Caroline Wozniacki

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Caroline Wozniacki
Caroline Wozniacki (35449695422).jpg
Wozniacki pada tahun 2017
Negara Denmark
ResidenMonte Carlo, Monaco
Kelahiran (1990-07-11) 11 Julai 1990 (umur 28)
Odense, Denmark
Ketinggian1.77 meter (5 ft 10 in)[1]
Berat63 kg (139 lb; 9 st 13 lb)[1]
Menjadi pro18 Julai 2005[1]
GayaTangan kanan (pukulan kilas dua tangan)[1]
Wang hadiahAS$ 19,735,481[1]
Laman web rasmiwww.carolinewozniacki.dk
Perseorangan
Rekod kerjaya456–177 (72.04%)
Kejuaraan kerjaya23
Ranking tertinggiNo. 1 (11 Oktober 2010)
Ranking semasaNo. 5 (27 April 2015)
Keputusan Perseorangan Grand Slam
Terbuka AustraliaSF (2011)
Terbuka PerancisQF (2010)
Wimbledon4R (2009, 2010, 2011, 2014)
Terbuka ASF (2009, 2014)
Kejohanan lain
KejuaraanF (2010)
Sukan OlimpikQF (2012)
Beregu
Rekod kerjaya36–55
Kejuaraan kerjaya2 WTA, 0 ITF
Ranking tertinggiNo. 52 (14 September 2009)
Keputusan Beregu Grand Slam
Terbuka Australia2R (2008)
Terbuka Perancis2R (2010)
Wimbledon2R (2009, 2010)
Terbuka AS3R (2009)
Terakhir dikemaskini pada: 23 March 2015.

Caroline Wozniacki (lahir 11 Julai 1990) merupakan seorang pemain tenis profesional Denmark. Dia merupakan bekas pemain nombor 1 Dunia dalam Jelajah WTA, berada di posisi itu untuk 67 minggu.[2] Dia merupakan wanita pertama dari negara Scandinavia untuk berada di ranking teratas dan ke-20 keseluruhan.[3]

Sejak penampilan pertama WTA pada tahun 2005, dia memperbaiki ranking tahunannya setiap tahun sehingga berada di tempat teratas pada tahun 2010 dan 2011. Wozniacki telah memenangi 23 kejuaraan WTA sehingga bulan Ogos 2014, tiga pada tahun 2008, tiga pada tahun 2009, enam pada tahun 2010 (terbanyak bagi mana-mana pemain WTA dalam setahun diantara 2008–2011),[4] enam pada tahun 2011, dua pada tahun 2012, satu pada tahun 2013, satu pada tahun 2014 dan satu pada tahun 2015. Dia merupakan naib juara Terbuka AS 2009 dan 2014. Dia juga muncul naib juara Kejuaraan Jelajah WTA 2010 di Doha selepas tewas kepada Kim Clijsters. Dia memenangi kejuaraan perseorangan gadis Wimbledon 2006 tetapi masih belum berjaya memenangi kejuaraan perseorangan wanita Grand Slam. Dia juga memenangi dua kejuaraan WTA dalam acara beregu. Pada tahun 2008, Wozniacki dinobatkan sebagai Pendatang Baru Tahunan WTA.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Wozniacki merupakan anak perempuan kepada imigran Roman Katolik Poland[5], Piotr dan Anna Wozniacki.[6] Anna pernah bermain untuk pasukan bola tampar wanita kebangsaan Poland,[7] dan Piotr bermain bola sepak secara profesional. Pasangan itu berpindah ke Denmark apabila Piotr menyertai kelab bola sepak Denmark, Boldklubben 1909.[6][8] Abangnya, Patrik Wozniacki merupakan seorang pemain bola sepak profesional untuk IF Skjold Birkerød di Denmark.[7]

Corak permainan[sunting | sunting sumber]

Corak permainan Wozniacki berpusat pada "aspek bertahan tenis dengan jangkaannya, pergerakan, ketangkasan, gerak kaki dan pertahanan kelas pertama dan semua bahagian-bahagian utama permainannya."[9] Pukulan kilas dua tangan adalah salah satu senjata terbaiknya kerana dia mampu menukarkan bertahan kepada serangan, terutamanya pukulan kilas dua tangan down-the-line. Corak permainan bertahannya menyebabkan pemain sezaman melabelnya sebagai counter-puncher.[10]

Penaja[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2009, Wozniacki menandatangani untuk menjadi penyokong pakaian tenis direka oleh Stella McCartney untuk Adidas. Dia memakai pakaian tenis 'Adidas by Stella McCartney' buat kali pertama ketika Terbuka AS 2009.[11] Dia juga mempunyai perjanjian penajaan bersama Compeed, Rolex, Danske Invest, Oriflame, Proactiv, Sony Ericsson, Babolat dan e-Boks.[12] Pada 20 Disember 2010, dia menandatangani perjanjian tiga tahun untuk menjadi penyokong perkhidmatan kelas perniagaan Turkish Airlines.[13] Pada tahun 2012, Wozniacki menjadi penyokong Compeed BlisterPatch. Pada akhir tahun 2013, dia beralih penajaan raketnya dari Yonex kembali kepada Babolat. Pada tahun 2015, Wozniacki menjadi penyokong Godiva Chocolatier.[14]

Menurut SportsPro edisi Jun 2011, Wozniacki merupakan atlet kesembilan dunia paling boleh dipasarkan.[15] Menurut Forbes pada tahun 2011, Wozniacki merupakan atlet wanita kedua dengan pendapatan tertinggi di dunia.[16]

Karier[sunting | sunting sumber]

2005–2007: Kejayaan Junior dan debut WTA[sunting | sunting sumber]

Wozniacki memenangi beberapa pertandingan junior pada tahun 2005, termasuk kejuaraan tenis Orange Bowl.[17] Dia membuat penampilan pertamanya dalam Jelajah WTA ketika Terbuka Wanita Western & Southern Financial Group di Cincinnati pada 19 Julai 2005, kalah kepada pemain ranking lebih tinggi yang kemudiannya menjadi juara pertandingan, Patty Schnyder dalam pusingan pertama. Dalam Terbuka Nordea Nordic Light, satu lagi pertandingan WTA nya pada tahun itu, dia kalah kepada Martina Suchá dalam pusingan pertama.

Pada tahun 2006, dia merupakan pemain pilihan utama dalam axara perseorangan gadis junior Terbuka Australia tetapi kalah dalam perlawanan akhir kepada pemain pilihan kelapan, Anastasia Pavlyuchenkova dari Russia. Dia merupakan pemain pilihan kedua bersama pasangannya Anna Tatishvili dalam acara beregu, tetapi pasangan itu tewas di peringkat separuh akhir kepada pasangan Perancis-Itali Alizé Cornet dan Corinna Dentoni yang merupakan pemain pilihan kelapan.

Pada bulan Februari di Memphis, dia layak ke pusingan suku akhir pertamanya dalam Jelajah WTA, mengalahkan Kristina Brandi dan Ashley Harkleroad sebelum tewas kepada pemain pilihan ketiga, Sofia Arvidsson dari Sweden.

Sebelum Wimbledon, Wozniacki memenangi Pertandingan Tenis Antarabangsa Liverpool mengalahkan Ashley Harkleroad dalam perlawanan akhir.[18]

Kemudiannya pada tahun itu, dia telah diberikan wild card ke pusingan kelayakan di Wimbledon dimana dia dikalahkan dalam pusingan pertama oleh Miho Saeki. Walau bagaimanapun, Wozniacki kemudiannya memenangi acara perseorangan gadis Wimbledon mengalahkan pemain Slovakia, Magdaléna Rybáriková dalam perlawanan akhir.

Pada bulan Ogos, dia sekali lagi layak ke pusingan suku akhir Jelajah WTA, kali ini ketika Terbuka Nordea Nordic Light di Stockholm. Dia mengalahkan pemain ranking 100 teratas, Iveta Benešová dan Eleni Daniilidou sebelum tewas kepada juara pertandingan dan pemain pilihan ketiga, Zheng Jie.

