai 16 September 2011. 
  16. ^ Teknologi CGI 3D Dalam Filem Cinta Kura Kura. Murai. 11 November 2011. Retrieved 19 November 2011.
  17. ^ Nurezzatul Aqmar Mustaza (8 Jun 2012). "Jalan Kembali: Bohsia 2 sarat mesej". Sinar Harian. Dicapai 2012-06-09. 
  18. ^ KL Zombi tidak seram Kosmo! (15 September 2013). Diperoleh pada 25 Oktober 2017.
  19. ^ "What would KL look like in a zombie apocalypse?". Poskod.my. 29 Ogos 2013. Dicapai 29 Oktober 2013. 
  20. ^ "What would KL look like in a zombie apocalypse?". Poskod.my. 29 Ogos 2013. Dicapai 29 Oktober 2013. 
  21. ^ Feride Hikmet Atak (10 Jun 2014). "Abang Long Fadil berpaksikan dunia gengsterisme". mStar Online. Dicapai 9 April 2018. 
  22. ^ Siti Athirah Dzulkifly (25 Mei 2014). Abang Long Fadil sentuhan ala Hollywood Utusan Malaysia. Diperoleh pada 29 Mei 2014.
  23. ^ "Cicak Man 3 Tonjol Kelainan — Gandingkan Lisa Surihani Dan Zizan Razak". Rotikaya.com. 26 Julai 2013. Dicapai 2015-11-29. 
  24. ^ "Pertaruhan bakat Zizan, Lisa, Fizz". KOSMO!. Dicapai 29 November 2015. 
  25. ^ Angelin Yeoh (19 Mac 2015). "From zero to Zizan Razak, star of 'Cicakman 3'". The Star Online. Dicapai 28 Oktober 2015. 
  26. ^ "Polis Evo catat sejarah kutip RM17.30 juta, padam rekod The Journey". Astro Awani. 29 Oktober 2015. 
  27. ^ "Impak Polis Evo sehingga tersenarai di carian Google Malaysia". Astro Awani. 30 September 2015. 
  28. ^ "Senarai 5 Filem Paling Trending Di Malaysia Untuk Bulan September". Astrogempak.com.my. 8 Oktober 2015. Dicapai 2015-10-09. 
  29. ^ "Polis Evo kutip RM13 juta dalam tempoh 3 minggu tayangan". Astro Awani. 9 Oktober 2015. 
  30. ^ Kemalia Othman (15 November 2015). "Zizan Cari Jalan Paling Baik Jika Ada Tawaran Bersama Kamal Adli". mStar. Dicapai 16 November 2015. 
  31. ^ Mohamad, Zaidi (31 Ogos 2017). ""Kejayaan ALF2 bukan kerana saya seorang": Zizan Razak". Berita Harian. Dicapai 25 Mei 2018. 
  32. ^ Shazryn Mohd Faizal (22 Ogos 2018). Cerita Wheely hanyalah sekadar biasa sahaja mStar Online. Dicapai pada 5 Ogos 2018.
  33. ^ "Zizan Razak janji "Polis Evo 2" lebih hebat". 29 November 2017. 
  34. ^ Dennis Chua (23 Februari 2017). "Zizan Razak bulks up for 'Polis Evo 2'". New Straits Times. Dicapai 21 Oktober 2018. 
  35. ^ "'Abang Long Fadil 3' mula penggambaran 2018, kualiti bertaraf Hollywood!". Astro Awani. November 2, 2017. 
  36. ^ Zaid Salim (31 Oktober 2017). "Abang Long Fadil 3 bertaraf Hollywood". Astro Gempak. Dicapai 3 April 2018. 
  37. ^ "Penggambaran Abang Long Fadil 3 Mula Tahun Depan". My News Hub. 1 November 2017. Dicapai 3 April 2018. Kejayaan filem Abang Long Fadil 2 (AFL2) yang mengutip RM18.1 juta sejak ditayangkan Ogos lalu berjaya memecah rekod penjualan tiket tertinggi yang dipegang oleh Polis Evo. 
  38. ^ "Zizan Raja Lawak Nyanyi Rap dalam Selamat Tinggal". Budiey. 7 Februari 2011. Dicapai 20 Mei 2018. 
