Sultanah Maliha

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Sultanah Maliha
Sultanah Kedah
Sultanah Kedah
Tempoh12 September 2017 – kini
Pemasyhuran30 April 2018
Didahului olehSultanah Haminah Hamidun
KeputeraanTengku Maliha binti Tengku Ariff
(1949-04-13) 13 April 1949 (umur 70)
Kota Bharu, Kelantan Darul Naim, Persekutuan Tanah Melayu
PasanganSultan Sallehuddin (k. 1965)
Anakanda
Butiran
Nama penuh
Sultanah Maliha binti Almarhum Tengku Ariff
KerabatKedah Darul Aman
AyahandaTengku Sri Jaya Diraja Tengku Ariff bin Tengku Long Abdul Rahman
BondaCik Puan Rokiah binti Sulaiman
AgamaIslam

Sultanah Maliha binti Almarhum Tengku Ariff (diputerakan 13 April 1949) ialah Sultanah Negeri Kedah Darul Aman menggantikan kakanda ipar baginda, Sultanah Haminah Hamidun. Baginda Sultanah dimasyhurkan sebagai Sultanah Kedah pada 30 April 2018 dengan penuh adat istiadat.[1] Baginda ialah bonda kepada Tunku Sarafuddin Badlishah dengan Tunku Shazuddin Ariff.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Tengku Maliha ialah anakanda ketiga daripada tujuh adik beradik kepada Tengku Sri Jaya Diraja Tengku Ariff bin Tengku Long Abdul Rahman dengan Cik Puan Rokiah binti Sulaiman.[2] Tengku Maliha merupakan ahli kaum kerabat diraja Negeri Kelantan dengan Sultan Yahya Petra sebagai paduka nenda saudaranya.[3]

Baginda mendapat pendidikan awal di SK St Mary, Sentul dan seterusnya di SK dan SMK Assunta, Petaling Jaya ketika ayahanda baginda berkhidmat di KLM iaitu sebuah syarikat penerbangan Belanda.[4] Pada tahun 1960, Sultanah Maliha bersama kerabat baginda berangkat pulang dan bersemayam di Kota Bharu, Kelantan kerana pada waktu itu ayahanda baginda diperkenankan untuk bertugas sebagai juruiring kepada Almarhum Sultan Yahya Petra ibni Almarhum Sultan Ibrahim, Sultan Kelantan ke-27.

Sekembalinya di Kota Bharu, Sultanah Maliha mendapatkan pendidikan di Sekolah Menengah Sultanah Zainab, Kota Bharu dan sangat aktif dalam pelbagai aktiviti di peringkat sekolah seperti sukan hoki dan mengambil bahagian dalam persatuan perbahasan di sekolah.[5] Tengku Maliha pernah mewakili sekolah dalam pertandingan debat bahasa Inggeris.

Minat[sunting | sunting sumber]

Sultanah Maliha dilantik sebagai penaung English Literacy and Computer Programme (COMEL) diurus oleh Jabatan Pendidikan negeri dan Universiti Kebangsaan Malaysia. Sultanah Maliha juga menyayangi kucing dan gemar memasak terutamanya masakan Pantai Timur Semenanjung Malaysia.[6]

Sultanah Kedah[sunting | sunting sumber]

Sultanah Maliha dijadikan Sultanah Kedah apabila paduka suami baginda dimasyhurkan sebagai Sultan Kedah yang baharu berikutan kemangkatan paduka kakanda ipar baginda pada bulan September 2017. Baginda Sultanah dimasyhurkan sebagai Sultanah Kedah pada 30 April 2018 dengan penuh adat istiadat di Balairung Seri, Istana Anak Bukit, Alor Setar. Istiadat bermula jam 11 pagi dengan keberangkatan tiba Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah dan Sultanah Maliha ke Balairung Seri, diiringi pembawa peralatan istiadat iaitu cogan agama, cogam alam, cokmar, pedang dan lembing.[7] Sejurus keberangkatan masuk pasangan diraja ke Balairung Seri, payung istiadat dikembangkan, disusuli paluan nobat. Watikah pemasyhuran Sultanah Kedah dibacakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah di hadapan Sultan Kedah sebelum Sultanah Maliha bangkit mengucup tangan Sultan Kedah sebagai tanda istiadat menjunjung duli, disusuli 21 das tembakan meriam dengan paluan nobat. Ahli kaum kerabat diraja Kedah yang lain turut berangkat menghadiri istiadat pemasyhuran Sultanah Kedah.

Terasul, gelaran, kurniaan dan lambang[sunting | sunting sumber]

Gelaran hormat bagi
Sultanah Maliha
Panji-panji Sultanah Kedah
Gaya panggilan Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Gaya pertuturan Kebawah Duli Tuanku
Gaya pilihan Tuanku

Terasul dan gelaran[sunting | sunting sumber]

  • 13 April 1949 – 28 November 1981: Yang Mulia Tengku Maliha binti Tengku Ariff
  • 28 November 1981 – 1996: Yang Teramat Mulia Tengku Maliha binti Tengku Ariff, Toh Puan Laksamana Kedah
  • 1996 – 15 Disember 2016: Yang Teramat Mulia Datin Seri Diraja Puan Sri Dato' Seri Tengku Maliha binti Tengku Ariff, Tunku Puan Temenggong Kedah
  • 15 Disember 2016 – 12 September 2017: Duli Yang Teramat Mulia Datin Seri Diraja Puan Sri Dato' Seri Tengku Maliha binti Tengku Ariff, Raja Puan Muda Kedah Darul Aman
  • 12 September 2017 – kini: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah Maliha binti Tengku Ariff, Sultanah Kedah