Wozniacki merupakan pilihan kedua dalam perseorangan gadis Terbuka AS 2006. Dalam pusingan pertama, dia memenangi set pertama ke atas pemain Rusia, Alexandra Panova, tetapi hilang kelayakannya semasa set kedua kerana mencaci pengadil. Wozniacki dikatakan telah menggunakan perkataan mencarut kepada penjaga garisan yang membuat panggilan dipertikaikan.[19] Walau bagaimanapun, di dalam blognya, dia mendakwa telah berkata, "buka cermin mata hitam anda [sic]" dan dikelirukan dengan bercakap kepada penjaga garisan, dimana dia sebenarnya mengkritik diri sendiri selepas mata seterusnya.[20] Dalam pertandingan junior terakhirnya, Piala Datuk Bandar Osaka, dia memenangi kedua-dua acara perseorangan dan beregu.[21]

Kejuaraan pertamanya dalam jelajah senior datang pada 29 Oktober, dimana dia memenangi pertandingan bernilai $25,000 ITF di Istanbul dengan mengalahkan Tatjana Malek dalam perlawanan akhir.

Wozniacki dijadual untuk berhadapan dengan Venus Williams pada 27 November dalam perlawanan persahabatan di Copenhagen,[22] tetapi lima hari sebelum acara itu, Williams membatalkan perlawanan itu kerana kecederaan.[23] Kedua-dua pemain itu, walau bagaimanapun berdepan semasa sendiri ketika WTA Tier III Memphis pada 20 Februari. Williams mengalahkan Wozniacki, mengakhiri sembilan perlawanan tanpa kalah Wozniacki.

Pada 29 November, Wozniacki dinamakan sebagai duta Tenis Junior Denmark oleh Menteri Kebudayaan Denmark pada masa itu, Brian Mikkelsen.[24]

Pada 4 Februari 2007, dia memenangi kejuaraan perseorangan ITF bernilai $75,000 di Ortisei, Itali, mengalahkan pemain Itali, Alberta Brianti.[25] Pada 4 Mac, dia memenangi pertandingan ITF bernilai $75,000 di Las Vegas mengalahkan Akiko Morigami dalam perlawanan akhir.

Dia memperoleh wild card untuk undian utama Terbuka Pacific Life dan membuat penampilan pertama Tier I di sana. Dia terkeluar di pusingan kedua selepas tewas kepada Martina Hingis.

Dia kemudiannya layak ke separuh akhir Terbuka AIG di Tokyo pada bulan Oktober, separuh akhir Jelajah WTA dalam kariernya dan menjadi wanita Denmark pertama untuk layak ke separuh akhir WTA sejak Tine Scheuer-Larsen di Bregenz pada tahun 1986. Dia dikalahkan oleh Venus Williams dalam straight set.

2008: Kejuaraan Jelajah WTA pertama[sunting | sunting sumber]

Di Terbuka Australia, Wozniacki mengalahkan Gisela Dulko dan pemain pilihan ke-21 Alona Bondarenko untuk layak ke pusingan 16 dimana dia kalah kepada pemain pilihan keempat, Ana Ivanovic. Di Terbuka Perancis, dia diletakkan sebagai pilihan ke-30, menjadikan pertandingan Grand Slam ini yang pertama di mana Wozniacki diletakkan sebagai pemain pilihan. Dia sekali lagi kalah di pusingan ketiga kepada juara pertandingan dan pemain no. 2 dunia, Ana Ivanovic.

Wozniacki memenangi kejuaraan WTA pertamanya Terbuka Nordea Nordic Light 2008.

Di Wimbledon, dia layak ke pusingan ketiga, tetapi kalah kepada pemain pilihan kedua, Jelena Janković.[26] Wozniacki memenangi kejuaraan Jelajah WTA pertamanya Terbuka Nordic Light di Stockholm mengalahkan pemain pilihan kelima, Anabel Medina Garrigues di peringkat suku ahir, pilihan utama dan pemain no- 10 dunia, Agnieszka Radwańska di peringkat separuh akhir dan Vera Dushevina dalam perlawanan akhir. Di Sukan Olimpik Beijing, dia mengalahkan pemain no. 12 dunia, Daniela Hantuchová di pusingan kedua sebelum tewas kepada pemenang pingat emas, Elena Dementieva. Wozniacki kemudiannya memenangi kejuaraan Jelajah WTA keduanya Pilot Pen Tennis di New Haven, mengalahkan empat pemain pilihan, Dominika Cibulková, Marion Bartoli, dan Alizé Cornet untuk layak ke perlawanan akhir dimana dia menewaskan pemain no. 11 dunia, Anna Chakvetadze.

Wozniacki kemudiannya diletakkan sebagai pemain pilihan ke-21 di Terbuka AS. Dia mengalahkan pemain no. 14 dunia, Victoria Azarenka dalam pusingan ketiga tetapi tewas kepada pemain pilihan kedua Jelena Janković dalam pusingan keempat.

Di Terbuka China, dia kalah perlawanan pembukaannya kepada Anabel Medina Garrigues. Walau bagaimanapun, dia berpasangan dengan Medina Garrigues untuk memenangi acara beregu mengalahkan duo China, Han Xinyun dan Xu Yi-Fan. Ia merupakan kejuaraan beregu WTA pertama untuk Wozniacki. Di Kejohanan Tenis Terbuka AIG Jepun Tier III, dia merupakan pemain pilihan utama buat pertama kali dalam Jelajah WTA dan dia memenangi kejuaraan ketiga dalam kariernya mengalahkan Kaia Kanepi dari Estonia dalam perlawanan akhir.

Wozniacki kemudiannya mengambil bahagian dalam Terbuka Denmark Nordea 2008 di tempat asalnya, Odense. Selepas beberapa aksi cemerlang, dia memenangi pertandingan itu dengan menewaskan pemain no.64 dunia, Sofia Arvidsson dari Sweden dalam perlawanan akhir.

Rekod menang–kalah untuk tahun itu (termasuk perlawanan ITF, tidak termasuk perlawanan persahabatan) adalah 58–20 dalam perseorangan dan 8–9 dalam beregu. Dia mengakhiri tahun itu di ranking ke-12 dalam perseorangan dan ke-79 dalam beregu. Dia mengakhiri di tempat ketiga belas dalam Kejuaraan Sony Ericsson. Dia juga dinobatkan sebagai Pendatang Baru Tahunan WTA untuk tahun 2008.[27]

2009: Perlawanan Akhir Grand Slam pertama, Ranking 5 terbaik[sunting | sunting sumber]

Wozniacki memulakan musim di Auckland dimana dia kalah kepada Elena Vesnina di peringkat suku akhir. Dia juga layak ke peringkat suku akhir Sydney kali ini kalah kepada pemain no. 2 dunia Serena Williams. Diletakkan sebagai pemain pilihan ke-11th di Terbuka Australia, Wozniacki kalah di pusingan ketiga kepada pemain wild card Australia, Jelena Dokić.

Di Pattaya, Wozniacki kalah kepada Magdaléna Rybáriková di peringkat suku akhir. Diletakkan sebagai pilihan utama dalam Cellular South Cup di Memphis, Tennessee, Wozniacki layak ke perlawanan akhir tetapi tewas kepada Victoria Azarenka. Selepas itu, mereka berpasangan sebagai beregu dan dalam perlawanan akhir mereka mengalahkan Michaëlla Krajicek dan Yuliana Fedak.

Wozniacki kemudiannya mengambil bahagian dalam dua pertandingan pertama Premier Mandatory pada tahun itu. Di Indian Wells, dia kalah di peringkat suku akhir kepada Vera Zvonareva. Di Miami, dia berjaya mencatat kemenangan pertamanya ke atas Elena Dementieva sebelum tewas kepada seorang lagi pemain Rusia, Svetlana Kuznetsova di peringkat suku akhir.

Wozniacki layak ke perlawanan akhir Grand Slam pertamanya dalam Terbuka AS.

Wozniacki memenangi kejuaraan pertamanya pada tahun itu iaitu Kejohanan MPS Group di atas gelanggang tanah liat hijau di Ponte Vedra Beach selepas mengalahkan pemain Kanada, Aleksandra Wozniak. Di Charleston, dia mengalahkan pemain pilihan, Elena Dementieva di peringkat separuh akhir sebelum kalah dalam perlawanan akhir kepada Sabine Lisicki.

