Che Puan Khaleeda Bustamam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Che Puan Khaleeda
YANG MULIA ISTERI TUNKU MAHKOTA JOHOR
Keputeraan(1993-07-16)16 Julai 1993 (Umur 25 tahun, 10 bulan dan 9 hari)
Kuala Lumpur, Malaysia
PasanganTunku Ismail Idris (k. 2014)
AnakandaYAM Tunku Khalsom Aminah Sofiah
DYAM Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim
Nama penuh
Che Puan Khaleeda binti Bustamam
AyahandaBustamam bin Daud
BondaAziyah binti Abdul Aziz
AgamaIslam

Yang Mulia Isteri Tunku Mahkota Johor, Che' Puan Khaleeda Binti Bustamam (dilahirkan pada (1993-07-16)16 Julai 1993 di Kuala Lumpur, Malaysia) merupakan adalah isteri kepada Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor , Tunku Ismail Idris Ibni Sultan Ibrahim .

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Baginda telah mula mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Seri Gombak, Selangor (2000 hingga 2003),Sekolah St. George's Hanover Square,London (2003 hingga 2004),Sekolah Menengah Westminster Academy London (September 2004 hinnga Julai 2008) dan Sekolah Sri Utama,Kuala Lumpur (2010).

Keluarga[sunting | sunting sumber]

YM Che' Puan Khaleeda merupakan anak bongsu daripada lima adik-beradik iaitu dua perempuan dan dua lelaki. Bustamam dan Aziyah Berumah tangga di Kuala Lumpur.

Perkahwinan[sunting | sunting sumber]

Pada 24 Oktober 2014, DYAM Tunku Ismail dan YM Che' Puan Khaleeda direstui untuk berkahwin di Istana Bukit Serene. Perkahwinan mereka telah disempurnakan oleh YBhg Mufti Johor, Datuk Mohd Tahrir Samsudin.

YM Che’ Puan Khaleeda telah dikurniakan Darjah Pangkat Pertama Dato’ Sri Paduka Mahkota Johor (S.P.M.J) pada 15 Mac 2015 oleh DYMM Sultan Johor dan pada 23 Mac 2019 Che'Puan Khaleeda dikurniakan Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Pertama (DKI) sempena Hari Keputeraan Rasmi Sultan Johor.

Pasangan diraja dikurniakan anakanda sulung diberi nama YAM Tunku Khalsom Aminah Sofiah yang dilahirkan pada 25 Jun 2016.[1]. Baginda dikurniakan anakanda kedua diberi nama YAM Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim, yang dilahirkan pada 14 Oktober 2017.

Keluarga dan Kerabat[sunting | sunting sumber]

YM Che' Puan Khaleeda berkahwin dengan Tunku Ismail. Pasangan diraja ini dengan seorang puteri dan seorang putera.

Nama Keputeraan Tempat Keputeraan Umur
Yang Amat Mulia
Tunku Khalsom Aminah Sofiah
(2016-06-25)25 Jun 2016 Wad Diraja Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru 2 tahun dan 11 bulan
Duli Yang Amat Mulia Raja Muda Johor
Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim
(2017-10-14)14 Oktober 2017 Wad Diraja Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru 1 tahun, 7 bulan dan 11 hari

Penglibatan dengan masyarakat[sunting | sunting sumber]

Beliau kini merupakan Penaung DiRaja Persatuan Bola Jaring dan Persatuan Badminton negeri Johor[2]

Penganugerahan Kurniaan Darjah Kebesaran[sunting | sunting sumber]

YM Che' Puan Khaleeda telah dianugerahkan,

  • Most Honourable Order of the Crown of Johor - ribbon bar.png Darjah Mahkota Johor :
    • Darjah Pangkat Pertama Dato' Sri Paduka Mahkota Johor (SPMJ) Pada 15 Mac 2015

Nama Penuh Che' Puan Khaleeda Binti Bustamam berserta gelaran rasmi ialah.

Yang Mulia Che' Puan Khaleeda Binti Bustamam, DK I., SPMJ

Gelaran dan dihormati[sunting | sunting sumber]

Gelaran hormat bagi
Che' Puan Khaleeda Bustamam
Gaya panggilan Yang Mulia
Gaya pertuturan Yang Mulia
Gaya pilihan Che' Puan
  • 16 Julai 1993 - 24 Oktober 2014 : Cik Khaleeda Binti Bustamam
  • 24 Oktober 2014 - Kini  : Yang Mulia Isteri Tunku Mahkota Johor, Che' Puan Khaleeda Binti Bustamam

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]