Broadcom Inc.

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Broadcom Inc.
Nama dahulu
Avago Technologies (1961–2016)
Broadcom Limited (2016–2018)
Awam
ISINUS11135F1012 Edit this on Wikidata
IndustriSemikonduktor
Ditubuhkan1961; 61 tahun yang lalu (1961)
Ibu pejabatSan Jose, California, Amerika Syarikat
Tokoh penting
Henry Samueli
(Pengerusi)
Tan Hock Eng
(Presiden dan CEO)
KeluaranSemikonduktor dan peranti mudah alih infrastruktur
Hasil AS$20.848 bilion (2018)[1]
AS$5.135 bilion (2018)[1]
AS$12.610 bilion (2018)[1]
Jumlah aset AS$50.124 bilion (2018)[1]
Jumlah ekuiti AS$26.657 bilion (2018)[1]
Bilangan kakitangan
~15.000 (2018)[1]
Laman web rasmi
broadcom.com

Broadcom Inc. ialah sebuah pereka, pembangun, pengeluar, dan pengedar semikonduktor dan peranti mudah alih infrastruktur. Produk Broadcom digunakan di sektor industri, penyimpanan, wayarles, perangkat lunak, rangkaian, dan pusat data.

Tan Hock Eng ialah presiden dan CEO syarikat ini.[2][3] Syarikat ini beribu pejabat di San Jose, California.[4][5][6][7] Avago Technologies Limited bertukar nama kepada Broadcom, setelah memperolehi Broadcom Corporation pada Januari 2016. Simbol penanda AVGO yang sebelum ini digunakan oleh Avago, tetap digunakan oleh syarikat ini. Sementara simbol penanda Broadcom Corporation, iaitu BRCM tidak digunakan lagi.

Broadcom memiliki sejarah panjang transaksi syarikat (ataupun percubaan untuk transaksi) dengan syarikat terkemuka lain yang utamanya bergerak di sektor teknologi tinggi.

Pada Oktober 2019, Kesatuan Eropah mengeluarkan tuntutan antipercaya sementara terhadap praktikal perniagaan Broadcom yang dodakwa melanggar undang-undang persaingan.[8]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Syarikat ini ditubuhkan pada 1961 sebagai pembahagian semikonduktor Hewlett-Packard.[9] Pembahagian itu kemudian dipisah dari Hewlett-Packard ke Agilent Technologies pada tahun 1999.[5][7][10] KKR dan Silver Lake Partners kemudian memperolehi cip dari Agilent Technologies pada tahun 2005 dengan harga $2,6 bilion untuk membentuk Avago Technologies.[5] Avago Technologies kemudian menjual unit cip masukan/keluaran ke PMC-Sierra dengan harga $42,5 juta pada Oktober 2005.[11] Pada Ogos 2008, syarikat ini mengemukakan tawaran awam permulaan dengan sasaran pengumpulan dana sebanyak $400 juta.[12][13] Pada Oktober 2008, Avago Technologies memperolehi perniagaan gelombang akustik bulk milik syarikat Jerman, Infineon Technologies dengan harga €21,5 juta.[14] Pada tahun 2009, Avago Technologies tersenarai di NASDAQ dengan simbol penanda AVGO.[10][15] Avago Technologies kemudian mengumumkan bahawa mereka akan memperolehi pengedar komponen dan cip optik, CyOptics dengan harga $400 juta pada April 2013.[16][17] Pemerolehan tersebut bertujuan untuk mengembangkan portofolio produk serat optiknya.[17] Pada Oktober 2013, Avago Technologies melabur sebanyak $5 juta di Amantys, penyedia teknologi elektronik tenaga, sebagai sebahagian dari perjanjian pelaburan strategik antara dua syarikat itu.[18] Avago Technologies kemudian mengumumkan bahawa mereka akan memperolehi LSI Corporation pada Disember 2013 dengan harga $6,6 bilion.[5][7][15][19][20] Pemerolehan itu membantu Avago Technologies pergi jauh dari pengeluaran barang-barang khusus menuju ke produksi barang-barang yang lebih khusus, termasuk cip, terutama penyimpanan untuk pusat data.[20]