Wozniacki terkeluar awal dalam dua pertandingan seterusnya, kalah kepada Marion Bartoli dalam pusingan kedua di Stuttgart dan kepada Victoria Azarenka dalam pusingan ketiga di Rome. Dia layak ke perlawanan akhir dalam Mutua Madrileña Madrid Open dimana dia kalah kepada pemain no. 1 dunia, Dinara Safina. Ini merupakan perlawanan terakhir Wozniacki menentang pemain no. 1 dunia sebelum dia sendiri menduduki ranking tersebut pada bulan Oktober 2010. Diletakkan sebagai pemain pilihan ke-10 di Terbuka Perancis, Wozniacki kalah kepada Sorana Cîrstea di pusingan ketiga. Mereka berpasangan dalam acara beregu tetapi kalah dalam pusingan pertama.

Wozniacki memenangi kejuaraan keduanya pada tahun 2009 di atas gelanggang rumput di Eastbourne. Dalam perlawanan akhir, dia menewaskan Virginie Razzano.[28] Wozniacki diletakkan sebagai pemain pilihan kesembilan di Wimbledon dimana dia kalah kepada Sabine Lisicki di pusingan keempat.

Ketika hari jadi ke-19 nya, dia kalah dalam perlawanan akhir Terbuka Sweden kepada María José Martínez Sánchez. Di atas gelanggang keras ketika Kejohanan Tenis Wanita LA, dia kalah di pusingan kedua kepada Sorana Cîrstea. Di Cincinnati Masters, dia layak ke pusingan suku akhir sebelum tewas kepada Elena Dementieva. Di Toronto, dia kalah awal di pusingan kedua kepada Zheng Jie, tetapi berjaya mempertahankan kejuaraanya di Pilot Pen Tennis di New Haven tanpa kalah sebarang set. Dalam pusingan pertama, dia menang 6–0, 6–0, ke atas Edina Gallovits dalam masa 41 minit. Dalam perlawanan akhir, dia mengalahkan Elena Vesnina untuk memenangi kejuaraan ketiganya pada musim itu.

Wozniacki kemudiannya diletakkan sebagai pilihan kesembilan dalam Terbuka AS. Dia mencatat keputusan terbaiknya dan menjadi pemain wanita Denmark pertama layak ke perlawanan akhir Grand Slam. Dia berjaya menewaskan juara Terbuka Perancis, Svetlana Kuznetsova di pusingan keempat sebelum menang ke atas Melanie Oudin di peringkat suku akhir dan Yanina Wickmayer di peringkat separuh akhir. Dia kemudiannya tewas kepada Kim Clijsters yang kembali daripada persaraan.

Dalam pusingan kedua Toray Pan Pacific Open, dia menamatkan perlawanan kerana jatuh sakit ketika menentang Aleksandra Wozniak. Dia kemudiannya kalah kepada María José Martínez Sánchez dalam pusingan pertama Terbuka China dan kepada Samantha Stosur di pusingan separuh akhir di Osaka. Pada minggu berikutnya di Luxembourg, dia menamatkan perlawanan kerana mengalami kecederaan hamstring dalam pusingan pertama ketika mendahului 7–5, 5–0 ke atas Anne Kremer. Ini menimbulkan kontroversi kerana kedudukan mata ketika itu.[29]

Keputusan cemerlang Wozniacki pada tahun 2009 melayakkannya kee Kejohanan Sony Ericsson di Doha buat pertama kali. Dia memenangi dua daripada tiga perlawanan peringkat kumpulan dan layak ke peringkat separuh akhir. Dia kemudiannya bergelut dengan ketegangan perut dan kecederaan paha kiri ketika menentang pemain no.1 dunia, Serena Williams dan menamatkan perlawanan ketika ketinggalan 6-4, 0-1.[30]

2010: Pemain no. 1 dunia baru[sunting | sunting sumber]

Dalam pertandingan WTA pertamanya untuk tahun itu, Wozniacki tewas dalam pusingan pembukaan kepada Li Na di Sydney. Dia diletakkan sebagai pemain pilihan keempat di Terbuka Australia. Dia sekali lagi kalah kepada Li, kali ini dalam pusingan keempat. Walaupun tersingkir di pusingan keempat, Wozniacki naik ke ranking ke-3 dunia.

Di Indian Wells, Wozniacki layak ke perlawanan akhir sebelum tewas kepada bekas pemain no. 1 dunia, Jelena Janković. Dengan keputusan ini, dia naik ke ranking ke-2 dunia.[31] Di Terbuka Sony Ericsson di Miami, Wozniacki kalah di pusingan suku akhir kepada Justine Henin.

Pertandinagn seterusnya adalah di Ponte Vedra Beach, dimana dia mengalahkan Olga Govortsova dalam perlawanan akhir. Wozniacki kemudiannya mengambil bahagian dalam Family Circle Cup di Charleston. Dia layak ke peringkat separuh akhir dimana dia bertemu Vera Zvonareva. Wozniacki terpaksa menamatkan perlawanan selepas mengalami kecederaan.[32][33]

Walaupun mengalami kecederaan buku lali berterusan, dia terus untuk mengambil bahagian dalam pertandingan sepanjang musim gelanggang tanah liat, mengalami kekalahan awal di Stuttgart, Rome dan Madrid. Dia kemudiannya layak ke peringkat suku akhir di Warsaw tetapi menamatkan perlawanan.[34]

Wozniacki di Terbuka AS 2010 selepas kemenangan pusingan ke-3 ke atas Chan Yung-jan.

Wozniacki diletakkan sebagai pilihan ketiga di Terbuka Perancis. Dia mencatat keputusan terbaiknya di Roland Garros dengan melayakkan diri ke pusingan keempat tanpa kalah sebarang set. Selepas mengalahkan Flavia Pennetta di pusingan 16, dia kalah kepada Francesca Schiavone di peringkat suku akhir. Wozniacki berpasangan bersama Daniela Hantuchová dalam acara beregu, tetapi mereka menarik diri sebelum perlawanan pusingan kedua menentang adik-beradik Williams kerana kecederaan bahu kanan Hantuchová.

Sebagai juara bertahan, Wozniacki kalah awal di Aegon International, pertandingan gelanggang rumput pertamanya tahun itu kepada Aravane Rezaï. Wozniacki diletakkan sebagai pilihan ketiga di Kejohanan Wimbledon 2010 dimana dia mengalahkan Tathiana Garbin, Chang Kai-chen dan Anastasia Pavlyuchenkova untuk layak ke pusingan keempat sebelum tewas kepada Petra Kvitová.

Wozniacki diletakkan sebagai pilihan utama di Terbuka Denmark e-Boks 2010. Ia merupakan pertandingan WTA pertama Denmark, dicipta kerana populariti Wozniacki di Denmark. Dia layak ke perlawanan akhir dan menewaskan Klára Zakopalová untuk memenangi kejuaraan keduanya tahun itu.

Di Cincinnati, dia kalah dalam pusingan ketiga kepada Marion Bartoli. Sebagai pemain pilihan kedua di Montreal, Wozniacki dipaksa menunggu dua hari untuk bermain perlawanan separuh akhir menentang Svetlana Kuznetsova kerana hujan lebat. Dia mengalahkan kedua-dua Kuznetsova dan Vera Zvonareva dalam hari yang sama untuk memenangi kejuaraan ketiganya tahun itu. Sebagai pemain pilihan utama di New Haven, Wozniacki mengalahkan Nadia Petrova dalam perlawanan akhir untuk memenangi kejuaraan ketiga berturut-turut di sini. Oleh kerana ini, dia turut memenangi 2010 US Open Series.

Wozniacki merupakan pemain pilihan utama di Terbuka AS selepas penarikan diri pemain no.1 dunia, Serena Williams. Dia layak ke peringkat separuh akhir sebelum kalah kepada Vera Zvonareva. Dengan penampilan separuh akhir, Wozniacki menjadi salah seorang daripada dua wanita (seorang lagi Venus Williams) untuk layak sekurang-kurangnya ke pusingan keempat kesemua acara Grand Slam pada tahun 2010.[35]

Pertandingan pertama Wozniacki semasa musim gelanggang keras Asia adalah Terbuka Toray Pan Pacific di Tokyo. Dia menang ke atas Elena Dementieva dalam perlawanan akhir untuk memenangi kejuaraan kelimanya tahun itu.

