Sultanah Haminah Hamidun
Yang Maha Mulia Che Puan Besar Kedah
Che Puan Besar Hajjah Haminah binti Hamidun | ||
---|---|---|
![]() | ||
Raja Permaisuri Agong XIV | ||
13 Disember 2011 – 12 Disember 2016 | ||
Pertabalan | 11 April 2012 | |
Negeri | Kedah | |
Pendahulu | Tuanku Nur Zahirah | |
Pengganti | Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah | |
Sultanah Kedah | ||
9 Januari 2004 – 11 September 2017 | ||
Pertabalan | 9 Januari 2004 | |
Pendahulu | Tuanku Hajah Bahiyah | |
Pengganti | Tuanku Maliha | |
Sultan | Sultan Abdul Halim | |
Kelahiran | 15 Julai 1953 | |
Kampung Matang Jelutong, Bagan Serai, Perak, Malaya |
Che Puan Besar Hajjah Haminah binti Haji Hamidun, DMN, DK, DKH, DUK (dilahirkan pada 15 Julai 1953) ialah suri kedua kepada Sultan Kedah, Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, dan kakanda ipar kepada Sultan Sallehuddin. Baginda merupakan Sultanah Negeri Kedah Darul Aman dan Jajahan Takluknya semenjak kemangkatan suri pertama paduka suami baginda pada tahun 2003[1][2] sehinggalah kemangkatan paduka suaminya pada tahun 2017, setelah itu baginda dikenali sebagai Yang Maha Mulia Che Puan Besar Kedah, Che Puan Besar Hajjah Haminah iaitu gelaran yang dikurniakan kepada balu Almarhum Sultan Kedah yang masih hidup.[3][4] Baginda juga merupakan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong ke-14 lengkap lima tahun lamanya apabila paduka suami baginda ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia buat kali kedua pada tahun 2011.
Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]
Dilahirkan sebagai orang kebanyakan, baginda mula menonjol pada tahun 1975 apabila baginda mengahwini Sultan Kedah dan dikurniakan gelaran Yang Teramat Mulia Che Puan Kedah Che Puan Haminah Hamidun, suri kedua Sultan pada usia 22 tahun. Maklumat tentang baginda pada masa itu tidak banyak diketahui walaupun baginda sering mengiringi paduka suaminya.[5]
Latar belakang[sunting | sunting sumber]
Tuanku Sultanah Hajjah Haminah berasal dari Kampung Matang Jelutong, Bagan Serai, Perak. Baginda memulakan persekolahan di Sekolah Kebangsaan Matang Jelutong dan kemudianya di Sekolah Menengah Inggeris Bagan Serai.
Baginda mendirikan rumah tangga dengan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah pada 25 Disember 1975 pada umur 21 tahun. Baginda menggunakan gelaran Yang Teramat Mulia Che Puan Kedah Che Puan Haminah selepas berkahwin dengan Sultan Kedah dan kerap menampilkan diri bagi merasmikan Majlis-majlis Rasmi Negeri.
Hobi[sunting | sunting sumber]
Sultanah Haminah merupakan seeorang yang sangat aktif bersukan dan antara hobi baginda ialah bermain golf. Bukan calan-calang orang, Tuanku Sultanah merupakan antara kerabat diraja yang paling banyak menerima anugerah dan pengiktirafan antarabangsa dalam lapangan sukan terutamanya Golf.
Pertabalan sebagai Sultanah Kedah[sunting | sunting sumber]
Berikutan kemangkatan Sultanah Hajah Bahiyah pada tahun 2003, Istiadat Pertabalan Kebawah DYMM Tuanku Sultanah Kedah, Che Puan Hajah Haminah binti Haji Hamidun telah dilakukan penuh adat istiadat diraja Kedah di Balairongseri Istana Anak Bukit, Alor Star pada 9 Januari 2004. Adat Istiadat dimulakan dengan paluan nobat dan keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah dan Yang Teramat Mulia Che Puan Haminah Hamidun ke Balairong Seri. Selepas bacaan doa dan pengisytihraan Sultanah Kedah yang baru oleh Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Syed Razak Syed Zain, Sultan Kedah berkenan memakaikan tiara kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Haminah.[6]
Potret sebagai Sultanah Kedah
Raja Permaisuri Agong XIV[sunting | sunting sumber]

Baginda ditabalkan sebagai Raja Permaisuri Agong ke-14 pada 11 April 2012. Baginda mengiringi Sultan Abdul Halim dalam urusan rasmi.
