Chen Man Hin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Yang Berhormat

Dr Chen Man Hin

Tempoh jawatan
1965–1969

Ahli Parlimen
untuk Seremban
Tempoh jawatan
1978–1999

Lahir China
Parti politik DAP
Pekerjaan Doktor
Laman web Blog Chen Man Hin

Dr Chen Man Hin merupakan ahli politik DAP di Malaysia. Beliau menang bertanding dalam pilihan raya kecil Rahang 1965 . Pilihan Raya Umum Malaysia 1978 bagi kawasan Seremban, negeri Negeri Sembilan. Beliau bertanding atas tiket DAP menentang parti Barisan Nasional. Sejak 1965 , beliau berkecimpong dalam politik DAP memperjuangkan keadilan , demokrasi dan keamanan sebagaimana perjuangan DAP.

Politik beliau turun naik. Pada 1999, Chen Man Hin, Karpal Singh dan Lim Kit Siang tewas di kawasan masing-masing.[1] Ketika itu, DAP melancarkan Projek Langkawi dan membentuk Barisan Alternatif bersama PAS dan Keadilan.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Chen Man hin dilahirkan di China dan belayar ke Tanah Melayu pada usia muda, sebelum Perang Dunia Kedua . Pada 1946, beliau belajar di King Edward VII Medical College di Singapura dan lulus pada 1952. Selepas itu bekerja sebagai pegawai perubatan / doktor di Singapura dan kemudian Hospital Seremban sehingga tahun 1956, apabila membuka klinik sendiri.

Pengasas dan penasihat DAP[sunting | sunting sumber]

Chen Man Hin menjadi pengasas DAP di Seremban bersama pemimpin lain seperti Lim Kit Siang, Dr. Tan Seng Giaw, peguam Karpal Singh (CEC) dan Hu Sepang. Kemudian, beliau dilantik sebagai Penasihat Seumur Hidup DAP. Ibu pejabat DAP ketika itu terletak di Bangunan Choo Teik, Seremban. Era 1980-an, Negeri Sembilan pernah menjadi kubu kuat DAP.[2] Negeri Sembilan mempunyai 7 kerusi parlimen dan 32 kerusi Adun.

Pemimpin awal DAP ialah Chan Tech Chan , Dr Liew Ji Sheng , peguam Lim Koon Jie , Chan Kok Kit , Wang Rui Ai , Walter Loh (Setapak) , Devan Nair (Setiausaha , kemudian Presiden Singapura) , peguam Lee Ming Chang dan Goh Hock Guan. Pemimpin lain ialah Lai Teo Kuan, Mahdevan Nair ,Ibrahim Sengel (Adun), Richard Ho (parlimen Setiawan), Fadzlan Yahya dan Nor Jetty sebagai Timbalan Pengerusi DAP . Dr Siva sebagai Bendahari.

Adun DAP di Negeri Sembilan, Datuk Lee Yuen Fong (Temiang) dan Yip Chee Keong (Lobak) menyertai MCA. Pada 2004, Setiausaha Agung DAP , Kerk Kim Hock pernah bertanding di Lukut. Chen Man Hin selaku penasihat DAP turut bertindak terhadap Lim Fui Ming (Adun Bahau) yang mahu keluar parti pada 2007.[3]

Pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Ekoran kematian Adun MCA di Rahang,Negeri Sembilan, Chen Man Hin telah bertanding sebagai calon Bebas dan beliau menang.Pilihan raya kecil Rahang diadakan pada 9 Disember 1965. Beliau menggunakan lambang bunga 'cherry blossom'. Ketika itu DAP dalam proses penubuhan dan berjaya didaftarkan pada 18 Mac 1966. Kemenangan itu membolehkan beliau dilantik sebagai Pengerusi kebangsaan DAP. Dalam Pilihan raya umum Malaysia 1964, pembangkang kalah teruk kerana perpecahan Parti Rakyat dan Parti Buruh. Namun parti DAP bangkit . Parti Rakyat pimpinan Ahmad Boestamam yang masih di dalam penjara , membantah tindakan Parti Buruh yang mempersoalkan kedudukan bahasa Melayu.[4] Pengerusi Parti Buruh, Lim Kean Siew , ahli parlimen Datuk Keramat dan Adun Air Hitam, Pulau Pinang mempersoalkan bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar di Malaysia.

Seterusnya beliau menang dalam Pilihan raya 1978 dan 1986. Tahun 1986, DAP menang 24 kerusi Parlimen dan 56 kerusi negeri.

Tahun 1999, beliau kalah bertanding di P118 Rasah, Negeri Sembilan kepada Datuk Goh Siow Huat (BN).[5] . Tahun 1999, Lim Kit Siang dan Karpal Singh tewas mengejut di Pulau Pinang tetapi PAS menang besar di Terengganu dan membentuk kerajaan. Ramai hulubalang UMNO tewas, antaranya ialah Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad ; Tan Sri Abdul Hamid Othman ; Yusof Noor ; Datuk Dr. Ibrahim Saad ; Datuk Ibrahim Ali; Datuk Idris Jusoh; Datuk Abu Bakar Daud; Datuk Tengku Mansor Mahmud; Datuk Seri Megat Junid Megat Ayub (Parit); Menteri Kewangan Kedua, Datuk Mustapa Mohamed (Jeli) dan ; Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Annuar Musa (Peringat).[6]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]