Dia kemudiannya mengambil bahagian dalam Terbuka China di Beijing. Dalam pusingan ketiga, Wozniacki berdepan Petra Kvitová yang menyingkirnya di Wimbledon. Wozniacki membalas dendam kekalahan itu dan menggantikan Serena Williams sebagai pemain no.1 dunia baru selepas pertandingan. Dia merupakan pemain kelima untuk menduduki ranking no.1 tanpa memenangi sebarang pertandingan Grand Slam. Dia juga menjadi pemain Denmark pertama untuk menduduki ranking tersebut.[36] Wozniacki kemudiannya memenangi pertandingan itu dengan mengalahkan Vera Zvonareva dalam perlawanan akhir untuk memenangi kejuaraan keenamnya tahun itu dan kedua belas keseluruhan.

Di Kejohanan Sony Ericsson di Doha, Wozniacki diletakkan dalam kumpulan bersama Francesca Schiavone, Samantha Stosur dan Elena Dementieva. Dia mengalahkan Dementieva dalam perlawanan pertama tetapi kalah kepada Stosur dalam perlawanan kedua. Dia menang perlawanan terakhir ke atas Schiavone untuk layak ke separuh akhir menentang Vera Zvonareva. Wozniacki menang ke atasnya tetapi kalah dalam perlawanan akhir kepada Kim Clijsters. Wozniacki mengakhiri musim dengan enam kejuaraan WTA, terbanyak dalam jelajah. Clijsters menang lima dan tiada pemain lain yang menang lebih daripada dua.

2011: Pemain no. 1 dunia untuk tahun kedua[sunting | sunting sumber]

Selepas musim berakhir, Wozniacki menukar raketnya dari Babolat kepada Yonex.[37] Wozniacki memulakan musim 2011 dengan perlawanan pertunjukan di Thailand menentang Kim Clijsters dimana dia kalah dalam super tie-break.[38] Wozniacki kemudiannya bermain dalam satu lagi perlawanan pertunjukan, Hong Kong Tennis Classic, dimana dia mewakili dan menjadi kapten Pasukan Eropah. Dia menang dua perlawanan menentang Pasukan Asia Pasifik, sebelum kalah kepada pemain no.2 dunia, Vera Zvonareva dalam perlawanan akhir menentang Pasukan Rusia.[39] Pertandingan WTA pertamanya adalah Medibank International Sydney. Dia menerima laluan percuma ke pusingan kedua dimana dia kalah kepada Dominika Cibulková.

Wozniacki semasa separuh akhir Terbuka Australia 2011.

Terbuka Australia merupaka pertandingan utama pertama Wozniacki sebagai pemain no. 1 dunia.[40] Dia kalah kepada Li Na di peringkat separuh akhir.[41]

Wozniacki jatuh ke no. 2 dunia kepada Kim Clijsters semaa minggu ke-14 Februari, tetapi merampas semula ranking teratas pada minggu berikutnya. Dia menerima laluan percuma ke pusingan kedua di Dubai dimana dalam peringkat suku akhir, dia mengalahkan Shahar Pe'er untuk mengekalkan posisi no. 1.[42] Dia kemudiannya mengalahkan Svetlana Kuznetsova dalam perlawanan akhir untuk meraih kejuaraan ke-13 dalam kariernya dan yang pertama untuk tahun itu. Di Doha, dia menerima laluan percuma ke pusingan kedua dan melayakkan diri ke perlawanan akhir selepas menewaskan Nadia Petrova, Flavia Pennetta, dan Marion Bartoli dalam straight sets. Dia kalah kepada Vera Zvonareva dalam perlawanan akhir. Dalam acara Premier Mandatory pertama tahun itu di Indian Wells, Wozniacki berjaya layak ke perlawanan akhir dimana dia mengalahkan Marion Bartoli untuk meraih kejuaraan ke-14 dalam kariernya. Selepas menerima laluan percuma pusingan pertama Terbuka Sony Ericsson di Miami, Florida, Wozniacki kalah di pusingan keempat kepada pemain pilihan ke-21, Andrea Petkovic.[43] Dalam Family Circle Cup, Wozniacki layak ke perlawanan akhir dimana dia mengalahkan pemain bukan pilihan, Elena Vesnina untuk menang kejuaraan ketiganya tahun itu dan ke-15 dalam karier. Di Stuttgart, Wozniacki layak ke perlawanan akhir kelimanya tahun itu, dimana dia kalah kepada Julia Görges dalam straight sets. Di Madrid, Wozniacki sekali lagi kalah kepada Görges, kali ini di pusingan ketiga. Di Rome, dia kalah kepada Maria Sharapova dalam peringkat separuh akhir. Di Terbuka Brussels, Wozniacki layak ke separuh akhir dimana dia mengalahkan pemain pilihan ketiga dan juara bertahan Terbuka Perancis, Francesca Schiavone.[44] Dalam perlawanan akhir, yang keenam untuk Wozniacki tahun itu, dia mengalahkan pemain pilihan kelapan, Peng Shuai untuk memenangi kejuaraan gelanggang tanah liat pertamanya, selepas menang tiga di atas gelanggang tanah liat hijau yang lebih pantas.[45] Wozniacki merupakan pemain pilihan utama di Terbuka Perancis tetapi kalah dalam pusingan ketiga kepada pemain pilihan ke-28, Daniela Hantuchová.[46]

Wozniacki di Kejohanan WTA 2011.

Pertandingan seterusnya Wozniacki adalah Terbuka e-Boks Sony Ericsson di negara asalnya, Denmark. Dalam perlawanan akhir, dia mengalahkan pemain pilihan keempat, Lucie Šafářová untuk meraih kejuaraan kelimanya tahun itu.[47] Di Wimbledon, dia menang straight-set di pusingan keempat tetapi kalah kepada pemain pilihan ke-24, Dominika Cibulková.[48]

Dalam Piala Rogers, Wozniacki terkeluar seawal pusingan kedua. Dia dikalahkan oleh Roberta Vinci dalam straight sets walaupun mendahului 5–1 dalam set kedua. Wozniacki merupakan pilihan utama dalam Western & Southern Open di Cincinnati, tetapi kalah dalam pusingan kedua kepada pemain no. 76 dunia, Christina McHale. Pertandingan seterusnya adalah New Haven Open at Yale, Wozniacki menang kejuaraan itu untuk tahun keempat berturut-turut mengalahkan Francesca Schiavone di peringkat separuh akhir dan Petra Cetkovská dalam perlawanan akhir.[49]

Dalam Terbuka AS, Wozniacki merupakan pemain pilihan utama. Dalam pusingan pertama, dia menang ke atas Nuria Llagostera Vives. Dalam pusingan kedua, Wozniacki mengalahkan Arantxa Rus dan dalam pusingan ketiga dia mengalahkan pemain Amerika Syarikat, Vania King. Dalam pusingan keempat, Wozniacki bangkit semula daripada defisit 7–6, 4–1 untuk mengalahkan Svetlana Kuznetsova.[50] Wozniacki kemudiannya layak ke separuh akhir dengan mengalahkan Andrea Petkovic di peringkat suku akhir.[51] Di peringkat separuh akhir, dia kalah kepada Serena Williams.[52]

Di Tokyo Wozniacki kalah kepada Kaia Kanepi dalam pusingan ketiga. Di Beijing, dia kalah kepada Flavia Pennetta di peringkat suku akhir.

Wozniacki merupakan pemain pilihan utama dalam Kejohanan WTA. Dalam peringkat kumpulan, dia mengalahkan Agnieszka Radwańska sebelum tewas kepada Vera Zvonareva. Dia juga kalah kepada Petra Kvitová dalam perlawanan terakhir kumpulan dan gagal layak ke separuh akhir buat pertama kali dalam tiga penampilannya. Dia mengakhiri tahun itu sebagai pemain no. 1 dunia untuk tahun kedua berturut-turut.

2012: Permulaan penurunan prestasi[sunting | sunting sumber]

Wozniacki memulakan musimnya dengan mewakili Denmark dalam Piala Hopman 2012 bersama Frederik Nielsen sebagai pasangannya. Wozniacki menang dua daripada tiga perlawanan dalam pusingan robin perseorangan, mengalahkan Bethanie Mattek-Sands dan Tsvetana Pironkova sebelum tewas kepada pemain no.2 dunia, Petra Kvitová.