  39. ^ Akmaliah Razak (4 April 2012). "Kontroversi Bawaku Pergi". Sinar Harian. Dicapai 23 Mei 2018. 
  40. ^ Noor Ashreen Ismail (31 Mac 2012). "Malique, Zizan jawab isu Bawaku Pergi". Kosmo!. Dicapai 23 Mei 2018. 
  41. ^ "Kontroversi 'Bawaku Pergi' tidak jejaskan lagu baharu Zizan Razak, Kaka". mStar Online. 26 September 2013. Dicapai 23 Mei 2018. 
  42. ^ "Infiniti Cinta lagu balas dendam". Kosmo!. 2 Oktober 2013. Dicapai 25 Mei 2018. 
  43. ^ "Video: Kualiti MV Infiniti Cinta setaraf antarabangsa". Oh! Bulan. 27 September 2013. Dicapai 25 Mei 2018. 
  44. ^ Ana Ghoib (29 September 2013). "Zizan & Kaka Azraff dengan lagu Infiniti Cinta selepas kejayaan Bawaku Pergi". Malaysian Review. Dicapai 25 Mei 2018. 
  45. ^ Ana Ghoib (5 November 2014). "Infiniti Cinta buka ruang berdamai". Utusan Malaysia. Dicapai 25 Mei 2018. 
  46. ^ Zaidi Mohamad (31 Julai 2017). "Lima jam siap - Zizan Razak". Berita Harian. Dicapai 11 Mac 2018. 
  47. ^ Izzati Ramli (3 Februari 2018). "Zizan Razak Minta Pendapat Netizen". Media Hiburan. Dicapai 28 Mei 2018. 
  48. ^ Hanisah Selamat (21 November 2017). "Tanda pagar #kitaok legakan peminat Zizan". Berita Harian. Dicapai 28 Mei 2018. 
  49. ^ "'Kau Takkan Tahu', single terbaharu Zizan Razak". Utusan Borneo. 8 Ogos 2018. Dicapai 9 Oktober 2018. 
  50. ^ "Zizan Razak luah kisah cinta pilu dalam 'Kau Takkan Tahu'". URTV. 10 Ogos 2018. Dicapai 9 Oktober 2018. 
  51. ^ Arina Azlan (15 Ogos 2018). "Sisi serius Zizan Razak dalam 'Kau Takkan Tahu'". Kosmo!. Dicapai 9 Oktober 2018. 
  52. ^ Kemalia Othman (15 Oktober 2018). "Zizan perkenal pemilik suara dalam 'Kau Takkan Tahu', netizen tegur iras Ayda Jebat". mSTAR Online. Dicapai 26 Oktober 2018. 
  53. ^ Najiy Jefri (17 Ogos 2018). "Bidang nyanyian pun menjadi". Harian Metro. Dicapai 26 Oktober 2018. 
  54. ^ Budiey (26 Oktober 2013). "Zizan Razak Kini Miliki Restoran Burgerbyte". Sensasi Selebriti. Dicapai 2 September 2015. 
  55. ^ "Zizan Razak Buka Restoran Burgerbyte & Percaya Produk Tempatan". Rotikaya. 28 Oktober 2013. Dicapai 2 September 2015. 
  56. ^ "Zizan kini usahawan burger". Kosmo!. 30 Oktober 2013. Dicapai 2 September 2015. 
  57. ^ Feride Hikmet Atak (27 Oktober 2013). "Zizan Razak Buka Francais Restoran Burgerbyte". mStar Online. Dicapai 2 September 2015. 
  58. ^ Nina Farzuin Md Shahrom (23 Ogos 2015). "Zizan Razak lancar 'Zizan Mart'". Sinar Harian. Dicapai 2 September 2015. 
  59. ^ Aida Rismariza Kamarudin (18 Ogos 2015). "Zizan pilih Kelantan buka kedai serbaneka". Utusan Malaysia. Dicapai 2 September 2015. 
  60. ^ "Zizan lancar Zizan Mart pertama di Kelantan". Kosmo!. 18 Ogos 2015. Dicapai 2 September 2015. 
