Pergi ke kandungan

Lee San Choon

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lee San Choon
李三春
Menteri Pengangkutan
Dalam jawatan
1979–1983
Timbalan Menteri Goh Cheng Teik (1979-1981)
Abu Hassan Omar (1981-1983)
Didahului oleh V. Manickavasagam
Digantikan oleh Chong Hon Nyan
Menteri Kerja Raya dan Kemudahan Awam
Dalam jawatan
1978–1979
Timbalan Menteri Nik Hussein Wan Abdul Rahman
Didahului oleh Abdul Ghani Gilong
Digantikan oleh Samy Vellu
Menteri Buruh dan Tenaga Rakyat
Dalam jawatan
1974–1978
Timbalan Menteri Hassan Adli Mohd Arshad (1974-1976)
Pathmanaban Kunjamboo (1976-1978)
Didahului oleh V. Manickavasagam
Digantikan oleh Richard Ho Ung Hun
Menteri Teknologi, Penyelidikan dan Penyelarasan Kampung Baru
Dalam jawatan
1973–1974
Timbalan MenteriTiada
Didahului oleh Ong Kee Hui
Digantikan oleh Mohamed Yaacob
Timbalan Menteri Buruh
Dalam jawatan
1971–1973
Timbalan Menteri Tugas-tugas Khas
Dalam jawatan
1969–1971
Setiausaha Parlimen Kementerian Buruh
Dalam jawatan
1964–1969
Menteri V. Manickavasagam
Presiden MCA ke-4
Dalam jawatan
Ogos 1975  25 Mac 1983
Didahului olehTan Siew Sin
Digantikan olehTan Koon Swan
Ahli Parlimen Malaysia
bagi Seremban
Dalam jawatan
26 April 1982  24 Mac 1983
Didahului olehChen Man Hin
Digantikan olehChen Man Hin
Majoriti845 (1982)
Ahli Parlimen Malaysia
bagi Segamat
Dalam jawatan
14 September 1974  21 April 1982
Didahului olehKonstituensi baharu
Digantikan olehSubramaniam Sinniah
Majoriti11,398 (1974)
17,318 (1978)
Ahli Parlimen Malaysia
bagi Segamat Selatan
Dalam jawatan
25 April 1964  13 September 1974
Didahului olehTeoh Chze Chong
Digantikan olehKonstituensi dibubarkan
Majoriti6,399 (1964)
9,287 (1969)
Anggota Parlimen Persekutuan Tanah Melayu/Malaysia untuk Kluang Utara
Dalam jawatan
19 Ogos 1959  2 April 1964
Didahului olehKonstituensi diwujudkan
Digantikan olehTiah Eng Bee
Majoriti1,455 (1959)
Maklumat peribadi
Lahir
Lee Soon Seng

(1935-03-24)24 Mac 1935
Pekan, Pahang, Negeri-negeri Melayu Bersekutu, British Malaya (kini Malaysia)
Meninggal dunia3 Mac 2023(2023-03-03) (umur 87)
Kuala Lumpur, Malaysia
Parti politikPersatuan Cina Malaysia (MCA)
Gabungan politik
lain
Barisan Nasional (BN)
Anak2

Lee San Choon (24 Mac 1935 – 3 Mac 2023) merupakan ahli politik Parti Perikatan-MCA di Malaysia. Beliau menang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1959 bagi kawasan Kluang Utara, negeri Johor (1958–1964). Ketika itu Perdana Menteri Malaysia ialah Tunku Abdul Rahman dan Timbalan Perdana Menteri ialah Tun Abdul Razak Hussein. Pilihan raya ini adalah yang pertama selepas merdeka 31 Ogos 1957.

Kehidupan awal

[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan pada 24 Mac 1935 di Pekan, Pahang. Mendapat pendidikan di English College, Johor Bahru. Beliau pernah bekerja di Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Malaysia sebelum keputusan untuk berhenti dan berkhidmat di sektor swasta, Malayan Weaving Mills Ltd.

Pilihan raya

[sunting | sunting sumber]

Pilihan raya umum Tanah Melayu 1959 ini cukup hebat kerana diadakan berperingkat-peringkat, bermula dari negeri Perlis hingga Kelantan. Ketika itu Sabah dan Sarawak belum menyertai / membentuk Persekutuan Malaysia. Kerusi Parlimen ketika itu bertambah dari 52 (1955) kepada 104 kerusi (1959). Pilihan raya tersebut, Parti Perikatan berjaya memenangi 74 kerusi manakala parti pembangkang memenangi 30 kerusi. Beliau menang dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1978 bagi kawasan Segamat Selatan, Johor. Beliau dilantik sebagai Menteri Kerja Raya dan Kemudahan Awam Malaysia.

Jawatan Setiausaha Politik kepada Tun Tan Siew Sin merupakan titik awal pembabitan awal beliau di dalam bidang politik. Pada tahun 1965 beliau dilantik menjadi Setiausaha Parlimen Kementerian Buruh.

Memegang Jawatan Timbalan Menteri Buruh dan Tenaga Rakyat pada 1969 dan Timbalan Menteri Kerja Raya dan Komunikasi sebelum dilantik Menjadi Menteri Kerja Raya dan Pengangkutan pada tahun 1978.

Kompleks Kerja Raya 17 Tingkat dan bangunan-bangunan persekutuan merupakan beberapa projek yang dikenalpasti siap semasa beliau memegang jawatan sebagai Menteri Kerja Raya dan Pengangkutan.

Keputusan pilihan raya

[sunting | sunting sumber]
Parlimen Malaysia[1][2]
Thn Konstituensi Calon Undi Prts Lawan Undi Prts Buang undi Majoriti Keluar
1959 P095 Kluang Utara Lee San Choon (MCA) 5,985 56.92% Wee Lee Fong (LPM) 4,530 43.08% 10,594 1,455 77.99%
1964 P090 Segamat Selatan Lee San Choon (MCA) 11,355 63.33% Chiu Siu Meng (LPM) 4,956 27.64% 18,693 6,399 82.43%
Tan Luan Hong (UDP) 1,619 9.03%
1969 Lee San Choon (MCA) 14,470 73.63% Abdul Rahman Abdul Rasool (Bebas) 5,183 26.37% 21,305 9,287 71.66%
1974 P100 Segamat Lee San Choon (MCA) 17,369 74.42% Lee Ah Meng (DAP) 5,971 25.58% 24,298 11,398 81.28%
1978 Lee San Choon (MCA) 22,098 82.22% Abdul Hak Fadzil (PAS) 4,780 17.78% 28,823 17,318 81.21%
1982 P091 Seremban Lee San Choon (MCA) 23,258 50.93% Chen Man Hin (DAP) 22,413 49.07% 45,671 845 77.22%

Kehormatan Malaysia

[sunting | sunting sumber]
  1. "CLEA Lower Chamber Elections Archive". University of Michigan. Dicapai pada 4 March 2023.
  2. "Malaysia General Election 1964 > Parliament > Johore". singapore-elections.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 December 2021.CS1 maint: unfit URL (link)
  3. "Senarai Penuh Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan Tahun 1990" (PDF).
  4. "Senarai Penuh Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan Tahun 1963" (PDF).
  5. 1 2 Maktab Sultan Abu Bakar (English College) : Sejarah dan Biografi 100 Tokoh Melakar Kegemilangan. Kamdi Kamil (ed. 1st). Johor Bahru: Percetakan Bumi Restu Sdn Bhd. 2014. m/s. 130. ISBN 978-983-42249-8-1. OCLC 892514524.CS1 maint: others (link)