Acara WTA pertama Wozniacki adalah Apia International Sydney. Selepas laluan percuma pusigan pertama, Wozniacki mengalahkan Dominika Cibulková selepas ketinggalan 4–0 dalam set ketiga.[53] Dia kalah kepada Agnieszka Radwańska dalam tiga set di peringkat suku akhir.[54]

Wozniacki merupakan pilihan utama dalam Terbuka Australia. Dia mengalahkan Anastasia Rodionova, Anna Tatishvili, Monica Niculescu, dan Jelena Janković, semuanya dalam straight sets, untuk layak ke suku akhir dimana dia kalah kepada juara bertahan, Kim Clijsters. Sebagai keputusan itu, Wozniacki hilang ranking teratasnya dan digantikan oleh juara 2012, Victoria Azarenka.[55] Pertandingan seterusnya adalah di Doha dimana Wozniacki kalah kepada Lucie Šafářová di pusingan kedua selepas menerima laluan percuma pusingan pertama.

Wozniacki merupakan juara bertahan di Dubai dan Indian Wells tetapi gagal mempertahankan kedua-dua kejuaraan, kalah kepada Julia Görges dan Ana Ivanovic.

Caroline Wozniacki semasa Terbuka Sony Ericsson 2012.

Wozniacki layak ke separuh akhir di Miami selepas mengalahkan Barbora Záhlavová-Strýcová, Petra Cetkovská, Yanina Wickmayer dan Serena Williams semuanya dalam straight sets. Wozniacki kemudiannya kalah pilihan kedua, Maria Sharapova. Wozniacki tidak mempertahankan kejuaraanya di Charleston kerana dia tidak dibenarkan mengambil bahagian dibawah peraturan WTA kerana dua pemain ranking 6 teratas menyertai pertandingan itu.[56] Wozniacki kemudiannya bermain pertandingan di Copenhagen. Dia layak ke perlawanan akhri tetapi kalah kepada Angelique Kerber.

Wozniacki layak ke pusingan ketiga Terbuka Perancis dimana dia kalah kepada Kaia Kanepi dalam tiga set.[57]

Wozniacki kalah dalam pusingan pertama Wimbledon kepada pemain Austria, Tamira Paszek. Ia merupakan penyingkiran pusingan pembukaan Grand Slam pertamanya sejak membuat debut profesional di Terbuka Perancis 2007.[1]

Wozniacki mewakili Denmark di Sukan Olimpik sebagai pemain pilihan kelapan dalam acara perseorangan wanita. Dalam tiga pusingan pertama, dia mengalahkan Anne Keothavong, Yanina Wickmayer dan Daniela Hantuchová. Dia kemudiannya dikalahkan oleh Serena Williams di peringkat suku akhir.

Wozniacki kemudiannya mengambil bahagian dalam Piala Rogers dimana dia kalah kepada Petra Kvitová dalam separuh akhir dan ketika Western & Southern Open dia dikalahkan dalam pusingan ketiga oleh Anastasia Pavlyuchenkova. Sebagai juara empat kali New Haven Open at Yale, Wozniacki menamatkan perlawanan ketika menentang Maria Kirilenko dalam suku akhir kerana kecederaan lutut kanan yang dialaminya ketika kemenangan suku akhir ke atas Dominika Cibulková.[58]

Wozniacki yang masih mengalami kecederaan diletakkan sebagai pemain pilihan kelapan dalam Terbuka AS 2012 tetapi gagal melepasi pusingan pertama. Dia kalah dalam dua set kepada pemain ranking ke-96, Irina-Camelia Begu. Kerana kekalahan itu, Wozniacki terkeluar daripada ranking 10 teratas buat pertama kali dalam tiga tahun.

Susulan kekecewaannya dalam Terbuka AS, Wozniacki memenangi pertandingan pertamnya tahun itu di Seoul dengan mengalahkan Arantxa Rus, Caroline Garcia, Klára Zakopalová, Ekaterina Makarova, dan Kaia Kanepi dalam perlawanan akhir. Ia merupakan kejuaraan ke-19 dalam kariernya.

Pertandingan seterusnya Wozniacki adalah Toray Pan Pacific Open di Tokyo. Dia mengalahkan Bojana Jovanovski, Daniela Hantuchová dan Li Na sebelum tewas kepada Agnieszka Radwańska di peringkat suku akhir.

Dalam Terbuka China di Beijing, Wozniacki mengalahkan Chanelle Scheepers dan Hsieh Su-wei tetapi tewas kepada Angelique Kerber di pusingan ketiga.

Pertandingan seterusnya Wozniacki adalah Piala Kremlin. Sebagai pemain pilihan ketiga pertandingan, dia mengalahkan pilihan utama Samantha Stosur dalam perlawanan akhir untuk membawa pulang kejuaraan keduanya tahun itu, ke-20 keseluruhan.

Dalam Tournament of Champions di Sofia, Wozniacki menang tiga perlawanan kumpulan dan layak ke perlawanan akhir tetapi tewas kepada Nadia Petrova. Dia mengakhiri tahun itu di ranking ke-10.

(Roddick) dan (Djokovic) berbuat begitu setiap masa dan apabila Caro yang buat dan sekarang ia rasis.??

Serena Williams menjawab kritikan terhadap Wozniacki.[59]

Pada bulan Disember 2012, semasa satu perlawanan pertunjukan di Brazil, Wozniacki meniru rakan dan pemain tenis, Serena Williams mengisi tuala di dalam baju dan skirt untuk kelihatan seperti mempunyai dada dan bahagian belakang yang besar. Perbuatan ini menimbulkan perbezaan pendapat di laman sosial. Ianya telah dikatakan bahawa Wozniacki telah melakukan perkara itu sebelum ini tanpa sebarang kontroversi.[60] Williams juga mempertahankan Wozniacki dalam emel kepada USA Today dan menunjukkan bahawa mereka adalah rakan dan perbuatan itu tidak rasis. Williams walau bagaimanapun menambah, jika orang ramai berasa begitu jadi dia perlu melakukan perkara lain pada masa akan datang.[59]

2013: Terus bergelut dengan prestasi[sunting | sunting sumber]

Wozniacki memulakan tahun itu di Brisbane dimana sebagai pemain pilihan ke-8, dia tewas dalam pusingan pertama kepada Ksenia Pervak dalam tiga set. Wozniacki kemudiannya bertanding dalam Apia International Sydney. Dia mengalahkan Urszula Radwańska tetapi tewas kepada Svetlana Kuznetsova dalam pusingan kedua. Dalam Terbuka Australia 2013, Wozniacki mengalahkan Sabine Lisicki, Donna Vekic dan Lesia Tsurenko tetapi sekali lagi tewas kepada Kuznetsova, kali ini dalam pusingan keempat.

Pertandingan seterusnya Wozniacki adalah Qatar Total Open dimana dia sampai ke peringkat suku akhir dengan kemenangan ke atas Mervana Jugić-Salkić, Sorana Cîrstea, Mona Barthel sebelum tewas kepada Agnieszka Radwańska. Di Dubai, Wozniacki mengalahkan Lucie Šafářová, Zheng Jie dan Marion Bartoli untuk layak ke separuh akhir sebelum tewas kepada Petra Kvitová. Dalam Terbuka Malaysia dia kalah dalam pusingan pertama kepada Wang Qiang. Dia kemudiannya bermain perlawanan pertunjukan dalam BNP Paribas Showdown di Hong Kong. Dia pada asalnya dijadualkan untuk menentang Li Na tetapi dia menarik diri kerana kecederaan. Wozniacki menentang pengganti Li iaitu pemain no. 4 dunia, Agnieszka Radwańska dan kalah dalam straight sets.

Wozniacki layak ke perlawanan akhir pertamanya tahun ini dalam 2013 BNP Paribas Open.

Dalam BNP Paribas Open, dia mengalahkan Alizé Cornet, Elena Vesnina dan Nadia Petrova sebelum menerima laluan percuma selepas [[Victoria Azarenka] menarik diri kerana kecederaan kaki. Dalam perlawanan separuh akhir, Wozniacki mengalahkan Angelique Kerber untuk layak ke perlawanan akhir pertamanya tahun ini tetapi tewas kepada Maria Sharapova. Dalam pertandingan seterusnya, Sony Open di Miami, Wozniacki layak ke pusingan ketiga sebelum tewas kepada Garbiñe Muguruza.

Wozniacki memulakan musim gelanggang tanah liat dengan layak ke suku akhir Family Circle Cup sebelum tewas kepada Stefanie Vögele. Selepas pertandingan itu, Wozniacki tewas dalam pusingan pertama kepada Carla Suárez Navarro di Stuttgart, kepada Yaroslava Shvedova di Madrid, kepada Bojana Jovanovski di Rome dan kepada Zheng Jie di Brussels. Dalam Terbuka Perancis, Wozniacki mengalahkan Laura Robson dalam pusingan pertama tetapi sekali lagi kalah kepada Jovanovski dalam pusingan kedua.