Selepas kemangkatan Sultan Kedah[sunting | sunting sumber]
Berikutan kemangkatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Sultan Kedah yang ke-29 iaitu Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah berkenan mengurniakan gelaran "Yang Maha Mulia Che Puan Besar Kedah" bersama dengan Darjah Seri Paduka Mahkota Kedah kepada Dato' Seri Utama Hajah Haminah sempena sambutan ulang tahun hari keputeraan rasmi Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah yang ke-76 di Istana Anak Bukit pada 21 Januari 2018.[3][4]
Minat[sunting | sunting sumber]
Sultanah Haminah diketahui meminati golf, tenis, badminton dan muzik.[7] Baginda telah menyertai pelbagai kejohanan sukan golf di Kedah dan memulakan kejohanan sukan gold wanita amatur seperti Kedah International Red Tee Invitational di Langkawi.[8]
Terasul, gelaran, kurniaan dan lambang[sunting | sunting sumber]
Gelaran hormat bagi Hajah Haminah binti Haji Hamidun | |
Gaya panggilan | Yang Maha Mulia |
---|---|
Gaya pertuturan | Yang Maha Mulia |
Gaya pilihan | Tuanku |
Terasul dan gelaran[sunting | sunting sumber]
- 15 Julai 1953 – 25 Disember 1975: Cik Haminah binti Hamidun
- 25 Disember 1975 – 21 November 2003: Yang Teramat Mulia Che Puan Haminah binti Haji Hamidun, Che Puan Kedah
- 21 November 2003 – 12 Disember 2011: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Hajjah Haminah, Sultanah Kedah
- 13 Disember 2011 – 12 Disember 2016: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku Hajjah Haminah, Raja Permaisuri Agong XIV
- 12 Disember 2016 – 11 September 2017: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Hajjah Haminah, Sultanah Kedah
- 11 September 2017 – 21 Januari 2018: Yang Maha Mulia Sultanah Hajjah Haminah, Sultanah Balu
- 21 Januari 2018 – kini: Yang Maha Mulia Che Puan Besar Hajjah Haminah binti Haji Hamidun, Che Puan Besar Kedah
Kurniaan[sunting | sunting sumber]
Baginda telah dikurniakan darjah berikut:[9]
Darjah kebesaran Kedah[sunting | sunting sumber]
Ahli Darjah Kerabat Yang Amat Mulia Kedah (DK, 9.1.2004).
Ahli Darjah Kerabat Halimi Yang Amat Mulia Kedah (DKH, 15.7.2008).[10]
Ahli Darjah Utama Sri Mahawangsa Yang Amat Dihormati (DMK, 20.1.2017).[11]
Darjah kebesaran Malaysia[sunting | sunting sumber]
Penerima Darjah Utama Seri Mahkota Negara (DMN, 2012).[12][13]
Darjah kebesaran asing[sunting | sunting sumber]
Jepun : Dame Grand Cordon of the Order of the Precious Crown (2013).[note 1]
Thailand: Dame Grand Cross of the Order of Chula Chom Klao (2.9.2013).[15]
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ (10 January 2004) Bernama Online
- ^ "Tarikh Keputeraan", Sambutan Jubli Emas KDYMM Tuanku Sultan Kedah Darul Aman (dalam bahasa Malay), Government of Malay, dicapai pada 22 September 2011CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ a b MALAY MAIL ONLINE Sultanah of Kedah heads list of recipients of Kedah honours
- ^ a b BERNAMA: Sultanah Kedah Dikurniakan Darjah Kerabat Kedah
- ^ "Ibu panggil saya permaisuri". Utusan Malaysia. 9 Januari 2004. Dicapai pada 20 April 2018.
- ^ Pertabalan Tuanku Sultanah Kedah
- ^ "Che Puan Haminah dimasyhur Sultanah Kedah". Utusan Malaysia (dalam bahasa Malay). 10 January 2004. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 December 2011.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ Embun Majid (2011-12-13). "Queen of the rakyat's heart". The Star. Daulat Tuanku, p. 4.
- ^ The Royal Ark, Kedah genealogical details, p11
- ^ Photo of Sultan Abdul Halim and Sultanah Haminah
- ^ Thestar
- ^ Photo Diarkibkan 2013-04-02 di Wayback Machine of Abdul Halim and Haminah, King and Queen of Malaysia (2011-)
- ^ "Semakan Penerima Darjah Kebesaran, Bintang, dan Pingat Persekutuan". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-09-29. Dicapai pada 2018-01-21.
- ^ "Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah receives highest honour from Japan". Bernama. 2013-02-07. Dicapai pada 2013-02-07.
- ^ State Banquet for the Malaysian King in Bangkok
Gelaran pemerintah | ||
---|---|---|
Didahului oleh Tuanku Nur Zahirah (Sultanah Terengganu) |
Raja Permaisuri Agong (Permaisuri Malaysia) |
Diikuti oleh: Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah |
Gelaran pemerintah | ||
---|---|---|
Didahului oleh Tuanku Bahiyah |
Sultanah Kedah | Diikuti oleh: Sultanah Maliha |
Ralat petik: Tag <ref>
untuk kumpulan "note" ada tetapi tag <references group="note"/>
yang sepadan tidak disertakan