Che Puan Muda Zaheeda Mohamad Ariff

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Che Puan Muda Zaheeda
Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Muda Kedah
Raja Puan Muda Kedah
Pemasyhuran26 November 2017 – kini
Didahului olehTengku Maliha
KeputeraanZaheeda Banu binti Mohamad Ariff
(1971-10-19)19 Oktober 1971 (Umur 52 tahun, 6 bulan dan 7 hari)
Ipoh, Perak
PasanganTengku Sarafudin Badlishah (k. 2003)
AnakandaYTM Tunku Zara Bahiyah
YTM Tunku Sulaiman Badlishah
Nama diraja
Che Puan Muda Zaheeda binti Mohamad Ariff
AyahandaMohamad Ariff
AgamaIslam
TandatanganTandatangan Che Puan Muda Zaheeda

Duli Yang Teramat Mulia Che Puan Muda Zaheeda binti Mohamad Ariff (dilahirkan pada (1971-10-19)19 Oktober 1971 di Ipoh, Perak) merupakan Raja Puan Muda Kedah. Baginda adalah isteri kepada Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah ibni Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Raja Muda Kedah.

Pendidikan dan kerjaya[sunting | sunting sumber]

Che Puan Muda Zaheeda merupakan lulusan Ijazah Undang - Undang (Kepujiaan) daripada College of Cardiff, University of Wales dan seterusnya mendapat Ijazah Sarjana (Undang-Undang Komersial) daripada University of Bristol. Baginda telah mendapat Certificate in Legal Practice (Hons) daripada Legal Qualifying Board of Malaysia dan telah diterima masuk sebagai peguambela dan peguamcara Malaysia pada Tahun 1996.

Baginda juga pernah berkhidmat sebagai Ketua Bahagian Perundangan dan Kesetiausahaan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) dan turut menjawat jawatan sama di Kumpulan Darul Ehsan Berhad.[1]

Sebelum berkhidmat dengan Syarikat Bekalan Air Selangor, baginda pernah memegang jawatan Pengurus Besar Undang-Undang Indah Water Konsortium Sdn Bhd dari tahun 2008 hingga 2014. Baginda juga memegang kelayakan Penimbangtara Berkanun dari Chartered Institute of Arbitrators.

Perkahwinan[sunting | sunting sumber]

Che Puan Muda Zaheeda telah melangsungkan perkahwinan bersama Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Kedah Tengku Sarafudin Badlishah pada tanggal 27 Februari 2003. Hasil daripada perkahwinan tersebut, pasangan diraja ini telah dikurniakan 2 orang cahaya mata iaitu YTM Tunku Zara Bahiyah yang diputerikan pada 4 April 2004 dan YTM Tunku Sulaiman Badlishah yang diputerakan pada 18 Disember 2007.

Terasul dan gelaran[sunting | sunting sumber]

Gelaran hormat bagi
Che Puan Muda Zaheeda
Gaya panggilan Duli Yang Teramat Mulia
Gaya pertuturan Duli Yang Teramat Mulia
Gaya pilihan Tuanku
  • 19 Oktober 1971 - 21 Januari 2007 : Cik Zaheeda Banu binti Mohamad Ariff
  • 21 Januari 2007 – 15 Januari 2017 : Yang Berbahagia Datin Zaheeda Banu binti Mohamad Ariff
  • 15 Januari 2017 – 26 November 2017 : Yang Amat Berbahagia Datin Zaheeda Banu binti Mohamad Ariff, Toh Puan Laksamana Kedah
  • 26 November 2017 - kini : Duli Yang Teramat Mulia Che Puan Muda Zaheeda binti Mohamad Ariff, Raja Puan Muda Kedah

Darjah kebesaran[sunting | sunting sumber]

Che Puan Muda Zaheeda telah dikurniakan:

  • Dato’ Sri Paduka Mahkota Kedah (SPMK 21.1.2018) membawa gelaran Dato' Seri.
  • Darjah Kerabat Sallehuddin (DKS 19.6.2022)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Portal Rasmi Kerajaan Negeri Kedah: Biografi Raja Muda Kedah". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-04-21. Dicapai pada 2019-04-21.