Syarikat ini kemudian menjual perniagaan pengendali SSD miliknya ke Seagate Technology pada Mei 2014.[21] Pada Ogos 2014, syarikat ini merupakan pengeluar semikonduktor terbesar kesembilan di dunia.[6] Avago Technologies kemudian menjual perniagaan Axxia Networking milik LSI ke Intel dengan harga $650 juta.[10][22] Syarikat ini kemudian membeli PLX Technology, sebuah pereka litar terintegrasi dengan harga $309 juta.[23] Pada Februari 2015, diumumkan bahawa Avago Technologies Limited bersetuju untuk memperolehi Emulex Corporation dengan harga $8 setiap saham.[24]

Pada 28 Mei 2015, Avago mengumumkan bahawa mereka akan memperolehi Broadcom Corporation[25] dengan harga $37 bilion ($17 bilion tunai dan $20 bilion dalam bentuk saham).[26] Setelah pemeroleham selesai, syarikat ini akan menggunapakai nama Broadcom Ltd., dan akan memiliki pendapatan tahunan sebanyak $15 bilion serta nilai pasaran banyak $77 bilion.[27] Broadcom Corp. memperkuatkan kedudukan paten Avago Technologies secara siginifikan di sejumlah sektor, seperti selular, pusat data, dan Internet of Things, serta menjadikan syarikat ini sebagai pemegang paten terbesar kesembilan di antara pengeluar semikonduktor yang lain, berdasarkan analisis biro perundingan teknologi LexInnova.[28] Berdasarkan laman web syarikat ini, transaksi pemeroleha rasmi selesai pada 1 Februari 2016.[29]

Pada tahun 2016, Broadcom mengemukakan cadangan penggabungan dengan Brocade Communications Systems. Penggabungan itu perlu menunggu semakan dari Jaaatankausa Pelaburan Asing Amerika Syarikat]]. Pada tahun 2017, Broadcom mengumumkan bahawa mereka akan berpindah ke alamat rsminya dari Singapura ke Delaware, untuk mengelakkan pemantauan.[30] Langkah itu dilakukan setelah syarikat itu bertukar namanya dari Broadcom Ltd. kepada Broadcom Inc.[31] Broadcom sedia ada sebelum pemerolehan pada 2016, iaitu Broadcom Corp., tetap menjadi anak syarikat Broadcom Inc.

Pada November 2017, Broadcom mengemukakan tawaran pembelian kepada Qualcomm bernilai US$130 bilion, namun ditolak oleh lembaga pengarah Qualcomm.[32] Presiden Trump kemudian juga melarang tawaran penggabungan dari Broadcom bernilai $117 bilion terhadap Qualcomm melalui perintah eksekutif, atas sebab keselamatan negara.[33]