Wozniacki memulakan musim gelanggang rumput dalam 2013 Aegon International di Eastbourne. Dia layak ke separuh akhir selepas kemenangan ke atas Tamira Paszek, Laura Robson dan Ekaterina Makarova tetapi kemudiannya tewas kepada Jamie Hampton. Dalam pusingan pertama Wimbledon, Wozniacki menewaskan Estrella Cabeza Candela. Dalam pusingan kedua, dia berhadapan Petra Cetkovská. Dalam perlawanan keempat set pertama, dengan kedudukan 2-1 Wozniacki tergelincir dan jatuh menyebabkan buku lalinya tercedera. Dia menerima rawatan tetapi dapat dilihat bergelut dan kemudiannya tewas perlawanan itu.[61] Wozniacki merupakan salah seorang daripada beberapa pemain yang tergelincir dan tercedera termasuk Jo-Wilfried Tsonga, Victoria Azarenka dan Maria Sharapova. Selepas perlawanan itu, Wozniacki mempersoalkan sama ada persediaan untuk kejohanan itu adalah sama seperti tahun-tahun sebelumnya.[62]

Musim yang tidak baik Wozniacki berterusan dalam Piala Rogers 2013 dimana dia tewas dalam pusingan kedua kepada Sorana Cîrstea. Dia kemudiannya layak ke suku akhir 2013 Western & Southern Open, mengalahkan Peng Shuai, Monica Niculescu dan Petra Kvitova tewas kepada Victoria Azarenka buat kali pertama sejak tahun 2009. Wozniacki kemudiannya bermain dalam 2013 New Haven Open at Yale. Dia layak ke separuh akhir mengalahkan Peng, Karin Knapp dan Sloane Stephens sebelum kalah kepada Simona Halep dalam straight sets. Dalam Terbuka AS, Wozniacki mengalahkan Yingying Duan dan Chanelle Scheepers dalam straight sets sebelum kalah kepada Camila Giorgi dalam pusingan ketiga.

Wozniacki layak ke separuh akhir Toray Pan Pacific Open mengalahkan Flavia Pennetta, Magdaléna Rybáriková dan Lucie Šafářová sebelum tewas kepada Angelique Kerber. Di Beijing, dia diletakkan sebagai pilihan keenam dimana dia menerima laluan percuma ke pusinga kedua. Wozniacki layak ke suku akhir selepas kemenangan ke atas Monica Niculescu dan Sloane Stephens sebelum tewas kepada Serena Williams.

Acara terakhir Wozniacki untuk tahun itu adalah BGL Luxembourg Open dimana dia diletakkan sebagai pilihan utama. Dia menamatkan dua kekalahan berturut-turut kepada Bojana Jovanovski dengan mengalahkan pemain Serbia itu dalam suku akhir sebelum mengalahkan Sabine Lisicki untuk layak ke perlawanan akhir dimana dia menang ke atas Annika Beck untuk memenangi satu-satunya kejuaraan pada tahun itu. Walaupun kemenangan itu, Wozniacki gagal layak ke WTA Tour Championships di Istanbul selepas Angelique Kerber mengesahkan tempat terakhir selepas dia menang WTA International di Linz, Austria pada minggu yang sama. Walau bagaimanapun, Wozniacki layak ke WTA Tournament of Champions di Sofia tetapi mengambil keputusan untuk tidak mengambil bahagian. Dia mengakhiri tahun itu di ranking ke-10.

2014: Kebangkitan semula dan perlawanan akhir Grand Slam kedua[sunting | sunting sumber]

Sebelum musim bermula, Wozniacki menukar raketnya dari Yonex kepada Babolat. Dia dijadual memulakan musimnya di Brisbane tetapi menarik diri kerana kecederaan bahu dan sebaliknya memulakan musimnya di Sydney dimana dia mengalahkan Julia Goerges sebelum tewas kepada Lucie Šafářová dalam pusingan kedua. Dalam Terbuka Australia, dia kalah kepada Garbiñe Muguruza dalam pusingan ketiga.

Selepas Terbuka Australia, Wozniacki mengambil bahagian dalam Qatar Total Open dimana dia diletakkan sebagai pilihan kelapan sebelum tewas kepada Yanina Wickmayer. Dia layak ke separuh akhir di Dubai mengalahkan Sabine Lisicki, Annika Beck dan Sorana Cîrstea sebelum tewas kepada Venus Williams.

Pertandingan seterusnya Wozniacki adalah BNP Paribas Open. Dia mara ke pusingan keempat selepas kemenangan ke atas Bojana Jovanovski dan Yaroslava Shvedova sebelum tewas kepada Jelena Jankovic menyebabkan dia jatuh ke ranking ke-18. Dia pulih dengan layak ke suku akhir Sony Open, mencatat kemenangan ke atas Monica Puig, Sloane Stephens dan Varvara Lepchenko sebelum tewas kepada Li Na. Wozniacki kemudiannya membuat pemapilan sulungnya di Monterry Open dimana dia mengalahkan Coco Vandeweghe, Kristina Mladenovic dan Karolina Pliskova untuk layak ke separuh akhir sebelum tewas kepada Ana Ivanovic.

Wozniacki dalam Wimbledon 2014.

Kejohanan pertama untuk musim gelanggang tanah liat dijadualkan dalam Porsche Tennis Grand Prix, tetapi dia terpaksa menarik diri akibat kecederaan pergelangan tangan kiri. Sebaliknya, acara pertamanya di gelanggang tanah liat adalah Mutua Madrid Open dimana dia mara ke pusingan kedua selepas menewaskan Ekaterina Makarova sebelum tewas kepada Roberta Vinci selepas mengalami kecederaan lutut. Kecederaan sama menyebabkan dia menarik diri daripada Internazionali BNL d'Italia di Rome. Dalam Terbuka Perancis, Wozniacki dikalahkan oleh Yanina Wickmayer dalam pusingan pertama.

Wozniacki menikmati musim cemerlang gelanggang rumput dimana mana dia layak ke separuh akhir AEGON International dengan kemenangan ke atas Samantha Stosur, Sloane Stephens dan Camila Giorgi sebelum tewas kepada Angelique Kerber. Dalam Kejuaraan Wimbledon, Wozniacki layak ke pusingan keempat selepas kemenangan ke atas Shahar Peer, Naomi Broady dan Ana Konjuh tetapi tewas kepada Barbora Záhlavová-Strýcová.

Selepas Wimbledon, Wozniacki menang kejuaraan pertamanya tahun ini dalam Istanbul Cup. Dia mengalahkan Belinda Bencic, Karin Knapp, Karolina Pliskova dan Kristina Mladenovic untuk layak ke perlawanan akhir sebelum mengalahkan Roberta Vinci.

Kejohanan pertama Wozniacki dalam 2014 US Open Series adalah Rogers Cup. Dia layak ke suku akhir selepas kemenangan ke atas Daniela Hantuchova, Klara Koukalova dan Shelby Rogers sebelum tewas kepada Serena Williams. Dalam Western & Southern Open, Wozniacki mengalahkan Magdalena Rybarikova, Zhang Shuai, Angelique Kerber dan Agnieszka Radwanska. Dalam perlawanan separuh akhir, dia tewas kepada Serena Williams.

Pertandingan seterusnya Wozniacki adalah Terbuka AS, dimana dia diletakkan sebagai pilihan kesepuluh. Dia mengalahkan Magdalena Rybarikova, Aliaksandra Sasnovich, Andrea Petkovic, Maria Sharapova, Sara Errani dan Peng Shuai. Dalam perlawanan akhri, Wozniacki kalah kepada Serena Williams.

Wozniacki bertanding dalam Toray Pan Pacific Open. Dia mengalahkan Jarmila Gajdosova, Carla Suarez Navarro, Garbine Muguruza sebelum tewas kepada Ana Ivanovic dalam perlawanan akhir. Dalam Wuhan Open, dia mengalahkan Carla Suarez Navarro, Casey Dellacqua dan Timea Bacsinszky untuk layak ke separuh akhir sebelum tewas kepada Eugenie Bouchard. Dia bertanding dalam China Open dimana dia disingkirkan oleh Samantha Stosur.