Kurniaan[sunting | sunting sumber]

Kurniaan negeri[sunting | sunting sumber]

  • MY-KED Royal Family Order of Kedah (DK).svg Darjah Kerabat Yang Amat Mulia Kedah (DK, 21.1.2018)[8]
  • Darjah Seri Setia Sultan Sallehuddin (SSSK, 30.4.2018)[9]
  • MY-KED Order of Sultan Abdul Halim Muazzam Shah - Grand Commander (SHMS).svg Darjah Yang Mulia Seri Setia Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (SHMS, 15.1.2017) membawa gelaran Datin Seri Diraja[10]
  • MY-KED Order of Loyalty to the Royal House of Kedah - Knight Grand Companion (SSDK).svg Darjah Seri Setia Diraja Kedah Yang Amat Dihormati (SSDK, 12.12.2011) membawa gelaran Dato' Seri[11]
  • MY-KED Order of Loyalty to the Royal House of Kedah - Knight Companion (DSDK).svg Dato' Setia Diraja Kedah (DSDK)
  • MY-KED Order of Loyalty to the Royal House of Kedah - Companion (SDK).svg Setia Diraja Kedah (SDK)
  • Pingat Peringatan Jubli Perak Sultan Abdul Halim Shah (1983)
  • Pingat Jubli Emas (2008)

Eponim[sunting | sunting sumber]

Anakanda[sunting | sunting sumber]

Sultanah Maliha dikurniakan dua orang putera atas hasil perkahwinan dengan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin.[13] Pada 26 November 1965, baginda melangsungkan perkahwinan dengan Sultan Sallehuddin yang pada ketika itu bertugas sebagai pegawai tentera di Kem Batalion 2 Rejimen Askar Melayu Diraja Pengkalan Chepa, Kelantan.

Nama Keputeraan Perkahwinan Anakandanya
Tarikh Pasangan
DYTM Tunku Sarafuddin Badlishah 2 Mac 1967 2003 DYTM Che Puan Zaheeda binti Mohd Ariff YTM Tunku Zara Bahiyah
YTM Tunku Sulaiman Badlishah
YTM Tunku Shazuddin Ariff 27 April 1970 Tiada

Keturunan[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Norlida Akmar Idros (30 April 2018). "Sultanah Maliha dimasyhurkan sebagai Sultanah Kedah". KOSMO!. Dicapai 9 Mei 2018. 
  2. ^ "Sultanah Maliha Dimasyhurkan Sebagai Sultanah Kedah". Berita RTM. 30 April 2018. Dicapai 9 Mei 2018. 
  3. ^ "Pemasyhuran Sultanah Kedah Pada 30 April Ini". mypatriot. 23 April 2018. Dicapai 9 Mei 2018. 
  4. ^ "Sultanah Maliha dimasyhurkan sebagai Sultanah Kedah". Astro Awani. 30 April 2018. Dicapai 9 Mei 2018. 
  5. ^ "Sultanah Maliha dimasyhurkan sebagai Sultanah Kedah". Sinar Harian. 30 April 2018. Dicapai 9 Mei 2018. 
  6. ^ "Tengku Maliha proclaimed as the new Sultanah of Kedah" [Tengku Maliha diisytihar sebagai Sultanah Kedah yang baharu]. New Straits Time (dalam bahasa Inggeris). 30 April 2018. Dicapai 9 Mei 2018. 
  7. ^ Embun Majid (30 April 2018). "Pemasyhuran Sultanah Kedah". Berita Harian. Dicapai 9 Mei 2018. 
  8. ^ Petah Wazzan Iskandar (21 Januari 2018). "Sultanah Maliha ketuai 3 kerabat terima darjah Kedah". Berita Harian. Dicapai 9 Mei 2018. 
  9. ^ "Sultanah Maliha dimasyhurkan sebagai Sultanah Kedah". BERNAMA. 30 April 2018. Dicapai 9 Mei 2018. 
  10. ^ Suzalina Halid (15 Januari 2017). "50 terima darjah kebesaran sempena keputeraan Sultan Kedah". Berita Harian. Dicapai 9 Mei 2018. 
  11. ^ "Tunku Bendahara Terima Darjah Kebesaran Sempena Pelantikan Sultan Kedah". mStar. 12 Disember 2011. Dicapai 9 Mei 2018. 
  12. ^ "Hospital Langkawi kini Hospital Sultanah Maliha". Berita Harian. 15 November 2018. Dicapai 15 November 2018. 
  13. ^ "Tunku Sallehuddin dimasyhurkan sebagai Raja Muda Kedah". MalaysiaKini. 15 Disember 2016. Dicapai 9 Mei 2018. 
  14. ^ Kelantan 6

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Sultanah Maliha
Kerabat diraja Kedah
Tarikh keputeraan: 13 April 1949
Gelaran pemerintah
Didahului oleh
Sultanah Haminah Hamidun
Sultanah Kedah
12 September 2017 – kini
Pemegang jawatan kini
Gelaran Diraja
Didahului oleh
Tengku Hajah Raudzah Binti Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj
Raja Puan Muda Kedah
15 Disember 2016 – 12 September 2017
Diikuti oleh:
Che Puan Muda Zaheeda binti Mohamad Ariff
Didahului oleh
'
Tunku Puan Temenggong Kedah
1996 – 12 September 2017
Kosong
Didahului oleh
'
Toh Puan Laksamana Kedah
28 November 1981 – 1996
Diikuti oleh:
Datin Seri Diraja Dato' Nora Binti Abdullah