Pergi ke kandungan

Cane corso Itali

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Cane corso)
Cane Corso Itali
Nama lainCane corso
Negara asalItali
Trait
Berat Jantan 45–50 kilogram (100–110 lb)[1]
Betina 40–45 kilogram (90–100 lb)[1]
Tinggi Jantan 62–70 sentimeter (24–28 in)
Betina 58–66 sentimeter (23–26 in)
Anjing (Canis lupus familiaris)

Cane corso Itali[a] atau hanya cane corso[b] ialah satu baka mastif Itali. Ia biasanya dibela sebagai anjing teman atau anjing pengawal; ia mungkin juga digunakan untuk melindungi haiwan ternakan. Pada masa lampau, ia digunakan untuk membutu buruan besar dan juga untuk menggembala lembu.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Menurut piawaian baka Persekutuan Kinologi Antarabangsa, cane corso pernah tersebar ke seluruh semenanjung Itali, tetapi pada masa lalu terkini hanya terdapat di Puglia, di Itali selatan.[1][2] Selepas keruntuhan sistem pawah mezzadria pada tahun 1960-an, anjing ini menjadi jarang. Baka moden diterbitkan daripada pembiakbakaan terpilih dari kira-kira tahun 1980 daripada beberapa ekor haiwan yang masih hidup.[3] Sebuah persatuan baka, Società Amatori Cane Corso, dibentuk pada tahun 1983.[4]:107[5] Baka ini diiktiraf oleh Ente Nazionale Cinofilia Italiana pada tahun 1994;[3] ia diterima sementara oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa pada tahun 1996 dan menerima penerimaan penuh pada tahun 2007.[6] Ia diiktiraf oleh American Kennel Club di Amerika Syarikat pada tahun 2010.[7]

Dalam tempoh 2011–2019, bilangan pendaftaran tahunan di Itali adalah dalam lingkungan 3000–4250.[8]

Ciri[sunting | sunting sumber]

Cane corso ialah anjing besar daripada jenis molossoid dan berkait rapat dengan mastif Napoli. Ia cukup berotot[7] dan kurang gempal berbanding dengan kebanyakan baka mastif lain. Menurut piawaian antarabangsa, jantan patut berdiri kira-kira setinggi 62–70 cm (24–28 in) pada paras kelasa dan berukuran seberat 45–50 kg (99–110 lb); betina adalah kira-kira 4 cm (1.6 in) lebih kecil dan kira-kira 5 kg (11 lb) lebih ringan.[1]

Kepalanya besar dengan panjang sedikit melebihi sepertiga daripada ketinggian pada paras kelasa dan stop jelas. Bahagian atas tengkorak adalah rata dan sedikit menumpu ke arah muncung. Matanya berbentuk bujur dan terletak cukup berjarak antara satu sama lain. Iris mata patut segelap yang mungkin.[2]

Lapis bulunya pendek, padat, dan berkilat. Lapis bulunya mungkin hitam, pelbagai cahaya warna kelabu (kelabu plumbum, kelabu muda, atau kelabu loh) atau perang kekuning-kuningan (perang kekuning-kuningan gelap, perang kekuning-kuningan cerah, atau merah rusa), atau gandum gelap (fromentino); mungkin brindle. Tanda-tanda putih kecil pada dada, kaki, atau hidung boleh diterima.[1][2]

Cane corso cenderung secara genetik terhadap displasia siku dan pinggul, kehelan tempurung lutut, dan displasia retina. Ia memiliki kerentanan atas purata terhadap demodikosis, ektropion, entropion, epilepsi idiopati, hipotiroidisme, otitis mikosis, prolaps kelenjar kelip (mata ceri), dan volvulus pendilatan gastrik (kembung).[9]:129