Dalam WTA Finals, Wozniacki diundi dalam kumpulan bersama Maria Sharapova, Petra Kvitová dan Agnieszka Radwańska. Dalam perlawanan pertamanya, dia mengalahkan Maria Sharapova. Dia kemudiannya mengalahkan Agnieszka Radwańska dan Petra Kvitová. Dia kemudiannya kalah kepada Serena Williams dalam separuh akhir. Dia mengakhiri tahun di ranking ke-8.

Wozniacki mengambil bahagian dalam New York City Marathon pada 2 November 2014. Dia merekodkan masa 3 jam, 26 minit dan 33 saat.[63]

2015: Kembali ke 5 teratas[sunting | sunting sumber]

Wozniacki menyertai ASB Classic di Auckland dan layak ke perlawanan akhir sebelum tewas kepada Venus Williams. Dalam Terbuka Australia, dia diundi menentang Victoria Azarenka dalam pusingan kedua dan tewas perlawanan itu.[64] Walau bagaimanapun, dia naik ke ranking ke-5 selepas pertandingan itu.[65]

Wozniacki kemudiannya mengambil bahagian dalam Dubai Tennis Championships dimana dia layak ke separuh akhir sebelum tewas kepada Simona Halep. Dalam Qatar Total Open, dia kalah kepada Victoria Azarenka di peringkat suku akhir. Dia memenangi Terbuka Malaysia selepas mengalahkan Alexandra Dulgheru dalam perlawanan akhir.

Dalam BNP Paribas Open, dia mengalahkan Ons Jabeur sebelum tewas dalam pusingan ketiga kepada Belinda Bencic. Dalam Miami Open, dia mengalahkan Madison Brengle dan Kaia Kanepi. Dia kalah kepada Venus Williams dalam pusingan keempat.

Di Stuttgart, dia mengalahkan Lucie Šafářová, Carla Suárez Navarro dan Simona Halep sebelum tewas kepada Angelique Kerber dalam perlawanan akhir. Dalam Mutua Madrid Open, dia layak ke suku akhir selepas menewaskan Jarmila Gajdošová, Christina McHale dan Agnieszka Radwańska. Dia kalah dalam suku akhir kepada Maria Sharapova. Dalam Internazionali BNL d'Italia, dia kalah dalam pusingan kedua kepada Victoria Azarenka. Dalam Terbuka Perancis, dia mengalahkan Karin Knapp sebelum tewas kepada Julia Görges dalam pusingan kedua.

Dalam Aegon International, dia mengalahkan Jarmila Gajdošová, Svetlana Kuznetsova dan Andrea Petkovic untuk layak ke separuh akhir menentang Belinda Bencic. Dia menamatkan perlawanan kerana kecederaan belakang.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Kawan rapat Wozniacki adalah Malou Ejdesgaard dan[66] Serena Williams.[67] Wozniacki boleh bercakap dalam Bahasa Denmark, Inggeris dan Poland.[68][69][70] Apabila ditanya pada tahun 2008 oleh majalah Teen Vogue apakah sukan kegemarannya selain tenis, Wozniacki berkata "Saya suka bola baling, bola sepak, berenang, bermain piano dan banyak perkara lain."[71] Wozniacki merupakan penyokong Liverpool F.C.. Dia memakai jersi Liverpool yang ditandatangani Steven Gerrard di atas gelanggang ketika Qatar Ladies Open 2011.[72]

Dia mempunyai hubungan dengan pemain golf Ireland Utara, Rory McIlroy dari tahun 2011 sehingga 2014.[73] Dia mengumumkan pertunangan mereka dalam laman Twitternya pada 1 Januari 2014.[74] Pada 21 Mei 2014, McIlroy menamatkan pertunangan mereka.[75]

Maraton[sunting | sunting sumber]

Pada 2 November 2014, Wozniacki membuat penampilan pertama maraton, menamatkan New York City Marathon dengan masa 3:26:33. Masa ini sudah cukup untuk layak ke Maraton Boston 2016 tetapi Wozniacki berkata dia tidak akan mengambil bahagian dalam acara maraton untuk beberapa tahun.[76]

Model[sunting | sunting sumber]

Wozniacki muncul dalam Sports Illustrated Swimsuit Issue 2015, selepas beberapa pemain tenis, Steffi Graf (1997), Serena Williams (2004), Venus Williams (2005), Maria Sharapova (2006), Ana Ivanovic (2010) dan Rafael Nadal (2012).[77]

Statistik karier[sunting | sunting sumber]

Grand Slam[sunting | sunting sumber]

Perseorangan: 2 (2 naib-juara)[sunting | sunting sumber]

Keputusan Year Kejohanan Surface Lawan Skor
Naib-juara 2009 Terbuka AS Keras Belgium Kim Clijsters 5–7, 3–6
Naib-juara 2014 Terbuka AS (2) Keras Amerika Syarikat Serena Williams 3–6, 3–6