  61. ^ ""Calonnya? Saya tahu semua sudah tahu" - Zizan pasang niat kahwin tahun ini". Astro Awani. 6 Jun 2018. Dicapai 2 Julai 2018. 
  62. ^ Najiy Jefri (6 Jun 2018). "Jangan tunggu lama-lama". Harian Metro. Dicapai 2 Julai 2018. 
  63. ^ a b "Ibu Dedah Hubungan Zizan Dan Emma Maembong". Media Hiburan. 26 April 2013. Dicapai 2 Mei 2013. 
  64. ^ Mohd Al Qayum Azizi (8 Januari 2015). ""Ia Satu Dugaan" - Zizan Jawab Isu Putus Cinta Emma Maembong". MSTAR Online. Dicapai 2 Mei 2015. 
  65. ^ Nina Farzuin Md Shahrom (23 Ogos 2015). "Zizan Razak: Saya maafkan Emma". Sinar Harian. Dicapai 2 September 2015. 
  66. ^ Zizan Razak Syukur Hubungan Dengan Emma Maembong Kembali Pulih Gegar. Dicapai pada 2 Mei 2017.
  67. ^ "Zizan Razak tunggu kepulangan Juliana Evans". Sinar Harian. 26 Mei 2014. Dicapai 2 September 2015. 
  68. ^ "Zizan sayang Jue". Kosmo!. Dicapai 2 September 2015. 
  69. ^ Farihad Shalla Mahmud (18 Mac 2015). "Zizan sahkan terbabit kemalangan". Berita Harian. Dicapai 2 September 2015. 
  70. ^ Farihad Shalla Mahmud (6 Mei 2017). "I don't have a special relationship with Mira: Zizan". The Star (Malaysia). Dicapai 5 Julai 2018. 
  71. ^ Cik Pang (16 April 2017). "Zizan serius dengan Mira Filzah?". Harian Metro. Dicapai 8 Julai 2018. 
  72. ^ Ramlah Zainal (29 November 2017). "Zizan kunci mulut". Harian Metro. Dicapai 8 Julai 2018. 
  73. ^ Najiy Jefri (4 Mei 2017). "Zizan selesa Mira baik orangnya". Harian Metro. Dicapai 8 Julai 2018. 
  74. ^ Feride Hikmet Atak (6 Februari 2018). "'Tweet bukan untuk Mira' - Zizan Razak". Berita Harian. Dicapai 8 Julai 2018. 
  75. ^ Hantu Bonceng: Peminat hargai Zizan mohon maaf
  76. ^ "Zizan, bekas pengurus peribadi gagal selesai kes saman". New Malaysian Post. 6 Januari 2015. Dicapai 10 November 2015. 
  77. ^ "Dua kes saman terhadap Zizan diteruskan". Utusan Malaysia. 7 Januari 2015. Dicapai 10 November 2015. 
  78. ^ "Zizan dan bekas pengurus peribadi gagal selesai saman". Berita Harian. 6 Januari 2015. Dicapai 10 November 2015. 
  79. ^ "Mahkamah tolak saman terhadap Zizan Razak". Berita Harian. 10 Februari 2015. Dicapai 10 November 2015. 
  80. ^ "Bicara kes saman Marina terhadap Zizan 10 Ogos". Berita Harian. 18 Jun 2015. Dicapai 10 November 2015. 
  81. ^ Aku Maafkan Kamu: Zizan Raja Lawak Lakon Nyanyian Malique Bersama Jamal Abdillah Rotikaya (10 Januari 2012). Dicapai pada 29 Mei 2018.
  82. ^ "Kaki Licik (Single)". iTunes Store (MY). Apple. 1 Ogos 2017. Dicapai 11 Mac 2018. 
  83. ^ "Baby Bro (feat. Hannah Delisha) - Zizan Razak". iTunes Store (MY). Apple. 24 November 2017. Dicapai 11 Mac 2018. 
  84. ^ Isma, Budiey (May 14, 2017). "Senarai Penuh Pemenang Anugerah Bintang Popular BH 3.0". Anugerah Bintang Harian. Berita Harian. Dicapai December 4, 2017. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]