Pada tahun 2017, sebuah kajian terhadap 232 ekor cane corso dari 25 buah negara mendapati purata jangka hayat sebanyak 9.3 tahun, berbeza-beza menurut warna bulu berbeza. Yang paling lama hidup merupakan anjing brindle hitam (10.3 tahun), diikuti oleh: brindle (10.1 tahun); brindle kelabu (9.8 tahun); hitam, perang kekuning-kuningan, dan kelabu (semuanya 9.0 tahun); dan anjing warna lain (8.1 tahun).[10] Sebuah kajian tentang anjing di United Kingdom, yang diterbitkan pada tahun 2024, mendapati purata jangka hayat untuk baka ini sebanyak 8.1 tahun secara keseluruhan.[11]

Kegunaan[sunting | sunting sumber]

Cane corso biasanya dibela sebagai anjing pendamping atau anjing pengawal; ia juga mungkin digunakan untuk melindungi haiwan ternakan. Pada masa lalu, ia digunakan untuk memburu buruan besar dan juga untuk menggembala lembu.[8]

Ia tertakluk kepada ujian kerja: untuk melayakkan diri untuk pendaftaran, anjing mesti menunjukkan ketenteraman di hadapan orang asing yang tidak berniat buruk, sikap acuh tak acuh terhadap tembakan, dan pertahanan agresif bagi pihak pemilik menentang pihak penyerang.[1]:2[12]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jawi: کاني کورسو, Sebutan bahasa Melayu: [kane kɔrso]; Itali: cane corso, sebutan bahasa Itali: [ˈkaːne ˈkɔrso]
  2. ^ Jawi: کاني کورسو ايتالي; Itali: cane corso italiano; bahasa Inggeris: Italian cane corso

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f "FCI-Standard N° 343 CANE CORSO ITALIANO (Italian Cane Corso)" [Piawaian FCI No. 343 Cane Corso Itali] (pdf). Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Inggeris). 13 Oktober 2023. Dicapai pada 9 Januari 2024.
  2. ^ a b c Cane Corso (Itali). Ente Nazionale Cinofilia Italiana. Dicapai pada 9 Januari 2024.
  3. ^ a b S.P. Marelli, A. Monaghé, M. Polli, L. Guidobono Cavalchini (2003). Body measurements and morphological evaluation of Italian Cane Corso (Inggeris). Italian Journal of Animal Science 2 (tambahan): 88–90. doi:10.4081/ijas.2003.11675924. (langganan diperlukan).
  4. ^ Rino Falappi (2009). Cani: Conoscere, riconoscere e allevare tutte le razze canine più note del mondo (Itali). Novara, Itali: Istituto Geografico De Agostini. ISBN 9788841854068.
  5. ^ Cane corso italiano (Itali). Società Amatori Cane Corso. Diarkibkan pada 21 Mei 2021.
  6. ^ "FCI breeds nomenclature: Cane Corso Italiano (343)". Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 9 Januari 2024.
  7. ^ a b Get to Know the Cane Corso (Inggeris). American Kennel Club. Diarkibkan pada 19 Mei 2015.
  8. ^ a b Cane Corso (Itali). Ente Nazionale Cinofilia Italiana. Dicapai pada 9 Januari 2024.
  9. ^ Jerold S. Bell, Kathleen E. Cavanagh, Larry P. Tilley, Francis W.K. Smith (2012). Veterinary Medical Guide to Dog and Cat Breeds (Inggeris). Jackson, Wyoming, Amerika Syarikat: Teton NewMedia. ISBN 9781482241419.
  10. ^ Evžen Korec (2017). Longevity of Cane Corso Italiano dog breed and its relationship with hair colour (Inggeris). Open Veterinary Journal. 7 (2): 170–173. doi:10.4314/ovj.v7i2.15.
  11. ^ Kirsten M. McMillan, Jon Bielby, Carys L. Williams, Melissa M. Upjohn, Rachel A. Casey, Robert M. Christley (2024). Longevity of companion dog breeds: those at risk from early death (Inggeris). Scientific Reports. 14, rencana 531. doi:10.1038/s41598-023-50458-w.
  12. ^ CAL (Certificato di attitudine al lavoro) (Itali). Società Amatori Cane Corso. Diarkibkan pada 23 Ogos 2021.