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f "Caroline Wozniacki Statistics". WTA Tour. Dicapai 26 August 2013. 
  2. ^ "Notes & Netcords: January 16, 2012". WTA Tour. Dicapai 16 January 2012. 
  3. ^ "Wozniacki's Big Day – The Gallery". 7 October 2010. Diarkibkan daripada asal pada 18 July 2011. Dicapai 11 February 2015. 
  4. ^ "Stats Corner: Best Of The Best". WTA Tour. 15 December 2010. Dicapai 11 April 2011. 
  5. ^ "€20m smiles: Rory McIlroy and tennis ace Caroline Wozniacki". Irish Independent. 5 November 2011. Dicapai 16 December 2011. 
  6. ^ a b "About Caro". Caroline Wozniacki Official Web site. Dicapai 31 March 2009. 
  7. ^ a b "Caroline Wozniacki". WTA Tour. Diarkibkan daripada asal pada 7 March 2011. Dicapai 11 February 2015. 
  8. ^ "Dane Caroline Wozniacki is the Wimbledon 2009 Women's Dark Horse". The Optimist. Dicapai 1 February 2010. 
  9. ^ Caroline Wozniacki: An Analysis. 6 August 2010.
  10. ^ Martin, James (22 March 2010). "Viewpoint: Wozniacki can't just be counter-puncher". Tennis. Dicapai 11 February 2015. 
  11. ^ "Keep your eye on this hot shot". the daily W. W. 28 July 2009. Dicapai 11 February 2015. 
  12. ^ "Caroline Wozniacki – Official Website". 
  13. ^ "THY'yi Caroline uçuracak" (dalam bahasa Turki). ntvmsnbc. Dicapai 20 December 2010. 
  14. ^ GODIVA Chocolatier Announces Partnership With Tennis Star Caroline Wozniacki 11 February 2015, PRNewswire, retrieved 20 February 2015
  15. ^ Love, Tom (27 May 2011). "The World's 50 Most Marketable Athletes". SportsPro. Dicapai 27 May 2011. 
  16. ^ Badenhausen, Kurt (1 August 2011). "The Highest-Paid Female Athletes". Forbes. Dicapai 3 August 2011. 
  17. ^ Tim Curry (12 December 2005). "Roshardt and Wozniacki Claim Orange Bowl Title". ITFtennis.com. Dicapai 14 November 2010. 
  18. ^ Ian Hargraves. "Liverpool International Tennis Tournament 2006". Tournament website. Dicapai 14 November 2010. 
  19. ^ "Not sweet, Caroline". Daily Mirror. UK. 5 September 2006. Dicapai 22 July 2009. 
  20. ^ Wozniacki, Caroline (4 September 2006). "Caroline Wozniacki U.S. Open Blog entry 2". Diarkibkan daripada asal pada 3 June 2007. Dicapai 1 January 2007. 
  21. ^ Faye Andrews (19 October 2006). "Wozniacki and Sugita claim Grade A titles in Japan". ITFtennis.com. Dicapai 14 November 2010. 
  22. ^ "Caroline Wozniacki før den store gallaaften: Jeg vil være lige så god som Venus Williams" (dalam bahasa Danish). Danske Sportsjournalister. 29 October 2006. Dicapai 12 December 2010.  Parameter |trans_title= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  23. ^ Ritzau (22 November 2006). "Wozniackis kamp mod Venus aflyst" (dalam bahasa Danish). DR Forside. Dicapai 22 November 2006. 
  24. ^ "Caroline Wozniacki bliver ambassadør". Politiken (dalam bahasa Danish). 24 November 2006. Dicapai 16 March 2010.  Parameter |trans_title= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  25. ^ "Wozniacki vandt i Italien" (dalam bahasa Danish). Danish Broadcasting Corporation. 4 February 2007. Dicapai 21 June 2011. 
  26. ^ Newcombe, Barry (28 June 2008). "Jankovic hobbles to hard-fought win". All England Club. Dicapai 31 March 2009. 
  27. ^ "Wozniacki wins tennis award". The Copenhagen Post. 27 March 2009. Diarkibkan daripada asal pada 31 March 2009. Dicapai 11 February 2015. 
  28. ^ "Wozniacki triumphs at Eastbourne". BBC Sport. 20 June 2009. Dicapai 20 June 2009. 
  29. ^ "Wozniacki denies part in betting scandal". The Independent. 26 October 2009. Dicapai 11 February 2015. 
  30. ^ Dave James (AFP) (31 October 2009). "It's Venus against Serena in WTA Championships final". Agence France-Presse. Diarkibkan daripada asal pada 20 December 2013. Dicapai 11 February 2015. 
  31. ^ Jankovic Finishes With A Flourish BNP Paribas Open, 21 March 2010. Retrieved 11 February 2015.
  32. ^ "Post-Match Press Conference With: Caroline Wozniacki" (PDF). Family Circle Cup website. 17 April 2010. Dicapai 14 November 2010. 
  33. ^ "Vera & Sam Into Final". WTA Tour. 17 April 2010. Dicapai 17 April 2010. 
  34. ^ "Wozniacki Retires Hurt, Doubtful for French Open". ABC News. 20 May 2010. Dicapai 14 November 2010. 
  35. ^ Aaress Lawless (7 October 2010). "Caroline Wozniacki Dethrones Serena Williams for No. 1 Tennis Ranking". On the Baseline Tennis News. Dicapai 14 November 2010. 
  36. ^ "Wozniacki ascends to No.1". FOXSports.com. 11 October 2010. Dicapai 21 January 2011. 
  37. ^ Ed McGrogan (3 January 2011). "Frame Job: Wozniacki Switches to Yonex". tennis.com. Dicapai 11 February 2015. 
  38. ^ Tor Chittinand (3 January 2011). "Clijsters beats Wozniacki in exhibition match". Bangkok Post. Dicapai 8 January 2011. 
  39. ^ "Hong Kong Tennis Classic 2011 Scoreboard". Retrieved 8 January 2011.
  40. ^ "Stats Corner – New No. 1s at Majors". Women's Tennis Association. 19 January 2011. Dicapai 11 February 2015. 
  41. ^ "Li Beats Wozniacki in Australian Open Semifinals". The New York Times. 27 January 2011. Dicapai 29 September 2012. 
  42. ^ "Wozniacki Beats Peer, Secures No.1 Return". Women's Tennis Association. 18 February 2011. Dicapai 11 February 2015. 
  43. ^ "Petkovic Pulls the Plug on Wozniacki at the Sony Ericsson Open". Miami Tennis News. 28 March 2011. Dicapai 29 September 2012. 
  44. ^ "Caroline Wozniacki to face Peng Shuai in Brussels final". BBC Sport. 20 May 2011. Dicapai 27 June 2011. 
  45. ^ "Top-ranked Caroline Wozniacki wins Brussels Open Tennis". The Seattle Times. 21 May 2011. Dicapai 28 June 2011. 
  46. ^ "Caroline Wozniacki, Sam Stosur lose". ESPN. 27 May 2011. Dicapai 27 June 2011. 
  47. ^ "Wozniacki retains Copenhagen crown". CNN. 12 June 2011. Dicapai 12 June 2011. 
  48. ^ Chadband, Ian (27 May 2011). "Wimbledon 2011: Caroline Wozniacki loses to Dominika Cibulkova as questions raised over world No 1 ranking". The Telegraph. London. Dicapai 27 June 2011. 
  49. ^ Doyle, Paul (27 August 2011). "Wozniacki Makes It Four In A Row In New Haven". The Hartford Courant. Dicapai 2 September 2011. 
  50. ^ Bernstein, Viv (5 September 2011). "Wozniacki battles back to beat Kuznetsova". ESPN. Dicapai 9 September 2011. 
  51. ^ Rothenberg, Ben (8 September 2011). "Wozniacki Defeats Petkovic". The New York Times. Dicapai 9 September 2011. 
  52. ^ Martin, John (10 September 2011). "Williams Overpowers Wozniacki and Advances to Final". The New York TImes. Dicapai 11 September 2011. 
  53. ^ "Dokic falls in Sydney, Wozniacki and Li advance". The Age. Melbourne. 10 January 2012. Dicapai 29 September 2012. 
  54. ^ "Radwanska leaves Wozniacki wondering". Apia International Sydney website. 12 January 2012. Dicapai 29 September 2012. 
  55. ^ Mike Dickson (30 January 2012). "Shake up in the women's game as champion Azarenka replaces Wozniacki as world No 1". Daily Mail. London. Dicapai 29 September 2012. 
  56. ^ Peter Bodo (12 March 2012). "Star security backfiring on WTA?". ESPN. Dicapai 29 September 2012. 
  57. ^ "French Open 2012: Caroline Wozniacki and Schiavone out". BBC Sport. 2 June 2012. Dicapai 4 June 2012. 
  58. ^ Pat Eaton-Robb (24 August 2012). "Wozniacki retires with knee injury at New Haven". USA Today. Dicapai 29 September 2012. 
  59. ^ a b "Serena Williams dismisses claims fellow tennis player Caroline Wozniacki did 'racist impression' of her but says she should not mock her in the same way again". Daily Mail. London. 23 December 2012. 
  60. ^ "Caroline Wozniacki's latest attempt to impersonate 'friend' Serena Williams draws criticism". The Daily Telegraph. London. 12 December 2012. 
  61. ^ "Wimbledon: Injured Caroline Wozniacki tumbles out". DNAIndia. 26 June 2013. Dicapai 28 June 2013. 
  62. ^ "CAROLINE WOZNIAKI SECOND ROUND". Wimbledon. 26 June 2013. Dicapai 28 June 2013. 
  63. ^ "Caroline Wozniacki greeted by Serena Williams". Dicapai 3 November 2014. 
  64. ^ "AZARENKA TOPS WOZNIACKI DOWN UNDER". WTA official website. 22 January 2015. Dicapai 22 January 2015. 
  65. ^ "Caroline Wozniacki Player Profile". WTA official webstie. Dicapai 2 February 2015. 
  66. ^ Caroline Wozniacki (6 April 2010). "Caroline's Blog: Hello from Ponte Vidra, Florida". Caroline Wozniacki Official Web site. Dicapai 11 November 2010. 
  67. ^ "Serena Williams, Caroline Wozniacki continue their BFFs tour of New York City". 
  68. ^ Tennis star and Liverpool FC fan Caroline Wozniacki wears Steven Gerrard shirt on court – Liverpool Echo Retrieved 7 September 2014
  69. ^ Tennis Star Caroline Wozniacki Keeps Promise To Liverpool Fans Retrieved 7 September 2014
  70. ^ Tennis world No.1 is a Reds fan – Liverpool FC Retrieved 7 September 2014
  71. ^ Bhattacharya, Runa (12 November 2006). "20 Questions with Tennis Phenom Caroline Wozniacki". Teen Vogue. Condé Nast. Dicapai 31 March 2009. 
  72. ^ Adam Davies (25 February 2011). "Tennis Star Caroline Wozniacki Keeps Promise To Liverpool Fans". CaughtOffside. Dicapai 2 June 2011. 
  73. ^ "McIlroy says arm fine, confirms dating Wozniacki". Golf Magazine. 25 August 2011. Dicapai 26 August 2011. 
  74. ^ Caroline Wozniacki (1 January 2014). "Happy New Year everyone!". Twitter. Dicapai 1 January 2014. 
  75. ^ McBride, Caitlin; Byrne, Cormac (21 May 2014). "McIlroy claims Wozniacki split was 'amicable and mutual'". Irish Independent. 
  76. ^ Auerbach, Nicole (3 November 2014). "Caroline Wozniacki runs impressive NYC Marathon debut". USA Today. Gannett. Dicapai 11 February 2015. 
  77. ^ DeMarzo, John (9 February 2015). "Caroline Wozniacki's latest success: SI Swimsuit model". New York Post. NYP Holdings, Inc. Dicapai 11 February 2015. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]