Cinta Luar Biasa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Cinta Luar Biasa
Poster keluaran tayangan
PengarahRashid Sibir
PenulisRashid Sibir
Dihasilkan olehGayatri Su-Lin Pillai (eksekutif)
DibintangiNasha Aziz
Saiful Apek
Hans Isaac
Syanie
SinematografiMohd Azla Kamarudin
Disunting olehMariam Ibrahim
Muzik olehJulfekar
Syarikat
penerbitan
Diedarkan oleh
Tarikh tayangan
23 September 2004[1]
Masa tayangan
110 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM1.2 juta
Pecah panggungRM2.40 juta

Cinta Luar Biasa ialah sebuah filem komedi romantik Malaysia 2004 arahan dan skrip oleh Rashid Sibir.[2][3] Dibintangi oleh Nasha Aziz, Saiful Apek, Hans Isaac dan Syanie, ia mengisahkan empat rakan karib yang telah berjanji untuk bertemu semula selepas 10 tahun menamatkan pengajian di universiti. Filem ini ditayangkan pada 23 September 2004 dan menerima ulasan positif.[4]

Plot[sunting | sunting sumber]

Filem ini mengisahkan empat rakan karib yang terdiri dari Farah, Husin, Adam dan Hamidah telah berjanji untuk berjumpa semula (re-union) selepas sepuluh tahun tamat pengajian di universiti. Sepuluh tahun telah berlalu, Farah kini bertugas sebagai jurugambar, Hamidah sebagai kolumnis majalah hiburan, Husin sebagai jurukamera serta Adam sebagai guru muzik. Kesibukan membuat Farah tidak ada masa untuk bercinta. Bagaimanapun, Farah mengenali seorang peguam muda bernama Halim yang merupakan seorang yang terpelajar tetapi malangnya mempunyai karektor yang agak kelam-kabut.

Seperti dijanjikan, mereka akhirnya mengambil keputusan untuk bertemu di Pulau Langkawi. Hamidah yang dalam diam menaruh perasaan terhadap Husin, banyak menghabiskan wang membeli belah beberapa pakaian cantik supaya kelihatan lebih menyerlah di pertemuan itu nanti. Bagaimanapun Husin lebih meminati Farah dan bukan Hamidah. Pelbagai cara dilakukan dalam usaha memikat Farah. Selain Husin, teman wanita Adam bernama Aleya juga cemburu akan hubungan akrab Farah dan Adam. Pada hakikatnya, hubungan Farah dan Adam tidak lebih dari seorang sahabat. Perasaan cinta dan kasih sayang adalah gambaran hati dan perasaan yang amat sukar dikawal hingga seseorang lalai dan hilang pertimbangan diri. Hamidah sanggup melakukan apa sahaja bagi mencapai cita-citanya mendapatkan Husin.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Cinta Luar Biasa ialah filem kedua arahan Rashid Sibir bersama Tayangan Unggul selepas Laila Isabella (2003).[8][9] Nasha Aziz, Saiful Apek, Hans Isaac dan Syanie yang sebelum ini berlakon dalam Laila Isabella arahan Rashid, memegang watak utama.

Nasha memegang watak sebagai Farah, seorang jurugambar majalah hiburan. Nasha, yang menonjolkan kelainan di setiap filem lakonannya, mengakui telah mengambil watak kenalan terdekat untuk 'menghidupkan' lagi wataknya.[10] Syanie, yang memegang sebagai Hamidah, kolumnis majalah hiburan, nyaris lemas semasa penggambaran dijalankan.[11] Barisan pelakon lain termasuk Ako Mustapha, Erma Fatima, Fauziah Nawi, Aqasha dan Umie Aida. Kos pembikinan dianggarkan sebanyak RM1.2 juta dengan penggambaran dijalankan di Langkawi, Kedah dan Kuala Lumpur dari 28 Jun sehingga 5 Ogos 2003.[12]

Keluaran dan sambutan[sunting | sunting sumber]

Cinta Luar Biasa dikeluarkan pada 23 September 2004 dan dipasarkan sebagai filem "komedi dan ringan".[13] Filem ini menjadi kejayaan komersial apabila ia mendapat kutipan sebanyak RM2.40 juta.[14]

Khairull Azleyana Ishak, menulis untuk Berita Harian menyifatkan filem ini ialah "sebuah cerita yang mudah dan ringan, sesuai untuk tontonan waktu santai" dengan "bersandarkan kepada kekuatan skrip dan dialog".[15] Khadijah Ibrahim, menulis untuk Utusan Malaysia beranggapan bahawa gandingan Nasha dan Apek dalam Cinta Luar Biasa disifatkan "tidak serasi".[16]

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan
2005 Festival Filem Malaysia ke-18 Pelakon Lelaki Harapan Ako Mustapha Tercalon

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f g h i j k l m n o p "Catatan penerbitan Cinta Luar Biasa". Filem Kita. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 April 2016. Dicapai pada 4 Januari 2013.
  2. ^ Zul Husni Abdul Hamid (7 Julai 2003). "Rashid harap Cinta Luar Biasa capai box-office". Berita Harian. Dicapai pada 22 Januari 2021.
  3. ^ Khairull Azleyana Ishak (13 September 2004). "CLB papar cinta tiga segi". Berita Harian. Dicapai pada 22 Januari 2021.
  4. ^ Zubir Mohd Yunos (26 September 2004). "Cinta mereka memang luar biasa!". Berita Minggu. Dicapai pada 22 Januari 2021.
  5. ^ Hartati Hassan Basri (11 September 2004). "Bukan cinta dongeng". Harian Metro. Dicapai pada 22 Januari 2021.
  6. ^ "Apek gets serious" (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. 4 Ogos 2003. Dicapai pada 22 Januari 2021.
  7. ^ Nurulhisham Abdul Latiff (12 September 2004). "Aqasha anak emas Rashid Sibir?". Berita Minggu. Dicapai pada 22 Januari 2021.
  8. ^ Hanisah Selamat (2 Ogos 2003). "Cinta tidak kenal rupa paras: Rashid". Berita Harian. Dicapai pada 22 Januari 2021.
  9. ^ Nor Akmar Samudin (1 Julai 2003). "Cinta pelik". Harian Metro. Dicapai pada 22 Januari 2021.
  10. ^ Hanisah Selamat (3 Ogos 2003). "Cinta Luar Biasa uji kemampuan Nasha". Berita Minggu. Dicapai pada 22 Januari 2021.
  11. ^ "Syanie nyaris lemas kerana Cinta Luar Biasa". Berita Minggu. 27 Julai 2003. Dicapai pada 22 Januari 2021.
  12. ^ Ellyna Ali (31 Julai 2003). "Langkawi kembalikan nostalgia". Harian Metro. Dicapai pada 22 Januari 2021.
  13. ^ "Rashid akur kehendak peminat". Metro Ahad. 3 Oktober 2004. Dicapai pada 22 Januari 2021.
  14. ^ Akmal Abdullah (9 Oktober 2004). "CLB kutip RM2.1 juta". Berita Harian. Dicapai pada 22 Januari 2021.
  15. ^ Khairull Azleyana Ishak (26 September 2004). "CLB tetap menggigit". Berita Harian. Dicapai pada 22 Januari 2021.
  16. ^ Khadijah Ibrahim (20 September 2004). "Nasha Aziz - Gandingan dengan Apek tidak serasi?". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-12-03. Dicapai pada 22 Januari 2013.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]