Pada 11 Julai 2018, kenyataan akhbar mengatakan Broadcom dan CA Technologies telah bersetuju dengan kesepakatan pemerolehan bernilai $18,9 bilion.[34] Pada 5 November 2018, Broadcom mengumumkan bahawa mereka telah menyelesaikan proses pemerolehan terhadap CA Technologies.[35]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f "Broadcom 2018 Annual Report (Form 10-K)". sec.gov. U.S. Securities and Exchange Commission. December 2018.
  2. ^ Andrew Meola (26 February 2014). "Why Avago Technologies (AVGO) Is Up Today". The Street. Dicapai pada 2 January 2015.
  3. ^ Steve Johnson (16 December 2013). "Avago offers $6.6 billion for San Jose chipmaker LSI". Contra Costa Times. Dicapai pada 2 January 2015.
  4. ^ Mark Hachman (1 December 2005). "Avago Looks to Mobile". eWeek.
  5. ^ a b c d Chris Mellor (16 December 2013). "Avago Technologies chomps up LSI for BEELLLIONS - in CASH". The Register.
  6. ^ a b Soid Ahmad (29 August 2014). "Don't Ignore These Catalysts". Seeking Alpha. Dicapai pada 2 January 2015.
  7. ^ a b c Alex Saltarin (17 December 2013). "Avago Technologies buys chip maker LSI Corp for $6.6 bn". Tech Times. Dicapai pada 2 January 2015.
  8. ^ Michaels, Daniel. "Broadcom Ordered by EU to Halt Allegedly Anticompetitive Practices". WSJ.
  9. ^ Unoki, Ko (2019-10-28). Competition Laws, National Interests and International Relations (dalam bahasa Inggeris). Routledge. ISBN 978-1-000-75989-1.
  10. ^ a b c "Intel Corporation Acquires Avago's Networking Business". ValueWalk. 14 August 2014. Dicapai pada 2 January 2015.
  11. ^ "Agilent chip group reborn as Avago". EE Times. 5 December 2005. Dicapai pada 2 January 2015.
  12. ^ "LED maker Avago Technologies Ltd. files for IPO". LEDs Magazine. Dicapai pada 2 January 2015.
  13. ^ "Avago Technologies (AVGO) Files $400M IPO". Street Insider. 25 August 2008. Dicapai pada 2 January 2015.
  14. ^ Richard Wilson (1 October 2008). "Avago buys Infineon RF filter design team". Electronics Weekly. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 January 2015.
  15. ^ a b Himanshu Arora (17 December 2013). "Singapore's Avago to buy storage chip maker LSI for $6.6 billion". Techspot. Dicapai pada 2 January 2015.
  16. ^ Valerie Coffey (19 April 2013). "CyOptics Acquired for $400M by Avago Technologies". OSA. Dicapai pada 2 January 2015.
  17. ^ a b "Avago Technologies to buy CyOptics". EET India. 12 April 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 January 2015. Dicapai pada 2 January 2015.
  18. ^ Paul Buckley (1 October 2013). "Avago Technologies makes strategic investment in Amantys". EE Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 April 2014. Dicapai pada 2 January 2015.
  19. ^ Barr, Alistair (16 December 2013). "Avago agrees to buy LSI for $6.6 billion". USA Today.
  20. ^ a b Michael J. De La Merced (16 December 2013). "Avago to Buy LSI for $6.6 Billion". New York Times DealBook. Dicapai pada 2 January 2015.
  21. ^ Dave Altavilla (21 January 2014). "LSI Set To Take PCI Express SSDs Mainstream With SandForce SF3700 Controller". Forbes. Dicapai pada 2 January 2015.
  22. ^ "Intel acquires Avago networking business for US$650m". Malay Mail Online. 14 August 2014. Dicapai pada 2 January 2015.
  23. ^ Sarah Drake (23 June 2014). "Avago to buy PLX Technology in $309M deal". Silicon Valley Business Journal. Dicapai pada 2 January 2015.
  24. ^ "Avago Financial News 2015-02-25". Diarkibkan daripada yang asal pada 13 March 2015. Dicapai pada 28 February 2015.
  25. ^ "Broadcom to be Acquired by Avago Technologies for $37B". Bloomberg. 28 May 2015. Dicapai pada 28 May 2015.
  26. ^ "Avago to buy Broadcom in $37 billion deal". CNBC. 28 May 2015. Dicapai pada 28 May 2015.
  27. ^ Nicole Arce (29 May 2015). "Avago To Acquire Rival Firm Broadcom For $37 Billion: Should Intel Worry?". Tech Times. Dicapai pada 20 September 2016.
  28. ^ "Avago/Broadcom Create Patent Powerhouse". EETimes.
  29. ^ "Investor Center".
  30. ^ Miller, Zeke; O'Brien, Matt (2 November 2017). "Trump announces company's return to US". Washington Times. Associated Press. Dicapai pada 2 November 2017.
  31. ^ "Broadcom Inc. from Broadcom Ltd". sec.gov. U.S. Securities and Exchange Commission.
  32. ^ "Chipmaker Qualcomm spurns $130 billion Broadcom merger bid". Japan Times. AFP-JIJI. 14 November 2017. Dicapai pada 3 December 2017.
  33. ^ "Trump Blocks Broadcom Takeover of Qualcomm on Security Risks". 12 March 2018 – melalui www.bloomberg.com.
  34. ^ "Broadcom Agrees to Buy CA Technologies for $19 Billion". 11 July 2018 – melalui www.bloomberg.com.
  35. ^ "Broadcom Inc. Completes Acquisition of CA Technologies". Broadcom. 2018-11-05.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]